Blogger Widgets ssssshhh...: halal + haram = ????

Wednesday, September 26, 2012

halal + haram = ????

assalamualaikum
hari ni aku nak mengupas sesuatu perkara yang aku rasa penting
ada hari-hari tertentu, kita boleh bergurau
ada hari-hari tertentu kita serius
setiap perkara yang dilakukan kena bertempat

belum pernah lagi ada orang melompat kegembiraan
bila mengetahui yang orang yang disayangi ditimpa kecelakaan
belum pernah lagi orang menangis kesedihan
bila mendapat keputusan yang cemerlang
sebab tu aku kata, semua perkara akan berlaku pada tempatnya

macam malam ni, aku mahu bernada serius
mungkin sudah banyak gelak untuk hari-hari sebelumnya
maka tidak salah untuk serius sekali sekala kan? =)

sudah beberapa lama aku hanya perhatikan
satu trend yang memang sudah lama melanda dalam masyarakat kita
entah kenapa aku rasakan, kita suka mencampur adukkan
perkara yang haram dan halal. sayang seribu kali sayang
jadi kita nak panggil apa trend ni?? halam kah?? haral kah?? baghal kah??
mari aku bagi satu contoh supaya lebih jelas dan nyata
dan yang buta boleh menjadi celik

trend fesyen pada masa kini, aku ambil contoh baju kurung
baju kurung adalah satu baju yang sangat cantik dan sopan
malahan diiktiraf sebagai baju kebangsaan lagi
jadi mudah nak pakai untuk dibawa ke majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi
bertambah cantik apabila disedondonkan dengan tudung

namun apa yang tidak sedap dan tidak moleknya
apabila baju yang dipakai jarang pula didalam, sayang sungguh
bertutup penuh dari atas ke bawah tapi bila lalu di bawah cahaya
tembus sehingga ke ruang-ruang dan lembah-lembah yang tak sepatutnya
mata yang kecik sepet terus jadi bulat membuntang
makanan yang lalu ditekak silap-silap boleh keluar balik melalui hidung
mungkin tidak perasan, namun seharusnya perkara ni kena lebih telus

kalau tidak akan menjadi bahan tawa masyarakat keliling
apabila memilih baju kurung yang sudah siap dijahit
pastikanlah jenis kain yang dipilih itu tidak jarang
dan kalau nak sangatlah ambil yang jarang tu,
pakai dengan 'inner' yang besar dan longgar. baru cantik, sopan

takdelah bila jalan-jalan dikhalayak ramai
nampak seperti berkain tetapi tidak berbaju.
seperti lelaki pula gayanya tidak berbaju
ingat nak pergi pantai ke 'tanning' kulit???

aku sebagai kaum hawa, aku bukan mahu menjatuhkan kaum sendiri
tapi kalau bukan aku yang menegur siapa lagi?? tak salahkan menegur
yang salah ialah memaki hamun. hmmmm aku pernah juga nampak
baju kurung yang dipakai sangatlah cantik, dengan tudung bawal yang sedondon
namun jarang pula didalam, hanya berlapikkan tiub sahaja
boleh kelihatan tali yang yang tidak sepatutnya diperlihatkan
kalau berjalan dengan kawan-kawan
siap boleh main teka-tekilah seperti ini
"jom teka, baju dalam perempuan tu warna apa?"

susah nak cakap, susah nak terangkan
satu lagi trend ialah memakai baju blouse dengan tudung
molek dah, kalau tengok pun nak buat menantulah senang cakap
tapi kenapa legging yang menjadi padanan??
sama seperti tidak berseluar sahaja.
itu yang aku cuba sampaikan. trend mencampur adukkan
halal dan haram.

sebelum ni kelihatan tidak berbaju
sekarang kelihatan tidak berseluar pula
kalau baju yang jarang tu dipadankan dengan legging,
agak-agak apa akan jadi???
terbang serban pak haji sebelah rumah

kita sepatutnya kena lebih peka
berfesyen tidak salah tapi biar bertempat
jangan hanya cantik dimata kita
tetapi menjadi bahan tawa dimata dunia,
itu adalah pelaburan yang sangat tidak menguntungkan.

aurat yang ada hendaklah ditutup dengan sempurna
bukan dibungkus seketatnya

tetapi nasihat ni bukan kepada kaum hawa sahaja
kaum adam tu pun sama, tak salahkan awak-awak ni main bola ke apa ke
pakai lah 'tights' sampai bawah lutut
tak hilang hensem der kalau pakai 'tights' neh, smart lagi ada
dah aurat kaum adam ni sampai ke bawah lutut
seluar pendek selalunya atas lutut kan
jadi jagalah.

kalau gula-gula ada dua
satu dah terbuka satu lagi berbungkus cantik
yang mana kita akan pilih? hehee
setiap orang ada jawapannya kan.
selamat malam

10 comments:

PaPa Blogger said...

betul!!! Setuju sgt.. Tapi kalau lelaki tak tutup aurat, dosa dia tanggung sendiri.. Kalau pompuan lak???

skulluv said...

der, yang situasi perempuan tu dah banyak kali diperdebatkan oleh rakan2 aku. tapi camne nak tegur ek? huhu.

bab aurat laki tu lagi r, kadang2 selamba tanpa adab je bukak baju depan orang ramai. Bengong. aku sendiri segan tengok.

nice post today. thumbs up.

sepenaraya.blogspot.com

أميرة said...

i like...hihi...syok bace. benda yang selalu diperdebatkan. tapi tuh lah. siapa kita nak pergi tegur. tegur dah buat. tapi kalau mak bapak sendiri tak main peranan. so...hihih. ade bapak buat statement cengini " anak perempuan i diminati ramai...anak perempuan i memang dari kecik dah belajar berfesyen" sebagai bapak. die pun bangga tahap cipan dapat anak gojes cengitu..kita yang tak berapa nak gojes ni meh la kita tutup parut parut yang ade..hehe :p

sebarkan lah walaupun satu ayat..keep it up su!

sephia sophia said...

serius sgt.............

TiranaAduka said...

salam kenal dr Tirana aduka.nice post

TiranaAduka said...

i like too..

TiranaAduka said...

erm.......................:)

su suraya said...

papa : kalau perempuan ramai yang tanggung, ada 4 orang lelaki taw.. jadi kena pandai2 lah masing2 mengingati antara satu sama lain. Insya Allah selamat.. :)

skulluv : weyhh thank you. btw kita semua kena pandai jaga apa yang telah ditetapkan oleh Allah. tapi tulah kan, kadang2 ramai kata susah. jadi ingat mengingatilah antara satu sama lain.. ;)

miera : eh mira! thank you. Insya Allah. yang penting semua kena main peranan, ibu bapa, anak2, saudara mara, kawan2..hehehe

eda: seriusss tak weyh??? aisshhh

tiranaaduka : tq singgah.. :)

Kaki Sembang said...

info yang menarik

su suraya said...

tq follow blog neh kaki sembang..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...