Blogger Widgets ssssshhh...: keadaan semasa diri sendiri

Tuesday, August 5, 2014

keadaan semasa diri sendiri

assalamualaikum
dah lama tak update so aku update skit pasal diri aku okay
nak baca silakan tanak baca sudah. haha 
sekarang aku dah kerja dekat petaling jaya. nak dekat 6 bulan dah
so setakat ni semua okay dan aku boleh cope lagilah dengan kerja ni
company aku kerja skang sama dengan masa aku praktikal dulu
cuma beza aku sekarang dekat cawangan berlainan

pergi kerja semua orang naik kereta, aku dengan kental naik motor
tu la kau sapa suruh tak ambil lesen kereta dulu
sekarang menyesal tak sudah aku. orang dah jauh bawak kereta sampai siam
aku baru nak kenal stereng kereta tu apa
tu la, dulu mak suruh amek lesen ketegaq tanak.

jeles jugak tgk kawan ramai pakai kereta
aku weng2 pun takat mampu motor je le tapi syukur sebab kalau jem 
aku sampai dulu. keh3. sapa suruh ko pakai kereta
kan dah sangkot kat jem.

dan sekarang aku hampir sepenuh masa menetap dekat petaling jaya
tapi asal hujung minggu aku akan balik kampung atau balik kajang
kau taw reason dia sebab apa? sebab aku nak tengok running man
teruk gila aku obses ngan cerita tu, sampai semata balik kampung
rumah takde astro lah katakan, budak rumah aku jenis tak tgk tv
jadi membazir kalau amek astro

baik aku balik kampung, dapat jugak makan free.
bosan lah pulak cara aku bercerita. tunggu aku mengkreatifkan diri aku balik

1 comment:

Anonymous said...

bli la kereta....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...