Blogger Widgets ssssshhh...

Sunday, April 15, 2012

sama tapi tidak serupa

assalamualaikum
hari tu aku pergi segamat. then nak kena setel thesis segala apa lah kan
then tidur aku kat sana pun macam tunggang langgang lah
balik je dari segamat jumaat malam hari tu, penat dia aiisshhh
berbeza dengan penat kerja, 2 hari jugak aku topup tidur
badan sakit macam angkat kayu balak beratus kilo
tapi macam biasalah kan bukan ni yang aku nak cerita
aku nak cerita dua perkara yang hampir sama tapi tak serupa
hope dapatlah pengajaran okayh, wahh!!! macam tukang karut dah ni

kisah 1
hari tu aku keluar dengan kawan aku, kawan lama tak jumpa
peluk-peluk segala *over sangat nyah*
then dia turun sebab nak pergi somewhere
sementelah itu aku pun tunggulah dalam kereta sebab dia nak keluar kejap je
masa tu kereta berhenti sebelah kedai makan
lepas tu aku nampak satu peristiwa
ada sekor kucing mengiau nak makan
masa tu ada sorang budak laki, aku tak sure remaja or dewasa
then dia macam shuhhhh2 kucing tu pergi jauh pakai kaki
sedih dow tengok, at least bagilah makan sikit
bukannya kau tak kenyang pun kalau kasi kucing tu sikit
aku ni bukanlah peminat kucing, aku biasa2 je dengan makhluk comel tu
tapi takdelah tergamak sangat kalau kucing tu kebulur tahap rasaksa
buat macam tu kan

kisah 2
aku tengah makan dengan kawan aku, ni kawan lain plak
then masa nak pergi blah basuh tangan tu
then ada sorang pakcik ni datang then cakap
"nak, dah habis makan??? acik nak kepala ikan tu boleh???"
terkedu kejap tapi pinggan aku takde tulang sebab memang licin aku balun *malu*
so kawan aku ni bagilah tulang ikan dia dekat acik tu
then acik tu pergi ke setiap meja kumpul tulang ikan and lebihan makanan
so touching okay, ingat takde dah orang yang berhati mulia macam tu

nampak tak apa yang aku nak sampaikan, kat dunia ni ada macam-macam orang yang kau takkan jangkakan macam mana perangai orang tu, so selamat berfikir

Tuesday, April 10, 2012

sabarlah wahai hati

assalamualaikum
wow! tajuk aaawww sangat. dua bulan je lagi. sabau nyah sabau
time tu kau nak tido puas-puas sampai tak bangun seminggu pun takpe
jadi bersabarlah wahai hati. dua bulan tu kejap sangat k. banyakkan bersabar..
erghhhh.....

Monday, April 9, 2012

OMG!

assalamualaikum
disebabkan aku terlalu fokus dekat laptop yang kadang2 mengambil masa berjam-jam
sekarang ni aku dah start nampak tulisan jadi kembang and pecah-pecah..
aisehhh..

ca, belajar rerajin..

Friday, April 6, 2012

1 phone call that might change everything

assalamualaikum

semalam, aku tataw kenapa aku macam resah gelisah, mungkin sebab lama sangat duduk rumah, aku buat assignment semua tak menjadi. semua macam kelam kabut, minggu depan nak kena hantar dah taw, but then aku baru dapat siapkan 75% je and the remaining tu, hmmm memang memerlukan kekuatan nak buat. then aku capai phone celcom aku, aku scroll semua nombor yang aku boleh dail. tu lah aku, kalau aku rasa macam nak nak bercakap dengan orang memang orang keliling aku jadi mangsa. ingat nak call kawan aku tapi tak payah lah, bila fikir balik, kesian dia sebab aku dok kacau hari-hari. takut dia bosan je dengan aku. so aku scroll lagi lagi dan lagi

then lepas 2 ke 3 kali scroll nombor, aku call dalam 2 ke 3 orang jugaklah. sebab ramai plak tak angkat, tapi aku tak kisah pun at least save credit. hahah ye lah aku tu, then aku teringat satu nombor kawan lama aku kat melaka, kawan susah senang aku. lama sangat tak call dia then aku macam nervous gak nak make that call. aku takut kacau dia. ni kawan susah senang beb. masa aku jatuh tergolek dulu dialah yang banyak hold aku nak elak aku tersungkur. aku taw aku boleh harap banyak daripada dia. aku boleh belajar banyak dari dia. so aku dail nombor dia then,,

su!!! call lagi 5 minit please, tengah drive

okay-okay

ada jugak return dari dia, then lepas dia dah misscall aku, aku return balik. hope dapatlah dengar something dari dia yang membuatkan aku rasa lega ke apa ke. entah kenapa aku semalam aku pun tataw

OH my GOD! su lama gila tak dengar cerita kau weyyyyy.. weyyyy lama gila kot.. kau sihat tak??????

aku sihat, hehehe kau???? lama gila tak jumpa and chat babe..aiishhh

bla bla bla bla..hahahhhaa yeke,, oooo bla bla bla........

then terkeluar lah satu topik, topik yang aku memang harap-harapkan dari seseorang supaya ada orang utarakan untuk aku, aku memang lama dah tunggu. topik yang menghantui aku sejak setengah tahun dulu. kirakan aku tak salah buat call semalam. ada hikmah semua yang nak terjadi nih

su, kita dah 23, dah besar weyh, lagipun bila lagi nak berubah, kita nak tunggu bila, umur makin meningkat, su aku sokong kau apa yang kau buat sekarang, jangan risau. aku doakan kita berdua mantain dengan apa yang dah kita lakukan ni. Insya Allah kita dekat landasan yang betul su, aku support kau kau support aku k..

tq weyh.. lama aku tunggu orang cakap pasal ni and at last kau yang raise up the topik. tq a lot. jumpa nanty kay

okay su, papehal mesej aku k.. miss you

miss you too

assalamualaikum

waalaikumsalam

korang confirm tertanya-tanya aku borak pasal apa, adalah pasal something, pasal satu topik yang sangat berat untuk diluahkan, topik yang sensitif. topik yang membuatkan hati aku berbolak-balik untuk 2 ke 3 minggu neh. dan Insya Allah, bolak balik hati aku ni, akan cuba aku luruskan setelah mendapat sokongan dari kawan lama aku. lepas dah letak phone, bermacam-macam perasaan bersarang dalam hati aku ni dengan dalam benak kepala aku. betul ke ni?? aku dah ready ke?? ah persetankan tu semua. Insya Allah boleh.yang penting kena juga kuat sebab dalaman aku ni fragile sikit kalau ikotkan

k bye Assalamualaikum..:)

Wednesday, April 4, 2012

friends and enemies

assalamualaikum
aku jumpa something, so nak share, sila tekan button share kat bawah
kalau korang carik button tu, mean korang bendul, ingat fb ke
sejujur jujur manusia ialah musuh anda, tak percaya??? percaya lah woi
aku serius neh, takda masa nak main2 ke gurau2 ke apa ke, bukan2
ini betul2 kejadian, eh ini betul2 serius.

sebab apa aku cakap macam tu, cuba kau cari orang yang benci kau gila2
kirakan kalau dia dengar je nama kau, rasa macam nak bagi penyepaklah senang cakap
then kau suh dia describe kau, cayelah memang kaw2 punyalah kena bagi
silap2 mau meraung dua bulan sebab budak tu tak berhenti cakap
serius aku jumpa dekat artikel mana entah

tapi kau jangan lah pegy carik gaduh dengan kawan kau pulak semata mata
nak taw pandangan dia terhadap kau, itu bukan nak dapat pandangan
itu mencari bala sebab certain hati kawan kau dah hurt, huh masak beb *ece ayat, wekk*
kalau takde musuh lagi bagus, sebab tu maksudnya kau tak pernah hurt orang,
so tak payah susah2 nak describe, aku??? aku pernah ada dulu, dulu!!!
tengok ayat bebetul, skang neh, Insya Allah takda..so aku ni baik la kirekan kan???
wekkkkkkkk..berlari ke jamban sebab geli dengan ayat sendiri

p/s : nice info, nak cari ah sesapa yang boleh describe aku. ha apa lagi. jom gaduh! hahaha baik aku makan karipap sardin dari bergaduh neh

Tuesday, April 3, 2012

supplement tambahan,, perlu ke

assalamualaikum, sekarang ni makin ramai yang amek makanan tambahan
makanan tambahan bukanlah kau makan nasik then mintak tambah, salah sama sekali
kalau kau ingat tu, makanya kau layak dapat pelempang aku
makanan tambahan ni macam vitamin2 dan mineral2 tertentu yang badan kau perlukan

so certain orang amek makanan tambahan sebab nak jadi kuat macam badang
buat apa2 pun boleh, tolak kereta tadahal, angkat kayu balak tadahal, senang cakap
semua benda tadahal, yelah dah dapat makanan tambahan,
zaman sekarang mana nak dapat muntah badang lagi dol

kalau nak jumpa badang pun dah sah2 kau kena masok hutan dulu
redah sungai, senggayot sana sini nak jumpa badang punya pasal
entah2 badang pun dah makan makanan tambahan sekarang neh, kau mana taw an
entah2 dia tengah dok rilek kunyah appeton, zaman sekarang ni apa2 boleh jadi meh

introduction yang panjang seperti biasa,
aku pun tak terkecuali makan gak makanan tambahan neh,
tapi dalam bentuk cecair, sedap tak payah cakap lah
kalau mak aku tak pantau aku makan supplement ni, silap2 aku togok
macam ribena air tu, tak payah taw la aku makan apa

point dia sekarang neh, sejak aku makan makanan tambahan tu
so far okaylah kot, rasa segar sikit and selsema aku yang teruk dulu dah hilang sikit
bangun pagi takdelah aku rasa nak mengamuk je macam dulu

tapi yang tak sedapnya, supplement ni pun telah menurunkan berat badan aku
yang dah memang sedia keding neh, aku punyalah mencekik macam resaksa laut
tapi berat aku akan makin turun sebab supplement tu,, aaiissshhh aku tataw nak
go on or stop..tensen2..

Sunday, April 1, 2012

safe and sound

I remember tears streaming down your face
When I said, "I'll never let you go"
When all those shadows almost killed your light
I remember you said, "Don't leave me here alone"
But all that's dead and gone and passed tonight

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

Don't you dare look out your window darling
Everything's on fire
The war outside our door keeps raging on
Hold onto this lullaby
Even when the music's gone
Gone

Just close your eyes
The sun is going down
You'll be alright
No one can hurt you now
Come morning light
You and I'll be safe and sound

p/s : another song from taylor swift..lagu ni slow tahap otromen tengah kelip2 lampu kat dada, boleh tertidur kalau dengar tapi boleh aa layan..malas betul aku ni ha..cepatlah bulan 7 pleasee..kau agak2 kalau aku tuutp mata skang then bukak mata dah bulan 7 lom??? mengada gila kan.lantak leee bedah oiii~~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...