Kehidupan di
kampung memang mendamaikan.
Suasana yang menghijau disekeliling membuatkan hati
berasa tenang dan terbang seketika masalah yang mengulit diri. Tak perlu
penghawa dingin,
tak perlu kipas angin. Suasana
waktu pagi di kampung sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu
mengerekot kesejukan.
Kicauan burung di waktu pagi sudah cukup untuk
mengalunkan melodi yang indah untuk penghuninya yang masih dibuai mimpi.
Kokokan ayam ibarat jam loceng untuk penduduk kampung bangun di waktu pagi.
Tidak perlu peralatan moden.
Semuanya dengan hanya penggunaan
Semuanya dengan hanya penggunaan
Gunung-ganang
yang bertaburan pula bagaikan kubu pertahanan yang menjadi penghalang musuh
dari memasuki kampung.
Titisan embun yang menitis di dedaun pokok
menciptakan satu pemandangan yang cukup indah
dan tiada galang gantinya.
menciptakan satu pemandangan yang cukup indah
dan tiada galang gantinya.
Pagi itu seperti
biasa kak Ida bangun dari tidurnya seawal pukul lima pagi.
Matanya yang masih merah
berair menahan mengantuk digenyeh sepuas
hati.
Dalam keadaan yang masih mengantuk, kak Ida gagahkan diri untuk
berjalan
ke bilik air. Dari pintu biliknya,
kelihatan emak yang sedang sibuk mengemas
dapur dan
menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga.
Cerek lama yang
tergantung dekat dinding papan rumah itu diambilnya
untuk menjerang air. Itulah
mak Besah. Bersusah payah dia dan
suaminya bekerja keras untuk membesarkan anak
mereka.
Tidak pernah dengar dia mengeluh kerana kesusahan hidup yang mereka
alami malahan mereka sangat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan.
Suaminya
walaupun hanya bekerja kampung, namun cukup
untuk menyara mereka sekeluarga
makan.
Kak Ida melangkah perlahan-lahan menuju ke perigi yang terletak di luar
rumah.
Tali yang telah disangkutkan timba upih itu diturunkan perlahan-lahan.
Kedinginan
air perigi itu amat menyegarkan tubuhnya.
Usai mandi, bergegas kak Ida naik ke
rumah untuk solat subuh dan
bersiap-siap untuk ke sekolah. Tambahan pula hari
itu ialah hari pertama peperiksaan percubaan SPM akan bermula.
Jadi dia perlu
bersiap awal supaya segalanya akan berjalan lancar.
“
Ida, pergi sarapan dulu.
Mak dah buatkan pisang goreng untuk kau.
Mak dah buatkan pisang goreng untuk kau.
Jangan
menonong je terus pergi sekolah.” Jerit mak dari dapur.
Lamunan
kak Ida terhenti. Tersentak dia dengan jeritan emak.
Setelah selesai bersolat
subuh dan berpakaian lengkap,
terus dia menuju ke dapur.
Dengan penuh sopan, dia
bersimpuh di atas lantai.
Goreng pisang yang masih panas dan air kopi yang
berasap itu
terus membuatkan perutnya berkeroncong.
“Siti
dengan Jali tidur lagi ke mak?
Tak dengar pula suara mereka berdua pagi ni.
Selalu tu pagi-pagi dah bercekak budak berdua tu,” Tanya kak Ida.
Selalu tu pagi-pagi dah bercekak budak berdua tu,” Tanya kak Ida.
“Siti
mandi kat bawah tu, yang adik kamu tu tidur lagi.
Biarkanlah Ida. Senang sikit
mak nak buat kerja rumah.
Kalau tak nak mengkerekah je la kerjanya” balas emak.
Selesai makan, kak Ida terus
membasuh tangan
dan bersalam dengan emak.
Emak memerhati kak Ida yang
berbasikal dari jauh.
Hilang saja kak Ida dari pandangan,
mak terus ke dapur
untuk mengemas makanan yang bersisa di atas lantai.
Lebihan pisang goreng tadi
mak tutup dengan tudung saji.
Pagi itu mak nak pergi ke kebun untuk melihat
anak-anak terung
yang ditanamnya semalam.
Mak capai parang yang terletak di
bawah tangga rumah
“ Mak nak pergi
mana? Tunggu la Jali nak ikot mak.”
Jerit Jali dari tingkap rumah.
“Mak nak pergi
tengok anak terung yang mak tanam semalam.
Kamu kalau nak ikot pergi pakai baju
dulu,
takkan kamu nak togel macam tu je pergi kebun” balas emak
Jali
mencapai baju yang terselembik di atas lantai
dan terus berlari ke arah
emaknya.
“Mak ni baju Jali.”
“Baju tu untuk dipakai Jali oi,
bukannya di buat
bendera dikibar-kibarkan.”
"taknak la mak pakai baju ni.
mak ambil la tadi mak yang nak."
mak ambil la tadi mak yang nak."
“Kalau kamu tak nak pakai baju tu, ikat dekat leher”
Baju yang keronyok itu
Jali ikat ke lehernya.
Gembira sungguh Jali kerana gayanya yang seakan-akan
‘Superman’ itu.
Jali terus membuntuti emaknya ke kebun.
Daun-daun kering yang
bersepah di tanah dikutipnya.
Dibelek-beleknya daun tersebut dan di buang
kembali daun itu ke tanah.
“Mak,
bila terung tu nak besar?
Jali tak sabar nak makan terung tu mak.”
“Ish
kamu ni, baru semalam bapak kamu bawa
anak-anak terung tu untuk ditanam,
tak
sempat terung tu nak besar kamu dah fikir nak makan.”
“Ala
mak, lambat lagi ke nak besar. Lamanya nak tunggu”
“Kamu jangan banyak
perangai,
makan je apa yang ada dekat rumah tu.
Tak kebulurnya kamu kalau tak
makan terung tu.
Sudah mak nak pergi bersihkan kebun tu.”
Mak terus menapak pergi ke kebun di belakang
rumah.
Jali hanya mengikut tanpa sebarang bantahan.
Siti yang baru saja siap
berpakaian terus turun ke bawah rumah
untuk mendapatkan emaknya.
Goreng pisang yang sudah sejuk terkumam di mulutnya.
Berminyak-minyak bibir Siti.
Goreng pisang yang sudah sejuk terkumam di mulutnya.
Berminyak-minyak bibir Siti.
“Mak
dekat mana? Siti nak pergi sekolah dah ni mak.
Orang nak salam mak.”Jerit Siti.
Orang nak salam mak.”Jerit Siti.
“Apa
yang kamu terjerit-jerit tu Siti oi, mak dekat belakang ni ha dekat kebun
terung. Kamu datang sini." sahut emak.
Siti berlari-lari anak pergi ke belakang rumahnya.
Jali yang ternampak
kakaknya berlari-lari ke arah emaknya terus menjerit
“Mak
tak bagi Jali pun goreng pisang tu,
kenapa Siti pula dapat. Jali tak makan
lagi.” Rengek Jali
“Kamu tu bangun pagi-pagi terus
keluar rumah.
Bukannya ingat nak makan dulu.” Jerkah emak.
-bersambung-
7 comments:
sambung la cepat,,, potong stim betul la... dah syok syok layan citer ni boleh lak sambung
hahahha yeyela tu kan..jap carik idea. starting reti nak abeskan tak reti lak..keh3
cara penulisan dah tahu memang dia ni pembaca novel.. hehehe... penulisan terbaik...
aku dah puji ni, silalah belanja.. hahaha.. cepat ar sambung citer ni...
weyyy den bukan budak novel la... den laie la tak suko baco novel...adoooiiii
iyola tu... bila nak siap part 2???
best...penuh dgn cerita kehidupan desa yg mendamaikan jiwa...boleh tambah pengetahuan annur jugak ni...hehe..
annur : tq annur..:)
Post a Comment