Blogger Widgets ssssshhh...: jangan sampai tak sempat

Wednesday, July 11, 2012

jangan sampai tak sempat

assalamualaikum
kadang2 rasa macam malas dah nak berblogging
maybe sebab makin takde idea and aku perlu rehat dulu
untuk beberapa waktu ketika sebelum datang idea yang
lebih baik dan bernas untuk dibentangkan??
mungkin jua siapa taw kan sebab kita semua bukan robot
ah cukuplah dengan mukaddimah yang meleret lagi membosankan
sebab kalau aku rasa nak merepek, ke blog ni juga aku muntahkan :)

dalam diam kita mengira hari, waktu berjalan
sesaat tiada henti, tidak pula tercepat tidak pula terkurang
hari berganti minggu
minggu berganti bulan,
bulan berganti tahun
dari tahun ke tahun seperti tiada bezanya
cuma terkadang rasa cepat masa berlalu

tanpa sedari seperti semalam baru bermain baling tin
dengan rakan sejiran, berlari kerana tidak puas hati
ah budak2, apa yang dipikirkan. main main dan main
seperti semua berlaku semalam, indah dan aman
tiada masalah yang hendak difikirkan

hari ni sudah dewasa kalian semua
ada yang sudah mempunyai zuriat dan keluarga
ada yang terkial-kial membina tapak mencari sesuap nasi
ada yang masih memerah otak untuk keputusan peperiksaan

dan tanpa kita sedari, semuanya makin dijamah usia
tahun demi tahun, hari lahir sentiasa diraikan
sebagai tanda pertambahan umur seseorang
sedangkan kedatangan hari lahir bermakna
makin kuranglah umur semua kalian,

makin kurang umur bermakna makin jauhlah kita
dengan masa lalu dan tetapi
makin dekatlah kita dengan kematian
berapa kerat yang bersedia menghadapi kematian??

berapa kerat yang menimba amal untuk bekalan
di dunia yang satu lagi???
berapa kerat yang mengambil kisah untuk menimba pahala
sebagai hadiah dan perisai di akhirat kelak???
berapa ramai??

barangkali semua tahu, tetapi mengambil keputusan
membuat tidak tahu, kerana dunia lebih penting nampaknya kan
janganlah apabila nyawa sudah di tenggorok
baru menangis menyesal semahunya
kerana pada waktu itu, menangis air mata darah pun
semua sudah terlambat

mati itu pasti, selagi hayat dikandung badan
buatlah amal sebanyak boleh. Insya Allah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...