Blogger Widgets ssssshhh...

Sunday, September 29, 2013

cerita seram segamat 1

assalamualaikum
masa aku memula masuk uitm segamat dulu, disaster hidup aku
aku masuk lewat masa pendaftaran dulu atas sebab2 yang dah lupa
padahal menangis tak nak pergi, jadi aku pun ada masalah rumah sewa

pung pang pung pang tetiba dapat lah rumah sewa, gila cepat kan 
punyalah malas nak cerita macam mana nak dapat umah sewa
sebab tu bukan agenda utama aku malam ni. aiceee over plak
rumah sewa aku cantik, serius cantik. fully furnish, pemandangan lawa
tapi takdelah ngadap gunung ganang tembakau apa seme
mengadap matahari tenggelam. perghh petang2 aku mesti layan perasaan

kat rumah aku, kau nak apa? tv? meja makan? peti ais? mesin basuh? astro???
ha astro tu tipu lah kan, tuan rumah aku bukan tokey balak. lingkup dia nanty
tapi senang cakap rumah aku memang best, amboi puji rumah sendiri plak
yelah nak tunggu korang puji memang nan hado

tapi satu benda, kawasan rumah aku ni agak sunyi skit
sebelah rumah aku ni kawasan kosong bersemak samun lepas tu baru ada rumah
sebelah satu lagi pulak ada penyewa lelaki, bawak motor besar plak kata ko.
dia selalu usha2 kawan aku, cehh tak gentleman, berani tanyalah nama kan
eh emo lak aku. ok biakan dia dengan motor besar motorboat tu
meh aku start cerita


sebelah tu semak samun lepas tu baru rumah balik
*gambar lama, nasib jumpa balik gamba neh*


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ada sekali masa tu hari ahad, aku baru balik dari pilah
jadi aku kol ogy mintak dia amekkan aku, ogy ni adalah budak rumah aku
bulan 10 ni dia kawen, eh terlari plak. okeh tunggu punya tunggu
sampailah ogy dengan ela pickup aku, 

masa aku memula masuk kereta, aku masuklah dengan wajah yang ceria
tapi aku pelik, ela dengan ogy diam je. apahal doang neh
gaduh dengan laki masing2 ke? sakit perot ke? andaian aku menerokai otak

"apesal korang diam neh? korang tak suka su balik ke"

"eh apa aa su merepek neh, kitorang ok je"

so bila doang cakap macam tu, aku assume doang ok
tapi aku still was was, entah2 doang nak kidnap aku g thailand *aku merepek apa neh*
jadi aku cuba act biasa2, mungkin budak2 ni penat
lepas dah nak dekat 15 minit perjalanan, aku pun sampai lah rumah

so aku dengan senang hatinya masuk bilik letak barang hapa seme dan rehat2
masa tu ela dengan ogy duduk dekat ruang tamu layan tv
and as usual muka doang sangat2 lain
doang duduk diam je, doang ni dah kenapa aku pelik gila masa tu
sarah dengan jo tak balik lagi, doang still dekat rumah masing2
baru kitorang bertiga je masa tu

lepas dah rehat lama2, aku pun capai towel masuk lah toilet
penat kan, so aku decide nak mandi bagi segar skit
selalunya aku tak mandi pun, hihihihi.

masa aku tengah syok karok dalam bilik air lagu apatah *tak senonoh punya pompan*
sekali tu aku terdiam sebab kau terdengar suara halus orang.

"kuatnya ela ngan ogy bercakap, biakanlah" getus aku dalam hati

aku sambung bershampoo balik sambil karok
lepas lima minit tu, tetiba aku dengar suara

"HEHEHEHEHEHEHEHEEEEEE HEHEHEEEEE!!!!!!!!!!!"

aku terdiam, memang terus senyap. tak guna sapa mengilai neh
aku terus keluar dengan sabun2 kat kepala, aku tak peduli

"elaaaa! ogy!!! awak dengar tak??????" aku jerit

"kitorang dengar su.. su takut laaaa..."

suara ela macam nak menangis, aku terus pergi dekat ela dengan ogy
masa tu perasaan aku bercampur baur, tataw nak rasa apa
yang aku taw, aku memang tertakut tahap takleh nak kata apa
tapi aku lagi rasa nak menangis sebab kepala tak sempat bilas, 
berbuih buih kepala aku

masa tu baru ela dengan ogy cerita, doang jumpa aku senyap sebab
masa doang memula nak keluar rumah pickup aku
doang sendiri dah dengar suara mengilai tu
suara tu halus tapi kau akan dengar dengan jelas

doang jadi tak keruas lepas dengar orang mengilai tu
disebabkan masa tu nak pergi amek aku, cepat2 doang keluar rumah
sebab tu doang tak bercakap dengan aku
first terlampau terkejut and second doang tanak aku takut

ha amek sekarang aku dah dengar live.

" tunggu depan pintu bilik air, su nak basuh rambut, tungguuu taw!"

lepas dah setel hapa seme, malam tu kitorang memang berkepit bertiga
ayat2 suci hapa semua baca. takut punya pasal memang tido berkepit
tapi itu bukan pengakhiran rumah aku
sebab sebenarnya lepas tu banyak kejadian lain berlaku
yang tak disangka - sangka


kawasan depan rumah aku ni kawasan lapang bersemak samun

(cerita akan disambung)

Saturday, September 21, 2013

perasaan seorang ibu bila menyerahkan makanan kepada anak2 nya

assalamualaikum. aiceee rajin kan. kan kan kan
kalau tak maun sebulan baru update blog, tapi hari ni over sampai dua plak
takpelah kan, selagi mood tengah rajin ni baik buat. kalau dah malas kan
memang hapa tak jadi ha

masa aku kecik-kecik, aku selalu dapat lebihan makanan mak aku
maksudnya macam ni, kalau mak aku makan ayam then aku tengok macam sedap je
maka dengan automatiknya aku pun akan nak jugak. mengada kan kacau mak aku makan

"mak nak ayam tu"

"ambiklah, mak pun taknak"

memang mak aku tak pernah menolak. asalkan aku mintak mesti dapat
tapi masa tu aku maseh kecik lagi, tak fikir apa-apa. taw mintak je
durhaka betul perangai aku neh

lepas dah lama-lama, aku pernah terfikir, mak aku kenyang ke makan
dulu selalu rembat makanan mak aku sebab nampak sedap je
then mak aku kenyang ke? ishhh nakal plak rasa dulu
tapi aku tak paham lagi perasaan sebenar seorang ibu
iyelah kita kawen pun belum nak rasa apa kan, calon pun takde. takpe muda lagi

sampailah satu hari ni. aku rasa aku mungkin dah paham sikit apa mak aku rasa
dan apa perasaan seorang ibu yang lain rasa, bila doang bagi makanan dekat anak-anak kecil

minggu lepas abang aku sampai, dia nak rehat sekejap. 
abang aku ada empat orang anak yang mana doang ni anak buah-buahan aku lah kan
abang aku kata dia penat, mintak aku tengokkan sekejap anak-anak dia
anak-anak abang aku ni kecik-kecik, umur sorang 5 tahun, 4 tahun, 3 tahun ngan 2 tahun

anak akak aku yang kecik ni lasak sangat, yang 2 tahun tu
aku cakap dengan kau memang tak menang tangan nak melayan doang seme
kesian aku tengok akak ipar aku, dia tak menang tangan tapi tak merungut. tabik!

"angah, kita makan kejap then kita jaga doang ye."

"okeyh"

aku bajet nak makan sikit je sebab nak alas perot, nasi tu adalah dalam 2 genggam je
sebab aku lapar gila, jadi perlukan tenaga nak mengejar mereka yang lari bak usain bolt neh
masa aku duduk atas meja, anak-anak buah kejar aku

"bucu, along nak makan."

"angah nak jugak bucu"

"aim nak gak cu"

masa tu aku baru satu suap. then aku terus suapkan doang
nasi aku amek sikit kan, so cepat lah abis nasi tu
masa tu aku tataw yang anak buah aku belum makan rupanya

"kejap bucu amek nasi lagi. tunggu ye"

"okeyh bucu"

aku amek nasi lagi. aku amek banyak. sepinggan penuh
then aku suapkan sekali tiga. sampai abis. then tambah lagi then suap lagi

masa tu aku terfikir, seronok tengok budak-budak kecik makan
and lagi-lagi kita yang bagi makan. doang nampak happy and seronok kan
bila aku nampak kegembiraan kat wajah doang, time tu aku terfikir

"oh aku paham kenapa mak aku cepat kenyang, seronok sebenarnya tengok budak2 kenyang"

masa tu aku rasa lapar aku tak sangat, tapi serius nampak anak-anak buah aku kenyang
aku pun rasa gembira. 
dia macam ada satu perasaan seronok yang tataw aku nak cakap macam mana
asalkan budak-budak kecik ni happy, kau ok dah

ye aku taw, perasaan yang aku rasa takkan sama macam perasaan yang dirasai
oleh ibu sebenar kan. ibu sebenar yang melahirkan.
cuma sikit sebanyak aku paham perasaan yang mak aku rasa
masa dia keep on bagi makanan dia kat aku.

saya sayang mak saya...:)

jamuan hari raya opis yang bermakna. hehehe

assalamualaikum. lama gila aku tak update blog
biasalah kadang2 terpaksa menyendiri, mencari ketenangan
mencari siapa diri sendiri, mencari kekuatan
aisehman ayat aku nak world je kan. hihihii

bulan lapan haritu ada jamuan raya opis
aku selalunya memang terlibat dengan event2 opis
sebab aku suka aktiviti2 yang doang buat (banyak makan free)
then event ni adalah antara yang terbest pernah aku buat

kau bayangkan, daripada semban sampai ke pilah mencarik daun kelapa
semata-mata nak menghiaskan gerai. memula doang plan nak daun nipah
then aku terfikir celah hutan mana nak ambik daun nipah ni kan
lepas tu mintak aku tanya bapak aku mana nak carik daun nipah

aku pun call la bapak aku merangkap datuk besar rumah tu

"abah mana nak carik daun nipah ek? orang opis nak beli aaa"

"takde, orang buat daun nipah seme dah mati"

"erk?"

lepas tu guna alternatif lain, carik daun kelapa
aku kalau ikotkan hati maun je bagi cadangan tak bermoral
ambik je daun2 pokok pinang tepi jalan tu, aku utarakan idea terbabit

"boleh amek daun pokok pinang tu tapi kau panjat, kitorang tgk je dari dalam lori nanty"

"?????????"

akhirnya jumpa jugak taapi guna daun kelapa, mintak bapak aku amekkan
tapi yang pandainya datang guna pajero, tapi nasib baik pajero besar
memula nak datang naik kete je. 

"su, kita amek daun kelapa dekat umah awak pakai myvi saya la, bonet kereta tu boleh tolak belakang"

dalam hati aku, dia ingat daun kelapa tu besar jari agaaknya

"tak muatlah cik wan,sebab kita nak amek lapan pelepah neh"

"ala muat, nanty kita patah2 kan laaa"

dalam hati aku, maun je aku gigit dia ni karang. bogek plak deh

"takpe cik wan, guna pajero opis, lagi besar. kang kalau guna kereta cik wan 
maun kita terlekat kat cermin depan nanty kang"

"yekeee? okey2. hehehhe" tersipu-sipu malu dah bos aku. debik jugak dia ni kang

setelah pung pang pung pang amek daun kelapa, kayu apa bagai
maka siaplah gerai. ha layanlah gambar yee. hikhikhih



"macam ni ha anyam ketupat, tu la korang merenyam taw menganyam tataw"



"eh orang depan aku neh, gerai tak siap lagi sibuk berposing. cam rozmey dah aku tgk"



"ah sudah, aku lupa gerai aku jual apa."



"macam ni ha you ols, ni kalau i boleh buat lawa2 ni, i boleh duduk hutan dah taw. 
buat rumah macam rumah tarzan tu"



"time aku nak posing la kau nak lalu."



"ehh?? mana poie daun kelapa seme2 tadi??
oh salah ni gerai sebelah daa"



"akak, soto je ke ada jual? sotong ada tak??"
"meh aku sotongkan kepala kau"



"dia ni amek makanan taknak offer aku ke"
"aku tak pedulik, aku lapar aku dapat dulu!"



"habis dah jualan hari ni, apalah akan jadi pada hari2 mendatang aku,
eh terlayan perasan plak. "



"abang balikkkk!!!!
"abang on the way sayang, dekat highway neh."  send

setakat ni sajalah entry bergambo aku.
lama tak update gambo2 kan. takpe pasni aku merajinkan diri
hikhikhik

p/s : dialog ni adalah rekaan sukahati jiwa raga saya. 
kalau ada orang opis terbaca maafkan beta ye tuan hamba. hihihih

Monday, August 26, 2013

sometimes things are better left unsaid

assalamualaikum, tengok tajuk orang putih habis dah aku
tapi bila post bahasa melayu pulak
manglish sungguh beta ni. takpela sebab ni bukan blog belajar pun
ni blog merepek, nak cakap apa cakap je
kadang-kadang rasa nak luahkan, kadan-kadang rasa taknak
macam hari ni sebenarnya aku tataw aku nak taip apa
aku main taip je, senang cakap aku betul-betul tulis mengikut apa kepala aku fikir

selalunya aku kalau nak menulis, aku akan fikir ayat dulu
yelah aku takut dow kalau tersinggung orang ke, sensitiviti ke apa ke
hari ni tak, aku belasah je sebab kadang-kadang selain daripada mengikut akal
kata hati pun kena dengar gak der. aiceee rasa over plak kan

pernah tak rasa kadang-kadang kau rasa useless kat sesatu tempat
untuk keseksisan, amboii apa benda keseksian ni woi
untuk kesekian kalinya, aku rasa aku macam malas dah nak kerja
aku pergi kerja pun sebab ikot langkah kaki dah memang ditetapkan
amboi ditetapkan kau, ha gitew. rasa macam maknyah bila cakap macam ni

kadang-kadang kita dah buat macam-macam nak satisfy mengikut apa yang dikehendaki
last-last tak jadi apa. kau pernah rasa? aku rasa kali ni dah memuncak sangat
aku sampai satu tahap aku takleh nak bercakap kalau ada satu benda bebankan kepala aku
kadang-kadang aku rasa "apa benda la aku nak buat supaya seme setel?"

untuk satu-satu hal aku tak dapat nak cakap kat orang
sebab kadang-kadang tak semua perkara kau boleh kata and cerita
gila konflik kan aku ni, aku memang konflik and kompleks pun
dulu masa belajar aku takdelah stress tahap gini, aku still boleh layan kepala
layan mp3, layan member2, tapi bila kerja lain dow

dia punya sakit tu macam membawak, hahahaa aku dah gila
bila kau dah tak sedap dengan kondisi kau, kau akan rasa tak seronok
aku sampai tahap kepala aku kosong, aku rasa aku tak serasi kot dengan apa yang aku buat
memang kita tak boleh memilih kerja tapi kalau diberi pilihan aku nak pergy tempat lain

at least buat something yang relate dengan aku
untuk satu-satu masa aku selalu selitkan dalam kepala aku macam ni

"takpe su, ni kejap je. bill gates pun tak abis sekolah dulu" eh tetiba bill gates plak

susah nak puaskan hati semerang, ada orang anggap kau kawan dia treat kau kawan
bila orang taw kau trainee dia buli kau habis-habis
kadang-kadang aku pernah je nak cakap, "mentang-mentang aku trainee je."
tapi bila fikir balik tu tak professional weyh
apa-apahal aku boleh sabar je sebab aku boleh buat apa lagi

aku kalau stress melampau aku akan half day tetiba
taw taw aku dah dekat terminal one, buat apa tak payah lah tanya
seme kedai aku singgah, beli belah lepas tu balik, baru aku rasa release
yupp sebab kadang-kadang aku rasa nak cerita je semua dan kawan aku
tapi dia pun ada masalah gak, takkan aku nak bebankan dia

jadi aku akan belah, taw-taw dah hilang
aku akan bergerak mengikut langkah kaki
pasang mp3, jalan lah pergi mana-mana macam orang takde arah
aku pernah pening kepala taw-taw aku dah dekat kl

aku pergy mid, adoii aku dah merepek sebenarnya neh
untuk certain time aku tahan je lah apa yang aku mampu
sebab tak semua menjadi ikut apa yang kita nak kan
sebab Insha Allah aku yakin perancangan Allah itu cantik

mungkin ada sebab kenapa untuk setakat ni ak jadi kuli je
alaa rilekslaa. adoi start dah cakap sorang-sorang. hahahaha

p/s : entry ditaip mengikut perasaan. hahahauauahuahaaihsidwcwev

Tuesday, August 20, 2013

cerita melayu pun macam tak berapa selamat je nak tengok

assalamualaikum
aku jarang pulak bukak blog , nak dekat sebulan dah wei
tapi dalam masa yang sama aku sayang blog ni gila-gila
yelah macam-macam cerita adakan, dan bila aku skrol balik ke bawah
rasa macam nak tergelak pun ada, dalam hati siap kata
"benda macam ni pun aku nak letak ke, mohon terjun longkang"

tapi biasalah, masa tu kita tak fikir apa sangatkan
ni pun dah banyak post aku delete, sebab segan pulak
dan mana yang okay2 je aku tinggalkan

petang tadi lepas balik dari memakan santak berger, 
amboi memakan. sopan sangat ayat aku
aku pun baca paper ultraman kosmos then bacalah bab artis
eh aku terbukak bahagian tu ha lepas tu terbaca ha gitew
banyak ter aku ni, lepas tu tajuk dia ialah

"ia bukan adegan porno, ia adalah pendidikan seks"
whatever apa sekalipun tajuk yang orang tu letak dan
walaupun aku baca pun tak habis lagi, aku tak pasti
sejak bila negara kita ni seolah-olah membolehkan adegan2 macam tu lepas ye

aku bukanlah kuno, aku taw dekat negara luar sana adegan macam ni biasa
even cerita hindustan pun dah daring sekarang, 
zaman dulu kalau tengok dengan family dengan anak buah buahan aku
rasa rilek je, time tengok kuch2 hota hai ke, at least takde bab2 kiss2 kuss semangat neh

tapi kalau tengok cerita hindustan sekarang, memang patut risau
sebab kadang2 ada adegan yang tak disangka, sebab tu aku kureng skit hindustan sekarang
dan aku rasa selamat kalau tengok cerita-cerita melayu
sebab drama melayu ni best, kadang-kadang jalan cerita dia
macam kau rasa kau sekali berlakon dalam tu. eh over lak explain

tapi kalau dah cerita melayu pun dah mula nak selit-selitkan adegan macam ni susahla
mungkin akan ramai yang kata "ala bukan semua cerita melayu macam tu"
ye memang betul tapi perkara takkan jadi serius kalau kita bendung dari awal kan
kalau lagu bunkface boleh kena ban, kenapa adegan macam ni tak kena ban kan?

aku mungkin keyboard warrior, hanya pandai berkata-kata
tapi at least mungkin aku boleh suarakan apa yang aku rasa perlu
dan satu lagi kita jangan lupa
dah nama pun adegan seks, dah sah2 lah benda tu haram
walaupun yang berlakon tu suami isteri
perkara tu kan hal dalam rumah tangga yang suami dengan isteri je tahu
jadi kenapa nak dipertontonkan dekat umum ye dok?

lagipun kita kan negara yang penuh adat ketimuran
sepatutnya benda-benda macam ni kena malu
kalau tak malu depan pengarah time landing-landing baring buat scene tu
at least malulah depan budak-budak kecik kalau tengok scene tu
sebab malu dekat Allah mungkin dah hilang sbb berani buat adegan tu

takpe lah, kita doakan supaya trend2 macam ni dibendung secepat mungkin
dan jangan kita lupa, sama-samalah kita doakan sahabat kita di Mesir
supaya segala pergolakan yang berlaku disana dapat diselesaikan dengan segera
Insha Allah..~~~

Monday, July 8, 2013

aplikasi jadual kehidupan seharian

assalamualaikum
pagi tu seperti biasa aku bangun, mata berat nanang bak kata orang Ganu
kalau salah maafkan aku. tuala yang aku sangkutkan dekat pintu almari aku capai
aku memang tidak suka menyidai tuala di luar rumah
sebab pagi hari nanti leceh nak bangun nak ambil tuala.
usai mandi dan bersolat, aku bersiap menuju ke motor bapak aku
aku memang jarang minum di rumah kerana kenderaan seharian aku ialah bas awam

aku takut kalau2 perut ku membuat ragam dikala aku enak tidor nanty kan
motor bapak aku meluncur laju ke simpang tiga trafik light utama
disitulah tempat aku menunggu bas dan akan ada seorang budak perempuan
yang akan bersama sama menunggu bas bersama aku. namanya titi
nama penuhnya aku tidak pasti.

sewaktu kebosanan menunggu bas, aku selalunya memperhatikan
kenderaan yang lalu lalang di depan aku
almaklumlah aku berada di jalan utama, seawal 6 pagi sudah ada kenderaan lalu lalang
kebanyakannya adalah kenderaan berat seperti lori, dan bas persiaran

namun tak semuanya lalu pada waktu ketika yang sama
ada kalanya kalau jalan tu nak lengang dia akan lengang jugak
namun ada satu benda yang menarik perhatian aku setiap pagi
kalau yang lalu tu sebijik dua, kebanyakan mereka akan langgar lampu merah tu
jadi sangat jarang untuk aku nampak kereta yang tak langgar lampu merah masa lengang

kebanyakan akan tekan pedal minyak and speed selaju mungkin
bahaya kan, aku ada snap kereta yang berhenti dekat lampu merah walau takde kereta lain
dan kereta yang makin laju walaupun lampu merah. namun semuanya telah hilang
sebab hp ku telah rosak memory kadnya.

dalam 10 buah kereta yang lalu ketika lengang dan lampu merah
hanya akan ada sebijik yang akan berhenti dan jalan ketika lampu hijau
begitu juga kita kalau diaplikasikan di kehidupan seharian
banyak perkara atau kesalahan kita buat di belakang-belakang

macam contoh, kita nak pakai barang si polan neh
lepas tu kita main ambil je dengan pendekatan ayat

"alaa takpe dia tataw, lagipun pinjam kejap je"

jadi banyak perkara kita buat dengan guna ayat takpe dia tak tahu
tapi kita lupa yang atas ni tahu. aku pun kadang2 guna ayat ni
macam nak pinjam gunting kawan aku, kalau dia takde aku main ambil je
then kadang2 aku lupa nak bgtaw owner dia aku pakai gunting atau stapler apa seme

samalah macam lampu isyarat tadi
orang langgar sebab apa? sebab jpj polis tataw
kalau doang ada mesti semua menikus confirm.

sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang sehari lagi neh
marilah kita sama2 memperbaiki diri, pahala bulan Ramadhan ni bukan calang2
lagu dalam mp3 ce tuka ke nasyid
tudung takat dada ce labuhkan sikit
kasut terbuka ce tutupkan
lelaki pakai seluar tiga suku ce panjangkan
bercakap perkara tak berfaedah ce berilmiah

semoga bulan Ramadhan ni menjadi bulan untuk semua umat
berlumba-lumba mengerjakan amal ibadah. Amin

Sunday, June 30, 2013

kesibukan bandar dan butanya mata penduduk disini

Petang itu seperti biasa aku mengemas-ngemas meja yang berselerak,
jam telah menunjukkan pukul 5.10. lagi 5 minit boleh dah balik.
malas rasanya nak duduk ofis jika tiada kerja, kebosanan melanda.
usai mengemas aku mencapai botol air dan sorokkan di bawah meja,
beg tangan ku sangkotkan di lengan dan beg laptop ku kendong di belakang.
sebelum berjalan keluar dari ofis, aku selongkar laci dan menemui topeng.
topeng tu ku sarungkan ke muka untuk mengelakkan jerebu. 

maklumlah sekarang kan musim jerebu. aku pulak baru nak baik kesihatan
jadi langkah berjaga-jaga ku ambil bagi mengelakkan masalah lain timbul
aku melangkah perlahan-lahan menuju ke kereta rakanku, seperti biasa 
aku memang sudah biasa menumpangnya setiap kali ingin ke perhentian bas

"biha tumpang cam biasa!"

"yooo. kau alihkan kon lepas aku keluar parking okeh?"

"orait!"

selepas dia menurukan aku di stesen bas terminal 1
aku mengorak langkah perlahan-lahan ke kaunter tiket
tiket ke melang menjadi pilihan utama kerana destinasi itu merupakan 
paling dekat ke rumah ku. ku menyusun langkah ke bas cityliner yang menuju ke kuala pilah
dalam beberapa ketika datang 3 orang remaja perempuan dibelakang ku
cantik-cantik kesemuanya. namun ku abaikan
walaubagaimanapun kebisingan mereka sedikit sebanyak mengganggu keadaan disitu

aku manguatkan lagi 'volume' mp3 aku namun belum mampu melawan volume mereka
mungkin mahu menarik perhatian orang-orang disitu mungkin.
pemandu bas masih belum menunjukkan dirinya. orang semakin ramai
dalam beberapa minit kemudia muncullah pemandu bas tersebut
ketika giliran aku untuk memberi tiket,
entah bagaimana tiket ku terbang dan tersorok di celah2 situ
jika aku salah dengarnya mungkin adalah kesilapan aku namun 
kedengarannya remaja-remaja di belakang aku menjerit

"time nilah tiket nak terbang pulak! kacau laaaa!!!!"

kedengarannya biadap namun ku abaikan
bukan kerna takut tapi aku taw budak2 zaman sekarang lain sedikit pemikiran mereka
aku teruskan mencari tiket ku sehingga jumpa dan menyerahkannya kepada pemandu bas
aku bergerak ke tengah dan mendapat tempat duduk disebelah seorang perempuan
remaja-remaja di belakang ku bergerak menuju ke kerusi belakang dan duduk disitu
perbualan mereka disambung seolah-oleh hanya mereka penghuni bas tersebut
tanpa memperdulikan orang lain, mereka ketawa mengilai dan penghuni lain hanya mampu
menggeleng kepala

ku abaikan mereka dan merenung ke luar tingkap
ketika sedang asyik melihat keluar, aku ternampak seorang tua yang lusuh
menyelongkar tong sampah di perhentian bas tu. satu persatu tong diselongkar.
tanpa rasa jijik. dia mengutip segala tin dan botol air kosong dan dikumpulkan si satu tempat
gelagatnya diperhatikan orang keliling namun tidak diendahkannya

lama kelamaan dia hilang dari pandangan, 
aku hanya mampu berharap pakcik tersebut terselamat dari sebarang bahaya.
ketika bas bergerak, aku merenung lagi keluar tingkap. 
jenisku memang begitu, aku suka memandang keluar sehingga tertidur
kalau tiada apa yang boleh ku buat, alamatnya memang tidur sampai ke melang
pernah aku terlelap dengan hp di tangan. bahaya betuk, nasib takde yang mencopet

ketika aku hampir terlayang, aku ternampak sati situasi yang lebih menyedihkan
kelihatan seorang lelaki tua terbongkok-bongkok mengutip makanan dia yang tebarai
dan memasukkan ke dalam mulut. bas yang bergerak perlahan membolehkan aku
melihat senario tersebut dengan lebih jelas. 
makannya yang bertabur dikutip dan dimakannya ketika itu jugaa
bukan aku seorang malah seluruh penumpang bas melekat di tingkap melihat situasi itu

namun apa yang lebih menyedihkan ialah
orang awam yang berada disekeliling orang tua itu hanya memandang dan tidak membantu
ada yang membuat tidak nampak dan ada juga hanya berlalu pergi
aku juga sedih dan kecewa dengan diriku kerana tidak mampu untuk melakukan apa2

aku terbayang apakah nasib orang tua yang mengutip botol
dan orang tua yang mengutip makanan itu. sudah makankah mereka?
perkara itu terus bermain di mindaku sehingga aku terlena

apa2 pun terjadi, sayangilah ibu bapa kita
walau pun mereka sudah tua, tidak banyak yang mereka minta
apa yang mereka mahukan hanyalah kasih sayang sayang daripada
anak2 yang susah payah dibesarkan oleh mereka.
sepuluh orang anak belum tentu boleh menjaga ibu bapa mereka.

dan kepada remaja2 perempuan tadi
aku tidak melawan bila kamu semua memerli aku bukan kerana aku takut
aku taw remaja sekarang lain macam sedikit perangai mereka
kerana silap langkah mungkin boleh jadi bergaduh.
dan aku lebih rela bersabar dari hilang maruah kerana bergaduh denganmu.
semoga kamu semua dirahmati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...