Blogger Widgets ssssshhh...: epal

Wednesday, January 30, 2013

epal

assalamualaikum, lama sangat aku tak merepek kan. 
takde sebab pun sebenarnya
aku pun tataw napa aku menganaktirikan blog ni setelah lama menatangnya
bagai minyak yang penuh. 
ok dah over. abaikan. hari ni aku nak kongsi satu cerita
cerita ni cerita betol yang berlaku masa zaman Nabi-Nabi kita dahulu
just cuma aku ingat2 lupa nama dia. yang penting jalan cerita dia kan. 
and aku menceritakan cerita ni, mengikot gaya aku

Ada seorang pemuda warak, kita namakan dia Ahmad je ye sebab
macam biasa, aku lupa nama betol dia. Ahmad seorang yang rajin buat amal
bila ada time free, dia akan penuhkan masa dia dengan buat amal
so takdelah macam budak2 skang, free je main facebook. 
*mohon terasa, aku pun terasa*
then satu petang Ahmad mengambil angin di kawasan sungai
yang dekat dengan area2 rumah dia. 
dalam masa yang sama, dia nak menghayati keindahan ciptaan Allah

jadi dia dok tepi sungai juntai2 kan kaki dia kat situ
masa tengah juntai2, dia nampak sebiji epal. 
epal tu sangat cantik dan ensem, sedap la maksud aku tu
then dia amek epal tu terus makan. mestilah dia baca Bismillah
lepas dia dah gigit segigi epal tu baru dia perasan yang
epal tu bukan dia punya.


Ahmad terus bangun dan rasa bersalah yang amat sangat
dia rasa dia dah buat dosa yang besar sebab makan epal tu
tanpa minta izin tuan dia dulu. main makan je
nampak tak? baru segigit dah rasa bersalah sampai nak nangis
kita ni kalau abis epal tu tinggal daun belum tentu rasa bersalah tu timbul
siap leh rileks2 goyang kaki lagi an tunggu epal lain lak hanyut. *meraban plak aku*

then Ahmad jalan tepi sungai supaya dia dapat cari dari mana
epal tu hanyut. lama kelamaan dia jumpa satu pokok landing baik punya
dahan dia juntai2 dalam sungai. memang semua buah epal masak2 laka
area2 pokok epal tu, Ahmad nampak ada satu rumah berhampiran
dia dapat rasakan tuan rumah tu punya tuan pokok epal yang punya dia makan

Ahmad dengan rasa takut2, dia cuba berjumpa dengan tuan rumah
then keluar lah seorang orang tua dari rumah tu.
ahmad sebenarnya memang sangat takut, takut dosa dia tak diampunkan
dengan setulus hati, Ahmad mengaku salah dia dan minta dihalalkan epal tadi
padahal dia makan tak abis pun. then laki tua tu tekejut


"baiknya pemuda ni, baru segigit dia makan terus cari sapa tuan dia"
bisik hati orang tua tu

lepas beberapa ketika, orang tua tu mengatakan yang dia memaafkan Ahmad
tapi???? ha tapi denga bersyarat. Ahmad dah risau nervous
sebab memula Ahmad ingat dia dah dimaafkan, tapi bersyarat rupanya
dia redha je. lua rileks tapi dalam hati dia Allah je taw

"wahai anak muda, sebagai menebus kesalahan kau,
kau harus tinggal bersamaku selama 12 tahun dan bekerja untukku"

ha begitulah lebih kurang syarat yang dikenakan
pada mulanya Ahmad rasa sedih kerana merasakan 
kesalahan die kecik je berbanding hukuman yang dia kena

"baik, saya terima" 

nak taknak Ahmad kena terima sebab dia tak kisah
kena tinggal berapa lama pun. yang penting dosa dia diampunkan

sejak hari tu Ahmad pun tinggal dengan orang tua tu
berkerja, menolong orang tua itu dikebun, mengemas rumah
dan segalanya macam kerja dilakukan bagi memenangi hati orang tua itu

~~~~~
akhirnya setelah 12 tahun berlalu, suatu hari Ahmad berjumpa dengan
orang tua itu untuk meminta izin kerana berasakan tugas dia dah setel
dengan rasa hormat yang tinggi, Ahmad menyusun kata demi kata
supaya orang tua itu dapat menerima niatnya untuk balik kerumahnya
namun perkara yang tidak disangka berlaku apabila orang tua itu berkata

"aku maafkan kau andainya kau mahu berkahwin dengan anak perempuanku
yang buta, pekak dan cacat!"

bagaikan petir Ahmad sangat terkejut dengan permintaan orang tua itu
dia merasakan permintaannya terlalu berat dan perkara tersebut sangat
tidak berbanding dengan kesalah yang dilakukan 12 tahun dulu

"ya Allah, kuatkan lah hati aku andai ini takdir untuk ku" detik hati Ahmad

Ahmad bersetuju dan redha dengan permintaan tersebut
mungkin ada hikmah katanya. majlis perkahwinan berlangsung sederhana
pada malam itu, Ahmad memasuki bilik isterinya dan ingin melihat isterinya
buat kali pertama, masa mula2 masuk tu dia terkejut sebab dia ingat dia salah bilik


sebab perempuan yang ada dalam bilik tu tersangatlah cantik
dan seumur hidup Ahmad tak pernah dia tengok perempuan cantik macam tu
berlari Ahamd keluar berjumpa ayah mentuanya
dan inginkan kepastian kenapa pernyataan ayahnya
bercanggah dengan realiti, wah realiti aku guna tu

dan akhirnya, Ahmad mendapat juga jawapannya

"ku katakan anak ku buta kerana dia tak pernah melihat orang lain selain ku,
ku katakan pekak kerana dia tidak pernah mendengat kata2 nista selain
mendengar ayat suci Al-Quran. ku katakan dia cacat kerana dia belum pernah berbuat 
dosa. sebab itulah anak ku buta, pekak dan cacat"

Ahmad sangat gembira kerana hanya kerana sebiji epal
dan dia mengaku kesalahannya, dia mendapat ganjaran
yang sebegini rupa. tak henti2 dia memanjatkan syukur dekat Allah
atas apa yang dah berlaku. Ahmad hidup bahagia hingga ke akhir hayat
di samping isterinya yang solehah. 

dan Ahmad akhirnya mendapat tahu yang ayah mentua dia
adalah salahseorang wali Allah SWT.
tamat

p/s : kadang2 kita tataw apa yang menanti kita akan datang 
jadi berbuat baiklah sentiasa. biar manusia tak nampak
tapi Allah sentiasa nampak apa kita buat. :)

2 comments:

Unknown said...

dan akhirnya anak ahmad yang ko maksudkan tu adalah Imam Syafie... hehehehe

su suraya said...

hehehe part tu aku lupa. weee. amirah pe cer??? dia sehat dah???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...