Blogger Widgets ssssshhh...: duit atau kepuasan?

Sunday, September 16, 2012

duit atau kepuasan?




assalamualaikum
semalam terjadi satu perbualan yang tak dijangka
antara aku dengan kawan lama aku
lama tak lama lah kan, tekejut gak budak neh kol aku
kawan kat segamat. kawan geli2. hahaha

then ok macam biasalah kan
if lama tak buat long talk mestilah banyak benda yang tanya
then potpet punya potpet punya potpet
terkeluarlah cerita pasal kerja memasing
lebih kurang nilah ayat yang terjadi

aku just ringkaskan nama dia J je lah
kang kalau dia baca blog aku nahas
so kalau tak tulis nama betul dia selamat sikit
boleh serong sana sini kalau dia bising nanty

"eh J, apa cerita kerja kau? bestlah kau dah dapat gaji besar"

"kau salah suraya, kerja aku stress. stress melampau"

"apesal plak?? kau kan suka kira2 neh. duit pun layan"

"aku bukan kerja untuk duit"

eh budak ni tetiba dah serius je ton suara dia
tak pasal terbergaduh lak dalam phone karang
elok mula2 angkat cakap baik2
tak pasal karang dua2 letak phone pakai hempas karang

tapi aku waras lagilah nak hempas phone kan
phone dah banyak kali masok bengkel
so tak sanggop aku nak ganas2 lagi
then sambung balik

"abisss kau kerja untuk apa? sesaja suka2??" aku mula menyoal

"aku kerja untuk kepuasan diri"

"ehh J, orang kerja nak dapat duit. nak sara hidup. kepuasan diri dapat apa?"

"kau salah, bila kau kerja untuk duit, kau tak happy. stress manjang
hujung bulan je kira hari tak sabar nak tunggu duit. duit bila dah dapat abis cepat.
so kat situ lagi macam robot. all the time tension"

"kalau kepuasan apa plak dapat???" aku tembak lagi soalan

"kalau kepuasan, kau akan happy,
semangat buat kerja,
semangat belajar benda baru even takda kaitan dengan course kita
kepuasan ni bergantung sama ada kita suka atau tak dekat kerja kita skang.
jadi untuk situasi aku, aku tak suka kerja aku. terlampau stress.

kerja memang susah nak dapat, aku paham yang tu.
aku dah pikir masak2.so aku mungkin berhenti and carik
something new yang aku suka.
lagipun aku taknak menghabiskan masa yang panjang.
membuat sesuatu benda yang aku tak suka dan tak akan dapat suka.
ada faham sekarang cik suraya??" kata J sinis

"uik???? ok paham dah kot. haha" aku gelak cover malu

"and satu lagi, kalau kau happy dengan kerja kau
kau akan buat dengan sehabis baik kan, perform elok2 kan,
jadi duit tu sendiri akan datang dekat kau tanpa ditunggu.
cayalah cakap aku." kawan aku tambah

"baaaiiikkkkk. hahaha" ciss terkesima aku kejap

mungkin lain orang lain cara kan
ada yang kerja sebab nak duit gaji tinggi
ada yang kerja sebab minat yang mendalam
ada yang kerja sebab nak sara hidup
ada yang kerja sebab nak mencuba benda baru
dan seribu satu sebab yang tak terungkai

kalau aku???
aku belum masok lagi alam pekerjaan yang sebenar
jadi aku tataw aku bekerja nanti untuk apa
sebab kadang2 aku dapat rasakan
aku bukan minat sangat finance neh.bese2 je
tapi entahlah. haiisshh wait and see je lah..:)

7 comments:

amengs88 said...

betul la tu.. Maknanya kerja ikhlas la tu.. Hehehe

Taufik said...

betul beb
kalau kita buat satu kerja yang memang kita minat
itu tak dipanggil kerja
itu heaven!

alhamdulillah keja aku la ni walaupun bukan 100% aku minat
tapi keseronokan kerja tu aku dapat
seriusly gaji memang tak banyak
tapi aku suka keja ni, aku banyak belajar benda baru
jumpa orang macam2 & dapat luaskan network

dulu2 aku kerja terperap dalam opis
pastu aku nekad berenti & cari kerja lain
alhamdulillah Allah adalah sebaik2 perancang

p/s: kawan geli2? hahaha

skulluv said...

serius betul apa kawn kau cakap tu...tapi tak semua akan dapat macam tu sebab kadang2 sebab family, kawan2, persekitaran dan lain2.. tapi sapa dapat memang bagus gila r...

sephia sophia said...

kalo aku dh keja sok, nak dua2..duit n kepuasan.

sebab kalo dh kawen, aku ade impian yg nk buat bersama en suami nanti, haha!

puteri jalanan a.k.a annur said...

datang singgah,

betulla tu,buat apa yg kita suka insyaAllah berjaya...tapi bila kita buat benda yg kita tak suka,mmg cepat stress...

su suraya said...

ameng: hehehe kerja mesti kena ikhlas. ni antara minat dengan tak je.. yang kawan saya sorang neh tataw lah. haha

taufik: aku sokong gak apa kau, cakap, kirakan kau ni macam member aku sikit. just beza kau dah dapat apa yang kau nak and dia belum lagi. member geli2 la..hahah macam lah kau takde member geli2 neh. member gosipp daa

skulluv: ha tu la pasal. tak semua dow boleh dapat macam apa yang diingini..aicehh

sephia: hahahah pergh siap dah ada plan jangka panjang seyh.. just nak tanya, siapa encik suami kau nanty??? hihiihih

annur: hehehe tq singgah annur. ha tulah kan, tapi kalau ikotkan stress ni boleh je manage kalau betol caranya sebab tak semua orang boleh dapat kerja ikot apa yang doang nak. daripada benti kerja sebab tak minat, baik kaji macam mana cara nak releasekan tensen tu kan..heheee

sephia sophia said...

2 la pasal, aku pn xtau sape haha.. insyaAllah ade la nanti tu. sampai ms aku kawen nanti ade la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...