Blogger Widgets ssssshhh...: kena troll dengan ic sendiri

Saturday, October 6, 2012

kena troll dengan ic sendiri

assalamualaikum
gila lah aku takde idea, gatal tangan tak menaip
rasa macam kena semut-semut tangan neh mintak bersenam
ok straight to the point

(cerita semasa ic sudah siap dibuat)
then tadi bapak aku amekkan ic baru terbabit
then bapak aku cakap dia dah amekkan ic aku
apehal aku ulang2 ayat neh, isshhh
ha masa balik kerja tadi memang terkinja la kejap
haha takdelah tipu je. aku nervous nak tengok gambar ic tu

masa dah sampai umah, bapak aku kata ic dekat cermin
then belum sempat aku nak tengok ic tu
mak aku kata,

"kau sakit perut ke masa tangkap gambar hari tu?" 
tanpa rasa ragu2 mak aku bermadah

"pulak, mana ada" aku membacking diri

ha mesti ada pape neh, nervous pulak dah
lepas tu aku tengok le gambar ic tu
haddoiii lagi sekali kena troll dengan ic
lepas je tengok terus simpan, malas dah nak tengok lagi
migrain2. memang muka macam sakit perot bak kata mak aku

(cerita masa otw nak buat ic baru)

aku rasa semua orang taw yang ic baru neh
ada 2 gambar, satu gambar passport muka and gambar kecik kat sebelah
so aku agak teruja lah masa tengok neh

then tetiba mengidam nak buat ic
tengok ic sendiri pun macam kad daun terup je kan
rabak sana sini sampai cip pun dah problem
so aku pun berkobar-kobarlah nak buat ic baru

senang cakap ini adalah kali ke3 aku nak buat ic
pengalaman kali pertama dan kedua memang banyaklah mengajar aku
so bagai nak rak aku prepare, over you ols aku neh
tudung kena pastikan yang gelap2, and nak pastikan taknak serabut
aku matchkan tudung dengan baju. aku pilih kaler feberet, hitam
tak boleh blah dowh, padahal nak tangkap gambar ic je
gaya mencari baju macam nak pergi kenduri kawen jiran blakang umah

sebenarnya, aku prepare macam tu sebab ic nak pakai lama
so kalau aku kena tahan polis ke pak guard ke bomba ke
takdelah segan sangat nak tunjuk ic kan

"ha ni ic saya  encik" tunjuk dengan muka bangga, ibu jari plak
dekat bahagian nama tu, saja tunjuk gambar cun.keh3 berangan

melalut lak dah, sorry2
then aku pun pergilah jpn pilah tu ha
masa nak otw nak snap gambar aku kata kat akak tu

"kak, jap2 nak tengok cermin"

"ha buat je pape yang patot. akak tunggu"

kecekek! gambar ditangkap, aku senyum memang sehabis comellah

("confirm cun ic aku nanty") aku berangan dalam hati.hihi

tetiba akak yang snap pic aku tu bersuara

"dik, snap lagi sekali ye. senyum jangan nampak gigi, silau"

"uikk??? pulak dah" aku dah segan

aku dapat rasakan staf2 kat situ macam nak gelak
cehh celah mana silau. ingat gigi aku lampu tinggi ke
so masa senyum kali kedua aku tutup mulut
muka dah malu, ciss, ciss dan cisss

"okayh setel, nanti dah siap kami update"

"okeyh" muka aku dah malas

aisehh aku nak senyum nampak gigi
last2 tu lah yang jadi. bak kata mak aku
senyum sakit perut. layan je lee
tapi ni kira okay lagi

kalau kau tengok ic aku masa darjah 6
ayat2 yang akan keluar ialah

"ni mesti tudung jpn tu kan, kelakar je tengok, baju lain tudung lain"

"ha taw takpe" time tu kena tukar tudung gak sebab silau,
kaler tudung aku terang sangat masa tu
manjang masalah silau je aku neh

kalau tengok ic masa form 5

"weyhh dulu kau gemok eh???"

" ha betul2" masa form 5 aku gemok
masok diploma tetiba mendadak jatuh, frust kot
bwahahaaha.

ha sebab tulah preparation aku ic kali ni bagai nak rak kau
last2 senyum sakit perot yang keluar
ha lantakleee. layan je leee.terima2

6 comments:

Unknown said...

rasanya kalau d bg pilihan, sya suka ic gambar dulu dulu.. Sbb skg dah gemuk... Hahaha

sephia sophia said...

selalu laki mmg dlu kurus skrg berisi..tapi pmpn sebaliknya pulak, dulu berisi skrg kurus hehehe..

Taufik said...

ic aku buat time masih jambu dulu
la ni dah kurang jambu so orang macam skeptical pulak tgk aku haha

su suraya said...

papa : saya lagi plak, semua gambar ic, macam tah hapa2. haha lain senyum lain plak muka yang jadi..aiishhh.

eda: weyhhh yeke??? so aku ni kira normal la kan kurus skang. tapi yang penting nasib baik tangkap gambar nampak kepala je tak sume

taufik : orang kalau tengok ic aku, tade sapa yang tak cakap muka aku mcm budak sekolah. aku rasa nak parut je muka aku, bia nampak ganas sikit..tapi tak sanggop lak nak buat, sayang muka..hahahaa

Anonymous said...

haha. hebak la kes kau ni...haha

su suraya said...

hahaha hebak kan.. tawuu malu i.. jangan lah puji2..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...