Blogger Widgets ssssshhh...: pengalaman umrah seorang kawan

Sunday, February 24, 2013

pengalaman umrah seorang kawan

assalamualaikum
ada sorang bos kat tempat kerja aku, dia bru balik umrah
aku ni jenis takdelah borak sangat dengan dia
tapi masa dia balik umrah tu muka dia macam ceria seyh
sebab apa aku tataw la kan

kau boleh bayangkan masa hari pertama dia masok opis
masa tu hari isnin, dan masok2 je terus ada meeting
and masa dalam meeting dia dapat catch up apa yang dibincangkan
masa tu macam agak wow la sebab dia keep on update jugak
aku pikir mungkin dia update apa2 yang jadi kat opis
sehari sebelum kerja, kira style gak an. ok abaikan

tengah hari tu masa aku makan daging masak lada hitam
uiii berpeluh weyh sedap gila, nyesal amek sikit je
eh aku nak cakap benda tu. lepas dah makan 2 3 ratos suap
then bos aku yang baru balik umrah tu datang kat meja aku
then dia kata

tada orang kan???

eh tada. duduk la encik. *entah2 dia ni nak usha aku*

eh terperasan lak dalam hati. bukan2
sebab meja lain penuh, time tu aku pun berdua ngan geng aku
so dia duduk la depan kitorang makan
masa tengah duduk tu then aku tanyalah dia
pengalaman pergi umrah macam mana

ni antara pengalaman yang dia rasa
dia kata best sangat sebab lain sangat suasana dengan sini
walaupun dekat sana panas, tapi sana panas kering
sini panas lembab. maksudnya kalau panas kat sana kita takde peluh

then dia kata nak buat ibadat pun orang berlumba-lumba
masjid sentiasa penuh, setiap waktu solat tak penah putus
tapi solat sunat pun penuh macam waktu wajib
then kalau berdoa rasa macam meremang, rasa semacam
dia kata kat sini kalau kita doa, masa doa kita nak naik atas
doa kita akan lalu 7 lapisan langit
doa kita perlu lepas setiap langit untuk dimakbulkan


beza dekat Makkah, bila kita berdoa kat sana
doa kita straight sampai kat atas tak perlu lalu lapisan langit
sebab tu dia kata doa straight sampai and rasa semacam
apa yang best lagi kat sanalah kita akan taw sapa kita
masa tu ujian akan datang dalam banyak perkara

jadi hati kena sentiasa bersih, mulut kena jaga
jaga serba serbi, jangan mandai2 kalau tataw
kalau tataw tanya pada yang arif, sebab kalau ada buat salah
masak kita kena dam. dam tu macam denda sebab langgar peraturan

lagi2 hati, kena jaga sebab jangan kita terdetik yang bukan2
sebab kat sana bayar cash je takde hutang2
mengikut bos aku, ada sorang kawan dia ni tengah buat ibadat
then ada sorang pak arab ni terlanggar dia then dia terdetik
macam termenyumpah dalam hati dekat orang tu

time tu jugak orang yang terdetik tu terkena siku
dekat sapa2 pun tataw lah kan sampai berdarah hidung
sebab tu kat sana kena jaga semua, hatilah paling susah
tapi itulah yang mendidik kita nak jadi lagi baik

dia kata lagi, ramai orang suka postpond pergi umrah haji neh
doang kata tunggu tua lah baru nak pergi
salah tu bos aku kata, kata bos aku
sepatutnya muda2 lah kena pergi umrah
sebab tenaga masih kuat, takde lagi osteoporosis
ataupun masalah penyakit yang teruk

sebab kalau dah tua, kau dah penat tak larat
dah kena orang pegang. jadi jangan sia2 kan peluang
kalau dapat g umrah tu pergilah. jangan tunda2
sebab nak jadi tetamu Allah ni bukan senang

kadang2 ada je orang yang dah naik flight pun
tapi tak dapat pergi kena tunda, sebab apa??
mungkin ada sebab yang kita tataw membuatkan dia tak 
dapat lagi nak jadi tetamu Allah kan. jadi muda2 ni setlah dalam kepala

masa tu aku dengan kawan aku diam je
kitorang basuh tangan then minta diri nak masuk opis balik
masa otw balik opis tu aku terfikir, sempat ke aku nak g sana?
dapat tak aku nak jadi tetamu Allah? hmmmm


aku dapat rasakan dia happy and tenang
sebab tengok air muka dia sampai sekarang
dia relaks je and macam tak stress teruk sangat


jom kita set nak pergi umrah. mungkin tak sekarang
Inshaa Allah umur panjang akan datang kita tataw
bos aku buat aku berfikir kejap masa dia up topik tu tadi
nak pergi haji kena tunggu turn, jadi buat apa yang mampu dulu
jom kawan-kawan! Inshaa Allah

6 comments:

Unknown said...

ntah la bila dapat g sana... tunggu panggila Ilahi je..

Ape ape pon Yaya toure ngan tevez memang hebat kan... mana taknya benam 2-0 tu.. yang kesian lampard.. penalti tak masuk.. hemmmm.. sepak guna keting memang tak masuk ye dak... hahahahahahhahaha

su suraya said...

hahahaa kejap, napa kau komen lari topik ni???? nak kena kau ni...

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya suka sangat post ni, terasa hati tak sabar nak jejak bumi mekah... insya-Allah, mudah-mudahan kita semua diberikan ruang, rezeki dan jalan yg diberkati tuk sampai ke sana.. amin...

su suraya said...

anon : amin...:)

attyfir said...

salam dik..tergoogle terjumpa..
kty pun baru je balik umrah..dan pengalaman di sana mmg seronok.ni baru balik pun..tp hati kat sana..
betul kata bos tu ..muda2 le elok pergi..hari2 kena doa..semoga dpt jadi tetamunya..kty pun set nak pergi haji sebelum 50 thn..

semoga kita sama2 dapat buat rukun yg ke 5 itu.amen

TAWARAN UMRAH said...

Memang best ...teruja rasanya pengalaman yang diceritakan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...