assalamualaikum
kau ada RM 50 dalam tangan
bangun masok dalam kereta atau naik bas
then kau pergi shopping mall terdekat
macam giant atau tesco
lepas tu ko ambil troli and sorong masok pasar
agak2 penuh tak troli kau?
ke separuh? ke bahagian besi bawah tu je ada barang?
ok yang kedua, kita pergi zaman 10 tahun kebelakang
kau ada RM50, kau naik bas atau kereta
lepas tu macam biasa kau pergi giant
ada ke giant eh? ala pergy je mall zaman2 sekolah kita dulu
agak2 penuh tak troli? kerat jari weyyy
mesti penuh punya, paling tak pun lebih separuh
nampak tak? zaman sekarang punya RM50 dengan dulu
sangat berbeza. dulu kalau dapat pegang 50
macam pegang 5 juta, over plak rendahkan sikit
macam pegang 5 ratus. dia punya nilai besar
orang dulu kalau bagi duit raya 50, dia memang kaya weyy
tapi itu takda masalah kalau nilai makin rendah
masalahnya ialah barang makin mahal tapi kenaikan gaji tak tinggi
contohlah kan, barang naik setiap perayaan and apa je event
tapi gaji still di takuk lama and paling tak pun bonus lah cover skit2
sebenarnya bukan tak bersyukur, ko taw malaysia memang aman damai
tapi kalau harga barang dok melambung-lambung sakit jugak
aku ni jenis takda lah rajin sangat research
aku suka bagi pendapat ikot apa yang aku taw
and pendapat aku tak semestinya betul k
tahun 2020 nanty bawak troli kosong je
dulu masa aku sekolah menengah,
air botol 100plus tu 1.50 je weyh. air tin 1.10
masa tu memang rasa gila bestlah kalau dapat beli
and sekarang aku tataw mungkin kedai tu cekik darah ke apa
aku beli air tin 2.00! gila mahal! so agak2 yang botol tu bape rm juta dah weyh
memang dunia berubah mengikut arus peredaran zaman
dan aku harga barang makin naik tapi
tak berapa nak selari dengan kenaikan pendapatan normal manusia sejagat
kalau tengok cerita dulu2, harga air seposen je
dah dapat kopi secawan. dan sekarang singgit lebih baru dapat
agak2 kalau zaman anak2 kita nanty, eceehh anak2 kita you ols
tak mustahil pergi kedai harga kopi dah jadi 10 henget
and sekarang pun dah memang ada harga gila macam tu kan
nampak sangat duit dah semakin tak bernilai
sekarang ni seposen selalu je kita jumpa tercicir kan kat jalan
silap2 akan datang nanty RM 50 tepi jalan pun leh jumpa
just imagine, betapa pantasnya dunia sekarang bergerak
yang kaya bertambah kaya
yang miskin semakin kebelakang
11 comments:
tak silap aku, ini namanya inflasi. dulu konon2 nak buat inflasi SIFAR kan? tapi kenapa tak jadi ntah? Patutnya gaji kita naik mengikut kenaikan harga barang gak. Huhu.
Ni baru mintak naik gaji sikit, ish. Ekonomi tak berapa sangatlah. Nanti boleh.
Payah nak kata benda ni. tapi ramai yang salahkan gov gak. Aku pun tak tahu la. huhu
cet... ade blog lain tak nak gtau... saje je taknak bagi baca cerpen dia... majuk arrrr
skulluv : ha tu lah point utama dia. harga barang naik tapi tak sekata dengan kenaikan pendapatan bulanan kita. sakit weyh, kita tak rasa sangat tapi akan datang kita akan perasan duit dah takde nilai. silap2 budak2 pegy sekolah duit belanja pun 100 sorang..
azmeng : ehh bukanlahh,, just penulis sambilan je kat blog tu. owner dia abang atas kita ni ha. aku tulis cerpen pun belum. tengah2 draft je..heee. uit nanty aku dah tulis cer aku, aku bagi link kat kau taw. jangan tak baca lak..hahahahah
bgi aqu kerajaan dah wat yg terbaek,
duit kertas atau duit fiat nie mmg tkde harga n bergantung pda nilai dollar US..
So,sekrang melabur lah emas,silver,
beli tanah ke,rumah untuk simpanan masa depan...
-cuma bgi pendapat-
yeah tntang duit kertas ni no wonder la makin mahal.. but the last part i like, yg kaya makin kaya, yg miskin makin miskin.
kalau la kerajaan ada inisiatif nk tlg majukan org miskin kt negara ni, kan bagus. bkn nye bg rm500 je yg boleh habis sekelip mata. do something else.
kita tak boleh halang kemajuan,
makin lama makin canggih n mahal,
yg kaya makin kaya,yg susah maintain susah,
bgi aqu sbgai org melayu,first skali
berbalik ke pangkal jalan,dekatkn diri dengan tuhan,lakukan perintahnya jauhi larangannya,second,tukar mindset kita utk tukar taraf hidup dngn cuba bergerak seiring dngn keadaan semasa,tkde amalan rasuah,dengki sama melayu,fikir poitif..
dengan ini baru ekonomi org melayu akn meningkat,seiring semasa dan malaysia akan berterusan menjadi tanah milik org melayu,
cina beli tanah org melayu ratus ribu,
pastu diorang buat kondo untung juta2...
india walau kaum dia kecik dari melayu ngan cina,
tpi dorang tak dengki satu-sama lain..
-cuma bgi pendapat dri pemerhatian-
anon first: yee memang kerajaan dah buat yang terbaik. just rasa macam perasan kan harga barang naik melampau lampau tapi kita ni naik takat mana. mungkin pendapat aku tak meluas. takpe aku akan observe lagi and aku setuju, mungkin kita patot invest dekat emas, rumah atau tanah untuk masa depan. thank you..:)
eda: yeepp.. banyak benanya benda yang boleh dibantu untuk menolong orang susah. contoh macam duit rebat hempun tu. kalau ikotkan aku rasa tak perlu. baik disalurkan dekat benda yang lebih penting..
anon last : ha yang ni aku setuju. amalan rasuah ke hapa semua ni yang merosakkan segala bentuk jenis perniagaan. rasuah ni orang yang nak kaya cepat tak menyempat. hmmm mentaliti perangai macam ni memang susah nak ubah. kau agak2 macam mana? kita ni majoriti dalam negara tapi kita ni minoriti dalam segala macam urusan. btw thanks singgah and bagi pendapat..:)
bukan nk tunjuk padai ke ape,
cuma nk ingatkn kat diri sendiri dan org yg membaca terutama org melayu,
bangkit lah,fikir panjang fikir matang..,aku buat bel422 tajok "melayu easily forget",so lepas buat research mendalam baru perasan betapa besar masalah ini jika dibiarkan berterusan..doakan aku report writing aku dpt A+..
-by the way,dua2 anonymous diatas tuu aku seorang lelaki-
setiap orang ada pendapat masing2. dun worry takde timbul kes tunjuk pandai ke apa, yang penting ko berani suarakan pendapat ko itu dah cukup.
all the best kau punya bell422. so itu menunjukkan kau ni seorang student lagi. aku dah lalui zaman bell segala hapa ni dulu. Insya Allah kau usaha lebih, dengan izin Allah, A+ dalam tangan..:)
Post a Comment