Blogger Widgets ssssshhh...

Saturday, June 2, 2012

musim bercincin

assalamualaikum
hari ni akan berlangsungnya pertunangan kawan baik
masa aku dekat maktab dulu, so aku review sikit aa pasal dia
ala tak banyak pun sikit je, teruskan membaca jangan malu-malu
kalau malu silakan ke tempat lain, heee jadi duduk diam-diam ye

hari ni dia bertunang, nanti aku curik pic kat fb dia kalau dapat
then dia ajak aku datang, tapi disebabkan tempat agak jauh
dan aku berperang dengan viva, jadi aku tak dapat memenuhi
permintaan beliau *ecee ayat artis sangat*

tahniah Nur Izwanne, tunang dah kau
aku jelessss hahaha memain je
masa kat maktab dulu garang pompuan ni
aisshhh silap besar kalau carik pasal dengan dia
memang terlipat nanti. then aku pun tak ingat macam mana jadi rapat

tup2 dia mesej ajak tunang, eh salah cakap dah bertunang
Alhamdulillah. aku gembira gila weyy untuk kau
pastu dia sambung lagi ayat yang mengujakan

wanne : kalau takda pape ujung taun ni majlis aku su, datang taw. aku tak kira

aku : yang tu Insya Allah kalau tade pape mestilah datang. kau kawen plak.. aku datang

wanne: aku ada satu lagi request neh

aku : apa?

wanne: aku nak kau jadi pengapit aku time kawen nanti

aku : haaaaaaaaaaaaaaaa?????????????? kau bia betul.tercekik aku baca

wanne : yela.. aku seriusss

aku : weyy,, aku dah lah rendah. takpe ke??? aisshhh nevess.. cam kene parkinson pun ada

wanne : hehehe dun worry. aku dah prepare semua untuk kau. baju pun sekali. aku siapkan yang comel-comel untuk kau. kau jangan tak datang plak..taw2

aku : hahahaa teruja weyyyy.. neves pun ada. kang orang tak nampak aku masak nanti. aniwayy aku setuju..*perghhh kembang doww*

wanne : baguss..jaga diri su,, kurangkan keganasan.hehehe

aku : hahahha wokey!!!

aku dengan wanne ni agak kontra, bukan agak pun tapi memang
masa dekat maktab dia banyak tolong aku, dia matured gilosss
aku ni kan childish sikit..wekkk menyampah aku tengok ayat sendiri

so disebabkan perbezaan tu, so kitorang ngam jadi member
dia nasihat aku, aku tegur dia. masing-masing pendapat lain-lain
so far tak pernah gaduh lagi. hehhe Alhamdulillah
by the way, cepatlah dia kawen. aku nak tengok anak dia.
confirm sama singa macam dia..hehehe jangan marah gurau je..

by the way, hujung bulan ni pun ada lagi sorang kawan aku bertunang and
lagi sorang yang lain kawan aku yang takde kaitan dengan bertunang ni berkawen plak

kejap-kejap.. ni memang musim orang bertunang dan kawen ke???

Thursday, May 31, 2012

tu pun tak nampak lagi

assalamualaikum
aku ni takdalah pandai sangat,
even tak keje lagi, aku tahu mana lebah mana penyengat

sikit tak banyak aku boleh taw mana baik mana buruk
so takdelah bendul sangat nak ikot je

kadang-kadang tu lah persepsi orang kan, disebabkan aku ni budak lagi
kebanyakan dipandangan mata orang tak berapa nak trust keupayaan aku yang suci

jadi aku hanya mampu menadah telinga segala tohmahan dan cacian
walaupun telinga aku dah penat menahan umpatan
tapi bukan umpatan kepada aku, aku hanyalah menjadi sekadar
tempat meluahkan perasaan. oh sangatlah kesian

jadi kadang-kadang ragam manusia sangat lawak
tergelak tengok sampai rasa sendi-sendi macam berombak-rombak

serius apa yang aku cuba sampaikan ni wahai taulan
ingatkan takkan jumpa dah, tapi rupanya merata satu pekan

si A cakap pasal si B, si B hangin dengan C
si benci si A, si Z diam je buat hal sendiri

pernah dengar talk less action more
now that quotes proves

si Z yang pendiam dan suka buat hal sendiri
akhirnya dia mendapat apa yang dia inginkan selama ni

dia berjaya sehingga ke tahap yang tidak di sangka-sangka
cuba bayangkan, tiada siapa sangka

jadi apa jadi dengan A B C dan seterusnya
hanya mampu terkejut dan ternganga

masih lagi menuding jari ke sana ke mari
jadi sampai bila mau sedar diri
so lu pikir lah sendiri
aku hanya mampu memerhati...:)

Tuesday, May 29, 2012

eden hazard

eden hazard has been confirmed to join Chelsea for the next season
that was the first step taken by the Blues after winning the UEFA Champion League
hoping the pair between Mata and Hazard can build something new
something that will be feared by the Manchesterssss..
hehhehehe go on chelsea!
ktbffh..:)

by the way, without RDM
chelsea is nothing
watch out roman..:)

Monday, May 28, 2012

kopi hutan belantara

assalamualaikum
hari ni hari isnin, hari sepatutnya dinobatkan sebagai hari paling malas didunia
semua pergi kerja dengan muka yang penuh dengan ketakutan *ece*
terbalik dengan hari jumaat, semua pergi kerja dengan penuh semangat
aku pun tidak terkecuali

tapi nak buat macam mana
aku cantikkan juga diri ini untuk pergi kerja
eh salah, aku gagahkan juga diri ini untuk pergi kerja
so lantaklah hari ni, kejap lagi pukul 5 suku kau tengoklah
pukul 5 orang dah start mundar mandir nak punch card dengan scan name tag

meh sini aku nak berkaroot komedia sikit
aku dari sekolah menengah lagi dah memang ada selsema yang amat dasyat
kalau pagi-pagi tak dengar aku bersin bukan suraya lah nama aku
aku tuka nama jadi maya karin nanti
then mak aku tak pernah jemu mencarik penawar untuk merawat benda alah ni
amboi ayat, eh betul apa
kau bagitaw aku ubat apa aku tak pernah makan, ce cakap
sume aku dah togok, kalau rumput tu boleh elokkan selsema
dah lama mak aku buat rumput tu jadi teh hijau

then adalah dalam satu majalah ni, mak aku suka membaca
so dia terjumpa satu artikel, then artikel tu
mengatakan cara-cara merawat selsema atau nama saintifik dia resdungkumulimbusrosbus
nama benda alah tu kopi belantara,
then packaging dia sumpah tak menarik
pastu aku pun berdialog lah dengan mak aku

"mesti mak nak belikan benda tu"

"benda apa"

"tu kopi perkasa tu"

"kopi belantara lah, kopi perkasa tu tak koso den minum ai, ko yo minum"

"salah-salah. sorry-sorry"

tapi rupa-rupanya
memang senyap-senyap mak aku pergi beli

taw-taw masa kat rumah barang tu dah sampai
orang takda then aku lah yang sign untuk penerimaan barang tu

"apa benda ni, macam dadah je pembungkusan dia" bisik hati nurani ku

"kopi belantara, apa benda plak ni" hati aku main bisik-bisik lagi
dah macam hutan belantara plak nama dia ha, aku pun belek-belek then letak atas meja

masa mak aku balik, aku dengar suara kegembiraan daripada mak aku

"ha sampai pun, su. ha nanti kau minum ni"

"okay boss"
aku pun okay jelah sebab nama pun kopi
aku kopi ke teh ke semua aku balun tanpa belas ihsan

then masa mak aku buatkan tu, aku pun minumlah

"wekkkk,, tak sedap! pahit nye mak. eiii letak gula sikit lah"

"namo pun ubek, kalau nak manis bukan ubek lah namo ea"

"ada je ubat manis mak"

"apo?"

"scot emulsion. ha yang tu togok pun boleh"

"tu ubek jenis lain, kau nak baik tak??? copek abih kan"

bermulalah episod baru dalam diri aku, kena minum kopi yang amat dasyat kepahitan dia
wuwuwu serius tak best tapi nak cepat elok punya pasal kena lah tahan
leh nangis-nangis dibuatnya kalau tak kuat semangat

aku tengoklah kandungan kopi tu
semua nya akar kayu weyh, patut lah nama dia kopi belantara
kalau kandungan dia ada gula, MSG, pengawet, pewarna
confirm nama dia kopi bandaraya
tapi serius tak sedap. aku togok sambil sepit hidung pun
still terasa pahit dia. weekkkk

by the way, korang nak rasa?????

Friday, May 25, 2012

aku ada empat orang anak kecik

assalamualaikum,
aku memang dah tada gamba sendiri nak tunjuk
gambar syok sendiri, tunggu lain taun aa, takde mood nak tangkap
gambar kat cermin toilet *ngehngehngeh*

aku cuma nak cakap, aku memang belum kawen
tunggu orang masuk minang tu mungkin.hahaha memang tak aa kan
tapi aku dah empat orang anak. kecik kemetot lagi semua
hari ni aku nak tunjuk la sikit, anak-anak aku yang masih kecik

yang dah besar-besar buat apa nak tunjuk
daripada aku tunjuk anak-anak yang dah besar,
meh aku jual yang kecik-kecik ni dulu
yang besar-besar buat member bertumbuk sesuai la

zakwan: bucu, ensem tak along buat mulut duckface???
aku: ensem sangat, macam rajagopal muka kau
naim: nom nom nom.


naim ni kuat menggigit orang,
sebab tu mulut dia kena letak tauhu sumbat
kalau tak memang ada lah bengkak kena gigit
perut kakak dia dah ada tanda lahir kena vampire dengan budak ni


doang ni empat beradik, laki pompan laki pmpan turutan dia
the point is doang terlampau lasak sampai tak terkawal
abang aku sampai nak mintak tolong aku jaga anak dia time dia kerja
just aku je tak dapat sebab aku pun kena kerja jugak
and mintak pendapat mak aku kalau-kalau ada ubat nak kawal lasak budak

yang paling lasak ialah kakak dia yang no 2 tu,
panjat almari, main hiter, main air dalam bilik air
tapi lumrah lah, nama pun bebudak
entah-entah dulu-dulu korang pun sama macam bebudak ni


ecee, korang ingat fotogenik sangat lah buat gitu, tibai sorang-sorang kang


alisya: kroh kreh kroh kreh *semak betul maksu aku ni, nak membuta pun tak aman*


alahai innocent nya muka beliau, padahal perangai dia...
boleh bengkok pinggang aku sebab nak mengejar budak ni
kalau dia terlepas keluar pintu pagar

sebelum balik, alia anak aku yang no dua tu nak pergi toilet
aku pun hantarkanlah, kang kalau tak usha nanty
mau dia buat parti liar dalam bilik air tu
masa tengah setel-setel kan dia, budak bertuah ni tanya aku

alia: bucu, angah nak tinggal boleh??
aku: angah nak tinggal dengan sapa???
alia: angah nak tinggal dengan bucu, nak main dengan bucu kat sini
aku: angah pergi shishi dulu, nanti main lagi ye

*bebudak kau jangan tak boleh, nanti lagi dia berkeras
pandai-pandai alihkan perhatian dia supaya dia lupa
dengan apa yang dia mintak tadi
aiseh cara cakap macam orang dah ada anak lapan
by the way, doang ni just anak buah aku je
empat daripada doploh orang anak buah

Thursday, May 24, 2012

buaya yang berlakon

assalamualaikum
ha hari ni aku nak bagi pepatah sikit,
pepatah buat sendiri
ha dengar aa dengar *tiru suara jarjit upinipin*

"Muka yang tenang jangan disangka bukan buaya
kerana muka yang sebegitu sebenarnya aligator"

dah byeeee

Monday, May 21, 2012

eyes open

Everybody's waiting
Everybody's watching
Even when you're sleeping
Keep your ey-eyes open

The tricky thing
Is yesterday we were just children
Playing soldiers
Just pretending
Dreaming dreams with happy endings
In backyards, winning battles with our wooden swords
But now we've stepped into a cruel world
Where everybody stands and keeps score

Keep your eyes open

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes open

So here you are, two steps ahead and staying on guard
Every lesson forms a new scar
They never thought you'd make it this far
But turn around (turn around), oh they've surrounded you
It's a showdown (showdown) and nobody comes to save you now
But you've got something they don't
Yeah you've got something they don't
You've just gotta keep your eyes open

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes open
Keep your ey-eyes

Keep your feet ready
Heartbeat steady
Keep your eyes open
Keep your aim locked
The night goes dark
Keep your eyes open

(Keep your eyes open [4x])

Everybody's waiting for you to breakdown
Everybody's watching to see the fallout
Even when you're sleeping, sleeping

masa dekat segamat hari tu, ada sorang akak ni tanya aku, dia dok pandang je semacam je dekat aku. nervous dah ni. mana taw dia nak usha aku jadi adik angkat dia ke, ha..mana lah taw kan..hihi

"su, akak nak tanya boleh, su course apa??"

"su budak finance kak, macam mana tah tersesat kat fin.hehehe"

"laaaaa...akak ingatkan su marketing masa memula jumpa tadi"

"eh,, asal marketing lak"

"sebab su banyak bercakap, selalu budak marketing yang pot pet pot pet ni."

"aisehh, malu aku" (dalam hati)

moral of the story, kurangkan membebel dalam percakapan. nasihat kepada diri sendiri dan kawan-kawan. nak ikot, ikot. tanak ikot sudah. tak kesah pun..hoho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...