“Moga-moga
cepat la kau besar terung,
kasihan
pula aku tengok anak aku teringin nak makan kau."
Bebel
emak dalam hati.
Batas
yang terung yang sudah siap disiram emak pandang dengan puas hati.
Anak-anak
rumput yang tumbuh meliar di tepi batas mak cabut sekuat hati.
Siput-siput
kecil yang mula cuba untuk mendekati anak-anak terung emak kutip.
Di campak
nya siput-siput itu ke tepi semak.
Selesai
sahaja kerja-kerja emak di batas terungnya,
mak terus
pergi ke telaga untuk membasuh kaki.
Parang
dan cangkul yang emak ambil di bawah tangga emak simpan
kembali
di tempat asalnya.
Tangga
rumah yang diperbuat daripada kayu itu
Ikan keli
yang mak perap dengan asam limau emak keluarkan dari dalam almari.
Petua
orang tua-tua, asam limau dapat mengurangkan bau hanyir ikan keli.
Wallahuallam,
itu hanya petua turun temurun.
Barang-barang
untuk memasak ikan keli emak keluarkan.
Emak
memang sudah dari awal menyiapkan
barang-barang
yang diperlukan untuk memasak.
Senang
supaya tidak kelam kabut nanti.
Periuk
yang sudah berkarat buntut nya itu emak capai dari dinding kayu rumahnya.
“ Kejap
lagi balik la Jali tu, merajuk dia pun,
mana
sangat yang dia boleh pergi,
lapar
karang tahula dia nak balik rumah”
getus
emak dalam hati.
Dari luar
rumah kedengaran riuh bunyi orang memasak di dapur.
Alunan
muzik lesung batu dengan alunya memecah suasana keheningan tengah hari
di
kampung itu. Matahari makin meninggi dan terus tegak di atas kepala.
Daun-daun
tua yang kering luruh ditiup angin.
Tanah
bersepahan dengan dedaun yang kekuningan.
Pemandangan
sebegini memang amat menyejukkan mata sesiapa yang memandang.
Kak Ida
menolak basikalnya perlahan-lahan dan disandarkan ke tiang rumah.
Raut
wajahnya yang keletihan menunjukkan betapa beratnya
beban
yang dipikulnya untuk menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini.
Kak Ida
mengorak langkah yang perlahan tatkala dia
memijak
tangga rumahnya itu. Uzur benar dah tangga rumah emaknya itu.
Tangga
itu masih kuat tetapi kalau tersilap langkah,
boleh
terbolos dia ke bawah rumah.
Kak Ida
terus masuk ke biliknya dan menyalin pakaian.
Pakaian
sekolahnya itu di kumpulkan untuk dibasuh.
Sudah
menjadi kebiasaanya membasuh baju sekolah setiap hari.
Rimas
katanya kalau memakai baju yang sama sahaja berulang-ulang.
Selesai
bersolat zuhur, dia ke dapur untuk makan.
Berkeroncong
perutnya apabila terhidu bau gulai ikan keli yang dimasak emaknya.
Gulai
lemak mak Besah memang sedap.
Jarang
sekali emaknya memasak lauk sebegitu
untuk
mereka sekeluarga untuk makan tengah hari.
Selalunya
ikan kembung goreng dan
ikan
masin yang menjadi hidangan mereka sekeluarga. Itu pun sudah cukup untuk
membuatkan mereka kenyang
dan
bersyukur dengan apa yang diterima.
“Emak
dah makan ke? Mana pergi Siti dengan Jali.
Pelik
pula tak dengar mereka berdua bercekak hari ini"
Tanya
kak Ida yang memecahkan seketika keheningan rumah itu.
Emak yang
sedang menyapu di sebelahnya lantas menjawab.
“Emak
dah makan tadi dengan abah kau.
Abah kau
balik kejap lepas tu pergi balik rumah pakcik Saad,
kau
dengan Siti je belum makan lagi. Siti balik lambat rasanya.
Dia ada
kelas tambahan untuk peperiksaan UPSR. Kau makanlah dulu."
“Jali?
Dari pagi tadi Ida tak nampak dia emak.”
“Adik
kau tu merajuk agaknya dengan emak. Biarlah nanti dia balik la tu.
Macam la
kau tak tahu perangai adik kau yang seorang tu.”
Perut kak
Ida yang sejak tadi menyanyi membuatkan dia terbantut
untuk
bertanya lebih lanjut tentang adik kesayangannya itu.
Bau gulai
ikan keli itu menyemarakkan lagi rasa laparnya
dan
setelah membasuh tangan,
terus kak
Ida makan makanan yang dimasaknya emaknya itu.
Namun kak
Ida masih lagi menjaga adab sopan dan
Selapar
mana pun dia, makan dengan gelojoh tak akan sesekali dilakukannya.
Selesai
makan kak Ida kemas kembali
pinggan
mangkuknya yang kotor untuk di basuh.
Hati
detiknya tertanya tentang keadaan adiknya.
Kak Ida
memang sudah paham perangai adiknya namun kali ini
hatinya
berasa lain sedikit. Jarang benar adik merajuk sebegitu lama.
“Lapar
nanti balik la Jali tu,” getus hati kak Ida.
Bunyi
orang berjalan kaki secara tiba-tiba menerpa ke telinga kak Ida.
Tingkap
dikuak dan kelihatan adiknya Siti baru pulang dari sekolah.
Letih
sangat nampaknya dia.
Selepas
memberi salam terus dia masuk dan
menuju ke
biliknya untuk berehat sebentar.
Kasihan
pula ditengok adiknya yang keletihan itu.
Sebagai
seorang kakak,
kak Ida
memang rasa bertanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
Lantas
terus dia bergerak menuju ke bilik adiknya itu.
Pintu
kayu yang terkuak itu ditolak sedikit.
Kelihatan
Siti sedang berbaring di lantai rumah.
Matanya
terpejam rapat. Kak Ida terus mengejutkan adiknya itu.
“Siti
bangun, pergi tukar baju sekolah kau tu dulu.
Lepas tu
solat dan pergi makan. Akak tahu kau letih tapi jangan terbaring macam ni je,
pergi
tukar dulu”
Tutur kak
Ida lembut terhadap adiknya.
“Baiklah
kak,”
tanpa
berfikir panjang, Siti terus bangun dan menyalin pakaiannya.
Perutnya
pun yang sememangnya lapar terus
membuatkan
dia gagahkan diri untuk melakukan semua itu.
Kak Ida
tanpa membuang masa terus pergi ke biliknya untuk mengambil
tuala dan
baju sekolah untuk dicuci.
Kak Ida
mengorak langkah menuju ke telaga dirumahnya.
Die
berkemban gantung tatkala mandi ditelaga itu.
Sesudah
selesai mandi,
cepat-cepat
kak Ida naik ke atas rumah menyalin pakaian.
Ayah
berbasikal pulang ke rumah.
Letih benar nampaknya
dari raut muka ayah.
Ayah yang bekerja bertukang
membuat dan membaiki rumah orang itu
memang tiada waktu yang
tetap untuk balik.
Kadang-kadang sampai malam
baru ayah pulang.
Mujurlah sejak akhir-akhir
ini ayah tidak lagi pulang pada waktu malam.
Mungkin kerana peristiwa
Jali yang mengalami demam panas beberapa bulan lepas.
Ayah berasa bersalah yang
amat sangat kerana pada masa itu dia tiada dirumah.
Dengan bantuan orang
kampung, Jali dihantar ke klinik.
Ayah tidak mahu peristiwa
itu berulang lagi.
Ayah sekerap boleh mahu
berada disisi anak-anaknya.
Basikal ayah letakkan di
sebelah basikal kak Ida.
“Besah,
mana pula perginya Jali. Abang tak nampak pun dia.
Selalu tu
melompat-lompat kalau dia nampak abang balik.”
-bersambung-
10 comments:
weh.memandangkan cerita kau ni makin menarik untuk dibaca. nak tak join blog yang aku buat dengan geng2 aku tu? kot2 ada rezeki lebih ke, mana tau boleh jadi buku ke pe nanti. nak tak? Hehe.
kalau ko minat, komen kat blog tu pun boleh ye. sepenaraya.blogspot.com
takpun kat fb pun boleh. facebook.com/sepenaraya
thank you ye.hehe
btw nice story again.
weh.. letak lah tajuk... makin best gak citer ni... tp pendek je kali ni.. huhuhu.. buat panjang sikit tau..
skulluv : kau serius ke weyh?? aku teruja tapi tak yakin boleh jadi penulis yang baik. aku main sebat je atas tu.. tataw nak cakap apa, tapi siyesss ke?????
ameng: tajok takdo la..hahaha main belasah je tu tulis, ko lah bagi tajuk..haha
haiiii... Sinopsis takde, jalan cerita pon tak tahu, suruh aku lak pilih tajuk... Hahhaa.. Cadangan aku, seliparmu di perutku.. Hahahaha...
Terimalah cadangan skulluv tu... Boleh jd penulis ko ni.. Hahaha
hahahaah kuang asam kau! baik bagi tajuk mayatmu dibahu jalan..heee
hahahaha... nasib baik bukan selipar di bibir mu...
Siyes, kalau bagi tajuk kan, lagi syok.. berdebar sikit nak baca.. hehehe
yup.siyesla..nak join?
alaa.kalau ko baca cerita dalam blog tu pun banyak yang main tabur je..hehe
hahah nanty papehal aku bgtaw kau..macam menarik neh..hee
orait..kalau minat bagitau je..
:)
orait! tq weyhh..:)
Post a Comment