Blogger Widgets ssssshhh...: perspektif cantik di mata manusia

Thursday, October 17, 2013

perspektif cantik di mata manusia



assalamualaikum
cantik adalah sesuatu perkara yang sangat subjektif
sebab cantik di mata kita belum tentu cantik di mata orang lain
cantik di mata orang lain belum tentu cantik di mata kita

namun dalam realiti dunia sekarang kita disogokkkan dengan
kurus adalah cantik, putih adalah cantik, cantik dan tampan di sayangi
dalam iklan tv, semua produk kecantikan adalah lebih kepada memutihkan
ye memang ada yang untuk merawat jeragat, jerawat dan segala bapak bintik hitam
tapi kebanyakannya adalah lebih kepada "CERAH DALAM MASA EMPAT MINGGU"

kadang-kadang kaum perempuan menjadi obses dengan iklan macam tu
dan dengan rasa rendah diri aku pun tidak terkecuali
ye untuk mendapat perhatian umum mungkin ini adalah jalannya
tapi sebenarnya itu semua adalah eksploitasi syarikat2 pengeluar
untuk melakukan jualan produk mereka kepada kaum2 wanita yang berlumba-lumba nak cantik

tapi sebenarnya untuk apa cantik ni, adakah bila putih kita akan cantik?
adakah bila kita kurus kita cantik?
cantik yang sebenar adalah cantik yang datang dari hati
bila hati kita cantik kita akan secara automatik cantik di luaran
kerana apa? kerana akhlak kita akan cantik selari dengan kecantikan hati

semua kejadian Allah ciptakan cantik2 belaka, ada gemok kurus tinggi rendah hitam putih
semua kejadian yang Allah ciptakan ada sebab, 
kadang2 orang gemok rasa irihati dengan orang kurus
kerana pada pandangan mereka yang kurus itu cantik
orang pendek yang irihati dengan yang tinggi macam model
kerana apa? kerana merasakan cantiknya yang tinggi2 neh
dan aku sebenarnya salah seorang yang rendah
tinggi aku 148cm dan aku cemburu dengan perempuan yang tinggi

tapi semua pandangan ni diciptakan oleh manusia itu sendiri
kita yang menciptakan kencantikan itu berlandaskan sesuatu perkara
ia seolah-olah kita mencipta sendiri dinding halangan di antara kita dan 
golongan yang berlainan dari kita

dan tanpa kita sedari sebenarnya kita menciptakan jurang
menciptakan sesuatu perkara yang tidak wujud pada mulanyaa
dulu masa aku diploma ustaz aku penah cakap

"kamu tahu, secantik mana pun muka kamu, mulut berbau jugak,
tapi walaupun Allah jadikan mulut kita semua ni berbau, semua ni ada sebab.
kamu taw apa sebab dia?" 

"tak taw ustaz kenapa?"

"sebab cuba kamu bayangkan, kalau mulut masing2 semua wangi,
yang belakang bau strawberri, yang depan bau anggur, yang tengah bau epal,
karang bila saya tengah mengajar, kamu semua duk sibuk bercium mulut kat belakang saya,
sebab apa? sebab nak bau mulut masing2"

"HAHAHAHA EUUWWW USTAZ NEH"

masa tu aku dah mula berfikir, memang betul apa ustaz kelas aku cakap
nampak kelakar tapi aku paham apa yang ustaz kelas aku cuba sampaikan
sebab masa tu ustaz aku cuba menerangkan kekurangan yang ada adalah bersebab

gemok ke kurus bukan masalah, hitam ke putih bukan berbalah
apa yang penting kita terima kekurangan masing
apa guna kurus kedengking kalau sakit meranting
apa guna putih melepak kalau perangai kuat menjerit melalak
dan sebenarnyaa
kesihatan ya penting, sangat penting. 
agar urusan seharian kita berjalan lancar

jika kita tak sihat sakit kaki, urusan dan segala hal tergendala
tapi jika kita tak cantik, segala hal masih boleh berjalan
kerana kita menggunakan pergerakan, kelincahan dan kekuatan kita dalam
menjalankan tugas seharian
bukannya kecantikan
kecantikan adalah bonus, untuk sedap dipandang. sahaja.

kecantikan yang sebenar adalah datang dari dalam
dan ianya akan boleh dirasai oleh orang sekeliling

meh aku nak sampaikan apa yang aku rasa dulu

seriously aku bukanlah seorang yang cantik, aku rendah, dan sedikit gelap
tapi aku jenis banyak cakap. aku masuk banyak aktiviti kelas masa aku dekat sekolah
aku masuk pidato, debat, dan macam2 aktiviti kelas lagi
sebab aku rasa nak stand up di kalangan yang lain2
aku nak buktikan yang aku jugak boleh berdiri sama level

tapi aku silap, sebenarnya aku tak perlu buat semua tu
sebab perkara tu aku buat untuk memuaskan hati orang lain
sedangkan aku rasa kosong dengan apa yang aku buat
padahal kawan2 aku semua okayh dan terima aku seadanya

and aku bukanlah jenis yang pandai melawa, sangatlah tak pandai
dan masa diploma, aku ada seorang kawan baik
kawan yang memang rapat sangat. tempat aku bercerita

satu hari, kami berjumpa dan berbual macam biasa
dan dia tetiba mengeluarkan kata-kata macam ni

"kau taw, si xxxx tu cantik sangat kan. aku tengok dia kan, aku tenang je.
aku tengok pempuan lawa ni tenang hati aku"

aku terdiam terkaku, masa tu aku rasa malu
sebab aku taw aku macam mana. aku dah mula kecik hati
mungkin aku jugak yang mudah merajok tapi entah kenapa aku memang terasa
dengan apa yang kawan aku cakap

"kau kalau nak jumpa perempuan cantik, sini takde dan
kau boleh balik. carik perempuan cantik mana yang kau nak tu!"

masa tu aku sendiri malu dengan kata2 aku
nampak sangat aku terasa dengan kata2 kawan aku
and aku akui aku memang terasa

tapi masa tu aku lega, sebenarnya dikurniakan wajah yang biasa2 lebih bermakna
jikalau ada yang berminat mungkin dia akan suka kita seadanya
dia akan terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada
tanpa memandang paras rupa

sesapa yang dikurniakan wajah yang jelita
adalah bonus anugerah Allah dan anda tidak salah
orang yang menciptakan jurang diantara kecantikan itu yang bermasalah

dan aku juga telah belajar satu benda
tidak guna memuaskan hati manusia sekeliling dengan menyusahkan diri
kerana sampai bila hati orang keliling tidak dapat dipuaskan
biarlah tak cantik di mata masyarakat asalkan cantik di mata Allah
kerana Allah lebih nampak kecantikan hambanya berbanding orang lain
selamat malam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...