Blogger Widgets ssssshhh...: February 2013

Wednesday, February 27, 2013

perjuangan bangsa atau agama?

Assalamualaikum
lama tak menulis macam dulu, skill menulis dah berkurang
seperti tajuk yang aku buat kat atas tu, sebenarnya mana penting?
perjuangan bangsa atau agama? memang dua2 penting
bangsa menunjukkan kita ni berketurunan atau darah apa
then agama menujukkan apa kepercayaan kita

setiap orang ada pegangan agama yang tertentu
dan setiap orang juga mempunyai bangsa tertentu
masalahnya skang dalam surat khabar, media, tv
kita ni dilebih pentingkan dengan perjuangan bangsa

yeah! hidup melayu, melayu mudah lupa
melayu tu, melayu ni, cina tu cina ni, india tu india ni
kita sedar sebenarnya bila kita memperjuangkan bangsa
kita lebih ke arah menjarakkan lagi hubungan antara kaum
kita pentingkan melayu, ye aku paham ni tanah melayu

orang cina dengan orang india yang datang kat sini
doang dibawa masa zaman jajahan dulu 
dibawa untuk sektor2 ekonomi dan segala macam hapa
masalahnya skang, takkan kau nak usir and halau doang?
kata nak 1malaysia tapi dok berapi memperjuangkan melayu

sibuk dok tunjuk 1malaysia di merata tempat
tapi dok canang peristiwa 13 mei yang jadi dulu
kalau kau nak mempertahankan negara, kau jangan up perkara2 sensitif
aku sendiri dapat rasakan orang cina dengan india tanak dah benda2 gini jadi
tapi masalahnya kalau provokasi melampau, berapa lama boleh tahan kan

perjuangan agama lebih penting, kenapa?
sebab dekat akhirat nanti tak ditanya pun kau keturunan apa
kau raja ke, sultan ke, agong galaksi bima sakti ke
tapi kalau agama diketepikan, memang kena goreng lah dekat sana

yang membezakan hanyalah warna kulit, putih coklat dengan gelap
dalam still sama darah warna merah, kecuali kau sakit. so tu darah kotor
sudah-sudah lah memperjuangkan melayu
aku bagitaw satu benda aku melayu, aku bangga
aku suka dan bersyukur. tapi bukan ini yang aku nak

kalau semua bersatu padu dan memperjuangkan benda yang memberi faedah
takde beza melayu cina india. takde beza aku cakap ni

aku cuma mahukan pemimpin yang memperjuangkan agama
pemimpin yang mempertahankan Islam
pemimpin yang tak takut nak melaksanakan undang2 Islam
tak banyak songeh bila diminta tegak syiar Islam

cuba sekali kau buat hukum Islam
Inshaa Allah masalah sosial kurang, 
perompak pun meeting banyak kali nak merompak mencuri bagai
sudah2lah memperjuangkan benda yang tak pergi mana

perjuangkan lah benda yang akan menolong kita kat akhirat nanti
aku bukan anti atau pro mana2 pihak
aku hanya penyokong parti yang memperjuangkan Islam
sekian..

Sunday, February 24, 2013

pengalaman umrah seorang kawan

assalamualaikum
ada sorang bos kat tempat kerja aku, dia bru balik umrah
aku ni jenis takdelah borak sangat dengan dia
tapi masa dia balik umrah tu muka dia macam ceria seyh
sebab apa aku tataw la kan

kau boleh bayangkan masa hari pertama dia masok opis
masa tu hari isnin, dan masok2 je terus ada meeting
and masa dalam meeting dia dapat catch up apa yang dibincangkan
masa tu macam agak wow la sebab dia keep on update jugak
aku pikir mungkin dia update apa2 yang jadi kat opis
sehari sebelum kerja, kira style gak an. ok abaikan

tengah hari tu masa aku makan daging masak lada hitam
uiii berpeluh weyh sedap gila, nyesal amek sikit je
eh aku nak cakap benda tu. lepas dah makan 2 3 ratos suap
then bos aku yang baru balik umrah tu datang kat meja aku
then dia kata

tada orang kan???

eh tada. duduk la encik. *entah2 dia ni nak usha aku*

eh terperasan lak dalam hati. bukan2
sebab meja lain penuh, time tu aku pun berdua ngan geng aku
so dia duduk la depan kitorang makan
masa tengah duduk tu then aku tanyalah dia
pengalaman pergi umrah macam mana

ni antara pengalaman yang dia rasa
dia kata best sangat sebab lain sangat suasana dengan sini
walaupun dekat sana panas, tapi sana panas kering
sini panas lembab. maksudnya kalau panas kat sana kita takde peluh

then dia kata nak buat ibadat pun orang berlumba-lumba
masjid sentiasa penuh, setiap waktu solat tak penah putus
tapi solat sunat pun penuh macam waktu wajib
then kalau berdoa rasa macam meremang, rasa semacam
dia kata kat sini kalau kita doa, masa doa kita nak naik atas
doa kita akan lalu 7 lapisan langit
doa kita perlu lepas setiap langit untuk dimakbulkan


beza dekat Makkah, bila kita berdoa kat sana
doa kita straight sampai kat atas tak perlu lalu lapisan langit
sebab tu dia kata doa straight sampai and rasa semacam
apa yang best lagi kat sanalah kita akan taw sapa kita
masa tu ujian akan datang dalam banyak perkara

jadi hati kena sentiasa bersih, mulut kena jaga
jaga serba serbi, jangan mandai2 kalau tataw
kalau tataw tanya pada yang arif, sebab kalau ada buat salah
masak kita kena dam. dam tu macam denda sebab langgar peraturan

lagi2 hati, kena jaga sebab jangan kita terdetik yang bukan2
sebab kat sana bayar cash je takde hutang2
mengikut bos aku, ada sorang kawan dia ni tengah buat ibadat
then ada sorang pak arab ni terlanggar dia then dia terdetik
macam termenyumpah dalam hati dekat orang tu

time tu jugak orang yang terdetik tu terkena siku
dekat sapa2 pun tataw lah kan sampai berdarah hidung
sebab tu kat sana kena jaga semua, hatilah paling susah
tapi itulah yang mendidik kita nak jadi lagi baik

dia kata lagi, ramai orang suka postpond pergi umrah haji neh
doang kata tunggu tua lah baru nak pergi
salah tu bos aku kata, kata bos aku
sepatutnya muda2 lah kena pergi umrah
sebab tenaga masih kuat, takde lagi osteoporosis
ataupun masalah penyakit yang teruk

sebab kalau dah tua, kau dah penat tak larat
dah kena orang pegang. jadi jangan sia2 kan peluang
kalau dapat g umrah tu pergilah. jangan tunda2
sebab nak jadi tetamu Allah ni bukan senang

kadang2 ada je orang yang dah naik flight pun
tapi tak dapat pergi kena tunda, sebab apa??
mungkin ada sebab yang kita tataw membuatkan dia tak 
dapat lagi nak jadi tetamu Allah kan. jadi muda2 ni setlah dalam kepala

masa tu aku dengan kawan aku diam je
kitorang basuh tangan then minta diri nak masuk opis balik
masa otw balik opis tu aku terfikir, sempat ke aku nak g sana?
dapat tak aku nak jadi tetamu Allah? hmmmm


aku dapat rasakan dia happy and tenang
sebab tengok air muka dia sampai sekarang
dia relaks je and macam tak stress teruk sangat


jom kita set nak pergi umrah. mungkin tak sekarang
Inshaa Allah umur panjang akan datang kita tataw
bos aku buat aku berfikir kejap masa dia up topik tu tadi
nak pergi haji kena tunggu turn, jadi buat apa yang mampu dulu
jom kawan-kawan! Inshaa Allah

Tuesday, February 12, 2013

pengalaman ber....

assalamualaikum
semalam mak aku ajak pergi seremban
mak aku kata nak buat refleksologi
aku pun menurut perintah. jangan melawan

then aku dapat taw kat sana ada macam2 rawatan lain
mulut aku pun gatal2 kata nak try satu rawatan neh
aku macam main2 je. sekali mak aku pergi cakap betol2
kat orang tu. ha menggelabah kejap

nak taknak aku try. ko taw rawatan apa
aku berbekam! ha aku selalu rasa sakit gila orang yang kena
tapi akhirnya harini aku sendiri rasa
dia tanya aku ada sakit pape tak.
aku kata aku banyak angin sampai kawan baik aku
panggil aku uwan. kawan aku tu memang, 
sukahati lutut je dia. aiishhh

then dia pun tanya rutin aku camne semua
so aku ceritalah. bla bla blaa blaa belahh!
then dia kata kalau ikotkan memang teruk darah aku
pergh belum buat lagi dia dah taw. tere gila

so dia pun buatlah dekat aku
kat mana toksah taw lah kan. darah kita ni
mana yang kotor dia berkumpul tau bawah kulit
ambil masa nak dibuang masa proses perkumuhan tu
so dengan berbekam kita dapat buang darah kotor dan segala toksik

berbekam ambil masa setengah jam
aku buat 10 minit je. ko taw kenapa? 
aku boleh bantai pitam masa tu. serius meh
aku tak sedar apa. lepas mak aku lempang2 manja aku
dengan stongkol dan menggusti aku sampai aku bangun
baru aku sedar. orang tu kata sistem aku memang problem
kena rajin datang untuk pulihkan badan bebetol
sebab tu aku pitam. pergh malu tak tipu wehh

so bulan akan datang aku akan datang lagi
nak setel depan2 dengan akak tu. 
ecee macam carik gaduh plak

yang aku ingat la, kalau nak taw sendiri leh search
bekam ada dua, bekam angin dengan bekam darah
aku ambil bekam darah sebab dia sekali ngan angin
puting beliung taufan semua keluar. 

akak tu kata darah aku kotor sampai berbuih
aku plak geli dengar. apa benda yang aku makan sampai gitu
nak kata makan buah sabun takde plak, aku confuse
so lepas dah buat tadi, aku banyak benda kena elakkan
sotong, udang, ayam, ais, dan makanan berangin

aku boleh pantang semua tu, boleh takdehal
kecuali,,,
sotong. aku penggemar sotong tegar..:(

ha kebaikan berbekam plak antaranya
buang angin, badan rasa ringan, 
migrain hilang, banyak sebenarnya dan
kulit lagi cantik meh

masa buat memang la tak cantik, lepas2 dah lama2 tu cantik
kat muka pun boleh bekam tapi malu lak nak pergi kerja nanty
so kat muka aku hold dulu. btw satu benda yang korang kena taw

berbekam ni sunnah taw. so kalau buat dapat pahala Inshaa Allah
ada jugak orang yang tak boleh berbekam atas sebab2 tertentu
yang tu search sendiri. heeee

p/s : make sure sebelum berbekam, korang dalam keadaa yang tak terlampau kenyang
tak terlampau lapar, dan badan memang sihat dan stabil.

Sunday, February 10, 2013

sepetang di terminal 1

assalamualaikun
jumaat lepas aku half day sebab 
dapat travelling day baru balik dari kursus
so pukul 11 je aku dah hilang kua ofis senyap2
kak jean besfren aku gila bengang sebab tak pat join
then aku pun pergi lah terminal 1 sebab bajet nak tengok
witch hunters, last2 usha2 punya usha bukan witch hunters
yang aku dapat, tapi aku plak yang terkontang kanting
sebab semua cerita tak best

aku expect nak tengok cerita seram atau aksi
mama dah takde, nak tengok the last stand lambat
bullet to the head pun lambat. yang ada last2
hantu kak limah jin toncet2 tu ha.
so nak buat macam mana dah cerita tu je yang ada

so dengan langkah yang lemah longlai aku pun
belah pergi masok popular. heheh korang bajet aku nak pergi tengok
kak limah balik kampung? tak dapek do jek. hahaha
sebab aku nak tengok cerita hantu betul.
nak bagi feel seram meram sampai tegak rambot skit

kang kalau tengok kak limah bukan tegak rambot der
tegak kening orang depan sebab aku sepak dia sepenuh hati
yelah gelak tak hengat dunia. ecee dan2 je. hehe
then aku pun pergilah menimba ilmu dekat popular
rasa baiklak tetiba diri ni. bukan buku apa pun

dok bantai pergi tempat genpak starz then layan 
lawak kampus tu ha. lepas tu dok sengih sorang
lawak meh. padahal dah baca tapi dok bantai baca lagi
lepas dah beberapa orang menyangkakan aku mental
sebab gelak sorang2, aku pun belah sebelum doang call ambulans

masa aku nak keluar, aku dengar gendang2 sana sini
lebih kurang macam nilah bunyi eh

doong!! dung!! dung!! pomm! diinn!! dung dung ce!!~~

ha aku pun tertanya-tanya bunyi apakah itu
lepas tengok dekat stage ada performance tarian singa rupanya
then aku pun layanlah kejap sebab frust tak dapat tengok wayang
aku pun menebeng kejap kat koridor nak tengok


 meoww2.. eh salah bunyi lak. auummm!!! (singa tu ckp dalam hati)



tepi2. aku jalan2 kat sini. sapa kacau aku telan je terus



mungkin sebab tengah sorang2 then memang layan kepala aku dibuatnya
aku rasa tarian singa tu bapak comel and kelakar
kan tarian singa tu ada dua orang yang buat kan
tapi lepas doang dah menari, tak nampak macam orang
nampak singa yang comel gila! serius!
lepas tu jinak plak tu, tapi korang jangan terpengaruh sangatlah

tu singa manusia. kang kalau kau bela singa bebetol
silap2 besok kau tinggal lutut je lain semua dah rileks lepak dalam perot dia



comel kan. macam kucing. seriuss 



macam sodap yo makan pakcik tu. buek sup pun sodap neh.



penat2. rehat jap la atas gelungsur nia ha



limau2. limau lama tukar baru. limau2..



alaaa baiknya singa. jom ikot pakcik. pakcik belanja tomyam



oppa gangnam style!



mentang2 la aku anak tiri. balik umah aa camni


 lepas layan tu doang bagi buah limau free
tapi orang bawah jelah dapat. aku tengok orang atas tingkat 2 3 4 just tgk je
tapi tanpa disangka-sangka, orang tarian singa tu dok hint2 pelik
kat orang atas

aku dah blank, pehal lak ni??
rupanya doang nak balik limau tu kat level atas
aku terus belah. gila wey. kalau dia baling kena kepala aku
aku baling balik kat dia, baling botol air terus
then orang tingkat lain toksah cerita la
berebut kau aku cakap. lawak plak tengok

obviously happening la. taw2 nak dekat pukul 4 setengah
aku pun blah balik sebab petang tu nak pergi pd plak
cuma masa tarian singa tu tadi, masa doang tengah perform

benda yang tak best jadi bila ada budak2 perempuan dok menjerit kat doang
kata

"wooii!! balikk laaa!"

benda ni dijerit banyak2 kali dan yang tak menahan tu

budak perempuan tu sebelah aku je
then aku pun menjarakkan sikit sebab tengok

dia and the geng dah macam hilang kawalan
sampai jerit and gelak2 kuat gila.

aku tataw nak kata apa,
supposely perkara macam tu tak jadilah kan
kalau kita racist pun, kita bukan dapat apa
orang cina dok nak beraya buat tarian singa tarian naga
biarkanlah. kita kan negara harmoni

dengan jerit gitu just memalukan lagi nampaknya
hopefully benda macam ni tak jadi lagilah
even aku taw, kebarangkalian untuk perkara macam ni
takde langsung adalah sangat mustahil

Wednesday, February 6, 2013

disiplin ni kena paksa baru menjadi

assalamualaikum
aku skang ni ada masok satu program ni
kiranya menjadi pelatih untuk satu company neh
pelatih yang diikat secara kontrak, kalau aku bagos dia serap
kalau aku tak bagos dia serap jugak, serap orang lain

sekarang ni aku ada training lagi untuk modul ke 2
ngantuk tak payah cerita la, kalau bagi bantal
memang aku sanggup berbelasahan nak dapatkan bantal itu. ecee

dalam aku menahan mata macam nak gila tadi
aku ada satu benda yang aku tertangkap jugak
kiranya aku ni fokus jugak wey, ha jangan main2

encik tu kata, orang jepun ni macam robot
sup sap sup sap buat kerja. pukul satu sharp stop
and sambung balik. kiranya doang ni macam ada button on off
so dia kagum la. aku pun kagum. kalaulah ngantok ni leh ada button on of
memang aku on je sentiasa. ehhh??

sebenarnya macam ni, apa yang aku leh kata
orang jepun ni disiplin dia tinggi tahap dewa
dannn encik tu kata jugak, orang malaysia ni
antara orang termalas. dan aku tak nafikan jugak
sebab aku taw aku pun malas dan korang pun malas an

macam ni, korang dengar sini
nak jadi macam orang jepun boleh. takde masalah
semuanya kena berpaksa, memang kena paksa tahap karma
macam contoh lah kan, aku suka amek contoh pasal aurat
mungkin sebab benda ni yang terdekat dengan aku kot

kalau orang tu freehair, dan dia nak mulakan dengan pakai tudung
takde masalah. tapi dia kena paksa diri dia
cuba jugak keluar rumah pakai tudung, pegy lantak orang nak cakap apa
mula2 kan kau akan kekok, orang ramai nampak pelik
orang akan pertikaikan. doang akan kata

"budak tu dapat hidayah ke?" 

"pergh bia btol"

dan macam2 lagi orang akan kata
masalahnya selama mana doang akan kata kan

okayh lepas dah 2 ke 3 bulan pakai tudung keluar tu
cuba kau bukak balik tudung tu. kekok tak kekok
aku berani jamin kekok. kenapa? sebab kau dah biasa pakai tudung
macam yang mula2 kau nak start pakai tudung kau kekok kan?
jadi the same thing goes to bila kau bukak balik
kau akan kekok, rasa nak balik umah pakai tudung saji je paling kokak pun

macam tu jugak disiplin
mula2 kau akan rasa poyo. bajet baik dan pekerja cemerlang
orang akan mengata, biasalah kan tu tapi berapa lama doang mengata
bila kau dah selalu buat masok kerja awal, buat kerja setel awal,
balik on time, tak lewat tak awal sangat tepat2 je kul 5 kan
lama2 doang diam gak sebab kau bukan buat jahat
kau just mendisiplinkan lagi diri tu

bila one day kau macam terlari sikit dari keadaan asal
kau akan rasa lain. rasa tak produktif. rasa macam tak sedap?
kenapa? sebab kau dah lari dari rutin asal kau

satu lagi halangan yang encik tu kata
malaysia ni majoriti suka delay2 time. 
rehat pukul 2, masok pukul 2 suku *terasa*
so kalau ada orang masok awal dari biasa. dia akan rasa dia bajet
padahal tak pun. susah jugak bila majoriti dah gitu kan

tapi kalau diri sendiri nak boleh jer.
aku rasa kalau semua rakyat malaysia ni berdisiplin
kita pun boleh maju la macam jepun.
lagi maju dari doang pun ada.
tapi nak maju pun, kat bahagian atas kenalah kurangkan korupsen
kbai.!

Tuesday, February 5, 2013

my face during exam


ngeh3. sangat-sanget betol. kalau pen tu lembik
memang dah terbelah lapan agaknya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...