Blogger Widgets ssssshhh...: cerita hantu segamat 2

Wednesday, October 2, 2013

cerita hantu segamat 2

lepas kejadian dengar suara mengilai tu
sedikit sebanyak semangat budak2 rumah aku jadi lemah
kitorang jadi sikit penakut tapi lama kelamaan perasaan tu hilang
mungkin sebab gangguan dah tak da lagi lepas tu
jadi kitorang buat balik macam biasa, macam takde apa2 terjadi
dan kitorang hampir lupa dengan kejadian tersebut
tapi kitorang silap sebenarnya.....

~~~~~~~~~~
perjalanan hidup sebagai student memang penat
lagi2 dengan assignment nya, homework, presentation
aku tak sekelas dengan budak2 rumah aku iaitu ela ogy dengan sarah
walaupun sama course tapi disebabkan mereka kelas berlainan
jadi kawan2 yang sama group dengan aku kebanyakannya rumah berlainan

aku selalunya group dengan ezuan dengan insyirah
nilah kawan gaduh baik aku masa aku dekat sana
pergi kelas, makan, assignment homework semua dengan budak dua orang
oh yeee doang ni bechentaa, aku plak kawan baik ezuan dan jugak insyirah
jadi makin senanglah nak setelkan keje. 
tapi bila doang bergaduh, macam biasa aku jugak orang tengah
eh panjang plak aku membebel, dah la takde kaitan doang dengan cerita neh



kawan gaduh kawan bertekak kawan menangis, ezuan dan insyirah

malam tu aku macam biasa keluar lagi dengan doang
selalunya pergi mcd sebab dah ada wifi kan, jadi on laptop connect terus facebook
eh salah, terus masuk website uitm. login tengok info gitew
order air pepsi yang besar share tiga orang, lepak berejam
hihihih kejam sungguh hambaaa

"ezuan laptop kau manaa???" tanya aku bengang

"kau buat dulu lah su, aku pinjam laptop kau. aku tak bawak" 
kata ezuan selamba badak sumbu afrika utara

"aku dah agakkk, sengal. asyik rembat laptop aku je" aku balas. berasap berangin dibuatnya

"kau buat cepat, aku main gitar bagi semangat" dengan takde perasaannya
ezuan berkata begitu

greeeeengggg...!!!!

"aku tak campur, lantak kau dua orang lah ai" kata syira. 
membiarkan aku bertekak dengan balak dia
syra terus menyiapkan kerja2 yang  masih bersisa
dan aku masih bergaduh berebutkan laptop. huh

macam tulah kitorang hari2. tapi kitorang memang sekepala
gaduh pagi malam carik balik time makan apa seme

malam tu lepas selesai buat kerja, kitorang kemas2 semua benda
masa tu pukul 2 pagi, assignment terlampau banyak
aku naik mengantuk dibuatnya, besok kelas pukul 8. aduhaiii
mata bengkak lagilah gamaknya, tapi salah sendiri dan masing2
sapa suruh buat kerja last minit kan

"su ngantuklah, kau drive" kata ezuan menyakat

"meh aku bawak kau g batu dua. senang setel terus je"  balas aku dengan kasar

"mana ada batu dua dekat segamat neh. kat mana tu?" tanya ezuan, pelik katanya

"kubur"

"bengong, mulut kau ni teruk betul" balas ezuan bengang. padan muka

"sapa suruh, dah taw aku takde lesen lagi nak ejek kan? siap kau,
aku ada lesen aku tayang kereta depan umah kau"

"haa bila su oiiii, lagi berapa puluh juta tahun aku kena tunggu agaknya?"

"kuajaaqqqq"

malam tu seperti biasa, ezuan menghantar aku dahulu
sebab rumah aku paling dekat, dan kemudian hantar ezuan dan 
kereta akan dipegang syra
senang syra pegang kereta. takdelah lambat pergi kelas
kalau ezuan pegang. alamat taun depan pergi kelas nampaknya
(jangan marah ezuan. hahahaha peace) :)

"okeh dah sampai" kata ezuan

"okeh cun, jumpa besok cam biasa" balas aku

"tanak jumpa kau, jumpa kau buat apa? tinggalkan ko terus"

"diam lah. aku sepak kau nanty"

"dah2 korang jangan gaduh, u jangan nak menyakat dia okeh.
.aishhh. susu sayanggg
babaiiii, besok aku amek kau taw. ezuan lambat kita tinggalkan dia"
balas syra membacking aku. hihihi seronok kabel besar neeh

"yeayyy, babai syraaa gemok"

"menyampah" getus ezuan

lepas dah pung pang pung amek barang dan segala buku
aku melangkah keluar dari kereta myvi tersebut.
sambil melambai lambai mereka, aku mencarik carik kunci pintu pagar

"mana kunci rumah neh, errmmm" aku berbisik dalam hati

aku toleh belakang ezuan dan syra masih belum meninggalkan
pekarangan rumah aku. mereka selalunya akan menunggu sampai aku masuk
dan selepas tu baru mereka akan beredar. dan mereka masih menunggu
aku masih menggodek. namun tidak berjumpa kunci tersebut




malam semakin suram, gelap tak nampak apa
nak hujan ke? aku pun tak pasti. aku penat mencari
suasana keliling sudah sunyi sepi, rumah brader sebelah pun dah gelap
dah kenapa aku tengok rumah dia kan time tu
masa tu memang terang dengan lampu jalan je
kalau tak. ermmm
memang aku keluar bawak lampu suluh dibuatnyta

kerana lenguh mencarik, aku mendongak-dongakkan kepala

dan tiba2???!!!!!!

"eh su, apehal kau masuk kereta balik neh?????!!! tanya ezuan dengan penuh pelik

"susu sayang kenapaa????" syra pulak kecuakkan

"syra, ezuan. kunci pintu. cepat!!!!!!!" jerit aku

aku masih termengah-mengah. aku tak mampu nak bercakap
aku terkejut dengan apa yang aku nampak sebentar tadi
aku bermimpi ke? aku yakin aku tak mimpi sebab aku masih sedar
aku melempang-lempang muka aku, dah kenapa lempang muka sendiri
tampar atau cubit tangan sendiri dah la, sakitkan muka je
dan tangan aku masih dalam beg, menggodek mencari kunci

"ezuan syra, aku takut. ermm aku nampak ada kain putih terbang atas atap rumah
dia bukan macam kena tiup angin, dia terbang elok straight atas atap umah aku"
cerita aku dengan separa serak, suara hampir tak keluar sebab terlalu takut

"seriusss su????" tanya syra

"seriuss, aku nampak jelass. aku takut kalau2 aku tenung ada muka plak ke
sebab tu aku terus lari balik masuk kereta"

"u i pulak takut ni, kejap lagi i drive sorang" kata syra pada ezuan

"su kau rileks sekejap, kau ok tak neh? takpe nanty kereta i pegang" 
terang ezuan pada aku dan syra

"bagi aku carik kunci je, pleasee teman jap je"

"weyy carik slow2 aku tunggu"




huru sekejap hidup aku malam tu disebabkan sebatang kunci
aku sebenarnya nak menangis dah tapi aku tahan je
lepas puas mencarik, aku hanya berjumpa dengan kunci rumah
kunci pagar aku telah hilang, mungkin tertinggal dalam bilik
time ni plak dia nak tertinggalkan. geram betul dibuatnya
sendiri salah sendiri tinggalkan, jadi memang padan muka sendiri

dan lagi aku bukan jenis suka tidur rumah kawan2
aku takut sebab aku lebih selesa dirumah sendiri
walaupun jauh ke dalam, aku selalunya akan balik jugak
walaupun assignment habis pukul 2 atau 3 pagi

"su kau dah ok? jumpa kunci?" tanya mereka

"tak jumpa. takpe2 aku dah ok. weyh kau tunggu sampai aku masuk rumah"

"kau nak masuk dalam macam mana?" tanya ezuan, tertanya tanya

"kau tengok je" bisik aku

dengan perlahan-lahan dan dimulakan dengan Bismillah
aku melangkah keluar kereta dengan cepat dan berlari ke pintu pagar
dengan semangat yang masih tinggal, aku terus memanjat pintu pagar rumah aku
aku tak peduli kalau jiran aku nampak atau apa
atau sapa2 yang masih lalu ditepi jalan nampak aku
aku tak dulik dah. seriussss. janji masuk rumah

kalau orang nak masuk minang aku malam tu pun, aku tak pedulik dah
bialah orang tu terus balik sebab nampak aku anak dara tak senonoh panjat pagar
masalahnya sapa plak nak masuk minang malam2 kan? aku ni penakut sangat sampai merepek
aku tak pedulik dah. yang penting aku nak masuk rumah

"ezuan syra jangan pandang tapi tunggu aku taw!"
jerit aku sambil memanjat pintu pagar tersebut

pintu pagar rumah aku agak tinggi dan aku merupakan seorang yang rendah
jadi agak sukar untuk aku melangkah dan melompat ke dalam rumah
buatnya patah kaki aku dah satu kerja lain pulak nanty

"woii hati2, sangkut seluar tu kang!" jerit ezuan membahan aku

"diam aaaaaaaa!!!!!" jerit aku

lepas bersusah payah melangkah pagar yang besar tu
aku berlari masuk dan dengan pantas kilat membuka pintu rumah
dengan kasutnya tah kemananya, dengan beg aku terus campak atas meja

punyalah aku takut, aku terus terjun di sebelah housemate aku
dan menyelit nyelit di antara mereka. bayangan kain putih tu masih jelas
walaupun aku tutup mata aku, aku masih boleh bayangkan kain tersebut
memang jelas kain serba putih terbang di atas rumah aku dan pergi ke rumah brader sebelah
aku yakin bukan tiupan angin sebab aku sendiri yang merenung benda tersebut
dan aku tak rasakan apa2 angin masa tu

"su, awak dah balik, meh tido sebelah ela" kata ela dalam keadaan mamai

"nak2" kata aku. 

seperti orang masuk disorongkan bantal, aku menyelit laju2
aku sebenarnya seorang yang penakut, sangat penakut
jadi terus aku menyelit sebelah ela, rasa selamat toksah cerita
tidur pun sampai lupa nak tukar seluar jean dengan tshirt lengan panjang aku
ah lantak. janji rasa selamat

tapi........

masih ada lagi kejadian yang berlaku selepas tu
dan kali ini ezuan sendiri menjadi mangsa kepelikkan keadaan rumah aku

(bersambung)

1 comment:

Unknown said...

Potong betul... Kasi cepat sket ok... Xsabar nk tgu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...