Blogger Widgets ssssshhh...: semua perkara yang jadi, ada sebab nya. bersabarlah

Saturday, October 5, 2013

semua perkara yang jadi, ada sebab nya. bersabarlah

assalamualaikum
ye aku taw sekarang sudah dinihari
macam biasa mata aku masih membuat hal untuk dilelapkan
seperti bayi lagaknya, mahu didodoikan sahaja
entah mengapa malam ni kepala aku cukup berat
bukan kerana pening, kalau pening sudah kucari panadol sebagai penawarnya
namun kepala aku seolah-olah berputar dan ligat memikirkan pelbagai perkara

ku rebahkan badan ku ditikar anyaman buluh kegemaran mak aku
lenganku di letakkan di atas dahi, fikiran ku menerawang
ah kenapa begini? getus hati aku
aku risau dengan diriku yang semakin tunggang langgang
seolah-olah tiada penyelesaian. ah makin jauh aku melayang

aku bangun, mengengsot perlahan-lahan ke arah laptop
mungkin aku perlu luahkan apa yang terbuku di kepala aku
di benakku terlalu berat, seolah ada batu terperangkap di dalamnya

jariku ligat menekan papan kekunci
laman jaringan blogger.com segera ku tekan
aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan, hendak menelefon kawan
aku ada kawan ke? haha aku tergelak sendirian

sementara menunggu laman sesawang ku cari keluar di skrin ku
aku mengambil telefon dan melihat jika masih ada baterinya
gambar2 di memori telefon ku teliti juga. ah bosan sungguh sampai gambar sendiri pun tengok

"masih banyak lagi. nampak sangat dah jarang guna. kalau dulu selalu gila charge"

aku membebel sendirian. macam orang tak betul pun ada
usai laman yang ku ingini keluar di skrin
segera aku ke butang post
aku penat, mungkin aku perlu luahkan segalanya dalam laman peribadi aku

dalam masa sebulan dua ini, terlalu banyak hal yang berlaku
kadang2 aku rasa tidak mampu aku untuk menanggungnya dalam satu masa
pernah sekali aku menangis kerana terlalu rasa berat beban di kepala aku
seolah-olah ada satu beban yang tidak mampu untuk dikeluarkan

dengan tiada kerja tetapnya, hanya bergantung pada duit simpanan
sejujurnya aku tidak mengharapakan bantuan dari siapa2
aku cuma risau selama mana aku akan begini, 
teringin sangat nak mengembirakan mak abah aku. 
namun dengan keadaan sendiri yang tunggang terbalik. memang mustahil

aku pernah membandingkan nasib ku bersama-sama dengan rakan lain
yep, ramai rakanku lebih bernasib baik. ramai yang bekerja tetap
aku? hanya mampu memohon, memohon dan teruskan segala permohonan
sejujurnya aku cemburu sedikit namun aku sabarkan hati
mungkin ada hikmah aku belum bekerja lagi. asalkan jangan putus asa

namun setelah beberapa lama, aku pasti perkara yang berlaku ada sebabnya
tiada apa yang berlaku di dunia ini tanpa sebab
pokok bergoyang pun kerana angin atau monyet di dalamnya

begitu juga hidup, dalam hidup kita orang datang dan pergi
ada yang datang adalah bertujuan untuk mengajar kita sesuatu
untuk menunjukkan kita sesuatu dan dia pergi

dan ada juga yang datang dan dia setia di sisi kita
kerana apa? kerana dia akan ada bersama-sama untuk mengharungi segalanya

segala apa yang berlaku ada hikmahnya
perjalanan Allah itu cantik. apa yang penting adalah sabar
kerana di pengakhiran sabar akan ada penghujung yang indah
banyakkan bersabar, berdoa dan yakin dengan ketentuan Allah

maaflah merepek malam2, kadang2 kita perlu meluahkan untuk kelegaan kan
dan aku lega dengan cara begini. oklah selamat malam :)


4 comments:

Anonymous said...

ad org diuji dngn kesusahan keluarganya,
ad org diuji dngn kesenangan dunia,
yg pasti semua org diuji,
mmg benar perancangan allah itu terbaik,
kita sebagai khalifah,
jalan tanggungjawab kita,
agama,ibubapa,sebagai org melayu,
setiap situasi,setiap ap yg terjadi,
pasti ad hikmahnya..

su suraya said...

mmmm kadang2 rasa terlalu berat dan takut tak tertanggung je

cuma mampu buat setakat yang boleh aje..

tq cik anon..:)

Anonymous said...

sye bukan cik..

su suraya said...

owh saya tataw cik ke encik. tq encik anon... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...