Blogger Widgets ssssshhh...

Tuesday, July 3, 2012

kehidupan selepas ini

assalamualaikum
aku takda idea tapi tangan gatal nak menaip
habis dah life aku selepas bergelar student
sekarang aku adalah penganggur berjaya
kalau aku kaya lepas jual anggur tu ha jangan time tu
baru nak ngaku kawan plak. hehehe

by the way, aku taw lepas dah jadi student
semua orang nak carik kerja, tipulah kalau
nak duduk rumah je kan. aku tengok facebook
eh dah ada facebook balik??? standardlah aku main
sebab nak suka2 je meh, dah takde keje kan
aku tala facebook tu sesedap limpa aku

then aku perasan ramai gila update status
apply sana sini dengan harapan dapat kerja
aku pun tak terkecuali tapi sebanyak yang doang buat tu
tak la kan, semua orang kata cepat2 mintak kerja
kerja susah nak dapat

aku paham tapi bila tengok keadaan aku yang tak mengizinkan ni
aku hold dulu, nak duduk rumah sekejap
and setelkan apa yang patot setel
dapat kan apa yang perlu didapatkan

macam contoh aku bagi keadaan ea
katakanlah kau lagi 2 hari kau dapat pergi oversea
banyak benda nak kena setelkan
visa, pasport, tiket and segala macam benda

kalau takde take time nak buatkan
macamtulah keadaan aku, aku belum ada satu benda ni lagi
untuk memudahkan aku bergerak kesana kemari
so aku kena setelkan dulu mana2 yang patut dilakukan

kadang2 orang kata, ala alasan je tu nak hold2 dulu
bukan. salah tu, nasib kau tak sama dengan nasib orang lain
tak payah nak banding2 kan lah, you have your own way
so do i, aku tak suka terkejar2 kejar and sana nak sini nak

bak kata orang yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
aku yakin rezeki Allah ada kat mana2
yang penting kau kena pandai carik je
chaaoooo..

Thursday, June 28, 2012

fireworks


i can see the sparks fly whenever you smile
your smile make me calm
the pain its heal, it is priceless
so just keep smiling..;)

a words can make a thousand definition
a thousands quotes can be simplify in one word

keep on doing the things that can cheer me up
what else to do
you only live once

dont waste it, live it to the fullest
life its unexpected
double your effort, expect less
sometimes life is cruel
so dont stop to pray and depend on Allah SWT
when you always trust in Him
and keep on double your effort, He will help you.
and show you the best path to walk in

explore the world, dont stuck in one place
there is many nice place and new people is waiting for you..(",)

p/s: so..hahha keep on guessing peeps..:)
waiting for the portugal and spain game..chaaooo

Wednesday, June 27, 2012

"GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Watak Kegemaran"


saya sukakan ultraman sebab masa lampu dia dah berkelip-kelip, dan-dan tu juga lah kuasa terkuat dia muncul entah dari celah bedah mana sampai rentung rasaksa kena panggang.

sapa nak join the club masok menyemak kat contest neh, klik je le kat banner buasir otak kaler putih tu.toksah malu2..tampaq seko2 nanty

Tuesday, June 26, 2012

movie time

assalamualaikum
hari tu pergy tengok movie
satu dekat segamat, and dekat subang
yang dekat subang tu kawan nak belanja
million thanks to aqilah! tq weyh malu aku

first, tengok vampire hunter
masa tu ada konflik sikit, bukan konflik betumbuk
takdo do. aku keluar 4 orang
sorang nak tengok madagascar, sorang lagi vampire hunter
so lagi 2 orang yang tinggal kena buat decision

"lisma nak tengok apa???" tanya madagascar

"aku ikot je, tak kesah mana2 pun boleh" lisma menjawab.ece

"kau pulak su???" tanya vampire

ah sudah, semua pandang aku sekali tiga tu
kirakan jawapan aku adalah penentuan.over sangat
aku berfikir, memerah otak dan keringat.
aku menggunakan segala kekuatan dalaman untuk
memberikan jawapan yang terbaik. aku cuba sebaik mungkin

"sorry weyy. aku nak tengok vampire hunter.hehhe" jawab aku jujur dan ikhlas.wekk

"cantik! jom beli tiket" jawab vampire

"alaaaaaa..." madagascar mengeluh

"dah jom2" kata semua orang

so aku pun tengoklah cerita tu
pada aku ada scene best and ada scene mendatar
tapi keseluruhan best! vampire hunter abraham lincoln
pada aku agak pelik presiden amerika jadi pemburu pontianak
aku tanak review sebab korang tengoklah sendiri
and boleh pulak ada vampire baik. penipu sangat
kalau dah lapar darah tu dia sodok jugak nanty
vampire baik act by dominic cooper
it is quite cool and style. rajin pegy lah tengok


second

aku tengok snowhite and the huntsman
yang ni aku tengok dengan qyla dengan hanin
bestfriend dekat melaka. cite dia agak best tapi slow
so kitorang bertiga jadi pengulas sukan dalam tu
tapi kali ni ulas movie.merepek je semua

"weyhhh queen tu hot gila. tu aku" tiba2 aku mengeluarkan kata2

"eii perasan gila kau tak padan dengan pendek, aku snowhite" kata qeyla

"hahaha nak jugak kau kan. aku tanak snowhite. tak cun" kata aku

" i huntsman. hensem gila i" kata hanin

"hanin. looser gila kau. hahahhahaa" aku dengan qeyla gelakkan budak bulat neh

cerita ni pun best. and kitorang mengebestkan lagi cerita neh
untuk santai2 cerita ni okay. senang paham
tak tensen and taw2 dah abeh je. tapi tak tipu
the awckward moment when
the queen is more gorgeous than the princess
this is the true story, maybe they should take
anne hathaway or hillary duff to act as the princess
kristen stewart is okay but she is to cool and 'handsome'
seriously but overall this movie is okay. eceee

yang paling best. dapat jumpa kawan lama
tu yang penting. soalan cepumas

"su, dah tinggi belum???" kata hanin

apeda bebudak neh. soalan tak mencabar limpa
lagi gelak2 limpa aku ada. okayh dah nanty sambung lagi..:)

p/s : 3 years in malacca. i learn everything..tc budak2. ada rezeki jumpa lagi..;)

i'll go

assalamualaikum
if waiting and sacrificing for you will make me weak,,
i should leave. but its too hurt, fell like dying
i'll pray and hoping that i can move on to a new life
oh please. its too hard
for you, i'll go
to cure the pain

its hurt me more when i stay
but you wish me to disappeared

so long

aiishhh terjiwang plak di petang2 yang remang reming neh..heee

Saturday, June 23, 2012

hitam ke putih, terang ke gelap

assalamualaikum
aisehh lama gila tak update blog
demam2 tangan aku dibuatnya sebab tak exercise
hehehe even viva dah setel, tapi report tak setel lagi
minggu depan baru hantar. malas betul aku lah
buat jelah semua tu sekali lalu kan
nak delay2 bagai. okay bia kan dia, jangan kawan dengan dia
hari ni aku nak cerita serba sedikit pasal

eh pasal apa ek?? lupa plak aku kan
owhh tengok tajuk baru ingat.kontra!
aku nak cakap, semua manusia berubah
dulu nampak semua innocent dan baik je kan
kan kan kan kan kan
sekarang dah kenal dunia sikit2
taring belang kulit dalam semua terbelah tertonjol

hari tu anak buah aku balik
yang kali ni anak buah yang besar2 punya
yang stok member2 boleh buat gosip
aku ni taw gosip je kan, cubalah buat benda lain agaknya
aku taw makan. hohoho then aku pun borak2 lah dengan mereka

"bucu, nak taw satu cerita tak???? hangat gila"

"ah kau, tah pebenda yang hangat nya lah tu kan"

"bucu dengar lah neh, abang ***** dah ada makwe"

"Whaaaaaaaaaaattttt??????!!!!!!. bia betol??????" aku dengan terkejut
nasib tak terkentut tapi aku relak je

***** adalah sedara aku yang sama umur
rapat jugak lah dengan aku
tapi lately dia dah kerja so lost contact
pedulik lak aku kan, hahaha
by the way, dia agak anti sosial tapi dengan sedara mara
dia kelaka. so bila anak buah aku cakap dia dah ada awek
aku agak tekejut lah kan
sebab dia ni cakap dengan pompuan pun dia maluuu gileee

"bila pulak masa dia pergi mengorat neh, balik kerja duk rumah,mana masa dia??"
aku tertanya tanya dalam pankreas

"ni ha awek dia bucu, tengok ni"

stalker betul anak buah aku, tah sapa ajar pun tataw

"ehh tunjukk sikit aku nak tengok, tepi kau tepii tepi"
aku memberi arahan kepada budak2 lain yang enterframe kat situ

"waaaa,, comel gak awek dia, tak tahan. umur bape neh???"

"entah, dia tak tulis lah bucu, aiisshhh iwan add dia"

"kau ni mandai2 je add, hahaha macam2 betol lah, pening aku"

"abang &&&&& pun dah ada awek kan, tu macam tinggal nak kawen je"

&&&&& pun saudara aku gak yang sama umur
dia memang dah lama kapel, tak heran pun aku
yang ***** ni aku heran sikit
tapi orang kan mana boleh predict, macam2 boleh jadi

lepas tu aku sambung lagi gosip2, sampai nak roboh bilik aku dibuatnya

"kak M### pun dah ada pakwe weyhh"

M#### pun saudari rapat aku,
tekejot gak dia dah kapel, pening hahahaa
senang cakap ramai saudara mara saudari mari aku dah berpunya
tatkala mereka di umur yang sama dengan aku
dengan tidak semena mena, anak buah aku darjah 6 ni menyampuk
nama dia pijah. grrrrrrrrrrrr

"semua dah ada pakwe makwe, bucu je tak laku kan"

"HAHAHAHAHHAHHA!!!!!"
mengilai anak2 buah aku yang lain. tersedak

aku speechlesssssss..
macam kena tembak kepala aku dengar kata2 dia

"hamboiiii mulut kau kannnnn, meh sini"
aku pun 619 kan dia di dalam bilik ni
macam yang rey misterio selalu buat, aku aplikasi kan dekat dia
disaksikan dengan budak2 lain yang dok batu api

"belasah je dia bucu, belasah dia"

p/s : apa yang aku nak simpulkan, makin betambah hari, makin tiba tahun2 yang akan datang
kita takkan dapat predict apa yang akan jadi.

orang yang selama ni pendiam, mana tahu akan datang
dialah pendebat yang terbaik,

orang yang selama ni rendah, mana tahu akan datang dia akan berdiri sama tinggi dengan orang yang berpangkat tinggi,

orang yang selama ni bergelumang dengan dosa, mana tahu akan datang muka dia lah yang mengimarahkan masjid

orang yang selama ni elok cantik tampan perangai, mana tahu akan datang dialah kepala segala kemusnahan

kita taktaw kan, sebab tu jangan cepat buat andaian
tak kisahlah macam mana pun orang tu
setiap manusia akan berubah, kalau berubah ke arah kebaikan
bergembiralah kita beramai-ramai

tapi kalau berubah ke arah yang tak baik
kita belasah dia. heheh memain je
so sendiri mau ingatlah apa kena buat k. bye!

Wednesday, June 20, 2012

tiba-tiba

tiba-tiba hati terdetik nak sambung master
rasanya dah kupadamkan jauh-jauh perasan itu
namun baru-baru ini ia timbul kembali
timbul dengan lebih kerap
teringin nak sambung dan kalau boleh dapat
sambung jauh dinegara orang
menjadi perantauan di negara orang
tinggalkan jauh-jauh segala apa yang ada
cuma mampu berharap
agar ada rezeki
untuk menjadikannya kenyataan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...