Blogger Widgets ssssshhh...: air batu pasir

Monday, September 12, 2011

air batu pasir

ni bukanlah jenama air minuman tebaru ataupun air minuman yang boleh di order di kedai makan. kalu rasa nak penampar jepun tukang masak dekat restoran warisan, try lah order air ni. hehehe aku jumpa satu artikel yang best. memang cara senang cakap. jomlah kita tenung-tenung, renung-renung, lirik-lirik bersama-sama. aku pun nak main renung-renung sekali

ada tiga jenis manusia dekat dunia ni, korang agak2 la kan, korang tergolong dekat yang mana and aku pun yang mana eh??? heheheh kalau aku taw pun memang tak aa nak share dengan korang kan

pasir : kalau kita tuliskan sesuatu atas pasir, maka terukirlah sesuatu perkataan kan untuk jangka masa tertentu, then bila ada air atau angin lalau maka hilanglah ukiran tu. jenis yang ni manusia yang apabila kita lukakan hatinya, dia akan terasa dalam jangka masa yang pendek dan selepas beberapa lama, hilanglah perasaan tu.

batu : apabila kita calarkan batu tu dengan sesuatu, tentu makan masa nak hilangkan scratch tu kan. walaupun air angin tak mampu nak hilangkannya. jenis yang ni ialah manusia yang apabila kita lukakan hatinya, maka bertahun-tahunlah kemarahannya walaupun kita dah minta maaf berulang kali.

air : cubalah tulis sesuatu atas air, dapat ke korang baca tulisan tu??? sesaat pun takan berjaya kan. jenis yang ni manusia yang apabila kita lukakan hatinya ataupun buat salah padanya, mudah je dia maafkan kita. senang cakap jenis tak simpan dalam hati. susah nak carik

anda rasa anda yang mana and aku pun terfikir aku yang mana ea? peace :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...