Blogger Widgets ssssshhh...: cerpan (cerita panjang) part 3

Sunday, December 16, 2012

cerpan (cerita panjang) part 3

“Moga-moga cepat la kau besar terung, 
kasihan pula aku tengok anak aku teringin nak makan kau." 
Bebel emak dalam hati. 

Batas yang terung yang sudah siap disiram emak pandang dengan puas hati. 
Anak-anak rumput yang tumbuh meliar di tepi batas mak cabut sekuat hati.
Siput-siput kecil yang mula cuba untuk mendekati anak-anak terung emak kutip. 
Di campak nya siput-siput itu ke tepi semak.

Selesai sahaja kerja-kerja emak di batas terungnya,
mak terus pergi ke telaga untuk membasuh kaki.
Parang dan cangkul yang emak ambil di bawah tangga emak simpan 
kembali di tempat asalnya.
Tangga rumah yang diperbuat daripada kayu itu 
bergemeretak apabila dipijak emak.


Ikan keli yang mak perap dengan asam limau emak keluarkan dari dalam almari.
Petua orang tua-tua, asam limau dapat mengurangkan bau hanyir ikan keli.

Wallahuallam, itu hanya petua turun temurun.
Barang-barang untuk memasak ikan keli emak keluarkan.
Emak memang sudah dari awal menyiapkan 
barang-barang yang diperlukan untuk memasak.
Senang supaya tidak kelam kabut nanti.
Periuk yang sudah berkarat buntut nya itu emak capai dari dinding kayu rumahnya.

“ Kejap lagi balik la Jali tu, merajuk dia pun, 
mana sangat yang dia boleh pergi, 
lapar karang tahula dia nak balik rumah”
getus emak dalam hati.

Dari luar rumah kedengaran riuh bunyi orang memasak di dapur.
Alunan muzik lesung batu dengan alunya memecah suasana keheningan tengah hari
di kampung itu. Matahari makin meninggi dan terus tegak di atas kepala.
Daun-daun tua yang kering luruh ditiup angin.
Tanah bersepahan dengan dedaun yang kekuningan.
Pemandangan sebegini memang amat menyejukkan mata sesiapa yang memandang.
Tiada pencemaran, udara yang segar dan bebas daripada pembangunan.


Kak Ida menolak basikalnya perlahan-lahan dan disandarkan ke tiang rumah.
Raut wajahnya yang keletihan menunjukkan betapa beratnya
beban yang dipikulnya untuk menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini.
Kak Ida mengorak langkah yang perlahan tatkala dia
memijak tangga rumahnya itu. Uzur benar dah tangga rumah emaknya itu.
Tangga itu masih kuat tetapi kalau tersilap langkah,
boleh terbolos dia ke bawah rumah.

Kak Ida terus masuk ke biliknya dan menyalin pakaian.
Pakaian sekolahnya itu di kumpulkan untuk dibasuh.
Sudah menjadi kebiasaanya membasuh baju sekolah setiap hari.
Rimas katanya kalau memakai baju yang sama sahaja berulang-ulang.
Selesai bersolat zuhur, dia ke dapur untuk makan.

Berkeroncong perutnya apabila terhidu bau gulai ikan keli yang dimasak emaknya.
Gulai lemak mak Besah memang sedap.
Jarang sekali emaknya memasak lauk sebegitu 
untuk mereka sekeluarga untuk makan tengah hari.
Selalunya ikan kembung goreng dan
ikan masin yang menjadi hidangan mereka sekeluarga. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan mereka kenyang
dan bersyukur dengan apa yang diterima.

“Emak dah makan ke? Mana pergi Siti dengan Jali.
Pelik pula tak dengar mereka berdua bercekak hari ini"
 Tanya kak Ida yang memecahkan seketika keheningan rumah itu. 

Emak yang sedang menyapu di sebelahnya lantas menjawab.

“Emak dah makan tadi dengan abah kau. 
Abah kau balik kejap lepas tu pergi balik rumah pakcik Saad, 
kau dengan Siti je belum makan lagi. Siti balik lambat rasanya. 
Dia ada kelas tambahan untuk peperiksaan UPSR. Kau makanlah dulu."

“Jali? Dari pagi tadi Ida tak nampak dia emak.”

 “Adik kau tu merajuk agaknya dengan emak. Biarlah nanti dia balik la tu.
Macam la kau tak tahu perangai adik kau yang seorang tu.”
Perut kak Ida yang sejak tadi menyanyi membuatkan dia terbantut 
untuk bertanya lebih lanjut tentang adik kesayangannya itu.

Bau gulai ikan keli itu menyemarakkan lagi rasa laparnya
dan setelah membasuh tangan,
terus kak Ida makan makanan yang dimasaknya emaknya itu.
Namun kak Ida masih lagi menjaga adab sopan dan 
tatatertib sebagai seorang perempuan.


Selapar mana pun dia, makan dengan gelojoh tak akan sesekali dilakukannya.
Selesai makan kak Ida kemas kembali
pinggan mangkuknya yang kotor untuk di basuh.
Hati detiknya tertanya tentang keadaan adiknya.
Kak Ida memang sudah paham perangai adiknya namun kali ini
hatinya berasa lain sedikit. Jarang benar adik merajuk sebegitu lama.

“Lapar nanti balik la Jali tu,” getus hati kak Ida.
Bunyi orang berjalan kaki secara tiba-tiba menerpa ke telinga kak Ida.
Tingkap dikuak dan kelihatan adiknya Siti baru pulang dari sekolah.
Letih sangat nampaknya dia.
Selepas memberi salam terus dia masuk dan 
menuju ke biliknya untuk berehat sebentar. 

Kasihan pula ditengok adiknya yang keletihan itu.
Sebagai seorang kakak,
kak Ida memang rasa bertanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
Lantas terus dia bergerak menuju ke bilik adiknya itu.
Pintu kayu yang terkuak itu ditolak sedikit.
Kelihatan Siti sedang berbaring di lantai rumah.
Matanya terpejam rapat. Kak Ida terus mengejutkan adiknya itu.

“Siti bangun, pergi tukar baju sekolah kau tu dulu.
Lepas tu solat dan pergi makan. Akak tahu kau letih tapi jangan terbaring macam ni je,
pergi tukar dulu”
Tutur kak Ida lembut terhadap adiknya.

“Baiklah kak,”
tanpa berfikir panjang, Siti terus bangun dan menyalin pakaiannya. 
Perutnya pun yang sememangnya lapar terus 
membuatkan dia gagahkan diri untuk melakukan semua itu. 
Kak Ida tanpa membuang masa terus pergi ke biliknya untuk mengambil
tuala dan baju sekolah untuk dicuci. 
Kak Ida mengorak langkah menuju ke telaga dirumahnya.
Die berkemban gantung tatkala mandi ditelaga itu.
rumahnya terletak jauh dihujung kampung
jadi tiada apa yang perlu dirisaukan


Sesudah selesai mandi, 
cepat-cepat kak Ida naik ke atas rumah menyalin pakaian.
Ayah berbasikal pulang ke rumah.
 Letih benar nampaknya dari raut muka ayah.

Ayah yang bekerja bertukang membuat dan membaiki rumah orang itu
memang tiada waktu yang tetap untuk balik.
Kadang-kadang sampai malam baru ayah pulang.

Mujurlah sejak akhir-akhir ini ayah tidak lagi pulang pada waktu malam.
Mungkin kerana peristiwa Jali yang mengalami demam panas beberapa bulan lepas.
Ayah berasa bersalah yang amat sangat kerana pada masa itu dia tiada dirumah.
Dengan bantuan orang kampung, Jali dihantar ke klinik.
Ayah tidak mahu peristiwa itu berulang lagi.
Ayah sekerap boleh mahu berada disisi anak-anaknya.
Basikal ayah letakkan di sebelah basikal kak Ida.

“Besah, mana pula perginya Jali. Abang tak nampak pun dia. 
Selalu tu melompat-lompat kalau dia nampak abang balik.”

-bersambung-

10 comments:

skulluv said...

weh.memandangkan cerita kau ni makin menarik untuk dibaca. nak tak join blog yang aku buat dengan geng2 aku tu? kot2 ada rezeki lebih ke, mana tau boleh jadi buku ke pe nanti. nak tak? Hehe.

kalau ko minat, komen kat blog tu pun boleh ye. sepenaraya.blogspot.com

takpun kat fb pun boleh. facebook.com/sepenaraya

thank you ye.hehe

btw nice story again.

Unknown said...

weh.. letak lah tajuk... makin best gak citer ni... tp pendek je kali ni.. huhuhu.. buat panjang sikit tau..

su suraya said...

skulluv : kau serius ke weyh?? aku teruja tapi tak yakin boleh jadi penulis yang baik. aku main sebat je atas tu.. tataw nak cakap apa, tapi siyesss ke?????

ameng: tajok takdo la..hahaha main belasah je tu tulis, ko lah bagi tajuk..haha

Unknown said...

haiiii... Sinopsis takde, jalan cerita pon tak tahu, suruh aku lak pilih tajuk... Hahhaa.. Cadangan aku, seliparmu di perutku.. Hahahaha...

Terimalah cadangan skulluv tu... Boleh jd penulis ko ni.. Hahaha

su suraya said...

hahahaah kuang asam kau! baik bagi tajuk mayatmu dibahu jalan..heee

Unknown said...

hahahaha... nasib baik bukan selipar di bibir mu...

Siyes, kalau bagi tajuk kan, lagi syok.. berdebar sikit nak baca.. hehehe

skulluv said...

yup.siyesla..nak join?

alaa.kalau ko baca cerita dalam blog tu pun banyak yang main tabur je..hehe

su suraya said...

hahah nanty papehal aku bgtaw kau..macam menarik neh..hee

skulluv said...

orait..kalau minat bagitau je..

:)

su suraya said...

orait! tq weyhh..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...