Mangsa, Salimin Ali, 42, berkata, ketika kejadian pukul 9 pagi, dia bersama dua anaknya yang berusia enam dan sembilan tahun datang ke pasar raya itu untuk membeli barangan keperluan rumah.
Menurutnya, mereka menaiki lif di tingkat tiga untuk turun ke tingkat bawah tetapi apabila sampai di tingkat dua lif berkenaan tiba-tiba terhenti.
"Pada waktu itu memang cemas tetapi nasib baik lif tersebut mempunyai cermin besar di belakang dan saya boleh melambai kepada orang ramai untuk meminta pertolongan."
"Saya menenangkan dua anak saya yang ketakutan dengan berbual dan beritahu mereka bahawa bantuan akan sampai tidak lama lagi," katanya di sini hari ini.
Jelasnya, dia kemudian lega apabila melihat kehadiran anggota bomba dan mereka berjaya dikeluarkan selepas lif itu dihidupkan semula.
"Ini adalah kali pertama kejadian sebegini berlaku kepada saya dan selepas ini mungkin saya dan anak- anak akan gunakan tangga sahaja kerana trauma," katanya.
oh tidak. aku dah la memang tak suka naik lif. memang tak la aku nak naik lagi lif lepas ni. naik sorang memang takkan. kat seremban plak tu jadi benda alah neh. tensen!
sumber menyumber : http://facebookaans.blogspot.com/
5 comments:
kau try mlm2 pastu kat pangsapuri yang teruk2 sikit..haha
banyakla kau, ce tengok kau buat dulu..tengok goyang ke tak..hahha
cuak dow. umah aku pun start nak wat hal liftnye
klo nk tengok yang pelik2 sila lah ke
http://mynaepul.blogspot.com/
aku penah dulu pintu lif bukak tapi nampak sekerat saja
sebab tak sama dgn level pintu
gila scary gak
haha tak sangka aku ramai gak yang ada masalah dengan lif. ingat aku sorang je meh..bagoss2, boikot lif. kalau tingkat bangunan tu tak tinggi naik tangga je..
Post a Comment