assalamualaikum
hari ni hari isnin, hari sepatutnya dinobatkan sebagai hari paling malas didunia
semua pergi kerja dengan muka yang penuh dengan ketakutan *ece*
terbalik dengan hari jumaat, semua pergi kerja dengan penuh semangat
aku pun tidak terkecuali
tapi nak buat macam mana
aku cantikkan juga diri ini untuk pergi kerja
eh salah, aku gagahkan juga diri ini untuk pergi kerja
so lantaklah hari ni, kejap lagi pukul 5 suku kau tengoklah
pukul 5 orang dah start mundar mandir nak punch card dengan scan name tag
meh sini aku nak berkaroot komedia sikit
aku dari sekolah menengah lagi dah memang ada selsema yang amat dasyat
kalau pagi-pagi tak dengar aku bersin bukan suraya lah nama aku
aku tuka nama jadi maya karin nanti
then mak aku tak pernah jemu mencarik penawar untuk merawat benda alah ni
amboi ayat, eh betul apa
kau bagitaw aku ubat apa aku tak pernah makan, ce cakap
sume aku dah togok, kalau rumput tu boleh elokkan selsema
dah lama mak aku buat rumput tu jadi teh hijau
then adalah dalam satu majalah ni, mak aku suka membaca
so dia terjumpa satu artikel, then artikel tu
mengatakan cara-cara merawat selsema atau nama saintifik dia resdungkumulimbusrosbus
nama benda alah tu kopi belantara,
then packaging dia sumpah tak menarik
pastu aku pun berdialog lah dengan mak aku
"mesti mak nak belikan benda tu"
"benda apa"
"tu kopi perkasa tu"
"kopi belantara lah, kopi perkasa tu tak koso den minum ai, ko yo minum"
"salah-salah. sorry-sorry"
tapi rupa-rupanya
memang senyap-senyap mak aku pergi beli
taw-taw masa kat rumah barang tu dah sampai
orang takda then aku lah yang sign untuk penerimaan barang tu
"apa benda ni, macam dadah je pembungkusan dia" bisik hati nurani ku
"kopi belantara, apa benda plak ni" hati aku main bisik-bisik lagi
dah macam hutan belantara plak nama dia ha, aku pun belek-belek then letak atas meja
masa mak aku balik, aku dengar suara kegembiraan daripada mak aku
"ha sampai pun, su. ha nanti kau minum ni"
"okay boss"
aku pun okay jelah sebab nama pun kopi
aku kopi ke teh ke semua aku balun tanpa belas ihsan
then masa mak aku buatkan tu, aku pun minumlah
"wekkkk,, tak sedap! pahit nye mak. eiii letak gula sikit lah"
"namo pun ubek, kalau nak manis bukan ubek lah namo ea"
"ada je ubat manis mak"
"apo?"
"scot emulsion. ha yang tu togok pun boleh"
"tu ubek jenis lain, kau nak baik tak??? copek abih kan"
bermulalah episod baru dalam diri aku, kena minum kopi yang amat dasyat kepahitan dia
wuwuwu serius tak best tapi nak cepat elok punya pasal kena lah tahan
leh nangis-nangis dibuatnya kalau tak kuat semangat
aku tengoklah kandungan kopi tu
semua nya akar kayu weyh, patut lah nama dia kopi belantara
kalau kandungan dia ada gula, MSG, pengawet, pewarna
confirm nama dia kopi bandaraya
tapi serius tak sedap. aku togok sambil sepit hidung pun
still terasa pahit dia. weekkkk
by the way, korang nak rasa?????
3 comments:
resdung la tu
pandai!!! 100 markah untuk cik anon.. sila tuntut hadiah kemenangan di kaunter depan..
resdung tu hilang x?
Post a Comment