Blogger Widgets ssssshhh...: facebook, berpada padalah penggunaannya

Thursday, October 25, 2012

facebook, berpada padalah penggunaannya

assalamualaikum
aku ada satu isu ni, memang dah lama nak cakap
cuma aku tak berkesempatan je nak buat ayat
skang kan macam memang trend facebook, twitter
and yang aku dok main skang blog

kalau zaman dulu, kalau takde benda alah ni pun
serius boleh hidup, banyak seyh aktibiti leh buat
kirakan takdenye mati kutu kalau dok umah
cuma skang ni internet makin penting
pada aku just makin penting dekat orang2 yang
memerlukan internet untuk mendapat info

kalau bebudak yang dok pakai iphone tu
aku tataw apa yang pentingnya kalau doang
siap subscribe package internet sekali
ok stop, 

satu lagi yang aku nak cakap
fb memang ramai gila ah addicted kan
pengguna dia pun memang berpuluh juta
mark zuckenberg tu bangun tido pukul 1 pun
duit dia dok masuk juta2, kita buang masa juta2
salah seorang pengguna dia ialah aku


cuma ni adalah pandangan kasar aku
aku tak nak touch pasal kapel, benda basic kan
doang sendiri taw mana baik mana buruk
apa aku nak touch ialah kalau orang yang dah kawen
tak kisah kalau nak upload pic korang yang suweet muwett tu
tapi kalau boleh cariklah gambar yang senonoh dan sopan

kalau gambar kissing dengan cik hubby and cik bini pun upload
apa privacy yang akan tinggal nanty, ye aku paham
korang boleh kata tu hak korang and dah halal
tapi untuk pandangan umum okey ke doang tengok??

takkan la time tenung cik hubby pun nak update status
dah2 la. awak tenung la sampai tembus, dont share with public
bukan jeles. sedetik haram takde nak jeles
tapi tak manis. rahsia peribadi semua taw neh

nanty menimbulkan fitnah
kita tataw viewers kita tu macam mana orangnya
sekarang neh orang kalau nak dengki pakai gambar pun boleh
tak payah susah2 nak pecah umah curik gambar
pergy fb then save image as. done


sebab tu pada aku berpada-pada upload things
tak salah nak share tapi simpan sikit untuk diri sendiri
nanty hilang istimewanya k

kalau semua benda nak upload, susahlah
macam ni aku ringkaskan kay

kalau lapar pegy makan, 
bukan update status

kalau ngantok amek bantal pergy tido, 
bukan complain ngantok dekat "whats on your mind"

kalau rindu sesiapa pergi mesej or call, hempun takde pegy beli
bukan update status "windu dekat my handsome" or whatsoever

kalau ada masalah besar cite dekat Allah lepas solat, 
bukan luah dekat profile, yang ni sebab tak semua simpati
silap2 ada yang gelakkan kau sebab suka kau ada masalah

kalau bengang dengan orang, pergy sound depan2
bukan buat status sepanjang malam memaki orang
sangat tak cantik perangai tu, orang akan pandang serong

kereta rosak, telefon trak tunda atau pomen
bukan update status, melainkan membuat pemberitahuan
sebab tergendala untuk apa occasion, itu okay

kau makan kenny rogers? kfc double down? samurai burger?
tahniah sebab dapat makan, tapi orang lain taknak taw pun

kalau yang dah kapel tu, nak cakap hai awak bucuk2 ke bacin ke
jangan risau im disediakan untuk geli2
jangan dedahkan bahasa alien anda, itew windu segala

tak sihat?? amek kunci motor ke  kete ke
pergy jumpa doktor, update status tak mambantu anda sehat

the point is penggunaan laman sosial neh
pakailah sebaik mungkin. ada kebaikannya
sapa cakap takda, page2 yang ilmiah tu
kan boleh dapat info and segala macam berita dunia
update2 aktiviti group ke, kan

bagitawlah perkara yang boleh membawa kebaikan
kepada diri sendiri dan orang lain
bukan nya perkara yang menjadi bahan tawa orang lain

kalau cantik penggunaan nya
cantiklah dimata kita.
kalau buruk penggunaannya
buruklah jadinya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...