Wednesday, December 12, 2012
cerpan (cerita panjang) part 2
“Aku dah habiskan
goreng pisang tu. Padan muka kau.
Kalau nak ambil dekat mulut aku ni.” Jali
yang berang dengan ejekan kakaknya terus berlari
ke arah Siti dan merampas
goreng pisang tu.
Goreng pisang yang masih bersisa itu terus di masukkan ke
mulutnya.
“Siti
bodoh, Siti bodoh. Kau dah makan banyak tadi. Ni aku punya!” Siti termewek.
Terkejut dia dengan perbuatan Jali.
Ingin dia merebut kembali pisang goreng itu
tapi Jali telah lari dulu.
“Mak
tengok Jali tu, pisang goreng tu Siti punya.”
“Kamu tu yang cari pasal dulu
dengan dia kenapa.
Tak boleh nak dekat asyik nek berkelahi je kerjanya.
Cepat pergi sekolah tu.
Karang lambat kamu
juga yang kena denda.” Marah mak.
“Baiklah
mak, Siti pergi dulu,” Siti bersalaman dengan emaknya.
Ikutkan hati mahu saja
dia kejar adiknya itu
dan ditunjal-tunjal kepalanya.
Siti dari dulu memang
tidak berapa suka dengan perangai Jali.
Jali suka merebut haknya.
Dia selalu
terfikir alangkah indahnya hidup jika tanpa Jali.
Tentu emak akan lebih
menumpukan perhatian terhadapnya.
Sambil berangan, Siti berjalan kaki ke
sekolahnya.
Mujurlah sekolahnya agak dekat dengan rumah.
Mentari yang terik
telah mula meninggi di atas kepala.
Peluh-peluh jantan membasahi baju emak.
Sudah
lama emak berada di kebun terungnya itu.
Sudah banyak juga batas-batas terung
yang telah digemburkan.
Lagi beberapa minggu besar anak-anak terung itu.
Jali
yang hilang entah ke mana muncul di belakang emaknya.
Mulutnya masih berminyak
dengan sisa pisang goreng
yang dirampas dari kakaknya tadi.
Jali terus
mendekati emaknya yang sibuk mencangkul batas-batas terung.
Tanah mula mengering disinari panahan mentari terik.
Kaki Jali kemerahan menahan panas.
Kakinya yang togel tidak berselipar itu
dicucuk duri-duri semalu
namun tidak dihiraukannya. Kesakitan duri-duri itu
bagaikan tiada apa-apa kesan lagi padanya.
“Mak.
Jali lapar. Mak bila nak masak nasi.
Semalam abah bawa balik ikan keli.
Mak
goreng la ikan tu sekarang mak.” Rengek Jali.
“Kamu
tak nampak ke Jali mak tengah buat apa ni,
tengah hari sikit mak goreng ikan
tu.
Nanti boleh makan sama-sama dengan kakak kamu.
Kalau kamu lapar sangat
pergi makan pisang goreng pagi tadi tu.
Elok lagi.” Jawab emak.
“Mak, goreng la sekarang emak,
lambat la nak tunggu tengah hari. Jali lapar sangat ni mak”
Sedaya upaya Jali
merayu dengan emaknya dengan membuat muka kasihan.
Dia berharap sangat agar
emak menumpahkan sedikit rasa simpati untuknya
“Kamu
ni tak paham bahasa ke Jali,
mak cakap mak tengah hari mak buatkan la.
Bukan
lama sangat pun.
Kamu tak kasihan ke tengok mak ni.
Mak banyak kerja nak kena
buat.
Sudah! Kamu kalau tak nak tolong mak,
kamu pergi main tempat lain.
Kalau
nak menolong mak takpa juga,”Marah mak Besah.
Tersirap darahnya dengan
perangai Jali yang suka mendesak.
Jali terkulat-kulat apabila dimarahi emaknya.
Terkejut dengan jerkahan emaknya tadi,
terus dia berlari meninggalkan emaknya.
Tanpa hala tujuan, Jali terus menerpa ke arah semak yang berdekatan.
Memang
itulah tempat pertama yang dituju Jali
jika dia terasa hati kerana dimarahi
oleh emaknya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana
Jali sudah terlalu betah
dengan keadaan kampung
disitu.
Namanya pun budak kampung.
Seluruh pelusuk
kampung ini telah dijelajahinya.
Sambil berjalan-jalan di tepi semak itu,
kepalanya menerawang.
Sampai hati mak Besah memarahinya.
Dia cuma mahu
mendapatkan sedikit perhatian daripada emak namun
jerkahan yang dia dapat. Siti
pula selalu bergaduh dengannya.
Entah apa puncanya pun kadang-kadang sukar
untuk diketahui.
Hanya Kak Ida yang selalu menyenangkannya.
Kak Ida selalu
memandikan Jali dan
membelikan makanan ringan untuknya ketika pulang dari
sekolah.
“Ni
kakak ada belikan sotong kering untuk kamu.
Jangan tunjuk dekat Siti, kamu
berdua berebut pula nanti.”
Kata kak Ida pada suatu petang minggu lepas.
Teringat pula dia akan kak Ida secara tiba-tiba.
Dia tak sabar untuk memulakan
hari persekolahannya.
Namun dia baru berumur lima tahun.
Dia terpaksa menunggu
lagi setahun untuk
memulakan alam persekolahanya.
Kak Ida suka mengajarnya ABC
tatkala dia pulang dari sekolah.
Jali sudah pandai mengira satu sampai sepuluh
dan
Tak sabar rasanya untuk dia menunjukkan
kepandaiannya
kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.
Ingin dia menjadi pelajar
cemerlang di sekolahnya.
Ah, sungguh banyak impian Jali.
Bermacam-macam impian
yang ingin dicapainya pabila besar kelak.
Mahu menjadi polis, doktor, cikgu dan
segala macam pekerjaan
yang menarik perhatiannya akan dijadikan impiannya.
Lumrah budak-budak,
imaginasi mereka memang tidak terjangkau dek akal fikiran
orang dewasa.
Sambil kepalanya menerawang jauh,
Jali terus menapak ke dalam
semak samun itu dan
menuju ke sungai yang berdekatan.
Air sungai di kampung itu
masih bersih dan jernih lagi.
Bebas daripada ancaman pencemaran.
Suasana hijau
di sekelilingnya menggamit perhatian terhadap sesiapa yang memandang.
Perlahan-lahan Jali memijak batu-batu yang licin itu untuk
mencari tempat yang
sesuai untuk dia dudukinya.
Sambil bermain-main air, kepalanya menerawang lagi
entah kemana. Tiada sesiapa yang tahu apa yang difikirkannya selepas itu.
Mak
terus mencangkul batas-batas yang tertinggal.
Tinggal lagi dua batas untuk emak
gemburkan.
Lepas ni bolehlah emak mengemas rumah dan
menyiapkan makanan tengah
hari.
Usai sahaja emak menggemburkan batas-batas itu,
emak terus pergi ke
telaga dan
menurunkan tali timba untuk menceduk air telaga.
Timba yang separuh
penuh dengan air telaga itu emak karai naik.
Terkedek-kedek emak membawa timba
itu untuk
disiram di atas batas-batas anak terung itu.
hati emak menerawang jauh, sejauh saujana pemandangan
kampung itu
-bersambung-
Monday, December 10, 2012
cerpan (cerita panjang) part 1
Kehidupan di
kampung memang mendamaikan.
Suasana yang menghijau disekeliling membuatkan hati
berasa tenang dan terbang seketika masalah yang mengulit diri. Tak perlu
penghawa dingin,
tak perlu kipas angin. Suasana
waktu pagi di kampung sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu
mengerekot kesejukan.
Kicauan burung di waktu pagi sudah cukup untuk
mengalunkan melodi yang indah untuk penghuninya yang masih dibuai mimpi.
Kokokan ayam ibarat jam loceng untuk penduduk kampung bangun di waktu pagi.
Tidak perlu peralatan moden.
Semuanya dengan hanya penggunaan
Semuanya dengan hanya penggunaan
Gunung-ganang
yang bertaburan pula bagaikan kubu pertahanan yang menjadi penghalang musuh
dari memasuki kampung.
Titisan embun yang menitis di dedaun pokok
menciptakan satu pemandangan yang cukup indah
dan tiada galang gantinya.
menciptakan satu pemandangan yang cukup indah
dan tiada galang gantinya.
Pagi itu seperti
biasa kak Ida bangun dari tidurnya seawal pukul lima pagi.
Matanya yang masih merah
berair menahan mengantuk digenyeh sepuas
hati.
Dalam keadaan yang masih mengantuk, kak Ida gagahkan diri untuk
berjalan
ke bilik air. Dari pintu biliknya,
kelihatan emak yang sedang sibuk mengemas
dapur dan
menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.
Cerek lama yang
tergantung dekat dinding papan rumah itu diambilnya
untuk menjerang air. Itulah
mak Besah. Bersusah payah dia dan
suaminya bekerja keras untuk membesarkan anak
mereka.
Tidak pernah dengar dia mengeluh kerana kesusahan hidup yang mereka
alami malahan mereka sangat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan.
Suaminya
walaupun hanya bekerja kampung, namun cukup
untuk menyara mereka sekeluarga
makan.
Kak Ida melangkah perlahan-lahan menuju ke perigi yang terletak di luar
rumah.
Tali yang telah disangkutkan timba upih itu diturunkan perlahan-lahan.
Kedinginan
air perigi itu amat menyegarkan tubuhnya.
Usai mandi, bergegas kak Ida naik ke
rumah untuk solat subuh dan
bersiap-siap untuk ke sekolah. Tambahan pula hari
itu ialah hari pertama peperiksaan percubaan SPM akan bermula.
Jadi dia perlu
bersiap awal supaya segalanya akan berjalan lancar.
“
Ida, pergi sarapan dulu.
Mak dah buatkan pisang goreng untuk kau.
Mak dah buatkan pisang goreng untuk kau.
Jangan
menonong je terus pergi sekolah.” Jerit mak dari dapur.
Lamunan
kak Ida terhenti. Tersentak dia dengan jeritan emak.
Setelah selesai bersolat
subuh dan berpakaian lengkap,
terus dia menuju ke dapur.
Dengan penuh sopan, dia
bersimpuh di atas lantai.
Goreng pisang yang masih panas dan air kopi yang
berasap itu
terus membuatkan perutnya berkeroncong.
“Siti
dengan Jali tidur lagi ke mak?
Tak dengar pula suara mereka berdua pagi ni.
Selalu tu pagi-pagi dah bercekak budak berdua tu,” Tanya kak Ida.
Selalu tu pagi-pagi dah bercekak budak berdua tu,” Tanya kak Ida.
“Siti
mandi kat bawah tu, yang adik kamu tu tidur lagi.
Biarkanlah Ida. Senang sikit
mak nak buat kerja rumah.
Kalau tak nak mengkerekah je la kerjanya” balas emak.
Selesai makan, kak Ida terus
membasuh tangan
dan bersalam dengan emak.
Emak memerhati kak Ida yang
berbasikal dari jauh.
Hilang saja kak Ida dari pandangan,
mak terus ke dapur
untuk mengemas makanan yang bersisa di atas lantai.
Lebihan pisang goreng tadi
mak tutup dengan tudung saji.
Pagi itu mak nak pergi ke kebun untuk melihat
anak-anak terung
yang ditanamnya semalam.
Mak capai parang yang terletak di
bawah tangga rumah
“ Mak nak pergi
mana? Tunggu la Jali nak ikot mak.”
Jerit Jali dari tingkap rumah.
“Mak nak pergi
tengok anak terung yang mak tanam semalam.
Kamu kalau nak ikot pergi pakai baju
dulu,
takkan kamu nak togel macam tu je pergi kebun” balas emak
Jali
mencapai baju yang terselembik di atas lantai
dan terus berlari ke arah
emaknya.
“Mak ni baju Jali.”
“Baju tu untuk dipakai Jali oi,
bukannya di buat
bendera dikibar-kibarkan.”
"taknak la mak pakai baju ni.
mak ambil la tadi mak yang nak."
mak ambil la tadi mak yang nak."
“Kalau kamu tak nak pakai baju tu, ikat dekat leher”
Baju yang keronyok itu
Jali ikat ke lehernya.
Gembira sungguh Jali kerana gayanya yang seakan-akan
‘Superman’ itu.
Jali terus membuntuti emaknya ke kebun.
Daun-daun kering yang
bersepah di tanah dikutipnya.
Dibelek-beleknya daun tersebut dan di buang
kembali daun itu ke tanah.
“Mak,
bila terung tu nak besar?
Jali tak sabar nak makan terung tu mak.”
“Ish
kamu ni, baru semalam bapak kamu bawa
anak-anak terung tu untuk ditanam,
tak
sempat terung tu nak besar kamu dah fikir nak makan.”
“Ala
mak, lambat lagi ke nak besar. Lamanya nak tunggu”
“Kamu jangan banyak
perangai,
makan je apa yang ada dekat rumah tu.
Tak kebulurnya kamu kalau tak
makan terung tu.
Sudah mak nak pergi bersihkan kebun tu.”
Mak terus menapak pergi ke kebun di belakang
rumah.
Jali hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.
Siti yang baru saja siap
berpakaian terus turun ke bawah rumah
untuk mendapatkan emaknya.
Goreng pisang yang sudah sejuk terkumam di mulutnya.
Berminyak-minyak bibir Siti.
Goreng pisang yang sudah sejuk terkumam di mulutnya.
Berminyak-minyak bibir Siti.
“Mak
dekat mana? Siti nak pergi sekolah dah ni mak.
Orang nak salam mak.”Jerit Siti.
Orang nak salam mak.”Jerit Siti.
“Apa
yang kamu terjerit-jerit tu Siti oi, mak dekat belakang ni ha dekat kebun
terung. Kamu datang sini." sahut emak.
Siti berlari-lari anak pergi ke belakang rumahnya.
Jali yang ternampak
kakaknya berlari-lari ke arah emaknya terus menjerit
“Mak
tak bagi Jali pun goreng pisang tu,
kenapa Siti pula dapat. Jali tak makan
lagi.” Rengek Jali
“Kamu tu bangun pagi-pagi terus
keluar rumah.
Bukannya ingat nak makan dulu.” Jerkah emak.
-bersambung-
Tuesday, December 4, 2012
lagu dulu lagu sekarang
Assalamualaikum
semalam masa aku nak balik umah
abang aku datang ambil and hantar dekat ktm
sebelum masok kereta dia lagi aku dah dengar
"gedebong gedebang, wow bow pomm debom!!!"
punya aa kuat dia punya sound sistem
abang aku ni tak sakit telinga ke dengar kuat-kuat
ke abang aku ada masalah telinga yang kronik tataw la
pelik aku memula. then masa nak masok kereta tu
aku dah bukak mp3 tapi tak function langsung
lagu rock lama-lama abang aku dah memenuhi gegendang telinga
malas nak menyakitkan telinga aku layan je aa
daripada malas nak melayan jadi terlayan lak
"eh best plak lagu ni, bang udo ulang balik"
so aku pun dengar la lagu tu balik
suara macam biasa dengar, mesti xpdc neh
aku salin lirik balik rumah download. ha amek
ulang 8 ribu juta kali pun sapa kisah kan
aku suka dengar lagu, cuma lagu melayu zaman skang
kebanyakan tak best. aku tak kata semua, kang korang ngamuk lak an
serius pendapat aku lagu sekarang banyak cedok lagu luar
macam contoh sekarang punya trend, pikir sampai muntah buat chorus
part yang lain ko rap je. ha saaapp jadilah lagu
masok radio then tahan la 2 minggu, lepas tu bosan
lagu keluar carta then orang pun lupa
jadi maksud aku ialah, kita punya lagu sekarang dah tak se best dulu
lagu dulu best wey. slam spoon search wings lefthanded
aiseh kalau keluar lagu tu dekat radio
confirm aku akan terkaroke tanpa disedari
lepas dah abis nyanyi dengar orang tepuk tangan baru sedar
serius lagu dulu kalau kau dengar balik skang ni
kau tak bosan tapi lagu sekarang akan cepat bosan
nak buat lagu memang susah, cuma bila sesuatu lagu tu berkualiti
orang akan ingat dan lekat lama dalam kepala
tak salah kan kalau buat lagu yang berkualiti
daripada memikirkan kuantiti
sekarang pun orang banyak buat kompilasi
nyanyi balik lagu2 dulu then jual
kenapa? sebab lagu dulu ramai peminat dia
aku salah sorang tapi aku tak beli la, aku ni perompak
download je sudah.
nak buat lagu? senang je. kau ada gitar?
takde? takpe boleh ganti dengan doublebass ke rekorder sekolah ke
kau nyanyi sedap2 then kau masok youtube
ada punya syarikat nak amek. cayalah cakap den
lagu indon pun sama, aku suka band dulu-dulu ni
macam sheila on7, dengan peterpan dan ungu
lagu doang semua best-best tapi kebanyakan nya
lagu zaman-zaman kegemilangan doang je
sekarang tak dengar cerita apa dah. dah sunyi sepi
sesepi embun pagi kat umah aku ni
so cana? dengar nasyid lagi baik der.heee
p/s : lagu yang aku download lepas dengar radio abang aku tu,
lagu xpdc:rasa. aku tataw la tapi aku suka weyh. lagu dia punya lirik cantik je
and macam ada simpulan bahasa pun ada. senang paham
tapi doang berjaya merockan lagu terbabit. haha dengar sampai muntah
Monday, December 3, 2012
Saturday, December 1, 2012
"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Entry Kegemaran"
entry kegemaran : http://buasirotak.blogspot.com/2012/11/segmen-terjah-blog-awekz-17_18.html
kenapa entry ni??? sebab blog buasir otak sendiri mengalami masalah anon-anon yang serius sehingga mengganggu kebanyakan reader terutamanya reader perempuan. jadi dengan adanya entry ni diharap para anon yang suka cakap kotor tu, dapat meluahkan idea mereka di tempat yang lebih sesuai seperti yang telah dinyatakan. Anon yang cakap baik-baik dikecualikan. ecee..
Subscribe to:
Posts (Atom)








