Blogger Widgets ssssshhh...: cerpan (cerita panjang) the last part

Thursday, December 20, 2012

cerpan (cerita panjang) the last part


“Entah kemana sajalah budak tu. 
Macam abang tak tahu. Petang karang balik la dia”
jawab mak Besah sambil bersalaman dengan suaminya.

Mak Besah tahu suaminya keletihan.
Sedaya upaya dia memenuhi dan melayan suaminya agar
kehidupan mereka sentiasa aman dan sentosa.
Ayah terus naik ke atas dan mengambil tualanya untuk mandi.
Waktu senja nanti dapatlah ayah berjemaah di surau di hujung jalan.

Ayah akan berjemaah jika berkesempatan.
 Bunyi air berdebur kedengaran di luar rumah.
Mak masih lagi melakukan kerja-kerja rumah.
Tidak pernah nampak emak berehat walaupun seketika.
Ada sahaja kerja yang dilakukannya.
Itulah kekuatan seorang wanita yang bergelar ibu.



Burung-burung kembali ke sarang.
Mentari mula tenggelam di ufuk barat.
Hari semakin beransur petang.
Senja pula bakal menjengah sekejap lagi
dan separuh daripada bumi ini akan mengalami 
waktu malam untuk dua belas jam yang berikutnya.

Jali masih lagi duduk di batu-batu sungai itu bermain air.
 Kakinya yang dicelup ke dalam air sungai kelihatan pucat.
Lama benar die merendamkan kakinya itu.
Merajuk  benar nampaknya Jali.
Dia sendiri pun tak tahu mengapa dia perlu terasa sampai begitu sekali.

Perutnya yang berkeroncong tidak dihiraukannya.
Dia sudah tekad dalam hati.
Dia tak nak balik ke rumah kecuali emak dan kakak-kakaknya datang mencari dia.
matahari yang semakin tenggelam tidak dihiraukannya.



Rasa takut menerjah dirinya tatkala malam menjelang tiba.
 Lupa sebentar dia rasa rajuknya itu. Perlahan-lahan Jali mengorak langkah untuk pulang.
 Batu-batu sungai yang licin itu dipijaknya dengan penuh berhati-hati.
Tersilap langkah boleh terjatuh dibuatnya.
Ketika dia leka melangkah untuk pulang ke rumah,
kaki Jali terpijak celahan di antara batu-batu sungai itu.
Kakinya tersepit dan di gagal mengawal keseimbangan badannya.
 Suasana menjadi kelam dan terus menjadi gelap tiba-tiba.

~~~~

“ Ida, ko siap cepat. Tutup semua lampu rumah itu.
 Mak dah risau sangat dah ni. Siti, kamu tutup semua tingkap.
 Kita pergi cari adik ko Jali sekarang juga.” Cakap mak Besah memberi arahan.

“Mak, macam mana nak bagitahu abah.
Abah tak tahu pun adik hilang. Kalau jadi apa-apa kat Jali,,”

“Mulut kau tu jangan celupar sangat Ida. Kita doakan adik kau tak apa-apa.
Siti kau pergi surau kat hujung jalan tu, pergi panggilkan abah kau cepat.
Minta abah kau panggil orang-orang kampung sekali.”
Mak Besah semakin tidak keruan.

Ikutkan hati mahu saja dia menjerit histeria di halaman rumahnya itu
namun dia masih dapat mengawal perasaannya. Beberapa minit kemudian,
Siti kembali dengan bapanya dan beberapa orang kampung.
Mak Besah tidak dapat menceritakan perkara itu.
Yang penting mereka dapat bertemu dengan Jali dan dia ditemui selamat.

 Orang-orang kampung berkerumun di depan rumah mereka sambil memegang jamung.
 Mungkin mereka sudah tahu yang mereka akan memasuki
kawasan semak yang gelap di belakang rumah mak Besah.


 Operasi mencari di mulakan.
 Orang-orang kampung mula memasuki kawasan semak di belakang rumah
dan menjerit memanggil nama Jali. Tiada balasan daripada Jali,
yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan
unggas-unggas hutan bersahutan memanggil sesama mereka.

Mak Besah, Kak Ida dan Siti dilarang mengikuti sama untuk mencari Jali.
Keselamatan mereka lebih terjamin di rumah.
Mak Besah terhinggut menahan tangisannya.
Kak Ida pula sejak tadi mententeramkan emaknya cuba untuk tidak menangis.

Siti yang kelihatan kelam-kabut cuba untuk menenangkan dirinya.
Pagi tadi baru sahaja dia bergadoh dengan adiknya dan 
berharap adiknya tiada dalam hidupnya. 
Sekarang impiannya seolah-olah telah menjadi kenyataan.
Namun hatinya berbolak-balik.
Mengapa dia perlu mendoakan perkara-perkara seperti itu.
Nampak sangat dia tidak matang lagi.
Apa yang diinginkan sekarang ialah adiknya Jali selamat.

“Ya Allah, selamatkanlah adik ku,” doa Siti dalam hati.
Mereka sudah merayau ke pelusuk hutan itu namun tiada apa yang dijumpai.
Sungai-sungai telah diharungi namun tidak berjumpa juga dengan Jali.
Namun mereka masih tidak berputus asa. Selagi Jali tidak ditemui,
peluangnya untuk hidup masih lagi ada.

Mungkin Jali sesat,
mungkin Jali pergi ke rumah kawannya dan tidak berancang untuk balik.
Mungkin dia disorok bunian. Ah! Terlampau banyak kemungkinan yang boleh terjadi.

 Yang penting sekarang mereka mahu mencari Jali dan membawanya pulang. tiba-tiba

“Amat, ini selipar Jali ke. Aku jumpa dekat celah-celah batu ni ha.
Kau tolong tengok betul tak ini selipar anak kau.” Tanya Pak daud.

“Betul la ni selipar anak aku. Mesti dia ada dekat-dekat sini juga Daud.
Tolong la aku carikan dia.Rayu Pak Amat.

“Sudah, kamu berdua pergi sebelah sana, dan kamu pergi sebelah sini,
Amat ko ikut aku. Kita pergi kat hujung sungai itu. 
Insya Allah anak kau selamat.” Pujuk Pak Daud.

Hutan kembali bergema dengan sahutan penduduk kampung yang memanggil Jali.
Semuanya berusaha keras mencari dia. Doa dan tawakal mengiringi dalam hati.

“Aku dah jumpa anak kau ni Amat, tapi Masya Allah.”
Amat berlari ke arah suara yang memanggilnya tadi.
 Ingin sekali dia bertemu dengan anaknya. 
Mahu dikucup pipi anak kesayangannya.

“Masya Allah Jali!” Jerit pak Amat. Kepala Jali berdarah terhantuk benda keras.
Dia hanyut beberapa meter dari tempat seliparnya ditemui.
Badan Jali basah kuyup bermandikan air sungai. kulitnya putih pucat
Air mata ayah merembes. Tidak dapat ditahan lagi rasa sebak di hati.
 Ayah merangkul Jali sekuat hati. Tidak mahu dia melepaskan anaknya.

Suara ayah meraung bergema di hutan itu.
 Bunyi cengkerik tidak lagi kedengaran. 
Suasana hiba menyelubungi penduduk kampung.
Drama air mata itu membuatkan mereka turut sekali menangis.
Tidak pernah tragedi sebegini terjadi dikampung mereka.

Tidak tahu bagaimana ayah ingin menerangkan kepada mak Besah, kak Ida dan Siti.
Segalanya terlalu pantas. Ayah mengharapkan agar masa dapat diputar kembali
supaya sempat dia menatap puas-puas wajah anak untuk kali terakhir.
Semuanya tenggelam dalam suara tangisan.

~~~~~~
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Bacaan talkin mengusik jiwa semua orang yang berada di tanah perkuburan.
Kering sudah air mata untuk menangis menatap kehilangan adik.
Kak Ida cuba untuk menerima kenyataan.
Tiada lagi senda gurau dengan adiknya.
Tiada lagi gelak tawa adiknya yang memecahkan suasana.
Semua itu sudah hilang.


Siti yang duduk dihujung kubur seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan.
Dia berasakan ini semua salahnya.
Baru pagi semalam dia terfikir agar adiknya tiada namun dia tidak menyangka
secepat ini Allah memperkenankan permintaanya.
Bukan ini yang diminta.

Ayah pula bersila di sebelah pak Imam dan mengusap batu nisan adik.
 Tiada apa yang boleh dilakukan. 
Ayah mendoakan kesejahteraan adik di alam Barzakh.
Tanah kubur yang merah itu pula merentap jiwa emak.
 Tidak sempat Jali makan gulai ikan keli buatannya.
Tidak sempat Jali tengok anak-anak terung itu membesar.
Bertimpa-timpa rasa sesal emak datang menerjah jiwa.
Tidak sempat emak memujuk Jali.
 Emak menangis kembali mengenangkan kisah semalam.
Jika emak tahu semalam hari terakhir Jali bersama mereka,
 emak akan layan Jali sebaik mungkin.
Apa jua permintaan Jali emak akan penuhi.

Penduduk kampung beredar seorang demi seorang.
Tinggal pak Amat, Mak Besah, kak Ida dan Siti sahaja di tanah perkuburan.
Pak Amat, mak Besah dan Siti berkemas-kemas untuk pulang.
 Tikar mengkuang digulung dan mereka berjalan beriringan pulang ke rumah.

Kak Ida masih lagi duduk ditepi kubur adiknya.
Ingin dia meluangkan masa di situ dan bermuhasabah diri sebentar.
Pak Amat dan Mak Besah tidak melarang.
 Mereka bertiga mengorak langkah untuk pulang.
Kak Ida mengusap batu nisan adiknya selepas menyedekahkan bacaan surah Yasin.
Rindu betul dia dengan adiknya itu.
 Kak Ida mengelamun jauh.

Segala memori indah bersama adiknya menjelma di kepalanya.
 Namun cepat-cepat dia buang jauh-jauh semuanya.
Hidup mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi.
Kak Ida bangun dan melangkah pulang.
Suasana petang di tanah perkuburan itu sunyi sepi.
Sesekali suara unggas-unggas hutan bergema dan ianya
seolah-olah faham akan kesedihan Kak Ida.
kak Ida mengorak langkah perlahan untuk pulang.

soorrry kalau amek masa korang baca story panjang berjela neh
sebenarnya aku kehabisan idea nak tulis entry apa, untuk sementara 
aku letak cerpen ni dulu.hehe
so sekarang dah ada idea untuk akan datang then lega sudah.
by the way aku memang fail menulis.hohoho

7 comments:

PaPa Blogger said...

Sedihnye... Best la ko punye cerita ni... buat lagi.. buat lagi...

su suraya said...

hahah malu dah aku ha.tq2 Insya Allah aku buat lagi..heee

sephia sophia said...

hiba plak rs..wuwu..

Anonymous said...

tak perasan air mata dah kuar..,
aqu akan jaga adik2 aku dan
hormati ibu dan bapa smpai aqu ditelan bumi. cukup-cukup lah buat mak bapak kita susah hati.

buat citer adventure plak,
taknak sedih2 lagi..

PaPa Blogger said...

tengok.. ramai kan respon.. so buat cerita lagi.. hehehehe

su suraya said...

sephia : wahh!! muncul sudah kau..hehehe weyh ok tak cer aku? ko kan pengkritik tegar..komen skit

anon : tq support..:) Insya Allah lepas ni akan cuba pelbagaikan cerita genre lain2 plak..tq singgah..:)

azmeng :hehehe weyhh aku serius malu, Insya Allah aku cuba buat cerita lain plak pasni..:)

PaPa Blogger said...

hahahaha... tengok notification blogger tadi, memang dah agak dia ni... pesta gol la sangat ye... tunggu man u lak belasah.. hahahaha

siut man u, malukan aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...