Blogger Widgets ssssshhh...: down memory lane

Friday, August 26, 2011

down memory lane

Wahh tajuk aku nostalgik sangat. Aku pun rasa geli plak bila baca tajuk sendiri ni. Hahaha takpelah. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku kerja dekat uitm pilah ni. Memula rasa macam jauhnye lahai tempat kerja aku ni. Boleh patah kaki kalau ulang alik naik bas ni tapi lepas lama2 semua tu jadi betah. Tak rasa apa-apa pun. Akhirnya hari ni aku akan resign sebagai staf uitm pilah. Duhh aku paling feeling nak meninggalkan sesuatu tempat tuh. Aku tak suka dowh sedih-sedih. Mula-mula aku akan ingat semua nanti macam biasa je tapi si yuz ni dok ulang-ulang cakap,,

“ sedih la korang nak pindah”

Hahaha rasa macam selebriti pula sebab dah ada orang rasa sedih if kitorang blah nanti.hee k fine aku dah start perasan. Takpe nanti raya korang datang lah rumah sebab aku confirm takde. Haha tanak la layan korang. Hari-hari jumpa bosan aku. Hari ni aku nak cerita perihal orang-orang yang baru aku kenal dekat uitm ni. Amaran entry mungkin agak panjang sebab mood aku pun tengah nak membebel sepanjang yang boleh.

KAK SABA

Ha ni boss aku merangkap boss terbesar sekali makmal-makmal ni. Semua budak skp even pembantu makmal sekalipun akan refer dekat dia. Papehal semua report dekat kak saba la senang cakap. Tengok muka dia aku taw kak saba ni penyabar.hee dia ni memang baik gila serius. Tak pernah pulak aku tengok dia mengamuk ke hapa ke secara membuta babi. Die memang cool.

“ su akak nak minta tolong sikitlah buek kan kojo nia, buleh tak?”

Ni ayat favourite yang aku selalu dengar yang keluar dari mulut dia. Setakat ni aku belum pernah lagi dengar kak saba cakap macam ni,,

“ su, akak nak belanja makan kfc quarter chicken ni, ajakla kawan-kawan sekali ye.”

Hahaha kalau ayat ni yang keluar memang tekejut monyet lah aku kan.cehh berangan la kau nak dengar kak saba cakap macam ni.perasan wekk!!!

AZAHANA

Yang ni boss aku. The point is dia ni sebaya ku je rupanya. Pmpuan ni baik and gila kelakar. Ok dia kuat gila gelak. Kalau gelak dalam bilik pembantu makmal sampai ke kelas dengar. Punyalah semangat dia gelak sampai tak ingat dunia akhirat kan.kalau makmal tu boleh bercakap mesti dia dah mengamuk dengan ana sebab dok gelak je.hahah.dia ni selalu gila bagi aku rehat time aku tengah kerja and suruh aku kerja time aku rehat.aduhh tebalik pmpuan ni. Hahaha aku dengan dia cakap aku kau je. Dah sah sah sama umur kan. Ayat favourite yang selalu keluar dari mulut dia ni,,

“ su nanti kau tolong basuh bikar dekat makmal ni ye, nanti kau tolong susun bikar dalam makmal ni ye.”

“ su jom ikot aku turun bawah jap pergi admin.” Ade jelah tempat dia nak pergi

Kiranya hidup aku ni main main dengan bikar, tabung uji dan bahan2 eksperimen je la. Tak kesah lah janji duit masuk kan. Dia dua orang nilah merangkap boss aku. Aku ni mampu terima arahan je la.

ANGAH

Laki ni boss eda. Dia memang best juga tapi selalu hilang and takde dalam bilik dia. Lect nak mintak tolong tapi dia dah kelaut pergi tempat lain. Kerja last minute memang favourite dia. Eda gila rehat dekat makmal fizik tu tapi kalau due date dah dekat macam lipas tak de kaki la dia buat kerja. Angah suka cari gaduh ngan aku pasal bola. Aku Chelsea la well macam biasa kan tapi dia MU. Kalau MU menang mulalah cari point kalau aku bertembung dengan angah ni. Honestly dia memang pengelat tapi itu tak bermaksud angah tak buat kerja. Dia suka buat last2 je. Satu lagi dia suka ulang apa yang orang lain tengah cakap dengan dia. Bab yang tu aku tak paham sangat la. Layankan je and ni ayat favourite dia,

“ poso tak ni?”

“ amboi main blog yo kojo eh takdo kojo ko?”

Ikotkan hati aku nak counter attack tapi aku kan pekerja yang baik hati lagi jelita menawan. So abaikan je la omong-omongan kosong mereka

YUZRI

Ni boss eda juga. Yuz ni kepoh sikit. Dia suka nak ambil tahu apa yang kitorang tengah buat. Gila2 gak brother ni. Kalau dia bosan dok bilik dia, dekat bilik kitorang la dia duduk jual muka. Sama jugak macam angah dia ni suka buat kerja last minute. Kiranya eda macam penyelamat jugak la sebab kalau tak siap kerja, yuz dengan angah bersatu padu bagi eda kerja. Hari second ke first entah, yuz dah minta aku cover kalau ada orang carik dia sebab dia nak tido dalam stor. Memang mentibang betul perangai sorang2 ni. Ha yang ni ayat favourite dia,,

“ ha ni apo golak2 ni, apo yang korang sorokkan dari abang ni??” suspicious je manjang dengan kitorang.

RAFIE

Yang ni bukan orang makmal pun. Orang bahagian mana pun aku tak sure la. Yang aku taw dia selalu datang bilik and cari angah. Sampai aku naik kenal la ngan dia ni. Asal nampak aku je angah, asal nampak aku je angah. Sampai angah suruh cover la kalau ada orang carik dia. Dia ni macam mesin perakam suara. Rupanya nak pinjam psp. Patot lah riuh sekampung mencari.

“ wei angah mano angah?”

“ wei angah mano angah?”

“ wei angah mano angah?”

Aku memang kerja deket receptionist jaga orang

HAIRI

Aku tak kenal sangat pun hairi ni tapi selalu juga la naik makmal cari angah dengan yus. Dia ni misteri sikit. So aku tataw nak cakap pasal apa. Heheheehehehheheheeh :)

Hari ni hari last aku dekat uitm. Macam-macam benda aku belajar. Belajar benda baru dekat makmal bio, inventory makmal fizik and belajar dari kehidupan yang aku sangat teruja melihat friendship yang terjalin antara semua. Honestly aku seronok kerja dekat sini. Semua ni pengalaman yang tak kan dapat dibeli dekat mana2 tempat. All of them are too awesome. U can’t get this experience in other places instead of here. Rabu lepas semua bos2 dari makmal2 yang lain kumpul duit untuk belanja budak skp makan. Serius tacing. Next entry aku update gambar plak




1 comment:

misz sempoi said...

terlalu panjang...
sku fokus dekat yang satu tu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...