Blogger Widgets ssssshhh...: subjektif kematangan

Thursday, May 16, 2013

subjektif kematangan

assalamualaikum, penat plak rasa cakap pasal politik
sebab kita ni bercakaplah macam mana pun
mana yang dah menang tu dah memang rezeki dia
kalau ada parti2 yang menang secara bersih
Insya Allah bersihlah dia, kalau ada yang menang secara kotor
ada balasan dia, mungkin bukan hari ni, mungkin akan datang kan
mana tahu.

aku suka berbicara tentang sesuatu perkara mengikut logik aku
bukan bermaksud aku tak suka mengikut fakta, sebab kadang2 fakta ni memeningkan
jadi biarlah aku bercakap mengikut kefahaman aku sendiri
so kalau salah dan nak betulkan dipersilakan ye

pada aku kematangan adalah sesuatu perkara yang subjektif
tak bermakna umur seseorang menjamin kematangan seperti yang sepatutnya
ramai perempuan suka lelaki lebih atas umur daripada mereka sebab
atas alasan nak lelaki matang. betul lah tu tapi tak semua macam tu

sebab orang2 lelaki berumur neh nak perempuan muda sebab nak perempuan mudaa ha
aku tak tahu term apa aku cakap ni. kematangan kebanyakannya bersandarkan pada umur
tapi bukan semua, kalau kita tengok apa yang orang tu cakap pun kita boleh tahu
sama ada dia ni matang atau sebaliknya.

banyak sebab yang boleh menunjukkan kematangan seseorang
berikut antara poin2 yang tak semestinya betul tapi boleh diambil kira

1. pendidikan
yepp pada aku pendidikan memainkan peranan yang agak penting.
pendidikan adalah salah satu cara kita semua akan terdedah dengan banyak benda.
dalam masa proses belajar, kita akan tahu banyak benda. bukan maksud aku
budak kampung lambat matang, tapi bila dalam dunia belajar dekat kolej atau universiti,
pelajar akan lebih terdedah dengan banyak benda. masok bermacam-macam jenis aktiviti
dan jumpa pelbagai jenis orang. proses pembelajaran itu akan menjadi panjang
dengan pelbagai kerenah orang yang dijumpai. dari situ kematangan tu akan dicapai
dan membuatkan pelajar tu tahu nak mengharungi dunia luar dengan lebih baik berdasarkan
pengalaman yang doang dapat masa belajar.

2. umur
umur adalah antara faktor terbesar yang aku rasa. sebab kita boleh amik contoh orang umur
24 tahun dengan 42 tahun. kita akan nampak perbezaan dari segi percakapan, penerimaan idea,
dan pembentangan idea. selalu umur muda2 neh dia lebih bersifat terburu-buru dan
bercakap mengikut apa yang dia rasa okay pada dia. kalau orang berumur neh,
dia akan bercakap berdasarkan pengalaman2 dia yang lepas yang dia jadikan rujukan.
jadi kematangan dia terserlah bila mengutarakan idea. namun tak semua orang berumur matang.
sebab ada je orang berumur tak boleh terima bila kita menegur dia dan menjadi kecil hati.
orang yang matang akan menganalisis kalau ada perkara salah yang dia buat sampai kena tegur.
bukan merajuk tak tentu hala.

3. bahan bacaan
pada aku pembacaan yang bagos akan membuatkan orang itu akan lebih matang
sebab banyak ilmu dia dapat timba. jadi bila ada sesuatu perkara berlaku
dia jadi tahu macam mana nak counter dan kalau ada orang argue dia sesuatu perkara,
dia akan argue dengan penuh berhemah dan bercakap mengikut fakta.
berbeza dengan orang yang bercakap mengikut sedap mulut je. dia akan counter
sehabis mungkin dengan point mengarut dan bukan sebab nak tegakkan apa yang dikatakan,
tapi sebab nak menang dan berharap orang yang diargue tu akan mengalah.
btw aku macam ni lebih kurang. hahaha.

4. pergaulan
kalau hidup nak dekat beratus tahun tapi pergaulan dia setakat orang2 keliling
tanpa melihat orang lain, pada aku kematangan tu takkan dicapai.
pergaulan yang luas bukan pergaulan bebas. ha cepuk kau kang. hehehe
pergaulan yang luas membuatkan kita akan jumpa pelbagai macam orang.
lagi2 kalau kita bergaul denga pelbagai bangsa dan agama. kita akan nampak
perbezaannya dengan kita. kita mungkin ada point A, mereka ada point B C dan seterusnya.
jadi bila kita bergaul, pengetahuan jadi luas dan kita akan jadi lebih matang dalam
menghadapi sesuatu perkara. orang yang berilmu campak lah dekat mana,
tetap boleh hidup.

tu jelah empat point utama yang mengikut pendapat aku. mungkin ada point lain yang
aku tak highlightkan. sebab tu aku kata, kematangan ni subjektif, tak semua matang
dengan cara yang sama. ada orang matang dengan hanya melihat pengalaman orang lain.
ada orang matang dengan cara yang lain. siapa yang tahu kan. selamat bekerja.

p/s : chelsea juara piala eropah. hahaha

1 comment:

Wana Rahman said...

oww.. entry baikk punyaa (Y) BW sini.. follow balik ?? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...