Blogger Widgets ssssshhh...: July 2012

Sunday, July 29, 2012

ni pinjam je

bila mata nak buat maksiat
ingat weyhh ni bukan mata kita
ni hak Allah, kita just peminjam je

bila tangan nak membuat onar
ingat geng tu bukan tangan kita
tu hak Allah kita just 'pakai' je

bila mulut nak kata sesuatu yang tak baik
ingat dude mulut tu pun kita pinjam
mulut ni Allah punya, jadi ungkaplah benda baik2

bila telinga dok pakai untuk dengar benda yang tak sepatutnya
ingat dulu telinga tu siapa pemilikNya
lepas tu pikirlah balik nak buat ke tak

jangan menyesal bila barang yang dipinjam
diambil balik. salah kita kerana salah menggunakanya

jadi,
bila kita rasa nak buat sesuatu
yang tak sepatutnya dibuat
so gunalah barang2 yang bukan Allah punya

masalahnya ada ke????
tiada satu pun. jadi gunalah ia untuk perkara kebaikan
nak buat maksiat pergi planet lain
itupun kalau jumpa
sekian
assalamualaikum
aisshh malam ni payah plak mata aku nak lelap
by the way, aku memang macam tu
kalau tido dekat umah yang selain bukan umah aku
aku akan tak bape selesa
anak buah tido plak ganas macam rasaksa
so akulah merana

aniway sebenarnya aku ada banyak benda nak diluahkan
banyak gila weyhh. benda yang terperosok dalam hati ni
tapi tak boleh sebab blog ramai plak member taw
so ada lah limit2 tertentu yang dibuat

kalau takde orang taw
aku rasa sehari mau seratus post agaknya
takpelah pendam je sudah
lama2 nanty dah busuk buanglah
so apa susah. selamat lah selamat

Thursday, July 26, 2012

i wish i could...

i wish i could turn to my past and fix all the wrong did that i had done

its your choice


you can't change the environment
but you can learn how to adapt with it
that's the challenge
ignore it, face it or fight with it
its your choice

seriously tak kelakar

kalau orang dewasa tak puasa
tanpa sebab2 yang membolehkan mereka untuk tidak berpuasa
ia bukanlah sesuatu yang kelakar untuk digelakkan
ia adalah sesuatu yang memalukan
sebab budak kecik pun reti nak belajar puasa
sorry for the harsh word, just saying

Tuesday, July 24, 2012

kuatkanlah hati ni

assalamualaikum

selama mana aku hidup ni, macam2 benda jugak lah jumpa
Alhamdulillah, dalam masa 2 ke 3 bulan kebelakang ni
aku sedang berusaha untuk ke arah yang lebih ok
aku bagitaw lah based on pengalaman aku
bila kau dah biasa buat sesuatu yang dah jadi makanan harian
susah kau nak tinggalkan, memang kena kuat

aku pun terumbang ambing lagi
dulu aku jauh gak tersasar, yelah dok kampung tak tengok luar
bila kau dah biasa pakai baju adik2, seluar baby neh
then kau try nak change to the something new
susah. hati kena kuat, mata kena tahan
telinga kena pekakkan

tahan godaan benda2 baru yang berkaitan and lagi up to date
eceehh dulu rasa hot la pakai macam tu, orang tengok segala
tapi apa kita dapat??? aku pikir2 balik aku tak dapat apa
dosa terkumpul tak pergi mana. malu ngan Allah
Alhamdulillah, nasib baik aku tak free hair

then dekat facebook ramai plak dok share
pasal aurat lah apalah yang seangkatan dengannya
memula aku rasa macam entah, susah nak cakap

"asyik nak salahkan pompan je"
"macam lah orang laki tak salah"

then lama2 aku macam agak terfikir
sampai bila aku nak macam ni, aku cuba pelan2
sekali dapat kawan mulut laser pasal aurat neh,
lagi berdarah telinga aku kadang2.
takpelah yang penting tu peringatan dari Allah.

tapi betullah kan, kalau kita tak jaga
orang lain terlibat sama. jangan menidakkan kebenaran
cuma nafsu tu susah nak kawal
tipulah kalau aku takde rasa nak pakai lawa2
fancy2 clothes, smart jeans, tipu sangat kalau aku cakap takde
aku manusia biasa. lagi2 perempuan yang ada 9 nafsu
so ke arah melawa memang sangat tinggi.
bukan senang nak tahan tapi bukan mustahil
untuk ditahan

tapi takpelah. tak elok tabarruj neh
nanty jadi zaman jahiliah lak. kau nak melawa pun untuk sapa
tunggu pas dah akad nikah nanty
nak pakai rantai lori buat gelang pun lantaklah

cuma kadang2 tu hati terdetik, harapnya istiqamah
sebab aku hati tak kuat sangat. cepat tertangkap dengan apa orang cakap
aku selalu tengok dalam drama,
bila seseorang tu nak berubah ke arah yang lebih baik
akan ada suara yang macam memerli

aku tak percaya benda semua tu
tapi lepas dah alami baru aku paham
orang macam tu memang ada, so biakan je lah
at least dia tukang test kita punya keyakinan
makin kuat dia perli, kalau dapat tahan
makin kuatlah hati kita ni ye dak???

Insya Allah. aku sedang cuba ke arah lebih baik
aku cuma harap kuatlah hati ni. risau sebenarnya.
ok cukuplah.

Monday, July 23, 2012

kenangan ramadhan 1

assalamualaikum
diam tak diam dah nak masok ramadhan yang ke empat
kawan aku sebut romadhon, hohoho. memang slang abis.keh3
budak2 laie koba bulan poso yo. umum eh tak leh makan tak leh minum
so aku nak cakap selamat berpuasa, puasa penuh2 weyyy
ramadhan ni bukan selalu, setahun sekali, so jangan lepaskan

macam yang aku cakap haritu, aku banyak nak story kan
tapi semua story lepas2 yang aku nak cangkul balik
bila dah dewasa ni mana ada sory best meh
semua benda sekeliling berkaitan dengan kematangan
benda yang zaman budak2 tada dah

zaman2 kebudakan semua dah kebelakang
jadi kena cungkil sikit2 zaman dulu punya cerita'
untuk dikenang dan digelak ketawa sensorang
kau taknak gelak ha tu lantak kaulah
bia aku je gelak sorang

masa sebelum aku di pahat dekat serting
aku kuat main mercun, bukan kuat je
siap ada orang sponsor, tah mana abang2 aku dapat
stok mercun nak dekat 2 3 lori, aku taw perabeh je
mercun tu macam2 gaya aku buat, tapi seberani mana pun aku
meriam tak sentuh meh. tak berani pankreas den

aku tak sanggup raya dengan jari tinggal 8
yang tinggal 8 tu pun berbungkus simen
silap2 tinggal tapak je. huii simpang weyy tak sanggup aku

so ada sekali tu abang aku bagi thunderclap 3 batang

aku : apo sikit bona neh. bak lagi sikit aa. ni kang kojap dah abeh

abang aku : ehh kau ni cukuplah tu. aku nak simpan stok malam raya lak

aku : alaaa sikit na ni

abang aku : hoiii, kang aku bagitaw mak kang kau main mercun langsung apa pun tak dapat

aku : yelahhhhhhh...

abang aku : nah bunga api. kau main ni je lah nanty

aku : alaaa, ni je??? aduiii boleylaaaa dari tada

so aku dengan kawan aku peri geledah stor carik botol kicap
yelah ni nak buat tempat pelancaran
kang letak atas tanah tak naik mercun aku
tak caralah kalau meletup atas tanah
semangat aku carik last2 jumpa gak

so setelah berusaha mencari tapak pelancaran yang sesuai
aku pun letaklah botol kicap tu bebetol tengah padang
so aku bersemangatlah nyalakan mercun tebabit

entah angin kus2 mana hembus botol kicap aku
sekali botol kicap tu jatuh daa
then muncung dia menghadap masjid bawah bukit umah aku
time tu orang tengah semayang teraweh

aku : ah sudah!!!! poiee togak an balik weeyy. kang melotup lam masjid kang!!!!

kawan aku : ah tanak den dooo!!! kok tangan den melotup kang

aku : ah paghah laa niii...abeehhh laaa..den pun tak berani nak poie...

aku dengan kawan aku apa lagi
nak tegakkan botol kicap tu ta berani
apa yang mampu ialah lari 100 meter
nyorok belakang pokok kedondong

EEEIEEIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!! KEBOOOOMMMMM!!!!!!!

thunderclap tu rilek je menghala ke masjid tanpa rasa bersalah

aku : masaklah! confirm ada orang ngamuk sat g neh

tiba2.....?????

orang masjid : HOI!!!! SAPO MAIN MOGHOCUN NI HAAAA!!!! OGHANG NAK TERAWEHHH PUN TAK SONANG!! DEN DAPEK NANTY SIAP!!!!

hambek, orang masjid dah ngamuk
aku pun bijak sangat, yang pegi hala muncung botol dekar area masjid watpe
masak lah aku, so sebelum jadi apa2 yang tak sepatutnya
aku pun..........

aku : aiisehhh dah ngamukk.. jom balik weyh. baki ni main sok g lah

kawan aku : jomlah2..den dah sghoram neh. tak pasal yoo kang.moh copek weyhh

ni zaman dulu punya ceritaaa
korang jangan tak g teraweh ehh. pegy weyh
ni dulu aku tak matang lagi. pkir nak main mercun je taw je
skang tak main dah. tapi aku cakap dengan kau
best dow. hahhaa
ok cukuplah.
nanty aku update next story lagi pasal ramadhan :)

Sunday, July 22, 2012

bergolak

assalamualaikum
ha jarang aku jiwa kacau ni
sejak jadi penganggur berjaya macam nilah
hahaha aku ada banyak weyh nak story ngan kau
nanty aku update.askar ramai lak ha...

Friday, July 20, 2012

distance

The sun is filling up the room
And I can hear you dreaming
Do you feel the way I do right now?
I wish we would just give up
Cause the best part is falling
Call it anything but love

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And please don't stand so close to me
I'm having trouble breathing
I'm afraid of what you'll see right now
I give you everything I am
All my broken heart beats
Until I know you understand

And I will make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

And I keep waiting
For you to take me
You keep waiting
To save what we have

So I'll make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long can we keep this up, up, up?

Make sure to keep my distance
Say "I love you" when you're not listening
How long til we call this love, love, love?

singer : christina perry and jason mraz

Thursday, July 19, 2012

trend wayang malaysia

assalamualaikum
lama tak update blog, demam kura2 tangan aku
eiisshhh over sangat nyah. dulik lak aku kan
ha hari ni aku taknak cerita pasal diri sendiri
tu lain entry, boring dah aku syok sendiri kat blog *padahal suka*

hari ni aku nak cerita benda2 yang berlaku di malaysia
tak lah banyak pun nok, sebijik benda je nak mengarot
okeh jom kita mula cakap. so sapa nak start dulu???

aku lah kan. kan kan kan???

takkan kau sebab ni blog aku. hahaha dah cukup

aku ni sebenarnya dulu selalu gak tengok wayang
akak belanja, adik bawak mata je lee.tapi sekarang dah kurang
first sebab kebanyakan boleh download je
and the main reason aku dah kopak ni weyyy
kau hado??? tado kan

and aku tak paham kenapa cerita melayu ada trend??
kau paham tak apa aku nak sampaikan ni
ni bukanlah trend macam majalah Intrend. tada kaitan pun
aku silat gayung sensorang nanty

beberapa taun lepas, stok cite melayu semua cerita seram
dah lah tak seram, tak takut. tah apa lah hantu dia
banyak plak tu. sekali tayang sampai ada 2 3 filem nak dekat sama
penatlah. mana ada duit nak tengok.
so jadilah perompak cyber yang jelita.
kalau download mesti nyesal. kebanyakan tak best

tak payah lah buat cerita hantu, nak tengok sangat hantu
pergi lah spital ke, kubur ke, pajak gantung ke, eh salah2
masalahnya kebanyakan filem akan merepek
scene dia orang kena rasuk, pastu jerit2 macam hapa
mata merah2 macam sakit mata,
aku kalau gesek mata kekuat pun mata macam hantu
and the end!

semua benda yang sama.penat nyah
hantu mat rempit pun tak larat dah nak tengok

kedua, sekarang trend cerita samseng2, taiko2, and mafia
memula teruja lah kan, stunt sana sini
lompat sana sini, tergolek macam kucing, pergh terbaik
tapi bila dah lama2, semua jadi bosan
semua scene yang sama and jalan cerita yang sama

satu je aku nak cakap, doang punya plot ialah
penyesalan seseorang selepas mengharungi masa hitam
dalam alam samseng tu. nanty adalah scene menyesal
and bertaubat segala.

the point is masa scene macam gro layan2 gitu tu, gitu tu lahkan
whatever benda yang lebih kurang macam gitu ditayangkan
kau tak pelik ke??? matlamat tak menghalalkan cara
nak bagi mesej dalam filem boleh tapi bertempat
niat baik sekalipun ia takkan menghalalkan laki pompan
pegang2 apetah lagi berlakon sekatil. kita malaysia
bertempatlah untuk apa2 pun. seriusly tak elok pada aku untuk part tu

sekali keluar nak dekat 10 bijik agaknya filem yang sama ditanyangkan
kalau cakap macam ni, orang kata kita tak support filem malaysia
bukan tak support, the point is orang sekarang buat filem
sebab trend, and nak untung.kualiti???? boleh kira!

sapa cakap tada filem yang best, ada taw filem melayu best
nantylah aku fikir cerita apa yang best.
aku rasa maharaja lawak lagi layan. hahaha

pernah kan ada time filem komedi
taknak sebabong cerita komedi je plak kat gsc tgv mbo
hambekkk.aku ni memilih sikit

kalau nak sesuatu benda, aku nak sesuatu yang puas hati
takkan nak main amek je kan, so aku selalu tengok
english movies and mostly action and thriller is my favourite genre.
love story pun kadang2 la
movee doang tak membosankan, maybe sebab doang pandai
buat jalan cerita yang bagos, entahlahh aku tak pasti

ni adalah pengalaman aku masa rajin tengok wayang dulu
sekarang??? jarang2 dah sejak rasa dah besar neh
banyak nak pakai duit, beli tu beli ni

kalau akak or abang nak belanja tu lain cerita
adikmu yang jelita takkan menolaknya. hohoho

Tuesday, July 17, 2012

skp again???

assalamualaikum
what to expect, buat benda yang sama
and honestly speaking mungkin sebab dah kenal dari dulu
so tak kekok and semua berjalan dengan lancar
sampai bos2 lama cakap macam ni


situasi 1

aku : kak saba. rindulah! lama tak jumpa. hahahahaha

kak Saba : yelahtu. akak dengar cerita su nangis2 ea sebab lambat dapat skp

aku : hahaha mana ada kak! aduiiii fitnah tu

Kak Saba : akak terangkan dekat dia ni jelah. su tak payah. su taw kan

su : hahah pulak dah. wokeyh2!


situasi 2

aku : hai kak sham.

kak sham : eh su!! Ya Allah lama sangat tak nampak. su skp ke??

aku : aah..hehhee kat bio ni lah kak saba letak dulu.

(amboi kak sham sampai peluk2 aku. tekejut den.keh3.tacing2)


situasi 3

ana : kau buat apa sini su??? dah anta borang lum????

aku : borang mendeknye.aku dapat dah. saja klentong kau cakap tak anta lagi.
so kalau aku dapat skp tu yang aku nak surprise an ko. sweet kan aku

ana : KAU MEMANGGG!!!!

(lagi sorang boss peluk den. umang aii..tacing di buek eh)


situasi 4

bro xyz : ehhhhh??? kau??? ada lagi..bila nak abeh belaja neh

aku : abeh dah bang. skang tengah tunggu result je ha. (dia macam expect aku super senior je, eh tak okeng)

bro xyz : pulak dah.. hahhaaah so kau kat sini la.

aku : yupp hahha. (dalam hati, apalah nama brader ni. muka taw tapi nama aku tataw)


hahhaa macam2 lah weyh. nak tulih tak larat. banyak plak nama kan. overall untuk first day everything run smoothly. k nak tido, penat. selamat malam. selamat la selamat

Friday, July 13, 2012

claustrophobia

assalamualaikum
ni bukanlah tajuk movee baru akan datang di wayang
mahupun tajuk telemovee raya tv3, salah tekaan korang
tak payah teka tak suruh pun, aku suruh baca je
so baca lah bawah tu. heee

semalam ada satu cerita dekat astro
aku lepas online then memalam lepas pukul 11
memang time aku plak ngadap tb sensorang
feeling sikit untuk bermaharajalela dan
bebas dari perebutankuasa antara dua benua kerana berebut wilayah remote
, tapi kalau aku tengok cerita horror or thriller
aku akan make sure mak aku ada sebelah
so sistem keselamatan negara aku memang tinggi lah kan

asal takut je confirm aku melompat sebelah mak aku

"apo kono kau ni su,, tokojut mak aa" mak aku membeliakkan matanya

"owhh saje je, suke2" aku ngelak

"poielah tido, tak aman lah den ha. nengok cito antu tapi penakut"
mem besar bagi ucapan perasmian

"hehehe sat g mak, sat g" kata aku

hari tu ada cerita baik punya, tajuk DEVIL
mungkin korang dah tengok tapi aku peduli lak kan
then usha info, uii macam baik neh. kena layan

"abah, jom tengok cito antu jap g" aku ngayat

"maleh lah. abah nak tido.besok banyak hal"
sopan abah aku menidakkan serangan halus aku

"masaklah aku tengok sorang" aku berbisik dalam kamar hati
pankreas aku dah menggigil kecut

aku review laa sikit, kang nangis plak kalau tak cite
ada 5 orang yang tak berkaitan langsung, tua muda laki pompan hitam putih
stuck dalam lift sebab ada hantu buat
aku rasa hantu tu takde keje kot, banyak lagi benda nak main kan
asal lampu padam sorang mati, macam lampu lak berantu kan
last2 sorang je hidup. the end. aku tarik selimut, selubung sampai pagi

aku dah pucat, cerita tu tak seram pun
best tapi jalan cerita tu agak merebondingkan bulu roma aku 2 3 helai
doang stuck dalam lift, meh sini aku memanja sikit dengan korang
aku adalah claustrophobia, apakah itu????
aku jugak nak kena bagitaw. pemalas tahap otroman,
takot tempat sempit lah

pernah bos aku suruh fotostat kat tingkat 1, tempat keja tingkat 5
masa kat tingkat 2 kalau semua orang turun
aku pun keluar sekali, and turun tingkat 1 pakai tangga
takde aku stay dalam lif sorang der, buatnya stuck ke.
bajet adalah orang selamatkan??? aku rasa dah koma dalam tu
takot nyer pasal kalau sorang2

masa nak naik balik tingkat 5, takda sorang pun naik lif
kepala aku dah pikir macam2, kalau buat soalan math
siaplah 100 latihan sebab otak aku punyalah bekerja time tuh
tah apekebenda lah kan
sanggup aku menapak naik tangga sampai tingkat 5 wey
daripada stuck dalam lif, aku selalu pikir lif tu rosak bila aku naik
sighh kepala dah tak betul. banyak makan nestum

then kawan aku pernah suh anta barang dekat tingkat 10 umah member aku

"weyyy kena naik lif ke???" aku bertanya soalan pra tadika

"taklah ada eskalator tu ha, nampak bawah tu.
apa kau ni, mestilah naik lif
abiss, kau nak menapak ke naik tangga??? ha naiklah kalau larat"

"weyy lif dia macam menakutkan je" aku bagi hint nak dia teman

"aku sepak kau kang, banyak bunyii naik jee. aku tunggu kat kete.cepat"
kawan aku bersajak manja

"ceh, mengarah je taw. aku pancitkan kete kau nanty"

lama gila aku pandang lif, dah la malam pukul 11
masaklah aku. memang jadi telur goreng tepung la sat g ni
lif dia semacam je. kalau ada orang lain takpe
kalau sorang ni yang rasa lemah otot dow. dah terbayang lif rosak
heyy lah kepala. pikirlah benda lain jangan mengarot lah time2 gini
aku berborak dengan kepala aku yang dah pusing2 roundabout

nak tak nak kena naik lif, masa kat dalam tu
hahaha nak nangis la weyyyy. aku berdoa supaya tak jadi apa2
and aku baca je apa2. aku takleh pikir.
yang aku taw aku memang takoooott. senget
perangai sapa aku dapat pun tataw. kena cek balik ni tanya mak aku

masa turun tu ingat nak berlari kat tangga
tapi dalam cerita hantu kat tb selalu sangat orang terserempak
adik2, akak2, abang2 kat tangga main2 pastu ikot
padan muka tengoklah lagi cerita hantu. lain kali tengok oasis

"lif pun lif lah" dalam lif aku dok merapat kebelakang
so nampak depan, sampai je bawah aku berlari pegy kat kete

"apehal kau marathon ni, sakit apa" kawan aku pelik

"aku buat regangan.diamlah. jom balik"

jangan harap aku akan naik lif sorang2 lagi
lepas ni memang aku drag je sesapa dengan aku
kalau aku sorang2 aku sanggup menapak naik tangga
tapi kalau tingkat 20 memang aku tunggu
sampai ada sesiapa yang budiman naik sekali
yelah kalau tingkat 20 naik tangga, memang anorexia aku 5 tahun
kebanyakan mangsa aku ialah lif, ramai2 aku okay
bila dah sorang2 tu ha mulalah meraban santan dalam tu

anugerah ni meh, semua orang ada kelebihan dan
kurang kurangan mereka an. so ni one of my kurang terkurang
eh dah la nak bla.haha

kalau takdaaaa

assalamualaikum
tawakal je lah yang boleh dibuat skang ni
mood lagu sheila on 7,, berhenti berharap.hihi
kalau ada, ada lah. kalau takda

emm kalau takda

kalau takda...

kalau takda...

kalau takda...

kita adakan.. dah la carik lain lah

Wednesday, July 11, 2012

jangan sampai tak sempat

assalamualaikum
kadang2 rasa macam malas dah nak berblogging
maybe sebab makin takde idea and aku perlu rehat dulu
untuk beberapa waktu ketika sebelum datang idea yang
lebih baik dan bernas untuk dibentangkan??
mungkin jua siapa taw kan sebab kita semua bukan robot
ah cukuplah dengan mukaddimah yang meleret lagi membosankan
sebab kalau aku rasa nak merepek, ke blog ni juga aku muntahkan :)

dalam diam kita mengira hari, waktu berjalan
sesaat tiada henti, tidak pula tercepat tidak pula terkurang
hari berganti minggu
minggu berganti bulan,
bulan berganti tahun
dari tahun ke tahun seperti tiada bezanya
cuma terkadang rasa cepat masa berlalu

tanpa sedari seperti semalam baru bermain baling tin
dengan rakan sejiran, berlari kerana tidak puas hati
ah budak2, apa yang dipikirkan. main main dan main
seperti semua berlaku semalam, indah dan aman
tiada masalah yang hendak difikirkan

hari ni sudah dewasa kalian semua
ada yang sudah mempunyai zuriat dan keluarga
ada yang terkial-kial membina tapak mencari sesuap nasi
ada yang masih memerah otak untuk keputusan peperiksaan

dan tanpa kita sedari, semuanya makin dijamah usia
tahun demi tahun, hari lahir sentiasa diraikan
sebagai tanda pertambahan umur seseorang
sedangkan kedatangan hari lahir bermakna
makin kuranglah umur semua kalian,

makin kurang umur bermakna makin jauhlah kita
dengan masa lalu dan tetapi
makin dekatlah kita dengan kematian
berapa kerat yang bersedia menghadapi kematian??

berapa kerat yang menimba amal untuk bekalan
di dunia yang satu lagi???
berapa kerat yang mengambil kisah untuk menimba pahala
sebagai hadiah dan perisai di akhirat kelak???
berapa ramai??

barangkali semua tahu, tetapi mengambil keputusan
membuat tidak tahu, kerana dunia lebih penting nampaknya kan
janganlah apabila nyawa sudah di tenggorok
baru menangis menyesal semahunya
kerana pada waktu itu, menangis air mata darah pun
semua sudah terlambat

mati itu pasti, selagi hayat dikandung badan
buatlah amal sebanyak boleh. Insya Allah

Tuesday, July 10, 2012

dan syaitan pun bertepuk tangan gembira

assalamualaikum
cukup 3 hari seseorang itu taknak bercakap dengan kawannya
maka syaitan pun bergembira sebab berjaya memutuskan
tali silaturahim sesama umat Islam
so pilih???
ego yang tinggi hingga membawa kepada kemenangan cik tan
atau rendahkan ego tu dan bertegurlah sesama Islam
tak rugi der..cayalah

Monday, July 9, 2012

peristiwa subuh

assalamualaikum
masa aku tengah sedap tekak edit playlist dekat player aku
then aku terjumpa satu lagu, pernah dengar "peristiwa subuh"
lagu ni best dow, legend. sapa yang taw masa album first Raihan
launch dulu mesti taw pasal lagu ni

tapi aku bukan nak cerita pasal lagu
sebab aku rasa korang pun bukan nak dengar
aku nak cerita satu benda tapi tak banyak pun benda
so kalau lagu terkeluar dekat radio
aku mesti gelak sorang, gila apa kan dengar lagu ni nasyid gelak2
sebab ada story pasal lagu ni

dulu kan aku dok asrama luar, aku dok serting, melaka dengan segamat
sumpah tak tipu, serting paling best. melaka second then segamat
serting memang legend even takde line maxis kat situ
senior aku carik line sampai panjat meja la

ada bilik lain sampai panjat locker kau
asal mesej masok, amek phone reply then letak balik kat tingkap
tunggu dua tiga minit, mesej masok amek balas
sapa yang kental memang berejam la atas meja dengan locker
sebab tu aku cakap legend, tapi ni nak cerita lain benanya

biasalah aku kan suka melalut merepek termelencong
masa kat asrama sekolah kau kena bangun awal dow
nak selamat 5.30, aku selalu 5.45 la time bangun
nak cop shower punya pasal, kang beratur semak oo
tapi bangun 5.45 pun badan je bangun, kepala kat bantal lagi
heee standard la tak pernah dok asrama kan, tapi lelama ok

then lepas aku dah bangun, aku kena kejot yang lain2 plak
pelik kan, tak sangka aku yang kejut orang
tapi kat melaka orang plak kejut aku, aiishhhh
ada sorang housemate aku, payah gila nak bangun
macam2 cara aku buat weyyyy

jerit2 kat kepala dia

goncang2 badan dia

lompat2 atas katil dia

tarik selimut dia

ikotkan hati nak je pinjam speaker masjid letak kat telinga dia

last2 aku dapat idea, aku tak kacau dah
lepas aku bangun, then nak kejut budak2 bilik
aku pegy nyanyi kuat2 lagu Raihan ni, jangan kata bilik aku
bilik sebelah pun bangun aku rasa, suara aku sedap meh
tapi perempuan je boleh dengar, haha

lama2 budak bilik aku tension, biokan doang tension
senang kerja aku nak kejot orang

"taboh berbunyi, gemparkan alam sunyi
berkumandang suara Azan, mendayu memecah sepi
selang seli sahutan ayam....oooo"

"yelaaaa..orang bangun lah nehhh..hadoii"

"kehkehkeh"

memula aku akan kejot macam biasa
kalau tak bangun baru aku nyanyi lagu ni
sebab tu aku gelak sensorang bila ingat balik
lawak gila dow.haha oh sertingg.rindu la seyhh

enam bulan pertama dok asrama
setengah mati aku homesick sampai pening kepala mak aku
sekarang rindu dah aku kat life sana.haiseyymann

stop crying your heart out


Hold up
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone

May your smile (may your smile)
Shine on (shine on)
Don't be scared (don't be scared)
Your destiny may keep you warm

chorus:
Cos all of the stars
Are fading away
Just try not to worry
You'll see them some day
Take what you need
And be on your way
And stop crying your heart out

Get up (get up)
Come on (come on)
Why're you scared? (I'm not scared)
You'll never change
What's been and gone

(chorus 2x)

We're all of us stars
We're fading away
Just try not to worry
You'll see us some day
Just take what you need
And be on your way
And stop crying your heart out
Stop crying your heart out
Stop crying your heart out

perform by : oasis

Saturday, July 7, 2012

bye The Team!


disebabkan german dah kalah and euro pun dah abes
so aku pun remove lah header blog aku yang legend tu
takpe world cup 2014 plak pasni,
bosan plak takde bola, kalau tak hujung minggu layan2 la gak
tunggu EPL je le..

Thursday, July 5, 2012

aku pun tunggang terbalik lagi

assalamulaikum, weyy hari ni aku nak bercerita sikit
sebenarnya aku ada banyak benda nak dilemparkan
tapi disebabkan aku ni bukan sotong mahupun
apa sahaja benda yang bertangan lebih daripada lapan
jadi aku post sikit2 je lah, kau pun skip2 kan baca
macam tataw kau neh

aku rasa kalau orang yang memang follow blog mesti
taw sikit tak banyak pasal life aku
aku ada anak buah yang beza 3 4 tahun je untuk yang paling close
kirakan doang la lahir awal, aku mantain muda
hee

then semalam salah sorang anak buah aku call nangis2
aku macam pelik dah

"apahal budak ni, homesick plak ke? ke sawan?"

risau dah aku. then aku angkat lah call dia

"bucu, sebelum tu ni no maxis ke DG??"

"DG lah, kenapa??"

"kita call pakai phone opahlah sebab opah maxis"

"ek eleh sempat lagi kira2..cet"

lepas tu aku pun bergayutlah dengan dia
setengah jam jugaklah gayut tapi aku okay
sebab aku jenis memang dah biasa cakap kat phone
lelama. masa super saver pernah straight
dari pukul 12 sampai nak dekat pukul 6, tu dulu la masa dip
gosip dengan kawan2 lama tapi tu dulu punya celita maa
eh dah meraban.solly2

then dia mengadu dekat aku, dia cakap kawan2 dia
ramai tinggalkan dia sebab doang dah ada commitment
if you know what i mean, ala budak2 baru nak up kan
kapel la apa lagi. macam kau tataw nyah

then dia rasa sorang2 and lonely gila
kiri kanan orang berkepit, dia bukan jeles
tapi bila kawan baik dia sendiri tinggalkan dia
sentap la budak ni kan, apa lagi

then dia mintak nasihat aku, aku pun tertonggeng tonggeng
lagi nak cari haluan hidup, then aku kata kat dia satu je

"kak, kau ingat mama jelah. then setel. bukan budak2 ni yang bagi kau duit,
mama kau yang bengkok cari duit belanja kau semua, kawan2 kau tu lantak la,
carik kawan yang nak belajar sama2, bukan kawan yang nak down kan kau. paham"

"paham bucu"

baru part 2 dah macam2 hal. tapi standardlah kan
budak baru nak tengok dunia luar memang culture shock sikit
aku pun memula culture shock gak kat melaka
baru tengok dunia meh, nasib baik kenal dengan kawan2
yang banyak membantu aku belajar. fuuhhh

dan sepanjang pemerhatian aku
orang yang kapel masa diploma ni, tak kekal lama
ini yang aku nampak, ada je kawan aku yang sampai sekarang mantain
tapi memang banyak lah masalah kan, gaduh lah apalah
kebanyakan yang kapel masa diploma tu

hanyalah membuang masa, thats my point
setuju atau tak, dulik apa aku.hahaa.bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...