assalamualaikum
ni bukanlah tajuk movee baru akan datang di wayang
mahupun tajuk telemovee raya tv3, salah tekaan korang
tak payah teka tak suruh pun, aku suruh baca je
so baca lah bawah tu. heee
semalam ada satu cerita dekat astro
aku lepas online then memalam lepas pukul 11
memang time aku plak ngadap tb sensorang
feeling sikit untuk bermaharajalela dan
bebas dari perebutankuasa antara dua benua kerana berebut wilayah remote
, tapi kalau aku tengok cerita horror or thriller
aku akan make sure mak aku ada sebelah
so sistem keselamatan negara aku memang tinggi lah kan
asal takut je confirm aku melompat sebelah mak aku
"apo kono kau ni su,, tokojut mak aa" mak aku membeliakkan matanya
"owhh saje je, suke2" aku ngelak
"poielah tido, tak aman lah den ha. nengok cito antu tapi penakut"
mem besar bagi ucapan perasmian
"hehehe sat g mak, sat g" kata aku
hari tu ada cerita baik punya, tajuk DEVIL
mungkin korang dah tengok tapi aku peduli lak kan
then usha info, uii macam baik neh. kena layan
"abah, jom tengok cito antu jap g" aku ngayat
"maleh lah. abah nak tido.besok banyak hal"
sopan abah aku menidakkan serangan halus aku
"masaklah aku tengok sorang" aku berbisik dalam kamar hati
pankreas aku dah menggigil kecut
aku review laa sikit, kang nangis plak kalau tak cite
ada 5 orang yang tak berkaitan langsung, tua muda laki pompan hitam putih
stuck dalam lift sebab ada hantu buat
aku rasa hantu tu takde keje kot, banyak lagi benda nak main kan
asal lampu padam sorang mati, macam lampu lak berantu kan
last2 sorang je hidup. the end. aku tarik selimut, selubung sampai pagi
aku dah pucat, cerita tu tak seram pun
best tapi jalan cerita tu agak merebondingkan bulu roma aku 2 3 helai
doang stuck dalam lift, meh sini aku memanja sikit dengan korang
aku adalah claustrophobia, apakah itu????
aku jugak nak kena bagitaw. pemalas tahap otroman,
takot tempat sempit lah
pernah bos aku suruh fotostat kat tingkat 1, tempat keja tingkat 5
masa kat tingkat 2 kalau semua orang turun
aku pun keluar sekali, and turun tingkat 1 pakai tangga
takde aku stay dalam lif sorang der, buatnya stuck ke.
bajet adalah orang selamatkan??? aku rasa dah koma dalam tu
takot nyer pasal kalau sorang2
masa nak naik balik tingkat 5, takda sorang pun naik lif
kepala aku dah pikir macam2, kalau buat soalan math
siaplah 100 latihan sebab otak aku punyalah bekerja time tuh
tah apekebenda lah kan
sanggup aku menapak naik tangga sampai tingkat 5 wey
daripada stuck dalam lif, aku selalu pikir lif tu rosak bila aku naik
sighh kepala dah tak betul. banyak makan nestum
then kawan aku pernah suh anta barang dekat tingkat 10 umah member aku
"weyyy kena naik lif ke???" aku bertanya soalan pra tadika
"taklah ada eskalator tu ha, nampak bawah tu.
apa kau ni, mestilah naik lif
abiss, kau nak menapak ke naik tangga??? ha naiklah kalau larat"
"weyy lif dia macam menakutkan je" aku bagi hint nak dia teman
"aku sepak kau kang, banyak bunyii naik jee. aku tunggu kat kete.cepat"
kawan aku bersajak manja
"ceh, mengarah je taw. aku pancitkan kete kau nanty"
lama gila aku pandang lif, dah la malam pukul 11
masaklah aku. memang jadi telur goreng tepung la sat g ni
lif dia semacam je. kalau ada orang lain takpe
kalau sorang ni yang rasa lemah otot dow. dah terbayang lif rosak
heyy lah kepala. pikirlah benda lain jangan mengarot lah time2 gini
aku berborak dengan kepala aku yang dah pusing2 roundabout
nak tak nak kena naik lif, masa kat dalam tu
hahaha nak nangis la weyyyy. aku berdoa supaya tak jadi apa2
and aku baca je apa2. aku takleh pikir.
yang aku taw aku memang takoooott. senget
perangai sapa aku dapat pun tataw. kena cek balik ni tanya mak aku
masa turun tu ingat nak berlari kat tangga
tapi dalam cerita hantu kat tb selalu sangat orang terserempak
adik2, akak2, abang2 kat tangga main2 pastu ikot
padan muka tengoklah lagi cerita hantu. lain kali tengok oasis
"lif pun lif lah" dalam lif aku dok merapat kebelakang
so nampak depan, sampai je bawah aku berlari pegy kat kete
"apehal kau marathon ni, sakit apa" kawan aku pelik
"aku buat regangan.diamlah. jom balik"
jangan harap aku akan naik lif sorang2 lagi
lepas ni memang aku drag je sesapa dengan aku
kalau aku sorang2 aku sanggup menapak naik tangga
tapi kalau tingkat 20 memang aku tunggu
sampai ada sesiapa yang budiman naik sekali
yelah kalau tingkat 20 naik tangga, memang anorexia aku 5 tahun
kebanyakan mangsa aku ialah lif, ramai2 aku okay
bila dah sorang2 tu ha mulalah meraban santan dalam tu
anugerah ni meh, semua orang ada kelebihan dan
kurang kurangan mereka an. so ni one of my kurang terkurang
eh dah la nak bla.haha
4 comments:
aku naik lif sorang2, aku akan make sure dinding rapat dgn belakang aku.hahaha
hahaha samalah dengan aku!
kalo sensorang malam2, aku pn goyang seh..
taw takpe wey..hahha penat aku bagi hint, ciss taknak kawan aku temankan. kalau aku direct mintak teman kantoi lak penakot..haha
Post a Comment