“Entah kemana sajalah budak tu.
Macam
abang tak tahu. Petang karang balik la dia”
jawab mak Besah sambil bersalaman dengan
suaminya.
Mak Besah tahu suaminya keletihan.
Sedaya upaya dia memenuhi dan melayan
suaminya agar
kehidupan mereka sentiasa aman dan sentosa.
Ayah terus naik ke atas dan mengambil
tualanya untuk mandi.
Waktu senja nanti dapatlah ayah berjemaah
di surau di hujung jalan.
Ayah akan berjemaah jika berkesempatan.
Mak masih lagi melakukan kerja-kerja
rumah.
Tidak pernah nampak emak berehat walaupun
seketika.
Ada sahaja kerja yang dilakukannya.
Itulah kekuatan seorang wanita yang
bergelar ibu.
Burung-burung kembali ke sarang.
Mentari mula tenggelam di ufuk barat.
Hari semakin beransur petang.
Senja pula bakal menjengah sekejap lagi
dan separuh daripada bumi ini akan
mengalami
waktu malam untuk dua belas jam yang berikutnya.
Jali masih lagi duduk di batu-batu sungai
itu bermain air.
Kakinya yang dicelup ke dalam air sungai
kelihatan pucat.
Lama benar die merendamkan kakinya itu.
Merajuk
benar nampaknya Jali.
Dia sendiri pun tak tahu mengapa dia
perlu terasa sampai begitu sekali.
Perutnya yang berkeroncong tidak
dihiraukannya.
Dia sudah tekad dalam hati.
Dia tak nak balik ke rumah kecuali emak
dan kakak-kakaknya datang mencari dia.
matahari yang semakin tenggelam tidak
dihiraukannya.
Rasa takut menerjah dirinya tatkala malam
menjelang tiba.
Lupa sebentar dia rasa rajuknya itu.
Perlahan-lahan Jali mengorak langkah untuk pulang.
Batu-batu sungai yang licin itu dipijaknya
dengan penuh berhati-hati.
Tersilap langkah boleh terjatuh
dibuatnya.
Ketika dia leka melangkah untuk pulang ke
rumah,
kaki Jali terpijak celahan di antara
batu-batu sungai itu.
Kakinya tersepit dan di gagal mengawal
keseimbangan badannya.
Suasana menjadi kelam dan terus menjadi gelap
tiba-tiba.
~~~~
“ Ida, ko siap cepat. Tutup semua lampu
rumah itu.
Mak dah risau sangat dah ni. Siti, kamu tutup
semua tingkap.
Kita pergi cari adik ko Jali sekarang juga.” Cakap
mak Besah memberi arahan.
“Mak, macam mana nak bagitahu abah.
Abah tak tahu pun adik hilang. Kalau jadi
apa-apa kat Jali,,”
“Mulut kau tu jangan celupar sangat Ida.
Kita doakan adik kau tak apa-apa.
Siti kau pergi surau kat hujung jalan tu,
pergi panggilkan abah kau cepat.
Minta abah kau panggil orang-orang
kampung sekali.”
Mak Besah semakin tidak keruan.
Ikutkan hati mahu saja dia menjerit
histeria di halaman rumahnya itu
namun dia masih dapat mengawal
perasaannya. Beberapa minit kemudian,
Siti kembali dengan bapanya dan beberapa
orang kampung.
Mak Besah tidak dapat menceritakan
perkara itu.
Yang penting mereka dapat bertemu dengan
Jali dan dia ditemui selamat.
Orang-orang kampung berkerumun di depan rumah
mereka sambil memegang jamung.
Mungkin mereka sudah tahu yang mereka akan
memasuki
kawasan semak yang gelap di belakang
rumah mak Besah.
Operasi mencari di mulakan.
Orang-orang kampung mula memasuki kawasan
semak di belakang rumah
dan menjerit memanggil nama Jali. Tiada
balasan daripada Jali,
yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan
unggas-unggas hutan bersahutan memanggil
sesama mereka.
Mak Besah, Kak Ida dan Siti dilarang
mengikuti sama untuk mencari Jali.
Keselamatan mereka lebih terjamin di
rumah.
Mak Besah terhinggut menahan tangisannya.
Kak Ida pula sejak tadi mententeramkan
emaknya cuba untuk tidak menangis.
Siti yang kelihatan kelam-kabut cuba
untuk menenangkan dirinya.
Pagi tadi baru sahaja dia bergadoh dengan
adiknya dan
berharap adiknya tiada dalam hidupnya.
Sekarang impiannya
seolah-olah telah menjadi kenyataan.
Namun hatinya berbolak-balik.
Mengapa dia perlu mendoakan
perkara-perkara seperti itu.
Nampak sangat dia tidak matang lagi.
Apa yang diinginkan sekarang ialah
adiknya Jali selamat.
“Ya Allah, selamatkanlah adik ku,” doa
Siti dalam hati.
Mereka sudah merayau ke pelusuk hutan itu
namun tiada apa yang dijumpai.
Sungai-sungai telah diharungi namun tidak
berjumpa juga dengan Jali.
Namun mereka masih tidak berputus asa.
Selagi Jali tidak ditemui,
peluangnya untuk hidup masih lagi ada.
Mungkin Jali sesat,
mungkin Jali pergi ke rumah kawannya dan
tidak berancang untuk balik.
Mungkin dia disorok bunian. Ah! Terlampau
banyak kemungkinan yang boleh terjadi.
Yang penting sekarang mereka mahu mencari Jali
dan membawanya pulang. tiba-tiba
“Amat, ini selipar Jali ke. Aku jumpa
dekat celah-celah batu ni ha.
Kau tolong tengok betul tak ini selipar
anak kau.” Tanya Pak daud.
“Betul la ni selipar anak aku. Mesti dia
ada dekat-dekat sini juga Daud.
Tolong la aku carikan dia.” Rayu Pak
Amat.
“Sudah, kamu berdua pergi sebelah sana,
dan kamu pergi sebelah sini,
Amat ko ikut aku. Kita pergi kat hujung
sungai itu.
Insya Allah anak kau selamat.” Pujuk Pak Daud.
Hutan kembali bergema dengan sahutan
penduduk kampung yang memanggil Jali.
Semuanya berusaha keras mencari dia. Doa
dan tawakal mengiringi dalam hati.
“Aku dah jumpa anak kau ni Amat, tapi
Masya Allah.”
Amat berlari ke arah suara yang
memanggilnya tadi.
Ingin sekali dia bertemu dengan anaknya.
Mahu
dikucup pipi anak kesayangannya.
“Masya Allah Jali!” Jerit pak Amat.
Kepala Jali berdarah terhantuk benda keras.
Dia hanyut beberapa meter dari tempat
seliparnya ditemui.
Badan Jali basah kuyup bermandikan air sungai. kulitnya putih pucat
Air mata ayah merembes. Tidak dapat
ditahan lagi rasa sebak di hati.
Ayah merangkul Jali sekuat hati. Tidak mahu
dia melepaskan anaknya.
Suara ayah meraung bergema di hutan itu.
Bunyi cengkerik tidak lagi kedengaran.
Suasana
hiba menyelubungi penduduk kampung.
Drama air mata itu membuatkan mereka
turut sekali menangis.
Tidak pernah tragedi sebegini terjadi
dikampung mereka.
Tidak tahu bagaimana ayah ingin
menerangkan kepada mak Besah, kak Ida dan Siti.
Segalanya terlalu pantas. Ayah
mengharapkan agar masa dapat diputar kembali
supaya sempat dia menatap puas-puas wajah
anak untuk kali terakhir.
Semuanya tenggelam dalam suara tangisan.
~~~~~~
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Bacaan talkin mengusik jiwa semua orang
yang berada di tanah perkuburan.
Kering sudah air mata untuk menangis
menatap kehilangan adik.
Kak Ida cuba untuk menerima kenyataan.
Tiada lagi senda gurau dengan adiknya.
Tiada lagi gelak tawa adiknya yang
memecahkan suasana.
Semua itu sudah hilang.
Siti yang duduk dihujung kubur seolah-olah
tidak dapat menerima kenyataan.
Dia berasakan ini semua salahnya.
Baru pagi semalam dia terfikir agar
adiknya tiada namun dia tidak menyangka
secepat ini Allah memperkenankan
permintaanya.
Bukan ini yang diminta.
Ayah pula bersila di sebelah pak Imam dan
mengusap batu nisan adik.
Tiada apa yang boleh dilakukan.
Ayah mendoakan
kesejahteraan adik di alam Barzakh.
Tanah kubur yang merah itu pula merentap
jiwa emak.
Tidak sempat Jali makan gulai ikan keli
buatannya.
Tidak sempat Jali tengok anak-anak terung
itu membesar.
Bertimpa-timpa rasa sesal emak datang
menerjah jiwa.
Tidak sempat emak memujuk Jali.
Emak menangis kembali mengenangkan kisah
semalam.
Jika emak tahu semalam hari terakhir Jali
bersama mereka,
emak akan layan Jali sebaik mungkin.
Apa jua permintaan Jali emak akan penuhi.
Penduduk kampung beredar seorang demi
seorang.
Tinggal pak Amat, Mak Besah, kak Ida dan
Siti sahaja di tanah perkuburan.
Pak Amat, mak Besah dan Siti
berkemas-kemas untuk pulang.
Tikar mengkuang digulung dan mereka berjalan
beriringan pulang ke rumah.
Kak Ida masih lagi duduk ditepi kubur
adiknya.
Ingin dia meluangkan masa di situ dan
bermuhasabah diri sebentar.
Pak Amat dan Mak Besah tidak melarang.
Mereka bertiga mengorak langkah untuk pulang.
Kak Ida mengusap batu nisan adiknya
selepas menyedekahkan bacaan surah Yasin.
Rindu betul dia dengan adiknya itu.
Kak Ida mengelamun jauh.
Segala memori indah bersama adiknya
menjelma di kepalanya.
Namun cepat-cepat dia buang jauh-jauh
semuanya.
Hidup mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi.
Kak Ida bangun dan melangkah pulang.
Suasana petang di tanah perkuburan itu
sunyi sepi.
Sesekali suara unggas-unggas hutan
bergema dan ianya
seolah-olah faham akan kesedihan Kak Ida.
kak Ida mengorak langkah perlahan untuk
pulang.
soorrry kalau amek masa korang baca story panjang berjela neh
sebenarnya aku kehabisan idea nak tulis entry apa, untuk sementara
aku letak cerpen ni dulu.hehe
so sekarang dah ada idea untuk akan datang then lega sudah.
by the way aku memang fail menulis.hohoho
7 comments:
Sedihnye... Best la ko punye cerita ni... buat lagi.. buat lagi...
hahah malu dah aku ha.tq2 Insya Allah aku buat lagi..heee
hiba plak rs..wuwu..
tak perasan air mata dah kuar..,
aqu akan jaga adik2 aku dan
hormati ibu dan bapa smpai aqu ditelan bumi. cukup-cukup lah buat mak bapak kita susah hati.
buat citer adventure plak,
taknak sedih2 lagi..
tengok.. ramai kan respon.. so buat cerita lagi.. hehehehe
sephia : wahh!! muncul sudah kau..hehehe weyh ok tak cer aku? ko kan pengkritik tegar..komen skit
anon : tq support..:) Insya Allah lepas ni akan cuba pelbagaikan cerita genre lain2 plak..tq singgah..:)
azmeng :hehehe weyhh aku serius malu, Insya Allah aku cuba buat cerita lain plak pasni..:)
hahahaha... tengok notification blogger tadi, memang dah agak dia ni... pesta gol la sangat ye... tunggu man u lak belasah.. hahahaha
siut man u, malukan aku..
Post a Comment