bila kau cuba melakukan sesuatu yang menentang
norma-norma kehidupan manusia moden
kau akan dipandang pelik
seolah-olah kau melakukan dosa yang tiada kemaafannya
bila kau cuba melakukan sesuatu yang berlainan
dari keadaan sekeliling yang kebiasaannya
kau akan diperhatikan
seperti pesalah yang menunggu hukuman ke tali gantung
bila kau melakukan sesuatu yang
membuatkan kau mendapat perhatian yang melebihi segalanya
kau akan diperincikan sehingga sedalam yang mungkin
hinggakan hal peribadi kau turut di selidiki
bila kau melakukan sesuatu
yang sepatutnya kau lakukan dari dulu apabila kau akil baligh
kau akan diperjelikkan kerana
ianya bertentangan dengan kehidupan manusia moden
yang membenci kekampungan yang kotor dan busuk
bila kau cuba melakukan sesuatu untuk mengambil hati sekeliling
akan tetapi sekeliling mengabaikan kau
kau hanyalah sampah yang tidak berguna lagi seperti sebelumnya
kau hanya perlu memahami tanda-tanda yang diberikan
apa yang harus dilakukan ialah
angkat kaki sebelum mereka menghambat kau
bila kau melalui satu daripada fasa-fasa yang disebutkan
kau akan faham apa yang cuba disampaikan
done.
2 comments:
even aku x paham, tp aku cuba pahamkan
almaklum la, otak aku bukan otak sastera cam budak finance =)
finance mana ada sastera senget, suma dok main nombor je. tu yang sekali sekali bersajak sikit neh.. aku rasa macam a samad said dah..heee
Post a Comment