Blogger Widgets ssssshhh...: cerita hantu segamat 3

Saturday, October 5, 2013

cerita hantu segamat 3

okey aku nak sambung ye, tapi aku sambung dengan nada
macam aku tengah alaminya? boleh gitu?
boleh je kan. dah nama pun blog aku jadi suka ati aku aa kan
kan kan kan??? ok cukup jom baca
dan mood kali ni lebih kepada nada serius. kot

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

malam tu assignment macam biasa membunuh otak aku
banyak sampai aku dan geng2 aku tak larat nak pergi  mcD lagi
jadi macam biasa waktu makan malam, aku keluar dengan ezuan dan syra
dan lepas berbincang bak sepatah dua kata, kitorang decide nak buat kerja
depan rumah aku je, depan rumah aku pada amatan aku sedikit selesa

depan rumah aku tu agak luas, senang nak buat kerja dan agak lapang
lagipun ada kawan lelaki sekali, haruslah buat depan rumah kan
takkan aku nak bawa ezuan masuk buat kerja dalam rumah
semestinya aku masih ada kewarasan, apa pula kata kejiranan aku nanty

selesai makan, aku dan kawan2 kembali ke rumah aku
meja kecil housemate ku, ku pinjam untuk digunakan kami bertiga
air yang dibungkus dari kedai makan tadi ku buka dan tuangkan ke dalam cawan
segala jajan2, makanan2 aku yang ada semua aku keluarkan 
menjadi santapan dan kudapan di kala mengantuk
nampak macam makan yang lebih daripada belajar. aduhai
dan aku mula membuka segala helaian kertas yang diberikan pensyarah
dan mula membuat pembahagian kerja antara kami bertiga

setiap minit di gunakan sebaik mungkin. mahu menyiapkan kerja sepantas boleh
mata makin mengantuk, jam menunjukkan pukul 3 pagi
kerja sudah hampir selesai. dan dengan segala sisa tenaga yang ada
kami bertiga berjaya menyelwsaikannya. ku toleh ke kiri ezuan sudah tidak tertahan ngantuk

"aku ngantuk su, tak tahan dah ni. kau kemas2 lah eh."

"okeyh2 takpe. kau pergy lah bersandar sana dulu. aku setel dengan syra"

selesai mengemas dan menghantar kembali meja ku kebelakang
aku menoleh ke arah ezuan, dan ternyata dia sudah berdengkur di tiang rumah aku
untuk tidak memeningkan suasana, aku menyuruh syra tidur di rumah aku
kerana hari sudah terlalu lewat malam, walaupun dia masih boleh memandu
keselematannya adalah lebih penting. aku tak mahu terjadi apa2 yang tidak baik

dan aku kejutkan ezuan untuk menyuruhnya pulang ke rumahnya
aku risaukan kata jiran2 aku nanty. apa pula kata mereka kan

"su aku ngantuk sangat su. tak larat. aku tidur dalam kereta je lah"

"bahayalah wey, kau ni. kang jadi apa2 aku tak tanggung"

"aku kunci lah pintu bengong. nanty dah subuh kau kol je. aku balik ah pastu"

"okeyh apa2 hal kol"

selesai melihat ezuan masuk ke dalam kereta, aku dan syra masuk ke rumah
kami mengemas2 tempat tidur dan ternyata syra sangat penat nampaknya
usai meletakkan kepala terus dia terlena, penat sangat dia
aku masih lagi melayan-layan mata bagi mengantuk. kenapalah mata aku ni
sejak belajar di segamat ternyata masa tidur ku tunggang langgang
tidak seperti di melaka dulu. mungkin suasana belajar yang makin berubah

beberapa minit kemudian, aku akhirnya sudah hampir mamai dan terlelap
namun lelapku tidak lama. tetiba telefon bimbit ku menderu laju berbunyi
hendak dikatakan bunyi penggera masih terlalu awal, baru saja terlena

"sapa pulak telefon ni, kacau laa" getus hatiku geram

nama yang terpampang di skrin telefonku ialah nama ezuan
apa pula yang dia mahukan dari aku ni? mahu buang airkah? mahu minum ke?
kalau dia sengaja mahu mengacai tidur aku, dia sebenarnya menempah maut kalau begitu
tanpa membuang masa segera aku mengangkat panggilannya
namun sedikit bengang itu masih ada, tak tahu tidur ke?

"napa weyy??? kau nak minum ke? aduiii"

"su keluar kejap."

"kenapa? aku ngantuk lah ezuan. besok lah kalau nak apa2"

" su tolonglah keluar kejap. keluar kejap cepat!"

ezuan separuh menjerit dalam telefon. aku pelik
namun apa yang pasti suaranya dalam nada ketakutan dan panik
ah mungkin dia nak mengenakan aku, bukan aku tidak tahu dia ni
tapi risau juga kalau jadi apa2 padanya. aku bergegas mencapai tudung dan cadigan

tudung ku sarung seboleh mungkin dan caridgan ku pakai untuk melindungi tanganku
pada mulanya aku mahu mengejutkan syra menemani ku
namun melihat dia terlalu lena tidak sampai pula hati

"ah takpayahlah kejut syra. takpelah kejap je. ezuan nak air kot" bisik hati aku

kunci ku capai dan aku berlari ke arah pintu pagar. 
mangga pintu ku bukak dan ku pergi ke arah keretanya
ku ketuk cermin keretanya dan kulihat ezuan menutup muka dengan bantal
ah sudah mengapakah dia ni? seperti baru telihat hantu gayanya
ish mulut aku, cabul sungguh.

"ezuan kenapa? oii aku kat luar pintu kau ni"

"su masuk kereta kejap."

"kau gila ke apa?? cakap kat luar je lah. amendanya"

"cepat lahhhh. kau ingat aku nak buat apa2 kat kau ke? 
takde masa aku, cepat lah!!!!!!!!"

dalam nada pelik aku masuk ke tempat duduk sebelah pemandu
ezuan kulihat masih menutup muka dengan bantalnya
aku bertambah pelik, tadi menyuruh aku masuk dan sekarang mendiamkan diri
acap kali aku bertanyakan kenapa dia kenapa dan jawapan yang aku dapat
hanyalah

"su, aku takut sangat. takut su. teman aku sini"

ah ini kerja gila! mana mungkin aku akan menemaninya disitu
silap haribulan ditangkap berkhalwat pula nanti
dan aku berkeras mahu masuk rumah jika dia berkelakuan pelik lagi
dan akhirnya ezuan membuka ceritanya

dia mengatakan pada awalnya dia memang sangat mengantuk
sehinggakan ketika mahu masuk ke kereta pun dia sudah tak boleh membuka mata
setelah mengunci pintu kereta dan menurunkan kerusinya
dia terus tidur, namun kata nya tidur nya tidak lama
setelah beberapa lama, dia mendengar sesuatu yang pelik

setelah diamati dengan teliti, ternyata
dia mendengar bunyi tapak kaki berjalan ke arahnya
awalnya dia sangkakan dia bermimpi, namun setelah dia menggosok mata
bunyi tapak kaki tersebut makin jelas dan menuju ke kereta
namun apa yang lebih pelik, bunyi tapak kaki tersebut seolah-oleh sedang menyeret sesuatu
seolah-olah orang sedang menyeret guni beratnya. tidak mampu diangkat
dia hanya mampu mendiamkan diri. badannya diserengkan ke kiri dan 
dan apa yang pasti, bunyi tapak kaki tersebut mengelilingi keretanya
lama benda itu berjalan di keliling keretanya, kata ezuan dia hampir menangis ketakutan
hanya bantal yang ditekupkan dimukanya sahaja menjadi pelindung utuh untuknya

dia menceritakan, tidak sanggup rasanya dia mendongakkan kepala
takut ternampak apa2 yang tak sepatutnya, dalam pada itu dia cuba mencari 
telefonnya dengan tanpa mengangkat kepala. dan nasib dia baik
apabila berjaya mencapai telefon di koceknya dan mendail no aku

dan apabila dia nampak aku disebelah keretanya
dia menyuruh aku masuk cepat2 kerana takut. takut benda tu ada lagi

"kau biar betul ezuan?" kata aku selepas selesai dia bercerita

"su aku tak tipu, aku takut su. tolonglah teman. aku nak balik pun tak berani"

pada waktu itu aku terlalu mengantuk, dan mula terlepas cakap takbur
mungkin kerana terlalu penat membuatkan aku bercakap yang bukan2

"mana benda tu takde pun??? mana2?" jerit aku

"weyyyy bengong! kau jangan cakap besar boleh??? nampak karang mampus kita"

"takde lah aku ngantuk lah weyhh. arghh" jerit aku

dalam hati aku tetiba risau, risau akan keceluparan aku
janganlah kau tunjuk muka, aku terlepas cakap tadi
aduhai. mulut ni pun satu, takde insurans betul
aku menepuk-nepuk mulutku tanda menyesal dengan kata2 ku

setelah berbincang, aku bersetuju menunggu sehingga dia tidur
nasiblah baiklah dia 5 minit selepas tu dia sudah lena di tempat pemandu
dan aku dengan tidak membuang masa terus keluar dari kereta dan
berlari masuk ke rumah. pintu pagar pun ku tidak manggakan kembali
nampak sangat penakut. cakap besar lagi. padan muka aku

ketika aku mengunci pintu, aku terdengar suara ezuan memanggil aku

"Su!"

namun ketika aku toleh ke kereta aku tidak nampak siapa2
tidak kelihatan ezuan di cermin kereta. ah sudah
dan pantas aku terus mengunci pintu dan belari tidur ke housemate ku

sejak peristiwa itu, kami tidak berani lagi berjaga malam
dan kalau berjaga pun tidak akan sampai pukul 2 atau lebih
kalau terlalu banyak kami akan mula awal. aku dan rakan2 cukup serik
cukuplah mendengar suara sahaja, tak mahu selepas ni
nampak dengan mata kasar. cukup2 lah

dan aku bertanyakan kepada ezuan, adalah malam selepas aku keluar kereta
dia ada memanggil aku, ternyata sangkaan ku meleset
yang dia menidakkan ada memanggil aku.
katanya selepas terlelap itu, dia sudah tidak ingat apa2 lagi
cukuplah peristiwa ini menjadi pengajaran buat kami
agar tidak berjaga lewat malam lagi

2 comments:

skulluv said...

perasaan korang je tu..mungkin sebab badan korang penat sangat.huhuhu

Anonymous said...

segamat kat area mana? taman segamat indah? taman bendahara? taman laksamana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...