Blogger Widgets ssssshhh...: menari-nari di kepala

Wednesday, September 19, 2012

menari-nari di kepala


apa benda lah atas kepala aku neh??? eh salah, dalam kepala aku neh



assalamualaikum
takda idea plak nak merepek hari ni
tapi jari2 aku bising nak jogging, so nak tak nak
taip je apa yang melintas kat jejantas kepala aku neh
okaylah, aku just nak point out beberapa perkara
yang selalu menari-nari kuda laut dalam kepala aku

1. kenapa sekarang neh banyak sangat perkara2 hal dunia mesti ada yang nak menghina Islam?? buat movie la, karikatur lah, tatoo kalimah2 lah. tak paham aku. why not kita hidup aman damai and hormat menghormati sesama sendiri??

2. kenapa setiap kali aku baca paper and berita pasal protes, mesti nak bogel?? baru2 ni protes perempuan mintak hak sama rata dengan lelaki untuk tak berbaju di tmpat awam. gila weyh. lelaki kalau tak berbaju orang buat tak reti je tapi kalau perempuan, pak aji pun tercabot serban. pleaseelah pikir on the bad side. takda kelebihan apa pun nak hak sama rata neh.

3. kenapa filem malaysia, tak pasal hantu, rempit, impak maksima?? ha ni jelah genre utama. ni aku pernah buat entry pasal ni dulu. apa entah tajuk dia lupa lak.

4. kenapa dekat facebook ramai sangat yang suka share benda yang tak sahih lagi resources dia. share benda yang baik and kita yakin dengan sumbernya. tak payah lah share benda yang memalukan diri sendiri balik.

5. macam mana nak bagi orang yakin yang aku neh dah umur 23 tanpa melihat ketinggian. orang kata be matured and serius. oh mehh bosan if kena serius all the time.

6. apesal susah sangat nak adakan PRU?? penat tau you olss i daftar mengundi. tak sabar nak memangkah untuk kali pertama. takpe wait and see.

7. kenapa gaji pemain bola sangat tinggi berbanding dengan gaji2 pekerjaan lain yang mungkin lebih penting lagi keutamaannya??

8. agak2 kan, budak2 kecik zaman sekarang neh, dia taw agaknya cerita2 zaman budak2 dolu. macam anjing dengan bayang2, arnab dan kura2, sang kancil menipu encik buaya. ke kalau kalau tanya doang akan search dulu dekat ipad yang doang tengah pegang tu??

9. kenapa aku rasa budak2 sekolah zaman sekarang macam KL gangster?? aku nak melawat sekolah lama pun macam goyang sikit sebab budak2 sekarang dah lain. lain bebeno lah senang cakap.

ha ni jelah yang bermain-main dalam kepala aku. takde jawapan pun. dia just main2 dalam saraf utama otak aku and taknak keluar. keluarlah agaknya pergi tempat lain. serabut aku.

selingan sikit, tadi aku dengar radio dalam kereta. then aku terdengar satu perbualan ni lah. macam nilah lebih kurang.

DJ : yaaa itulah lagu yang baru diputarkan sebentar tadi. kita akan cari pemanggil untuk meneka tajuk lagu tersebut. okay siapa di sana??

pemanggil : saya ********.

DJ : baiklah cik *******. apakah tajuk lagu tersebut?

pemanggil : kuda kepang!!!

DJ : ha????? ( suara dj tu macam confuse)

pemanggil : eh2, kuda hitam kuda hitam!!!

DJ : terdiam sekejap and lepas tu kata "ya itu jawapan yang kita cari" aku dapat rasakan dia tahan gelak

dalam kereta takde aku tahan gelak der, aku gelak dari
naik kereta sampai umah. hihihi..

10 comments:

skulluv said...

jawapan.

1. aku tak tahu kenapa tapi kita pun cuba jangan kutuk atau hina agama lain juga. sama-sama hidup aman damai dan hormat menghormati sesama sendiri. cewahh jawapan copy paste kat soalan. haha

2. sebab diorang tidak menggunakan akal fikiran dengan betul.

3. sebab filem itu yang orang malaysia tengok. cuba buat filem patriotik bape kerat je tengok.

4. sebab kita terlalu cepat percaya walaupun entah apa-apa lagi2 melibatkan agama, bangsa dan negara sendiri. takkan boleh terima kalau menegur walau sedikit. dikatakan mengutuk.

5. tunjuk IC.

6. aku lebih suka idea jika PRU diadakan tepat pada masanya iaitu satu penggal bersamaan 5 tahun, bukannya buat cepat kerana power ataupun buat lambat kerana nak tarik pengundi.

7. sebab kita suka berhibur.

8.ada yang tahu ada yang tak tahu.

9. sebab mak bapak terlalu bagi muka.

panjang pulak jawapan2 aku..haha

Taufik said...

lol radio sinar tadi
aku dgr live dalam pkul 5 lebih otw balik dr keja

makcik beriya2 cakap kuda kepang hahaha
gelak bosar aku dalam keta tadi
padahal kuda hitam
nasib baik si dj sempat mencebik

tapi menang hamper ja pon

su suraya said...

skulluv : weyhh, kau memang rajin menjawab soalan la seyh. hahaha tak menahan tol. bagos2

taufik : hahaha taw takpe, aku tumpang kawan aku. memula aku dengan kawan aku macam blur, lepas dia dah betolkan cakap kuda hitam, memang tebarai gelak dalam kereta. tak bleh blah tol. semangat nak menang hamper punya pasal. hahaha

amengs88 said...

hhahaha kelakar betul... Sya ngan wife tergelak gelak... Anyway, pukol 10 karang final untuk cerita hantu sya.., tggu ye... Sya auto publish sbb nak dpt suasana yang menyeramkan,, hahaha

su suraya said...

hahaha taw takpe. konfiden je dia

akhirnya.. lama betol nak ngayat cerita hantu. nasib baik saya memang peminat setia cerita seram lagi menyeramkan kat blog tuh..hohoho

sephia sophia said...

haha! even aku x dgr radio tu, tp aku dpt bayangkan suasana keadaan tu.

ko dh la kalo gelak x boleh benti. nasib la sape yg kena hahahaha..

su suraya said...

hahaha senget daa cakap aku gelak tak reti benti. kau balik cepat. aku nak bagitaw something neh..hoohhoho

أميرة said...

haha..lawak la kau ni su....

misz sempoi said...

noxx tgk ruang chat ko.. kita sembang situ jap...
ko bz ke???

su suraya said...

meera : hahaha sengal kau!

ca : chatroom takleh loading. asal kau???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...