Blogger Widgets ssssshhh...: cerpan (cerita panjang) part 2

Wednesday, December 12, 2012

cerpan (cerita panjang) part 2

Aku dah habiskan goreng pisang tu. Padan muka kau. 
Kalau nak ambil dekat mulut aku ni.” Jali yang berang dengan ejekan kakaknya terus berlari 
ke arah Siti dan merampas goreng pisang tu. 
Goreng pisang yang masih bersisa itu terus di masukkan ke mulutnya.

“Siti bodoh, Siti bodoh. Kau dah makan banyak tadi. Ni aku punya!” Siti termewek. 
Terkejut dia dengan perbuatan Jali. 
Ingin dia merebut kembali pisang goreng itu tapi Jali telah lari dulu.

“Mak tengok Jali tu, pisang goreng tu Siti punya.”
“Kamu tu yang cari pasal dulu dengan dia kenapa. 
Tak boleh nak dekat asyik nek berkelahi je kerjanya. 
Cepat pergi sekolah tu. 
Karang lambat kamu juga yang kena denda.” Marah mak.

“Baiklah mak, Siti pergi dulu,” Siti bersalaman dengan emaknya.
Ikutkan hati mahu saja dia kejar adiknya itu 
dan ditunjal-tunjal kepalanya. 
Siti dari dulu memang tidak berapa suka dengan perangai Jali.
Jali suka merebut haknya. 

Dia selalu terfikir alangkah indahnya hidup jika tanpa Jali.
Tentu emak akan lebih menumpukan perhatian terhadapnya.
Sambil berangan, Siti berjalan kaki ke sekolahnya.
Mujurlah sekolahnya agak dekat dengan rumah.
jadi tak perlulah dia risau jika terlambat bangun.


Mentari yang terik telah mula meninggi di atas kepala.
Peluh-peluh jantan membasahi baju emak.
Sudah lama emak berada di kebun terungnya itu.
Sudah banyak juga batas-batas terung yang telah digemburkan.
Lagi beberapa minggu besar anak-anak terung itu.
Jali yang hilang entah ke mana muncul di belakang emaknya.
Mulutnya masih berminyak dengan sisa pisang goreng 
yang dirampas dari kakaknya tadi.
Jali terus mendekati emaknya yang sibuk mencangkul batas-batas terung.
Tanah  mula mengering disinari panahan mentari terik.
Kaki Jali kemerahan menahan panas.
Kakinya yang togel tidak berselipar itu dicucuk duri-duri semalu 
namun tidak dihiraukannya. Kesakitan duri-duri itu bagaikan tiada apa-apa kesan lagi padanya.

“Mak. Jali lapar. Mak bila nak masak nasi.
Semalam abah bawa balik ikan keli. 
Mak goreng la ikan tu sekarang mak.” Rengek Jali.                                                                                                                        

“Kamu tak nampak ke Jali mak tengah buat apa ni,
tengah hari sikit mak goreng ikan tu.
Nanti boleh makan sama-sama dengan kakak kamu. 
Kalau kamu lapar sangat pergi makan pisang goreng  pagi tadi tu. 
Elok lagi.” Jawab emak.

“Mak, goreng la sekarang emak, 
lambat la nak tunggu tengah hari. Jali lapar sangat ni mak” 
Sedaya upaya Jali merayu dengan emaknya dengan membuat muka kasihan. 
Dia berharap sangat agar emak menumpahkan sedikit rasa simpati untuknya

“Kamu ni tak paham bahasa ke Jali, 
mak cakap mak tengah hari mak buatkan la.
Bukan lama sangat pun.
Kamu tak kasihan ke tengok mak ni. 
Mak banyak kerja nak kena buat.
Sudah! Kamu kalau tak nak tolong mak,
kamu pergi main tempat lain.
Kalau nak menolong mak takpa juga,”Marah mak Besah.

Tersirap darahnya dengan perangai Jali yang suka mendesak.
Jali terkulat-kulat apabila dimarahi emaknya.
Terkejut dengan jerkahan emaknya tadi,
terus dia berlari meninggalkan emaknya.
Tanpa hala tujuan, Jali terus menerpa ke arah semak yang berdekatan.
Memang itulah tempat pertama yang dituju Jali
jika dia terasa hati kerana dimarahi oleh emaknya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana 
Jali sudah terlalu betah dengan keadaan kampung
disitu. 


Namanya pun budak kampung.
Seluruh pelusuk kampung ini telah dijelajahinya.
Sambil berjalan-jalan di tepi semak itu, kepalanya menerawang.
Sampai hati mak Besah memarahinya.
Dia cuma mahu mendapatkan sedikit perhatian daripada emak namun
jerkahan yang dia dapat. Siti pula selalu bergaduh dengannya.
Entah apa puncanya pun kadang-kadang sukar untuk diketahui.
Hanya Kak Ida yang selalu menyenangkannya.
Kak Ida selalu memandikan Jali dan 
membelikan makanan ringan untuknya ketika pulang dari sekolah.

“Ni kakak ada belikan sotong kering untuk kamu.
Jangan tunjuk dekat Siti, kamu berdua berebut pula nanti.”
Kata kak Ida pada suatu petang minggu lepas.
Teringat pula dia akan kak Ida secara tiba-tiba.
Dia tak sabar untuk memulakan hari persekolahannya.

Namun dia baru berumur lima tahun.
Dia terpaksa menunggu lagi setahun untuk
memulakan alam persekolahanya.
Kak Ida suka mengajarnya ABC tatkala dia pulang dari sekolah.
Jali sudah pandai mengira satu sampai sepuluh dan
membaca ABC sampai habis.


Tak sabar rasanya untuk dia menunjukkan kepandaiannya
kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.
Ingin dia menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
Ah, sungguh banyak impian Jali.
Bermacam-macam impian yang ingin dicapainya pabila besar kelak.
Mahu menjadi polis, doktor, cikgu dan segala macam pekerjaan
yang menarik perhatiannya akan dijadikan impiannya.

Lumrah budak-budak,
imaginasi mereka memang tidak terjangkau dek akal fikiran orang dewasa.
Sambil kepalanya menerawang jauh,
Jali terus menapak ke dalam semak samun itu dan
menuju ke sungai yang berdekatan.

Air sungai di kampung itu masih bersih dan jernih lagi.
Bebas daripada ancaman pencemaran.
Suasana hijau di sekelilingnya menggamit perhatian terhadap sesiapa yang memandang.
Perlahan-lahan Jali memijak batu-batu yang licin itu untuk
mencari tempat yang sesuai untuk dia dudukinya.
Sambil bermain-main air, kepalanya menerawang lagi entah kemana. Tiada sesiapa yang tahu apa yang difikirkannya selepas itu.


Mak terus mencangkul batas-batas yang tertinggal.
Tinggal lagi dua batas untuk emak gemburkan.
Lepas ni bolehlah emak mengemas rumah dan 
menyiapkan makanan tengah hari.

Usai sahaja emak menggemburkan batas-batas itu,
emak terus pergi ke telaga dan 
menurunkan tali timba untuk menceduk air telaga.
Timba yang separuh penuh dengan air telaga itu emak karai naik.
Terkedek-kedek emak membawa timba itu untuk 
disiram di atas batas-batas anak terung itu.
hati emak menerawang jauh, sejauh saujana pemandangan
kampung itu

-bersambung-

6 comments:

Unknown said...

chetttttt.. sambung lagi... orang dah tengah syok hayati cerita ni boleh lak sambung...

lama lagi la nak tunggu... cepat sikit sambung tau.. hehehe

su suraya said...

ahhahaa apa pendapat kau setakat ni??? ok ke? kawan aku kata panjang bebeno

Unknown said...

ok je... entry tak membosankan bile ade gambar... So, buat setakat ni sangat menarik... hasil penulisan daripada seorang budak sastera... hehehehe

su suraya said...

hahaha aku tak sastera lah.. adoiii

Unknown said...

bukan sastera,, bukan novel,, dah tu ape???

su suraya said...

aku budak baik..hihihi leh tak gitu??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...