“Aku dah habiskan
goreng pisang tu. Padan muka kau.
Kalau nak ambil dekat mulut aku ni.” Jali
yang berang dengan ejekan kakaknya terus berlari
ke arah Siti dan merampas
goreng pisang tu.
Goreng pisang yang masih bersisa itu terus di masukkan ke
mulutnya.
“Siti
bodoh, Siti bodoh. Kau dah makan banyak tadi. Ni aku punya!” Siti termewek.
Terkejut dia dengan perbuatan Jali.
Ingin dia merebut kembali pisang goreng itu
tapi Jali telah lari dulu.
“Mak
tengok Jali tu, pisang goreng tu Siti punya.”
“Kamu tu yang cari pasal dulu
dengan dia kenapa.
Tak boleh nak dekat asyik nek berkelahi je kerjanya.
Cepat pergi sekolah tu.
Karang lambat kamu
juga yang kena denda.” Marah mak.
“Baiklah
mak, Siti pergi dulu,” Siti bersalaman dengan emaknya.
Ikutkan hati mahu saja
dia kejar adiknya itu
dan ditunjal-tunjal kepalanya.
Siti dari dulu memang
tidak berapa suka dengan perangai Jali.
Jali suka merebut haknya.
Dia selalu
terfikir alangkah indahnya hidup jika tanpa Jali.
Tentu emak akan lebih
menumpukan perhatian terhadapnya.
Sambil berangan, Siti berjalan kaki ke
sekolahnya.
Mujurlah sekolahnya agak dekat dengan rumah.
Mentari yang terik
telah mula meninggi di atas kepala.
Peluh-peluh jantan membasahi baju emak.
Sudah
lama emak berada di kebun terungnya itu.
Sudah banyak juga batas-batas terung
yang telah digemburkan.
Lagi beberapa minggu besar anak-anak terung itu.
Jali
yang hilang entah ke mana muncul di belakang emaknya.
Mulutnya masih berminyak
dengan sisa pisang goreng
yang dirampas dari kakaknya tadi.
Jali terus
mendekati emaknya yang sibuk mencangkul batas-batas terung.
Tanah mula mengering disinari panahan mentari terik.
Kaki Jali kemerahan menahan panas.
Kakinya yang togel tidak berselipar itu
dicucuk duri-duri semalu
namun tidak dihiraukannya. Kesakitan duri-duri itu
bagaikan tiada apa-apa kesan lagi padanya.
“Mak.
Jali lapar. Mak bila nak masak nasi.
Semalam abah bawa balik ikan keli.
Mak
goreng la ikan tu sekarang mak.” Rengek Jali.
“Kamu
tak nampak ke Jali mak tengah buat apa ni,
tengah hari sikit mak goreng ikan
tu.
Nanti boleh makan sama-sama dengan kakak kamu.
Kalau kamu lapar sangat
pergi makan pisang goreng pagi tadi tu.
Elok lagi.” Jawab emak.
“Mak, goreng la sekarang emak,
lambat la nak tunggu tengah hari. Jali lapar sangat ni mak”
Sedaya upaya Jali
merayu dengan emaknya dengan membuat muka kasihan.
Dia berharap sangat agar
emak menumpahkan sedikit rasa simpati untuknya
“Kamu
ni tak paham bahasa ke Jali,
mak cakap mak tengah hari mak buatkan la.
Bukan
lama sangat pun.
Kamu tak kasihan ke tengok mak ni.
Mak banyak kerja nak kena
buat.
Sudah! Kamu kalau tak nak tolong mak,
kamu pergi main tempat lain.
Kalau
nak menolong mak takpa juga,”Marah mak Besah.
Tersirap darahnya dengan
perangai Jali yang suka mendesak.
Jali terkulat-kulat apabila dimarahi emaknya.
Terkejut dengan jerkahan emaknya tadi,
terus dia berlari meninggalkan emaknya.
Tanpa hala tujuan, Jali terus menerpa ke arah semak yang berdekatan.
Memang
itulah tempat pertama yang dituju Jali
jika dia terasa hati kerana dimarahi
oleh emaknya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana
Jali sudah terlalu betah
dengan keadaan kampung
disitu.
Namanya pun budak kampung.
Seluruh pelusuk
kampung ini telah dijelajahinya.
Sambil berjalan-jalan di tepi semak itu,
kepalanya menerawang.
Sampai hati mak Besah memarahinya.
Dia cuma mahu
mendapatkan sedikit perhatian daripada emak namun
jerkahan yang dia dapat. Siti
pula selalu bergaduh dengannya.
Entah apa puncanya pun kadang-kadang sukar
untuk diketahui.
Hanya Kak Ida yang selalu menyenangkannya.
Kak Ida selalu
memandikan Jali dan
membelikan makanan ringan untuknya ketika pulang dari
sekolah.
“Ni
kakak ada belikan sotong kering untuk kamu.
Jangan tunjuk dekat Siti, kamu
berdua berebut pula nanti.”
Kata kak Ida pada suatu petang minggu lepas.
Teringat pula dia akan kak Ida secara tiba-tiba.
Dia tak sabar untuk memulakan
hari persekolahannya.
Namun dia baru berumur lima tahun.
Dia terpaksa menunggu
lagi setahun untuk
memulakan alam persekolahanya.
Kak Ida suka mengajarnya ABC
tatkala dia pulang dari sekolah.
Jali sudah pandai mengira satu sampai sepuluh
dan
Tak sabar rasanya untuk dia menunjukkan
kepandaiannya
kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.
Ingin dia menjadi pelajar
cemerlang di sekolahnya.
Ah, sungguh banyak impian Jali.
Bermacam-macam impian
yang ingin dicapainya pabila besar kelak.
Mahu menjadi polis, doktor, cikgu dan
segala macam pekerjaan
yang menarik perhatiannya akan dijadikan impiannya.
Lumrah budak-budak,
imaginasi mereka memang tidak terjangkau dek akal fikiran
orang dewasa.
Sambil kepalanya menerawang jauh,
Jali terus menapak ke dalam
semak samun itu dan
menuju ke sungai yang berdekatan.
Air sungai di kampung itu
masih bersih dan jernih lagi.
Bebas daripada ancaman pencemaran.
Suasana hijau
di sekelilingnya menggamit perhatian terhadap sesiapa yang memandang.
Perlahan-lahan Jali memijak batu-batu yang licin itu untuk
mencari tempat yang
sesuai untuk dia dudukinya.
Sambil bermain-main air, kepalanya menerawang lagi
entah kemana. Tiada sesiapa yang tahu apa yang difikirkannya selepas itu.
Mak
terus mencangkul batas-batas yang tertinggal.
Tinggal lagi dua batas untuk emak
gemburkan.
Lepas ni bolehlah emak mengemas rumah dan
menyiapkan makanan tengah
hari.
Usai sahaja emak menggemburkan batas-batas itu,
emak terus pergi ke
telaga dan
menurunkan tali timba untuk menceduk air telaga.
Timba yang separuh
penuh dengan air telaga itu emak karai naik.
Terkedek-kedek emak membawa timba
itu untuk
disiram di atas batas-batas anak terung itu.
hati emak menerawang jauh, sejauh saujana pemandangan
kampung itu
-bersambung-
6 comments:
chetttttt.. sambung lagi... orang dah tengah syok hayati cerita ni boleh lak sambung...
lama lagi la nak tunggu... cepat sikit sambung tau.. hehehe
ahhahaa apa pendapat kau setakat ni??? ok ke? kawan aku kata panjang bebeno
ok je... entry tak membosankan bile ade gambar... So, buat setakat ni sangat menarik... hasil penulisan daripada seorang budak sastera... hehehehe
hahaha aku tak sastera lah.. adoiii
bukan sastera,, bukan novel,, dah tu ape???
aku budak baik..hihihi leh tak gitu??
Post a Comment