Blogger Widgets ssssshhh...: kartun zaman 90an

Wednesday, November 7, 2012

kartun zaman 90an

assalamualaikum
aku takda idea, penat perah otak, darah je keluar
jadi aku masokkan balik otak aku yang kering tu dalam kepala
lepas dah masokkan dalam kepala 
tetiba datang idea, tak sangka idea bernas aku memerah otak menjadi

aku bach 88/89, memang aku sengaja letak dua
so korang leh teka lah umur aku berapa, 
so aku nak cerita, masa zaman aku tadika
lari2 dalam seluar pakai pampers kain lampin dulu
aku banyak kartun zaman dulu yang gila layan

zaman sekarang pun best gak, tapi aku mestilah puji zaman aku 
zaman sekarang paling koman upin ipin dengan boboboi tapi aku layan
sapa cakap tak layan, kalau tak takdelah aku kenal
si budak ihsan fizi meimei mail dua singgit
and segala kawan karib tok mak dia kan

aku suka gila kartun dulu2, paling tak boleh blah
power rangers mighty morphine, aku siap hafal lagu dia
kalau ada handphone dah buat ringtone, tapi time tu
aku cuma bergantung pada telefon rumah
jadi aku belum gila lagi nak buat ringtone dekat telepon rumah

aku duduk dengan sekali askar2 aku seramai 2 orang
2 orang pun aku rasa perangai macam doploh orang
perangai macam hapa memasing,
takat tarik rambut berdarah hidung, 
dah jadi makanan aku. aiseh terlari topik

go go man u, eh salah go go power rangers! mighty morphin power rangerrssss!!!

kalau lagu power rangers ni keluar, dia main time petang
aku dan 2 orang askar aku akan berlari terkedek kedek

"aku cop power rangers pink!" aku memulakan provokasi

"ala kita nak pink bucu" anak buah aku merengek. ngada!

"ah takde2 aku dapat dulu, kau amek itam" 

motif aku merebut yang pink tu, sebab aku rasa
power rangers pink sangat comel dengan skirt dia
and aku rasa aku nak comel cam tu. 
ceh kecik2 dah pandai perasan
ni semua iluminati sesat neh

 
kau tengok comel gila yang pink, mana aku tak terberangan masa kecik

kalau time rasaksa tu kalah, aku rasa tu semua agenda sesat
sebab lepas tu tetiba confirm dia besar gedabak gedobos gila
ha ni freemason sume neh. then lepas tu keluar la robot dia
pheewww pomm macam2 bentuk keluar
ada rimau la, burung la, nasib takda bentuk tenuk

ha lepas tu lawan2 la antara robot dengan rasaksa
and well opkos confirm la robot menang
kang kalau kalah robot tu tak pesal ada mogok besar besaran
dari persatuan kanak2 bawah 6 tahun sedunia nanty 
kang semua budak dengan lampin2 nya berlari kat jalan baring
mintak dihidupkan balik robot tu, masak kau

kalau nak ikotkan banyak lagi
aku letak gambar aa review sikit zaman kemashyuran dulu

yookies. semua keluarga bentuk macam telur
comel gila, pelik takde plak ular jumpa family neh
kalau jumpa memnag tinggal kulit telur je leee


anak-anak sidek. gila bapak garang bapak dia. aku tengok pun nebes
aku ada satu almari buku ni, kumpul meh. sekali mak aku dah jual kat recycle
aku hanya mampu redha, sapa suh tak jaga..


dengan kuasa bulan, akan menghukum mu! 
hambek. tah celah mana bulan dapat kuasa aku tataw la
dapat kat roket kot. ni sailormoon
minat gila aku dengan yang rambot pendek tu ha


yang ni, usop budak kampung and the geng. aktiviti
mandi sungai, mancing, main rakit, masok hutan
zaman skang?? nan hado..haha



nama dia samad, dia penyelamat. aku lupa nama kawan dia tiung tu
dia dok spital gila. sian dia. tapi dia baik. hahaha tetiba
peberet ni weeyyy kluang man


skang ni ada ultraman 3 la, mebius la, zeus la, kena bius la
pada aku ultraman taro gak best. dia lain
skang ni banyak sangat cousin2 dia, mak menakan dia
nak inteprem.aiisshhh


dragonball terbaik, dengan majimbu segala
planet namex lah, cyborg lagi. perghh, lawan 8 tahun tak setel
tapi ceria dah kua balik dragonball, so takdelah rindu sangat
bese2 je. senang jumpa


aku nak tanya. sapa pernah tengok gaban???
kenapa aku tataw kartun neh???? pelik2

kalau ikotkan banyak lagi, tapi ni yang aku ingat
memori aku ni bukanlah kuat sangat. tapi aku still
rindu zaman dulu2. tora, jojo segala.
masa berlalu terlalu pantas meh, terlalu sangat...:)

6 comments:

Unknown said...

hahahaha... kompom 88.... aku suka power rangers... tapi kenapa tommy takde erk???

masukkan sekali gambar Alpha ( aiyayayai).. Hehehehe semua kartun kartun ni aku minat.. Yg paling utama adalah KELUANGMAN... hahahaha

Anonymous said...

haha...lawak...

kau ni kategori umur 2005 lah...

wei..gaban aku tahu!!!kat sini ade..jual air balang...name glamer die...air abg gaban....
ahak ahak ahak :D

Anonymous said...

imaginasi budak uitm mmg power,
sama lar kita pown..

su suraya said...

papa blogger : wah yakin sungguh..kartun2 dulu2 best kan.. alpha?? wahh nanty search and update..hee

mira : weyy aku tak pernah tengok gaban..hahaha kawan aku lah kata. aku dah pelik tapi ko pun taw, aku lak pelik dengan diri sendiri kenapa aku tataw gaban neh? hahaha

anon : imaginasi time lepak2 boleh la. btw kenapa cakap aku budak uitm?? mana taw? haa

skulluv said...

aku serius tak ingat pasal kartun gaban gak.aku pergi mengaji ke masa tu? hahahahaha

su suraya said...

ahahaha poyo gila kau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...