Salam, lama sangat aku tak update blog. Rindu dah dekat korang, hahah sembang sial.diamla kau! Ok kalau ikotkan aku malas nak update ni.yelah semalam baru je suap dengan satu entry siap package dengan free entry pendek lagi.so takan nak suap hari2. Masaklah aku macam ni kan.aku pun banyak kerja lain lagi nak kena buat, nak kena investigate siapa si kepala putih lagi (cik eda sila diam ye), ok find yang tu post lain aku goreng.
Ok fine aku dah start perah santan. Marilah kita beramai ramai straight to ampang point kay. Ceritanya begini, semalam kebanyakan staf lelaki dipaksa dan diseksa dengan rakus untuk menyediakan bubur lambuk. Pukul 12 lebih doang dah turun ramai2 nak pergi menggaul bubur kesayangan ramai tu. aku biar je la sebab takda kaitan pun dengan perjalanan hidup aku yang sementara ni.
Sementelah tu umang ai yoyo aku ha, kak sham dengan muka riang ria hari rayanya memberi aku tugasan baru yang membuatkan aku tak senang duduk. So bubur lambuk pun luput lah dari ingatan. Balik je bilik port aku lepak tu cik eda dengan muka seriusnya seraya berkata
“ bang yus kasi tadi, kau punye satu tu ha,” ringkas dan pendek penerangan cik Eda tapi padat. Rezeki la dey. Aku pun dengan semangatnya buka lah penutup and,,,
“ alamak Eda mesti dosa kan sebab aku bau bubur ni tapi tak tahan lah, nak bau je takpa kan??” luahan mulutku kepada cik Eda.
“ apo doso lak Ti, makruh yo.” Tegur cik eda dalam loghat negeri somilan eh. Ui malu siot, terjahil kejap disitu. Tapi takpa at least belajar benda baru kan.
Dia ni sorang jelah kawan aku yang gemar nak mampos panggil aku Ti! Aku punye Si aku hilang kena makan semut laga agaknya. Sukati kau lah cik Eda.hahahha
Dikontotkan cerita, kitorang pun packing lah barang2 nak balik, yelah karang kalau balik lambat sojuk pulak bubur lambuk ni kang lain dah ghaso eh. Beg aku dengan cik Eda agak kecik so aku pegang je la bubur tebabit. Lagipun dah petang kan, apedehal. Orang tak kisah. Makcik tu ha siap bawa kawah bubur lambuk lak ha ke hulu ke hilir. Selamba kodok je.
“ Ting!! Lif terbuka and aku bersama Cik Eda confident la melangkah masok. Tiba2 ada suara yang kurang enak kedengaran,,
“ slurrppp gila sedap dow, mana doang dapat bubur tu?” si jantan bersuara
“ dekat surau tadi ada orang masak, tu yang boleh dapat tu.” si perempuan mencelah. (kang aku pakai word betina tak elok lak bunyi kan)
Budak2 ni tak beragak, mengumpat aku stok memang depan2 gila babas wey. Depan li flak tu. tapi aku relaks lagi sebab tu perbualan antara doang je.
“Krukkk krukkk” cik Eda mengetatkan tutup buburnya sebab rasa macam longgar.
“ tak payah nak tutup sangatlah kan,” si jantan bersuara secara tiba2 hingga membuatkan darah aku tersirap. Hawau tah mamat mana yang sound tu. aku tak nampak sebab dia duduk belakang. Wey kalau ko jeles pun tak payah nak tunjuk sangatlah. Dah la budak2, aku dah pandai berjalan ko baru lahir taw.
So please respect skit. Bukan respect aku tapi respect other people sebab orang lain tak cari pasal dengan kau. Nampak macam kecik kan tapi kalau ko dengar dia punya intonasi suara tu memang geram. Cik Eda lagi best, dia boleh tak dengar and aku plak baik punye posing dalam lif pasang telinga kan.
Kalau ikotkan hati nurani aku ni, mamat tu memang bermandikan bubur lambuk aku buat. Apedehal lontar je plastic bubur tu macam acara lontar peluru sekolah rendah tu ke belakang pastu lari bila dah sampai level bawah. Yang penting aku waras beb. So aku biar je tapi hati memang terbakar habis dah ni.
Doang jeles sebab tak dapat bubur lah tu pastu lepaskan dekat orang yang dapat. Hahahahha padan lah muka kau kan! Nak pergi carik sendiri la. And jangan perli2 orang yang korang tak kenal. Attitude tu sangat tak baik sebab korang tu student, bukan budak form 4 yang tergedik gedik nak usha budak menengah rendah lagi. Please be more matured peeps. Peace..
1 comment:
weh makcik, hahahaha! ngumpat aku!
nsb baik la aku bkn zackzukhairi
baik sket mulut aku ni
btw, bile nk post psl mamat helmet merah ni?
nk aku post dlu ke??
Post a Comment