Blogger Widgets ssssshhh...: tunang dah cik ajum :)

Saturday, September 15, 2012

tunang dah cik ajum :)

assalamualaikum
macam dapat dadah lak rasa lepas dapat bayar broadband aku
yang tertunggak tanpa kebenaran neh
ikotkan nak hati nak update sebabong
tapi bak kata orang2, bawak2 bersabar
buat sesatu. so hari ni aku cerita lah aktiviti aku
pack gak dari pagi

tadi pagi lepas bangun subuh segala
aku dah siap2. siap2 nak kemana??
hehehe lama aku tunggu saat2 kawan2 keliling aku tunang
then akhirnya hari ni dah bertunang lah sorang
ni kawan lama aku masa dekat tanjong then sampai serting

dulu selekeh je, tudung pun tak lipat
sampai cikgu pun tegur kawan aku tak reti ke lipat tudung??
tak paham aku benda kecik pun jadi isu, aku pakat gelak je aa
tapi tadi time dia tunang,, perghh

lawa gila seyh! aku lak rasa malu2 tenuk sebab pakai simple je
then aku dengan kawan aku diah teman dia dari pada mekap
sampai abes majlis, memang gebom lah sebab dia combine
dengan open house sekali. so sekali jalan sehala tanpa belok2

masa ajum mekap, aku dengan diah duduk sebelah

"weyhh aku nebess lah. berpeluh2 dah"

"asal lak???"

"entah dari pagi tadi lagi"

"kejap2, aku confuse ni sapa yang tunang ni?? aku ke kau??"

"hahaha aku amek berkat nebes kau sikit"

" entah su, ajum tunang kau lak nebes. kau ni tanda2 neh"

"tanda2 apa lah seyhh??" aku buat muka mintak kepastian

"tanda2 kau lapar kan? tadi pagi makan beger dah, pastu pulut lagi.
sistem badan kau tak betol macam kau"

"cantik sikit sistem badan aku tak betol. koma gak budak ni kang"

tapi aku time makan seronok!
aku tataw tapi aku rasa semua lauk2 dia sedap laka
masa aku nak duduk semua pandang
nak kata aku cantik tataw lah,
memang cun pun macam biasa.keh3
owhh rupanya nasi aku menggunung everest
nasib baik orang dah ramai balik
aku tala je, dengan sambal belacan lagi

then petang masa nak balik kawan aku yang tunang tanya

"su kau nak nasik tak?? bungkus bawak balik. banyak neh"

"eh takpe lah aku naik bas. tumpah naya aku satu bas bau belacan"

"takde nyee, aku bagi bekas kuat. kau amek ek??? amek taw"

"alaa malu laa tapi nak lah. hihihihi"

"alaaa jum, su memang nak tapau pun. dia bekias kias je tanak tu,
tadi dia makan macam resaksa aku tengok"
diah menambah. samprit punya budak

"eh budak, kau diam jangan menyampuk."

"mengada! tunggu jap taw"

"eh weyh, pluss nak goody bag lagi dua! hahaa"

"hahahaa boleh2 je dow. banyak ni , kalau kau naik kereta,
memang aku suh kau tapau semua"

"amboiii!"

Alhamdulillah, makanan sedap perot kenyang suka hati
majlis simple, even pelamin mini, mak andam, penganyam bunga tisu
and segala baju tunang adalah sendiri punya
tiada tempah2 dan mak andam sendiri merangkap kakak dia
jimat kos nok. hahaa

by the way tu Nur Haizum, tahniah sebab dah menjadi tunangan orang
gambar kalau ada kan menyusul kemudian. Insya Allah.. :)

masa balik aku cakap dengan kau weyh
bas punyalah penuh, dari pada naik berdiri kat pintu depan
sampai area rumah, pun kat pintu depan jugak
pintu tu tutup automatik, time aku kat pintu boleh plak stuck
tolak pakai kaki kau, ha manual punya mana nak carik

"su aku rasa kau patot mintak singgit kat india bawak bas tu"

"eh pehal lak?"

"kau pun macam sesuai je amek upah tutup pintu bas secara sambilan"
kata diah tanpa rasa ragu2 seperti ragunathan

"kau dah lama hidup eaa??"

"kehkehkeh"

sampai je rumah, warghh terus tumbang tanpa amaran
penattt la weeeyyyyy. yess dah abess satu entry!

5 comments:

skulluv said...

patut r lama benor xupdatenye..hehe

su suraya said...

biasalah,, takde broadband memang koma aku beberapa hari

sephia sophia said...

ko bile lagi??
haha..

su suraya said...

calon aku dah lari..hahha aku dapat rasakan kau dulu tunang neh..heee

sephia sophia said...

aku pn takdak calon seh....haha
setahun lg nak abes belajar, lek lu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...