Blogger Widgets ssssshhh...: nervous yang ni osah lak lain macam bona den koba an

Thursday, June 7, 2012

nervous yang ni osah lak lain macam bona den koba an

assalamualaikum
mari sini aku nak membebel sesuatu
sesuatu yang sangat panjang kata kau
hari ni aku memang nak membebel sepanjang yang mampu
kalau larat silalah baca, terharu aku nyah.. ewww
kalau tak larat kau terus page last je lah

cerita aku adalah sepanjang tajuk aku kat atas tu
kau baca pun penat kan, apatah lagi aku yang menaip neh
bagaikan diarahkan membuat karangan sepuluh patah tanpa henti

ala ayat je over ni, kalau nak berhenti taip boleh je
dah cukup dengan mukaddimah yang tak berkesudahan
kita teruskan dengan apa yang ini hamba sampaikan
walaupun tak berapa nak 'sampai'

hari ni lecturer aku nak datang memantau
hai pelik betul aku, aku cakap dengan kau lah weyh
nervous gila. entah apa yang nervous pun tataw
bukan sejak pagi ni, sejak malam semalam sampai panas2 badan aku

ha over tak?? aku memang over kan. tapi aku kisah plak
tapi yang panas2 badan tu tak tipu, macam syaitan kan kalau dengar azan kan panas
ha tapi aku bukan leh syaitan, senget betol jangan lurus sangat
tu macam perumpamaan lah senang cakap,

aku plak dengar lecturer nak datang terus parkinson
haha! masalah mental betul
disebab kan sejak semalam aku nervous, lambat jugak lah aku tido
memula layan cerita 30 days of night, cerita genre seram ganas
aku selalu nervous tengok cerita-cerita gini
tapi aku tak feel pun weyhh layan, tak takut pun
siap layan sorang2 depan tb sampai pukul 1

keseraman aku terhadap kedatangan lecturer aku masih tinggi
cerita hantu yang aku layan tak mampu nak mengalahkannya
memang kuat sungguh penangan, aku sambung plak quarantine
tu cerita zombi, zombi makan orang memang ngeri
aku siap tenung lagi

"ape benda lah zombi ni makan orang, bukan sedap. nasi banyak lauk melambak
orang putih yang tak masak tu jugak dia dok kejar-kejar"

tapi dalam pemikiran aku, zombi dengan kedatangan lecturer aku berperang
arghh!!! apesal nervous aku tak hilang lagi ni, kata aku dalam hati
then niat di hati nak sambung nightmare on the elm street, freddy krueger
tapi tak jadi bukan sebab takut, aku lagi takut dengan mak aku
kalau mak aku taw tido lambat memang habislah
sebab nanty aku jugak ngantuk time keje kalau dok berjaga

aiseh macam mana ni euro dah dekat plak, pastu aku terus tido
tak nyenyak dow, hadoooooooiiiiiiii.
padahal lecturer je nak datang pun, bukan nya kawen pun

pagi tadi aku bangun memang tak larat gila
mandi pun macam hapa je malas gila, padan lah muka sapa suh
tengok zombi pontianak vampire semua kan,
then aku pun pergilah kerja, muka penat macam kerja buruh kasar
then lect aku pun kol la

"suraya, saya lambat sikit ye. ada hal dekat jelebu"

"owhh,, okay2.. miss eh puan kalau dah sampai pilah bagitaw ye. nanty saya bagi direction"
nervous punya pasal, miss dengan puan pun aku dah tercampur-campur panggil

"lambat lagi lecturer kau sampai tu su, jom ikot akak minum"

aku pun keluarlah, makan macam tak berapa nak kenyang je dow
walaupun habis nasi goreng tu aku makan, ele tipu ayat tak kenyang
saje nak buat drama sikit. tapi aku memang nervous.
pastu kawan baik aku pun bagilah nasihat

"bla bla bla bla bla, pot pet pot pet" nasihat adalah dirahsiakan

then tibalah masa yang ditunggu-tunggu, lecturer aku kol
and cakap dah sampai, aku pun pergilah amek dia, eh salah
jemput dia kat luar. ha first impression aku weyh, perghh lawa gila lecturer aku ni
asal tak pernah nampak pun, sopan and lemah lembut
so keyakinan aku dah naik balik, dia tak garang neh.. okayh neh aku rasa

"suraya, saya nak cepat neh. kita jumpa supervisor then saya kena pergi
senawang pulak"

"okay boleh-boleh. jom saya bawak pergi jumpa cik XYZ"

then aku pun berjalan lah dengan lecturer aku
nervous dah kurang tapi masih ada saki baki
yang perlu dibuang, memang kena buang
sebab nak jumpa supervisor kan, aku kena yakin
dan confident

"maaf lah lambat encik, saya sangkot dekat jelebu tadi"

"owh memang dah lama jugak tunggu tapi its okay"

"ha saya cuma nak taw, macam mana performance student ni dekat tempat encik???"

" bla bla bla.. zegish dush kebaboommm!!,, eeeee boommmm.. pak mat tempe... bla bla bla"
hambik kau cik XYZ dok komen pasal aku, komen adalah dirahsiakan
mana boleh bagitaw, tak suspen lah

"owh macam tu, baiklah terima kasih ye encik XYZ sebab sudi amek
pelajar uitm sebagai praktikal dekat sini"

"owh tadahal.. ok je" melebar senyum supervisor aku

lepas keluar je pintu department, nervous aku dengan butterfly hilang sekelip mata
kegembiraan dan kelegaan pula yang menjelma
semuanya seakan akan mimpi, uiii dah setel.. yeahhh!!!
serius rasa nak menjerit, setel dah weeeyyyyyy
lepas tu aku terus tanya lecturer aku

" erkkk soryy.. miss dah kawen belum??? sebab tu kejap-kejap saya panggil miss lah
pastu puan lah sebab saya confuse" merah dah muka aku sebab tataw
tapi aku memang tak kenal dia pun

"aiisshh awak ni, saya tak kawin lagi lah.. miss.. hehe"

"o0o0o0o0o0o..orait miss. hehe"

gembira punya pasal sebab pemantau dah datang
terus aku naik department pergi jumpa ada sorang akak ni
akak bahagian surat menyurat, surat punyalah penuh meja
sampai meja tak serupa meja, macam kaunter pejabat pos dah aku tengok

"kak, meh surat kuning tu saya handle"

"betul ni???"

"yoooooooooooooo..hahahaa"

lepas tu ada sorang brother dekat tempat keje aku ni tanya

"uiii mak oii.. sapa tadi tu???"

"lecturer saya lah, pemantau. kenapa???"

"dah kawen ke belum???"

"dah,, ehhh ehh belum-belum"

"wahhh..apesal kau tak kenalkan dengan aku????"

"mana saya taw, dah tak tanya."

"kau ni pandai-pandai leh matchkan dengan aku"

"hahahaa berani pulak saya nak buat gitu"

"nombor dia ada???"

"ada"

"bagi aku nanti.. boleh??"

"erkkkkkk.. hahaha" terus aku blah

terus aku masok tempat aku balik dan luahkan apa yang aku rasa dekat blog ni
aku memang macam ni, happy ke sedih gembira aku
aku suka cerita dekat blog, kalau korang rasa annoying sorry lah yee
aku tak cerita kat fb sebab tak semua kawan-kawan kat fb aku rapat
tapi dekat blog, hanya yang rapat-rapat sahaja taw meh
jadi takdelah segan sangat and lagi satu, ruang kat fb tu kecik
tulis tajuk je dah lapan muka surat. hahaha

tapi satu je kawan-kawan kat blog aku ni suka buat

"weyhh, aku tengah baca blog kau ni.. menda kau merepek buaya lah apalah"

"erkkkk, tak payah lah cakap. malu lah aku"

"pastu ni ha apa benda bla bla bla petang bla bla bla, kambing"

"budak ni karang"

ha korang kalau nak baca, baca dendiam. jangan bagitaw aku
sebab aku malu bila taw orang tengah baca blog aku
aku lagi suka tataw daripada taw. nak komen pi kat bahagian komen
jangan le komen kat aku. aku cop dahi tu sorang-sorang karang

sekian daripada cerita aku yang panjang
okayh nak sambung asset tagging plak.. bye!

2 comments:

Anonymous said...

panjang bona....kem salam kat miss k.

su suraya said...

hahahaha okayhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...