Blogger Widgets ssssshhh...

Sunday, March 17, 2013

kita dah cukup bernasib baik

assalamualaikum
aku ada banyak impian, ecee poyo tahap dewa ayat kan
even kerja sekarang ni bukan impian aku
senang cakap aku taknak pun tapi disebabkan aku takde pilihan
aku amek jugak kerja ni. daripada duduk rumah berehat-rehat
aku kadang2 frust sebab kerja aku tak berkaitan dengan apa yang aku belajar

aku selalu merungut, aku mengaku teruk gila aku kan
aku merungut dekat kawan baik aku, dia pun bebuih menasihatkan aku dah
aku tengok ramai kawan2 aku kerja dapat sama macam yang doang belajar
okay aku sangat jeles, jeles tahap nuraka tapi aku pendam
bila on call cerita pengalaman kerja, bila doang tanya aku
aku akan jawab2 bese2 je tak ada apa nak dibanggakan

benda ni jadi masa 2 ke 3 bulan aku start kerja
orang dok update post kat fb cakap dapat interview bank sana sini
aku still di takuk lama. aku diam. aku malas nak online aku deactivate fb
lepas tu aku kerja macam biasa. kerja yang aku tak berapa suka ni
kadang2 aku merungut lagi dan lagi

satu hari aku on call dengan kawan2 lama aku
dia pandai tapi sekali dia bgtaw aku dia tak tahan kerja tempat dia
tempat dia yang aku nak sangat pergi. sebab ada masalah dalaman
dia kata nak berhenti and aku plak pelik
sebab aku tak sangka aku yang dok merungut nak benti tapi
aku dok cakap kat dia tahan dulu. mungkin sekejap je

aku tengok diri aku, aku takde masalah dalaman setakat ni
kawan2 aku dekat opis boleh tahan best2. berapa ramai dah belanja aku
doang baik2 even umur ada yang dah 40. engineer kat atas pun okay
banyak yang tolong aku even kadang2 salah paham tu biasalah kan
time tu aku bersyukur, aku rasa aku ni tak bersyukur sebelum ini

even aku dapat kerja yang tak relate dengan course aku
totally memang lari sangat2, tapi suasana kerja aku sangat best
ramai yang membantu aku and tolong aku catch up
tetiba aku rasa malu sebab banyak komplen dulu
aku sepatutnya upkan apa yang aku dah dapat
bukan kondem lagi nak kejar benda yang belum pasti

aku sepatutnya ubah diri aku, nasib orang berbeza kan
aku mungkin tak bernasib baik untuk dapat kerja yang related
tapi Allah bagi aku rezeki yang dimana semua orang senang berkerjasama
time tu aku paham aku tak sepatutnya compare nasib aku dengan orang lain

dan sekarang aku sedang berusaha untuk memantapkan apa yang aku ada
sebab aku taknak menyesal terlepas benda yang sepatutnya aku jaga
even apa yang aku nak still lagi ada dalam kepala aku
aku rasa kalau ada rezeki tetap jugak dapat kan


dan kita sebenarnya cukup bernasib baik sebab ada kerja
sebab kat luar sana mungkin ramai lagi still mencari-cari rentak

Friday, March 15, 2013

kempen yag disalah gunakan

assalamualaikum
okay baru2 ni aku agak busy dibuli budak opis
kena usung sana sini wat kerja, so layan je la
lepas kena sound barang sekilo dua dengan kawan baik aku
baru aku ingat aku ada blog tak hupdate. hihii
laser tol budak ni, berdarah telinga aku. ok abaikan

masa dekat kempen tu aku jadi urusetia
so tolong la pendaftaran ke, game ke, penyampaian hadiah ke an
then aku nak cerita masa tu semua jalan cerita memang cantik
apa yang diplan agak berjalan dengan lancar 
then muka pic (person incharge) time program tu senyum lebar
eceee nak kredit dari bos le tuuu. keh3

sekali tibalah masa perasmian untuk kempen terbabit
kalau ikot mana-mana majlis, perasmian ni pendek je
vvip yang dipanggil akan berucap sikit je benda yang 
berkaitan dengan kempen then puffff merasmikan majlis

dia berucap dah ok, dia cerita yang dia pernah kena renjatan dulu
so meaning agak related dengan kempen yang dijalankan
sekali entah bagaimana dan entah dimana silapnya
dia dah terstart berceramah kempen pasal parti
ok kiranya sambil menyelam buat minum milo aa ni
boleh tahan lagi, kalau makan masa dalam 10 20 minit boleh tahan takpe

masalahnya time limit vvip ni berucap sampai 3.30
sampai 4.30 dia tak habis lagi, kawan aku kat belakang dah ketok2 meja
bagi hint sebab ucapan vvip ni bukan slot utama
slot utama sepatutnya lepas dia, aku tataw la. 
aku jenis cepat annoying, kalau aku kuat serius aku baling kasut kat dia
aku cuma mampu buat dalam hati je la perbuatan tu kan

perkara yang menjengkelkan aku ialah
dia mengutuk parti pembangkang, aku nak bagitaw aku bukan pembangkang
mahupun kerajaan. parti aku adalah rahsia tapi kalau encik dah berkempen free
lepas tu mengutuk orang, encik expect orang nak hormat encik ke
orang2 dalam dewan semua dah resah and tak senang
ramai yang dah start keluar masok

aku yang urusetia pun tak larat dah nak diri
aku duduk dengan orang2 yang hadir anndd aku sempat tido sejam 
kat kerusi tu. aku tak tahan dengar ceramah melalut tu
maaflah ayat aku mungkin kasar, aku nak sarkastik macam cursingmalay
tapi aku tak reti. jadi aku cakap je apa yang terbuku dihati

encik, encik mahupun rakyat mengundi parti yang encik pegang
bukan dengan cara mengutuk pembangkang. encik hanya merendahkan martabat encik
and satu lagi menggunakan kempen yang takde kaitan dengan pilihanraya
untuk berceramah free. encik salah tempat dan salah masa

encik nak orang hormat encik tapi encik sendiri membuatkan
orang hilang hormat dekat encik. kenapa aku cakap macam tu?
meh aku bagitaw napa orang tak hormat dekat encik
encik dah sampai dewan pekarangan then encik keluar balik dari tempat tu
encik kata taknak turun kereta, dan encik suruh kitorang call encik bila majlis dah mula

encik, kitorang dah siapkan tempat dan kelengkapan dekat bilik menunggu
masa encik keluar balik encik dah delay time kami
dan apa salahnya kalau masok kejap, kotor ke kaki tu?
encik, ramai lagi yang berpangkat tinggi tapi tak poyo gitu
aku tak kenal encik tapi attitude encik menunjukkan encik ni macam mana

encik, jujur aku cakap encik ingat orang tepuk tangan sebab sokong ea?
salah la encik, orang tepuk tangan sebab doang nak encik stop
sebab encik bukan slot utama. jadi jangan perasan sangat ye

maaf cakap kadang2 kerana nila setitik rosak susu sebelanga
encik dah menujukkan attitude parti yang encik pegang
keep on kata kena balas budi and segalanya
dah kata berkhidmat untuk rakyat, kenapa nak mengungkit plak?
ikhlas ke tak buat kerja ni. 

encik mungkin dapat sokongan, sokongan dari orang tua2 je la
dari orang2 muda macam kitorang? no komen.
and lepas tengok encik, saya taw dah nak undi sapa
terima kaseh..:)

Monday, March 11, 2013

kita dah tak sensitiff

assalamualaikum
aku sebenarnya agak tak berapa nak puas hati dengan astro
yeppp astro, bukan sebab bayaran
kalau nak marah pasal bayaran dah lama aku tutup then pakai tv biasa

aku cuma nak kata astro tak sensitif
dalam masa keadaan yang tengah genting skang
mereka sepatutnya sensitif dengan isu semasa berbanding
memikirkan keuntungan. kenapa aku cakap gitu?
aku takkan kata kalau benda takde sebab kan

1. kita semua taw yang contoh aku nak petik terus je nama
diana amir dah pakai tudung and the way dia pakai tudung sangat cantik
menutup aurat dan sopan. sejuk tengok and aku suka dia sangat
sebelum dia pakai tudung dia agak seksi, tapi tu cerita lama dia
walaupun aku tak berapa sure tapi aku pasti dia mesti ralat
kalau tv keep on keluarkan cerita lama dia
kamon laa respek skit, astro mungkin boleh kata tu hak dia
tapi tak rugi pun kalau kau tak bukak cerita lama2 dia kat citra tu
ingat sekali kita bukak aib orang, one day jangan tekejut kalau
aaib kita tebukak lagi banyak dari orang lain

2. kita semua taw yang skang ni kes lahad datu dengan sultan sulu
tengah panas kan, memang sulu dengan filipina berbeza pendapat
tapi skit tak banyak ada tempias antara kedua dua benda alah ni
sepatutnya astro kena beware dengan semasa, skang ni dia bawak masok
jericho rosales plak untuk astro bella yang tah pape tu
masalahnya skang nampak yak betapa kurangnya sensitif
doang mungkin boleh kata yang jericho takde kaitan dengan sulu
tapi just be sensitif skit, daripada dok war2 kan bawak masok dia
buat senyap2 sudah atau pospond. jagalaah senssitif orang negara ni skit
and satu lagi tak rugi pun kalau tak bawak masok orang luar
cukup2 la orang luar yang dah melambak ni

3. ha ni bukan astro tapi tb3 atau buletin utama tb3 suku
sorry to say, sampai skang keep on up pasal liwat and segala tu
cara cerita lahad datu disampaikan seolah takde pape,
cerita liwat yang dibesar besarkan
kadang2 aku tak paham apa yang nak sangat dihebatkan cerita liwat neh
wehh aku cakap satu benda, kalau mahkamah kata yang dia tu tak salah
sudahlah, bentilah. aku tak sokong dia pun tapi mahkamah dah kata gitu
kalau mahkamah tipu, kat akhirat dia kena gak
kau dok hentam dia ada bukti ke? berani tunjuk

4. kepada tb3 lagi, kita ada banyak negeri
tapi kenapa selangor dengan kelantan diperbesarkan?
sebab tu negara pembangkang kan. salah tu
macam negeri lain tada masalah. kenapa tak tunjuk
pm kena troll kat penang? agak2 berani takk
macam yang aku kata aku tak belah sapa2
aku just belah di pihak yang benar tak kisahlah dacing ke roket ke
bulat putih ke. 

sebenarnya banyak aku nak membebel tapi aku tak ingat
cuma kadang2 media ni tak sensitif
atau mungkin jugak doang dah dibayar untuk dibuat gitu
aku tataw, ni pendapat aku and setiap orang ada pendapat memasing kan

gunting rambut bergerak

assalamualaikum
hari tu seminggu aku betapa dekat kajang
so dalam masa tu aku menjadi warganegara selangor
buat sementara waktu. then selalu balik kerja naik bas
kali ni naik ktm, so macam jakun skit lah
konduktor ngan pemandu bas pilah tu confirm rindu aku
hahahahha gelak bangga

then masa kat sana aku teman mak aku
sebab mak aku kena jaga anak buah aku
anak buah aku kalau ikotkan dah besar reban ayam dah
tapi disebabkan dia pompuan so tak elok la dia tinggal sorang an
so mak aku pun jaga dia, then aku pun macam tanak jejauh ngan mak aku
awwww gedik sangat

then masa dekat sana, malam2 anak buah aku bawak jenjalan
dia ada skuter sendiri. bawak macam hantu. terbang tudung aku
bila aku naik dengan dia aku dah paham perasaan mak aku
aku paham napa mak aku tak nak naik motor ngan aku dah
sorry mak, janji pasni anakanda akan bawak leklok
panjang plak cerita aku ni

masa aku nak pergy beli bergerr
aku jumpa satu benda yang rare lah senang cakap
stylee weyyy. ha tengok gambar bawah ni


ha ko agak2 ni apa?
lori askrem? lori mekdi? lori hantu?
oh salah2. ni adalah lori gunting rambot
ha teruja tak teruja. gunting rambot bergerak wey
gila old school. aku dok tenung je lori ni masa tunggu berger masak

masa nak snap tu orang tu macam perasan taw
dia ingat aku pesaing dia agaknya, bajet nak bukak lori gunting rambot gak
rilek aa bang, adoii lepas dia tak pasan aku snap balik
tapi aku memang teruja sebab dekat pilah tak jumpa lagi lori gunting rambot

lori ayam lori sayur lori simen banyak laa
hahhaa tu je aku nak cakap. aduhhh 

p/s : to papa blogger, hahahha manu first half je power. second no komen. kasi bakar line! hahahaha

Wednesday, February 27, 2013

perjuangan bangsa atau agama?

Assalamualaikum
lama tak menulis macam dulu, skill menulis dah berkurang
seperti tajuk yang aku buat kat atas tu, sebenarnya mana penting?
perjuangan bangsa atau agama? memang dua2 penting
bangsa menunjukkan kita ni berketurunan atau darah apa
then agama menujukkan apa kepercayaan kita

setiap orang ada pegangan agama yang tertentu
dan setiap orang juga mempunyai bangsa tertentu
masalahnya skang dalam surat khabar, media, tv
kita ni dilebih pentingkan dengan perjuangan bangsa

yeah! hidup melayu, melayu mudah lupa
melayu tu, melayu ni, cina tu cina ni, india tu india ni
kita sedar sebenarnya bila kita memperjuangkan bangsa
kita lebih ke arah menjarakkan lagi hubungan antara kaum
kita pentingkan melayu, ye aku paham ni tanah melayu

orang cina dengan orang india yang datang kat sini
doang dibawa masa zaman jajahan dulu 
dibawa untuk sektor2 ekonomi dan segala macam hapa
masalahnya skang, takkan kau nak usir and halau doang?
kata nak 1malaysia tapi dok berapi memperjuangkan melayu

sibuk dok tunjuk 1malaysia di merata tempat
tapi dok canang peristiwa 13 mei yang jadi dulu
kalau kau nak mempertahankan negara, kau jangan up perkara2 sensitif
aku sendiri dapat rasakan orang cina dengan india tanak dah benda2 gini jadi
tapi masalahnya kalau provokasi melampau, berapa lama boleh tahan kan

perjuangan agama lebih penting, kenapa?
sebab dekat akhirat nanti tak ditanya pun kau keturunan apa
kau raja ke, sultan ke, agong galaksi bima sakti ke
tapi kalau agama diketepikan, memang kena goreng lah dekat sana

yang membezakan hanyalah warna kulit, putih coklat dengan gelap
dalam still sama darah warna merah, kecuali kau sakit. so tu darah kotor
sudah-sudah lah memperjuangkan melayu
aku bagitaw satu benda aku melayu, aku bangga
aku suka dan bersyukur. tapi bukan ini yang aku nak

kalau semua bersatu padu dan memperjuangkan benda yang memberi faedah
takde beza melayu cina india. takde beza aku cakap ni

aku cuma mahukan pemimpin yang memperjuangkan agama
pemimpin yang mempertahankan Islam
pemimpin yang tak takut nak melaksanakan undang2 Islam
tak banyak songeh bila diminta tegak syiar Islam

cuba sekali kau buat hukum Islam
Inshaa Allah masalah sosial kurang, 
perompak pun meeting banyak kali nak merompak mencuri bagai
sudah2lah memperjuangkan benda yang tak pergi mana

perjuangkan lah benda yang akan menolong kita kat akhirat nanti
aku bukan anti atau pro mana2 pihak
aku hanya penyokong parti yang memperjuangkan Islam
sekian..

Sunday, February 24, 2013

pengalaman umrah seorang kawan

assalamualaikum
ada sorang bos kat tempat kerja aku, dia bru balik umrah
aku ni jenis takdelah borak sangat dengan dia
tapi masa dia balik umrah tu muka dia macam ceria seyh
sebab apa aku tataw la kan

kau boleh bayangkan masa hari pertama dia masok opis
masa tu hari isnin, dan masok2 je terus ada meeting
and masa dalam meeting dia dapat catch up apa yang dibincangkan
masa tu macam agak wow la sebab dia keep on update jugak
aku pikir mungkin dia update apa2 yang jadi kat opis
sehari sebelum kerja, kira style gak an. ok abaikan

tengah hari tu masa aku makan daging masak lada hitam
uiii berpeluh weyh sedap gila, nyesal amek sikit je
eh aku nak cakap benda tu. lepas dah makan 2 3 ratos suap
then bos aku yang baru balik umrah tu datang kat meja aku
then dia kata

tada orang kan???

eh tada. duduk la encik. *entah2 dia ni nak usha aku*

eh terperasan lak dalam hati. bukan2
sebab meja lain penuh, time tu aku pun berdua ngan geng aku
so dia duduk la depan kitorang makan
masa tengah duduk tu then aku tanyalah dia
pengalaman pergi umrah macam mana

ni antara pengalaman yang dia rasa
dia kata best sangat sebab lain sangat suasana dengan sini
walaupun dekat sana panas, tapi sana panas kering
sini panas lembab. maksudnya kalau panas kat sana kita takde peluh

then dia kata nak buat ibadat pun orang berlumba-lumba
masjid sentiasa penuh, setiap waktu solat tak penah putus
tapi solat sunat pun penuh macam waktu wajib
then kalau berdoa rasa macam meremang, rasa semacam
dia kata kat sini kalau kita doa, masa doa kita nak naik atas
doa kita akan lalu 7 lapisan langit
doa kita perlu lepas setiap langit untuk dimakbulkan


beza dekat Makkah, bila kita berdoa kat sana
doa kita straight sampai kat atas tak perlu lalu lapisan langit
sebab tu dia kata doa straight sampai and rasa semacam
apa yang best lagi kat sanalah kita akan taw sapa kita
masa tu ujian akan datang dalam banyak perkara

jadi hati kena sentiasa bersih, mulut kena jaga
jaga serba serbi, jangan mandai2 kalau tataw
kalau tataw tanya pada yang arif, sebab kalau ada buat salah
masak kita kena dam. dam tu macam denda sebab langgar peraturan

lagi2 hati, kena jaga sebab jangan kita terdetik yang bukan2
sebab kat sana bayar cash je takde hutang2
mengikut bos aku, ada sorang kawan dia ni tengah buat ibadat
then ada sorang pak arab ni terlanggar dia then dia terdetik
macam termenyumpah dalam hati dekat orang tu

time tu jugak orang yang terdetik tu terkena siku
dekat sapa2 pun tataw lah kan sampai berdarah hidung
sebab tu kat sana kena jaga semua, hatilah paling susah
tapi itulah yang mendidik kita nak jadi lagi baik

dia kata lagi, ramai orang suka postpond pergi umrah haji neh
doang kata tunggu tua lah baru nak pergi
salah tu bos aku kata, kata bos aku
sepatutnya muda2 lah kena pergi umrah
sebab tenaga masih kuat, takde lagi osteoporosis
ataupun masalah penyakit yang teruk

sebab kalau dah tua, kau dah penat tak larat
dah kena orang pegang. jadi jangan sia2 kan peluang
kalau dapat g umrah tu pergilah. jangan tunda2
sebab nak jadi tetamu Allah ni bukan senang

kadang2 ada je orang yang dah naik flight pun
tapi tak dapat pergi kena tunda, sebab apa??
mungkin ada sebab yang kita tataw membuatkan dia tak 
dapat lagi nak jadi tetamu Allah kan. jadi muda2 ni setlah dalam kepala

masa tu aku dengan kawan aku diam je
kitorang basuh tangan then minta diri nak masuk opis balik
masa otw balik opis tu aku terfikir, sempat ke aku nak g sana?
dapat tak aku nak jadi tetamu Allah? hmmmm


aku dapat rasakan dia happy and tenang
sebab tengok air muka dia sampai sekarang
dia relaks je and macam tak stress teruk sangat


jom kita set nak pergi umrah. mungkin tak sekarang
Inshaa Allah umur panjang akan datang kita tataw
bos aku buat aku berfikir kejap masa dia up topik tu tadi
nak pergi haji kena tunggu turn, jadi buat apa yang mampu dulu
jom kawan-kawan! Inshaa Allah

Tuesday, February 12, 2013

pengalaman ber....

assalamualaikum
semalam mak aku ajak pergi seremban
mak aku kata nak buat refleksologi
aku pun menurut perintah. jangan melawan

then aku dapat taw kat sana ada macam2 rawatan lain
mulut aku pun gatal2 kata nak try satu rawatan neh
aku macam main2 je. sekali mak aku pergi cakap betol2
kat orang tu. ha menggelabah kejap

nak taknak aku try. ko taw rawatan apa
aku berbekam! ha aku selalu rasa sakit gila orang yang kena
tapi akhirnya harini aku sendiri rasa
dia tanya aku ada sakit pape tak.
aku kata aku banyak angin sampai kawan baik aku
panggil aku uwan. kawan aku tu memang, 
sukahati lutut je dia. aiishhh

then dia pun tanya rutin aku camne semua
so aku ceritalah. bla bla blaa blaa belahh!
then dia kata kalau ikotkan memang teruk darah aku
pergh belum buat lagi dia dah taw. tere gila

so dia pun buatlah dekat aku
kat mana toksah taw lah kan. darah kita ni
mana yang kotor dia berkumpul tau bawah kulit
ambil masa nak dibuang masa proses perkumuhan tu
so dengan berbekam kita dapat buang darah kotor dan segala toksik

berbekam ambil masa setengah jam
aku buat 10 minit je. ko taw kenapa? 
aku boleh bantai pitam masa tu. serius meh
aku tak sedar apa. lepas mak aku lempang2 manja aku
dengan stongkol dan menggusti aku sampai aku bangun
baru aku sedar. orang tu kata sistem aku memang problem
kena rajin datang untuk pulihkan badan bebetol
sebab tu aku pitam. pergh malu tak tipu wehh

so bulan akan datang aku akan datang lagi
nak setel depan2 dengan akak tu. 
ecee macam carik gaduh plak

yang aku ingat la, kalau nak taw sendiri leh search
bekam ada dua, bekam angin dengan bekam darah
aku ambil bekam darah sebab dia sekali ngan angin
puting beliung taufan semua keluar. 

akak tu kata darah aku kotor sampai berbuih
aku plak geli dengar. apa benda yang aku makan sampai gitu
nak kata makan buah sabun takde plak, aku confuse
so lepas dah buat tadi, aku banyak benda kena elakkan
sotong, udang, ayam, ais, dan makanan berangin

aku boleh pantang semua tu, boleh takdehal
kecuali,,,
sotong. aku penggemar sotong tegar..:(

ha kebaikan berbekam plak antaranya
buang angin, badan rasa ringan, 
migrain hilang, banyak sebenarnya dan
kulit lagi cantik meh

masa buat memang la tak cantik, lepas2 dah lama2 tu cantik
kat muka pun boleh bekam tapi malu lak nak pergi kerja nanty
so kat muka aku hold dulu. btw satu benda yang korang kena taw

berbekam ni sunnah taw. so kalau buat dapat pahala Inshaa Allah
ada jugak orang yang tak boleh berbekam atas sebab2 tertentu
yang tu search sendiri. heeee

p/s : make sure sebelum berbekam, korang dalam keadaa yang tak terlampau kenyang
tak terlampau lapar, dan badan memang sihat dan stabil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...