Blogger Widgets ssssshhh...

Sunday, April 7, 2013

tak sangka kampung aku boleh tahan view dia

assalamualaikum
aku semenjak 2 menjak ni malas plak nak berfikir
tu yang takde entry yang kua tu. kepala ni mengada
nak lepak je keje. aku layankan je
aku kalau bosan2 aku suka jalan2 masok kampung aku
kampung aku belakang umah je, so takat jalan kaki boleh
tapi aku maleh jalan kaki, aku naik motor. heee

aku sebenarnya suka download gambar pemandangan yang cantek2
mana2 aku dengar ada view yang cantik aku google
then tanpa disangka sangka aku tataw plak yang
kampung belakang umah aku boleh tahan lawa dia
terutama time matahari naik dengan terbenam

time matahari nak naik pagi
siap boleh nampak kabus2 you ols. feeling2 cameron gitu
time matahari terbenam,
pergh cahaya dia menyinari segenap pelusuk daun
tetiba aku rasa aku over explain lak
hehehe


feeling2 time pagi..heee




cameron highland you ols. ada kabus2 gitu







kabus dah kurang sebab matahari dah timbul.



sungai ni tempat aku dengan sedara mara aku berkubang dulu
dulu sungai ni dalam, aku main kat tepi je sebab takut tenggelam
sekarang dah cetek. kau pegi tengah pun takat betis2 je

feeling2 time matahari terbenam



aku dok sibuk mencari pic2 yang lawa
sedangkan aku baru taw yang kampung belakang umah aku pun boleh tahan
mungkin tak secantik gambar kat luar negara
tapi ciptaan Allah ni memang cantik
dan takde bandingannya

macam tulah manusia
mereka mencari sesuatu sampai ke hujung dunia
tapi tak perasan apa yang mereka perlukan
ada je ditepi mereka
tapi mereka je yang tak nampak..:)

Wednesday, April 3, 2013

selamat pengantin baru kawan - ain dan arzee

assalamualaikum
minggu lepas hari sabtu aku pergi kenduri kawan aku
ha kau, aku kalau yang kawen2 ni kawan2 aku
memang semangat juang yang tinggi aku nak pergi
yelah kita kawan dah lama, jadi nak taw jugak lah kan
macam mana ghupe mereka mereki ni bila kawen
then lepas dah deal dengan ajum and aisyah nosri
so kami bertiga berlepas lah ke batu berendam melaka

dah nama pun first time pergi
tipulah tak sesat, ada sampai satu masa tu
kitorang keliling satu bulatan tu sampai 3 kali
konpius gila wey macam mana tah jalan tu
gps ok tapi dia pergi bantai bagi jalan jauh
sampai ke jalan mati, last2 jumpa jugak rumah kawan aku tu
selepas menggunakan hati dan perasaan *apa aku merepek ni*

dia ni comel sangat3, nama dia nurul ain rasip
dia ni kalau senyum memang sampai ke telinga
and kalau gelak tak hengat dunia, dia ni sama sekolah dengan aku
masa dekat serting dulu, macam2 benda jugaklah buat ha
dia ldp (lembaga disiplin pelajar), sikit tak banyak
banyak dia tolong aku dulu tawuu

dia ni baaaikkk sangat and dah rezeki masa diploma 
aku dapat sama tempat dengan dia kat melaka
tapi dia akaun aku bisnes dan aku lupa dia kat melaka
masa jumpa dia sabtu hari tu aku tanyalah kan

"ain, kau dulu diploma kat mana ea???"

"kat melaka la suraya, kan kita sama kawad yang menang tu. 
kau kenapa lupa???"

"ehhh kau melaka ea??? ooo ingat dah. hahaha macam mana aku boleh
terlupa kita sama dulu. adoii'

"hahaha tak guna suraya" 



weeyyy jom main lagu pitbull!!!




alamak, sakit perot plak! kontrol2..




buat tol plak dah, ingat aku sami vellu ke???




welllo ainn! cantik betol kau. selamat pengantin baru
dah kawen ni perangai gila2 kau tu kontrol sikit
kang husband kau sekali gila macam kau..hahahha
jangan marah! sayangg kau.. k dah

Thursday, March 28, 2013

benar-benar belaka


aku tak main bola sepak, aku perempuan
masa dulu2 aku main masak2 dengan mak2
tapi aku tengok kawan2 aku main bola sepak dan
semua benda ni ada. hihihii

Wednesday, March 27, 2013

dalam pertandingan, kawan pun boleh jadi lawan

assalamualaikum
dulu masa zaman kegemilangan aku, aku layan deh f1
daripada team sampailah ke player semua aku taw
aku dulu suka kimi raikkonen time dia dengan ferrari
tapi dia je tak suka aku, nak buat macam mana kan
kena lah terima

minggu lepas ada orang nak kasi tiket free
perghh teruja sampai kalau lompat memang mimpi sampai ke bintang lah aku
tapi disebabkan last minit so aku tak dapat nak join
then aku tataw tiket tu pergi dekat sapa, takkan aku nak follow up kan

masa aku usha game tu
aku tengok dan kaji, ecee poyo ayat kan
vettel menang game and second webber
the point is dua2 dari team yang sama, red bull
ferrari? dah terjun kat laut cina selatan

then aku dapat taw yang sepatutnya vettel kena bagi laluan
dekat webber supaya dia dapat menang game kat sepang tu
then masa 10 pusingan terakhir vettel telah melanggar arahan team
then dia potong webber and sampailah penamat, vettel menang
so webber dekat atas podium nampak muka macam kicap masin
tak puas hati dengan vettel

well semua dekat paper and team bengang dengan vettel
sebab dia pentingkan diri and nak menangkan diri sendiri dulu dari pasukan
aku tataw lah kan tapi dari satu segi aku side dengan sebastian vettel ni
dia dah memang power, so kenapa dia kena beralah untuk memberi kemenangan
dekat orang lain? ialah yang menang pun team sendiri
kiranya kalau dari segi pasukan satu dua dah sah2 red bull pegang


aku bagitaw mak aku

tapi dari segi individu? mestilah vettel nak buat something
and nak upkan diri dia? yep sometime kita kena beralah tapi bertempat
dan kalau aku jadi webber aku mestilah nak menang bermaruah
takkan nak menang sebab ikot cakap team

"ha webber ko rilek2 je sebab manager dah suruh vettel slow, so kau menang"

takkan kau nak menang mudah, menang fight la bru best
so kalau aku jadi webber, pada aku lah kan aku nak memang sebab aku usaha
bukan sebab team suruh aku menang, and kalau aku jadi vettel
aku mestilah bengang sebab kena bagi laluan plak, apekehe kan

ni bukan adik beradik untuk abang beralah kepada adik
ni pertandingan der, aku taw red bull ada dua player yang power
so dia nak balancekan supaya dua2 up kat atas and player lain tak depat kejar
tapi susah sebab dua2 darah panas an. vettel nampak lagi power
so mestilah dia nak kongke game, memang tak la nak beralah kalau kau boleh menang. 
dats why aku sokong dia
ni bukan zaman tok kaduk, orang sekarang berlumba lumba nak dekat atas

tapi ada part aku tak sokong sebab dia hampir menyebabkan eksiden kepada webber
masa dia potong tu, nampak sangat tak menyempat
kalau webber eksiden memang kaw2 dia kena punya aku yakin
tapi papehal pun webber tak payah nak marah lama sangat

standard lah dalam game semua nak menang
dalam game apa2 pun, dah tak kira adik beradik dah weyh
even jiran yang selalu ajak main kucing sama2 dengan kau petang2 pun
boleh jadi musuh utama kau bila ada dalam 1 pertandingan 

untuk next game dekat mana lepas aku pun tataw lah kan
ko kena buktikan yang tanpa arahan team 
ko pun boleh naik atas podium no 1 and vettel no 2
make sure ko dekat atas sebab usaha ko
bukan sebab team bagi arahan suruh vettel slow and bla bla bla
lagi puas hati bila kau menang sebab kau dapat sendiri

btw ni pendapat aku sendiri, setiap orang ada lain2 pendapat kan
mungkin kau tak sokong vettel sebab nampak pentingkan diri
mungkin kau sokong webber, terpulang

and kepada lewis hamilton, adoi ko ni buat lawak plak
boleh plak pegy masok pit mclaren
tu team kau dulu, sekarang kau mercedes
aku boleh bayangkan mesti2 krew2 dalam tu blank
tapi aku paham
benda yang dah jadi Ex memang susah nak dilupakan
hihihihihi...

Tuesday, March 26, 2013

rumah untuk dijual

assalamulaikum
aku ada kawan dekat ofis, nama dia jean
ha omputih skit nama minah ni tapi dia mix arab you
okayh merepek, btw dia nak jual rumah dia sebab nak pindah
so aku just tolong promote kepada sesiapa yang nak beli rumah
bolehla kontek husband beliau
tak boleh kontek kak jean sebab dia kata nebes plak nak deal dengan orang
takot lain fikir lain yang keluar.
okayh ni view untuk rumah tu. tengok2 dulu yee


bahagian ruang tamu



tempat menonton tv



gazebo



bahagian depan rumah



ruang makan dan dapur

okay rumah ni jenis banglo satu tingkat
ada 4 bilik tidur 2 bilik air
starting harga ialah RM 750000 dan ianya boleh dirunding lagi
rumah ni dijual lengkap dengan semua perabot yang ada dalam gambar
sebab dah susun cantik2 jadi sayang nak di cabot
so ada untung dekat situ sebab korang just bawak kaki je

ada kolam dekat sebelah gazebo tapi gambar tak sempat snap
lengkap dengan aircond dan rumah ni siap dipasang dengan 
sistem keselamatan 'alarm' 
semua brang2 dijaga dengan baik sebab aku kenal dengan kak jean
dia seorang yang sangat menjaga barang
jadi boleh agak kondisi rumah macam mana

harga agak mahal sebab dapur dibesarkan dan dijual dengan perabot lengkap
dan masih boleh dirundingkan mengikut kesepakatan yang dicapai nanti
rumah ni bertempat dekat Bandar Sri Pulai 3, Seremban Negeri Sembilan

untuk pertanyaan lanjut dan nak tengok rumah
boleh call husband kak jean, Mohd Rozdi Suli 0192282872

P/s : aku rembat gambar dekat mudah sebab aku malas nak bluetooth gambar kat hp dia.

Wednesday, March 20, 2013

gambar time kempen


ha ni lah kempen yang aku handle tu. banyak mengula benanye. penat seyh



macam mana rancangan kita nak mintak yb lari dalam guni tu? dia setuju tak??
 yb request nak game tiup belon la weyyy



kawan bertumbuk i yang berdiri tu. hehehe



apo macam soalan spm ni? den upsr tak daftar laie. abih2



mari2!! sapa nak kena karen free meh kek akak meh. tak kena bayar bil jangan riso



bini den masak apo gek eh kek umah. (pikir sorang2 dalam hati)



apo lak ado cahayo dalam mimpi den ni?? macam torang bona lak kornea den ha



saya setuju neelofa jadi bini sey no 4, apa kata korang?
diam2 jangan angguk. wat tataw je..



acik dulu kojo lain, taw2 dah sosek yo ko sinia. ok abih dah cito acik, poie tompek lain



apo abang ni tengok2 ni, tak ponah tengok budak kocik ko???



soalan cikgu den laie kacang dari nia. macam nak pocah palo den



ni lah rumah idaman kita sayangg.
keciknyaa rumah, kawen ngan orang lain la..



ko baco yolah pameran tu ha. abih lak sumo nak kono ekplenn. ponek den



bang, kita gantung dia sampai malam.. muahahhaa



aku rasa aku tangkap gambar aku tadi, 
apesal gambar yb depan ni plak tetiba jadi wallpaper neh??

dialog adalah perbuatan durjana aku. aku main tulis je.
just suka2. serius sangat pun tak boleh kan. hihihih :)

Tuesday, March 19, 2013

hihihih..


dekat facebook : weeyy jom jumpa! lama tak hangout bla bla bla

bila dah jumpa : weyy kau buat apa tu? 

bukak facebook.

???????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...