Blogger Widgets ssssshhh...: January 2011

Sunday, January 30, 2011

wow!

skang neh aku dah selamat sampai umah,,malam semalam aku sampai.mengada ngada tol kawan aku sekor tuh nak gerak memalam.hahahah then dengan sepenuh tenaga lah aku try online sebab kat umah aku ni payah nak mati nak dapat line.macam nak carik apa je.then tadi kan kawan aku bgtaw yang segamat dah start banjir,,owh banjir.ehh banjir!!! bia betol!! macam mana nak g klas, macam mane nak g makan.macam mana nak wat sume segala keje?? gila ahh.kalau bebetol banjir.mesti uitm segamat extend cuti punye.heheheh. aishhh teruk gile aku pikir nak cuti je.cube bayangkan umah aku tenggelam.weyy tak sanggup dey aku nak bersihkan umah tu.lumpur sume segala.tolong la jangan banjir plesee,,if banjir pun janganlah naik air sampai umah aku.huuummmmm camno neh?? tapikan macam cool je g uitm naik boat.hahhahaha pastu yang reti berenang g uitm buat kuak kupu2! hehehehhe

Saturday, January 29, 2011

puasssss

semalam aku g karok dengan housemate aku.halamak aku cakap dengan ko puas gile!! dengan ela sarah n johainni.time tuh nak g hantar naik bas.then karok sekali kat sana dengan dia.memang terbaik dari ladang aku cakaap dengan kau.sume amek lagu yang high note n memang puas dapat balun lagu tuh.mase pas kua dari tempat tuh sume muke lege nak mati.besttt dapat jerit2 tanpa rasa malu dan besalah n aku memang suke!!! next time memang kitorang punye port dah bepindah.meaning karok kat situ je.murah pun leh tahan lahhh.nak hidup kan.aku tacinggg,,doang cakap aku nyanyi lagu meet uncle husin sedap.tacing nak nangis neh.aku pun memang puas lak dapat jerit lagu tuh.huiiii memang terbaik dari ladang beb.hehehehehe korang nak join tak??? moh la datang segamat neh. ha lupe nak cakap ni kalau hujan tek benti lagi 2 3 hari segamat neh banjir wa cakap lu.cool gile kan.hehhehehe

Thursday, January 27, 2011

left or right?

dalam dunia ni manusia ada bermacam macam kan.ingat tak aku penah cakap dulu n semua orang ada akal n fikiran.so macam2 bnda boleh pikir sampai kadang2 terfikir sesuatu yang tak terjangkau dek akal.apa yang penting kene seimbang bila kita buat sesuatu perkara tuh.sesuatu perkara tu tak boleh kita nak tumpukan kat situ je sebab banyak lagi bnda yang nak kene pkir.takkan ada orang yang akan denga sebab dia akan counter back balik dengan alasan2 tertentu n lebih memihak kepada sesuatu.jadi pendamkan je lah dalam hati n simpan diam2 sebab tak sapa yang akan paham.memang tak akan ada sape2!

Wednesday, January 26, 2011

happy birthday johainni kamaruzaman :)

selamat hari jadi yang ke 22 buat housemate merangkap budak bilik aku kat segamat neh.hahaha semoga panjang umur n makin dimurahkan rezeki kay.soory if aku terbuat salah ke hapa kay.aku memang kuat menganjing orang n ko selalu gila kene dengan aku sebab ko kan takde perasaan.hahahaha jangan marah nanty cepat tua.tc :)

Sunday, January 23, 2011

when youu happy

sepatotnya kitorang tengok hidustan semalam tapi agak mengantuk lak, so ttup tb.ela cakap nak tengok cite melayu yang kelaka.so aku try persuade die tengok geng surau.cite tu aku dah promote dulu kan.heheh baru bukak first episode die dah gelak setengah mati.suke aku tengok.pastu oggy dengan jo plak layan sekali.even doang stat lambat tapi doang layan sampai abes.aku suke bile tengok doang gelak dekah2 gila besar.happy dow.just sarah je tak balik g time tuh n bile sarah sampai umah die dah letih lak.takpe turn aku nak persuade sarah akan datang tak lama lagi.so wat masa ni aku bejaya jugak ajak doang tengok sekali.heheheh

ungkapan emas

masa keluar dengan kengkawan aku semalam, aku ada dengar satu ungkapan yang menyentuh perasaan jugaklah, lebih kurang macam neh kawan aku cakap

"duit tu anugerah Tuhan, bila da lebih kita share2 la sama2.bukan boleh bawak masok kubur pun" :)

speechless??? hahahaha..love all those words and its meaning (",)

Saturday, January 22, 2011

gelandangan

semalam aku merantau hampir tiga buah negeri, semata mata nak buat surat penangguhan ptptn.bangun je pagi aku tengok aku dah dekat bandar melaka.semua kengkawan dah pergi kelas.aku dengan cha blank kejap sebab tak taw nak buat apa dekat rumah orang.so kitorang layan la tb atau apa2 je yang boleh di layan.rumah doang best macam rumah pangsa tapi tak crowded la.dapat la lepak kejap dengan member2 lama semua.syaz qiqi zu then jumpa kawan baru.sarah.lepas dah makan jumpa plak jastina.aiseyymann rasa macam dekat lendu sangat.mase shoot pegy lendu banyak gile perubahan yang aku nampak.bangunan dah banyak, cantik2 n bebudak dia pun ramai yang muke matured gila babas dow.aisshhh.qiqi ngan cha yang banyak tolong aku masa dekat lendu.tqq weyy.pas setel je surat2 tuh aku shoot pegy seremban lak

masa dekat seremban suppose aku naik ktm.cha nak ajar sebab aku memang tak penah pun naik ktm.loser kan.ah lantak le.diri aku bukan diri korang.masa usha tiket aiseymann lambat sangat la.nak dekat pukul 7 baru dapat naik.so aku usha trans.seb baik ada pukul 6.30.so aku naik je bas.kempunan jugak tak dapat naik ktm.masa tu baru pukul 4.so qiqi dengan cha tak bagi aku tunggu 2 jam sebab doang cakap bahaya.even aku dah besar, umur dah stok leh jadi tunang orang tapi sebabkan fizikal aku kinit bak kata insyirah, so doang bawak aku jenjalan pegy jusco semban 2.aiseyymann rasa macam jalan ngan akak sangat.doang caring gile n aku tacing.dekat jj ada hot fm plak masa aku sampai tuh.tapi doang tengah ada game show.so malas nak layan kitorang jenjalan dalam tuh sampai nak dekat pukul 6.pastu qiqi antar aku balik kat stesen bas.jadi bermulalah perjalanan aku ke negeri yang ke 3 iaitu johor bumi kenyalang.hahahah bodoo aku memain

masa dekat dalam bas naseb aku tak bape baik sebab dapat seat sebelah mamat mana tah.mulut die becok abes.serius aku tensen sebab dia dok tanye tu tanye ni.so aku jawab sepatah then buat2 tak dengar.sombong tak layan pun tak sebab aku memang ngantuk nak mampos then nak tido tak boleh.bahaya kan.buatnya die sauk wallet aku ke, aku agak je la.yelah kita bukan kenal orang pun.nyesal tak bawak mp3 sekali.bosan nak mati aku dekat dalam bas tu.2 jam lebih duduk macam orang gila.so masa sampai segamat tuh, aku bersyukur gile.aku macam takut if tersalah naik bas ke, kang terpegy singapore ke.pape tah otak aku time tuh.sampai je segamat n 10 minit kendian, oggy n the geng pun sampai.then pegy makan sebab perut aku pun macam nak meletop je time tuh.tu sajalah perjalanan aku untuk setengah hari semalam.cool abes

macam tu lah hidup kita kat dunia ni, kita ni macam perantau or gelandangan.nak taw apa tu gelandangan, korang bukak kamus kay.memula kita akan start kat starting point which is kita dilahirkan.macam tadi aku start dari melaka n misi aku nak dapatkan surat pengesahan.apa misi kita dekat dunia neh.kita nak capai cita2 supaya berjaya dunia akhirat.kita ni adalah gelandangan dekat atas muka bumi ni.tengok diri sendiri macam mana kita manage diri kita supaya capai tak cita2 yang kita impikan.dalam text kat atas tu aku berjaya dapatkan surat.so korang adaptlah bnda tuh dalam kehidupan.then aku berjaya pun sebab atas bantuan rakan2.so kat atas dunia ni pun macam tu.kita tak berseorangan.kita ada ramai orang kat sekeliling yang boleh membantu kita berjaya dan sebaliknya.kita sendiri je kene pandai pilih.fikir fikirkanlah

Wednesday, January 19, 2011

macam mana dengan kita

semalam aku pergi kelas dengan housemate aku.biasalah aku kalau masok dalam kereta port aku mesti belah tengah punye.aku suke kalau aircond tu direct tepat kat muka aku.huii macam kat heaven sangat.ah aku bukan nak cer sal tu.tapi kalau dah kelas pepagi buta neh, paleotak aku pun tengah nak loading lagikan, so aku pun duduk la tepi.otw g uitm neh lalu rumah kampung n lalu hutan.so aku suke tengok sebab kepala otak aku lapang la skit sebelom masok kelas.mase aku tengah dok usha rumah2 dekat tepi jalan tuh, aku nampak something yang bebetol menyayat hati.aishhh aku nampak ada sorang makcik tua duduk atas kerusi roda termenung je pandang langit.dekat sebelah dia ada sorang budak laki temankan dia.makcik tu kan tapi aku rasa die nenek la.nenek tu kan termenung jauh sangat.dari air muka die dah boleh nampak.even sekejap tapi aku macam leh agak yang die nampak sedey je weh.cuba korang bayangkan pagi2 limun bangun takda orang n sakit sane sini.aku tacing tengok nenek tuh.macam mana la dia skang wey.aku ni suka pikir jauh sikit.kat sini aku bukan nak cakap apa, situasi yang sebenar nenek tu pun kita tataw kan.aku just terbayang kalau kita dah tua2 nanty macam mana la agaknya nasib kita kan.terbela ke tak agaknya.takpelah ni just pendapat aku je.pendapat korang mungkin lain sikit ye dak.hehehe selamat berthaipusam kay

i'll be back

i'm on my way to my own track.huii tak saba nak balik ke jalan yang lama.search punye search akhirnya aku jumpa balik jalan dulu.skang just tinggal nak lalu je and hope kite jumpe lagi kat hujung jalan kay..

Monday, January 17, 2011

common things

it's normal when you have a little dispute in your life.its depend on how you manage and settle down every single things that happen.apa?? broken englishh? eh sukahati nenek aku la.learn from mistake ye.aku tgah try sebaik mungkin nak speaking and write in english.dalam sakit sape yang taw.jomlah kite beramai ramai simpan menyimpan kay.hahahaha whatever lah.aku baru pas tengok drama kat tb tadi,so terikot ikot sikit.dah kata bebudak.tu yang cepat tepengaruh tuh.heee..so nasehat aku, janganlah tepengaruh dengan drama tb okay.nanty rosak akal macam aku.hahahha papeje laaaaaa sayangggggg

regret

hari ini sekarang ini dan pada masa ini aku tetiba terfikir.sem lepas aku banyak sia siakan peluang yang mendatang.peluang depan mata n rezeki sume kat depan mata la senang cakap.cuma tinggal aku je hulurkan tangan untuk mencapai apa yang dah terhidang dekat depan mata tapi apa yang aku buat? aku abaikan semuanya.aku ikot hati.ececece macam penceramah dah neh.takpe.lantakla kau nak cakap apa pun.ikot hati mati, ikot rasa binasa n skang ikot aku so padan la muka kan..dalam hal ni takda sesape yang salah melainkan aku.tak pandai manage diri sendiri.ayat macam biasa.sukati limpa aku le.bermadah madah lak aku malam ni kan dah name pun blog aku kan.hehehehe mari mulakan semuanya semula.cuba terapkan balik gaya hidup diploma.wish me luck!

Sunday, January 16, 2011

?????????


LIFE IS SHORT SO MAKE IT SWEET :)


SMILE ALWAYS
FORGET THE PAST AND PLAN FOR THE FUTURE

Saturday, January 15, 2011

banana fruits two time

hahahah saje je aku translate sebijik jibik jadi english,eh sukati la.blog aku kan.lebihla baek kalau kite amek langkah berjaga jaga sikit kan.takut jugak kalau2 banana fruit two time.kalau pokok pisang betol2 bebuah due kali takpe gak tapi ni perumpamaan sahaja okaaayyyyy

OMG!

wekend aku kali ni aku penuhi dekat segamat.ecececce ayat aku ni tak menahan kan.aku sume nye tak menahan.arghh merepek suday.then tadi g pasar malam kat sini.even aku dah lame kat sini, aku baru taw kat sini ada pasar malam.hahahah looser gile seyh.ingat tadi nak rembat t shirt barang sehelai due tapi tulah kan, masa amat mencemburui kita.aisehhh ayat aku ni puitis sangat.macam sucks je.pas puas jenjalan mase balik umah kitorang telah terjumpa sesuatu perkara yang amat mengejutkan.weiii pintu rumah terbukak weyyy..ko paham tak weyyy..ko denga tak ni weyyyy.cuak weyyy.perut usus limpa sume shaking masa sarah bgtaw.sioll la.kitorang memang dah double check mase sebelum kua tadi.pintu memang dah dipastikan kunci dengan jayanya.adoii siyesss memang goyang gile tapi aku cool dow.so kene relaxxx.padahal jantung macam nak meletop masa story mory tadi..arrgghhhh.aku kalau hantu nak kacau tu lantak die la tapi kalau ni kerja orang masak la kitorangggg weyyy..

Friday, January 14, 2011

tolong ingatkan aku

aku belajar banyak benda kat sini, banyak sangat! tak tercakap aku dekat sini sebab bile aku nak coretkan apa yang aku nak cakap memang susah.umang aiii gedik lak aii ayat aku.macam sasterawan negara dah.hahaha.first thing yang aku belajar ialah kene balajar menerima sesuatu dengan seadanya.maksud aku kita jangan membenci sesuatu perkara tu dengan teramatnya sebab nanty benda tu kita akan suke balik.pecaya la weyy.memang jadi aku cakap dengan kau.dulu aku benci gile dengan sorang kawan aku neh,kenal dari kecik n belagak nak mampos.huii aku tak boleh terima betul aku perangai macam tu tapi skang neh, die la salah sorang kawan rapat aku.sengalkan.hahahhaha cesss.second aku bengang tol lagu ana raffali yang menang sebab pada aku ada ramai lagi yang layak yang boleh menang.faizal tahir mantap kot.superman malaysia lagi.tapi time aku tengah membebel nak mengayat kat blogg neh, aku tengah dengar lagu tolong ingatkan aku.hahahha senang cakap padan la muke aku.memang patot pun kena.banyak lagi yang aku dah belajar tapi aku share sikit2 la senang cakap.yang lelain tuh aku share bile aku dah ready nanty kay..banyak lagi aku nak mengayat korang dekat blog neh tapi later la ye.idea tak datang aa plak.sat aku nak g carik mane idea neh g menyorok.cauuuu

info for you 3



Two (02) glass of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glasses of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke or heart attack



Thursday, January 13, 2011

i need time

my heart feel to explode.when you cry, you will release all the burden in your head and i just done it.hahhaha tensen belaja tensen homesick.ahh!!! sume nak tensen.saba2,,nak pandai bukan senang n nak bodoh bukan susah.diri sendiri je tentukan nak yang mana satu kan..gedik la ko nak homesick bagai.camno neh??

Tuesday, January 11, 2011

kalau la,,,


kalau lah benda tu bebetul jadi dan disahkan dengan jayanya, aku pun akan angkat kaki tanpa waswas dan buat haluan aku sendiri.aku akan buat apa yang aku nak buat dan buat apa yang aku dah tetapkan untuk tahun neh.aku sedar langkah yang telah di ambil neh mempunyai banyak risiko tapi hidup mana yang takda risiko kan.aku juga takan berpaling lagi ke belakang.(kalau anjing kejar lagi ah laju aku lari)..hahhaa

sargil lagi

letih gile baru balik dari sagil, ko taw tak sagil tu ape? tu tempat mandi manda dow.lebih kurang ulu bendul tapi lagi best la.dalam nak mampos tempat tu.bebudak ni masuk tak kua2 la.hahaha.ada air terjun.dah explore skit tempat tu.masuk petang tadi dah due kali aku g sane.aku ikot bebudak ni g.sekali sekala layan gak berendam lam air terjun neh.ececece rasa macam puteri gunung ledang sangat time2 main air kat tepi tu.tapi leh ke jadi puteri gunung ledang, takat puteri gunung angsi boleh la kot..hahha then tadi sejuk gile babas sebab baru lepas hujan kan.kalau tadi panas terik memang layan aku cakap ngan kau.nak tengok gamba?? hahahah gamba takdela.lom amek lagi.if dah dapat aku upload masok sini k.itupun kalau ingat la.memula aku tanak mandi,sekali kena campak dekat tempat dalam.memang macam nak mati aku rase.aku tarik je tangan sesape yang aku sempat sauk.sian syra,hahaha memula die nak bawak aku.sekali dengan aku dengan die nak tenggelam.hihihi best gile.sok2 aku bawak korang plak ye.itupun kalau aku ingat jalan aa

Monday, January 10, 2011

info for you 2 (humor part)

just now i login to my email and found something interesting to share. for me it is quite fun and and now, i wanna share this with u :)

A man was driving when a traffic camera flashed. He thought his picture was taken for exceeding the speed limit, even though he knew he was not speeding.
Just to be sure, he went around the block and passed the same spot, driving even more slowly, but again the camera flashed.
He thought this was quite funny, so he slowed down even further as he drove past the area, but
the traffic camera flashed yet again.
He tried a fourth time with the same result.
The fifth time he was laughing when the camera flashed as he rolled past at a snail's pace.
Two weeks later, he got five traffic fine letters in the mail for driving without a seat belt...! hahahhahaaa

hehuhahi

i just need my laptop with the cute broadband, my phone that at least have one ringgit in it and my mp3 that fully charged!! i can survive alone with this things!! :) one thing that i want to write is i'm happy with my friends.my classmates and my housemates.there are very good people.u will know once u be their friends. i owe so many things to you guys.dunno what to say

Sunday, January 9, 2011

i'm home****

dah bepuluh tahun tak penah rase homesick even kat melaka pun tak rase apetah lagi sem lepas tapi dis sem?? macam nak mati aku rindu nak balik umah

crawling

serusly dis sem rase sakit gile, pape makin tough.paper dulu pun banyak cukup2 makan je.rase mcm looser gile coz time diploma dulu senang plak nak cover.paper susah macam mane pun dulu Insya Allah aku leh bawak tapi sal ehh degree neh..time dgree merangkak aku di watnya.memang la time degree lagi susah tapi macam nak mati dah aku dok sini.betul ke plan aku buat neh ek?? tak buat borang pindah melaka dulu,,ke sepatotnya aku buat je g sane mcm sharon n aimi buat?? dah terlambat ke ek.ke aku ni banyak pkir sangat..adeyyyhhh jiwa kacau lak tetiba skang neh..kuatkan semangat oiii kuatkaaannnnnnn!!!!!!!!!

Saturday, January 8, 2011

slow and fast

this year i'm going to slow down all my social activities and trying to make sure my studies are going in the right track.this is my biggest wish for this new year.hope i can make my dreams come true (",)

hot and cold

perghh kat sini sejuk lain macam aku cakap dengan kau weyyy,,marmar kat umah aku neh kalau korang pijak leh beku kaki,if nak mandi pas air tu mengalir 5 minit baru ko start mandi..serius kesejukan yang melanda sekarang neh macam lepak dekat cameron highland je same nye, beza sebab skang aku kat segamat n bukan kat cameron.so segamat highland aa neh,,hahahha siot je.tapi sejuk sejuk sekarang kat sane nanty panas la kite semua.matahari dekat atas kepala.renungkan yeee kawan2 ku

Friday, January 7, 2011

info for you


tadi aku bukak email, pastu ada orang send email dekat aku.so aku share la kat sini..hope korang boleh spend 5 minit kat entry ni k :)

  1. Give people more than they expect and do it cheerfully.
  2. Marry a man/woman you love to talk to. As you get older, their conversational skills will be as important as any other.
  3. Don't believe all you hear, spend all you have or sleep all you want..
  4. When you say, 'I love you,' mean it.
  5. When you say, 'I'm sorry,' look the person in the eye.
  6. Be engaged at least six months before you get married.
  7. Believe in love at first sight.
  8. Never laugh at anyone's dreams. People who don't have dreams don't have much.
  9. Love deeply and passionately. You might get hurt but it's the only way to live life completely.
  10. In disagreements, fight fairly. No name calling.
  11. Don't judge people by their relatives.
  12. Talk slowly but think quickly.
  13. When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask, 'Why do you want to know?'
  14. Remember that great love and great achievements involve great risk.
  15. Say 'bless you' when you hear someone sneeze.
  16. When you lose, don't lose the lesson.
  17. Remember the three R's: Respect for self; Respect for others; and Responsibility for all your actions.
  18. Don't let a little dispute injure a great friendship.
  19. When you realize you've made a mistake, take immediate steps to correct it.
  20. Smile when picking up the phone. The caller will hear it in your voice
  21. Spend some time alone.

Thursday, January 6, 2011

geng surau


pernah tengok cite neh? pernah nampak citer neh? atau pernah terlihat cer neh? cer ni tak pemes mane n just keluar dekat astro oasis dengan astro ceria je.memula kua time bulan ramadan dulu.eh bukan nak cite sal tu, if korang rasa tensen, try2 la usha cer neh.serius bes! lawak die memang la lawak melayu sangat tapi korang kene tengok dari segi lain, dari program2 yang doang buat setiap bulan.bagus sangat.tapi cite neh doang lebih kepada kelakar or komedi.cecece poyo sangat ayat aku.cite neh berkisarkan agama kan, nak senang bagi bebudak n semua umur adapt ngan cite neh, doang watla dalam bentuk komedi.sambil2 korang gelak sampai terseliuh pundi kencing korang, sambil2 tu leh paham2 skit pasal agama.tak gitu? ehehhe sambil menyelam minum air kan. byee

just a short story

hari ni aku nak bercerita, cerita ape? ha aku nak tulis aa neh.saba skit, nak cepat je korang neh baca. orang tamak selalu rugi..ni cerita betul ke tipu ke aku tataw la kan, tapi benda yang baek marilah kita berkongsi. pada zaman dahulu ada sebuah kerajaan cina. zaman dinasti bila memang tak dapat la nak dipastikan sebab aku pun lum ada lagi time tuh, tapi masa dolu2 aa.then maharaja dekat situ tak penah keluar daripada istana dia and dia lebih suka duduk dekat singgahsana dia je.best la katakan.semua benda ada, makan pakai n memacam lagi.so nak keluar pun wat apa ye tak. then satu hari neh terdetik la dekat hati dia, hui terdetik kau.hahaha okay2. dia tetiba terpikir nak jalan2 dekat dalam negara dia.nak pergi melawat la senang cakap.dah timbul agaknya keinsafan dalam hati dia la kot time tuh.then dia pun cuba2 la usha if dia leh kua kan.sekali masa dia dah start menapak dekat lua tu, dia masok balik istana dia sebab dia neh tak tahan panas. rupa rupanya time tu selipar belum dicipta lagi.baru cipta baju dengan seluar dan yang bahagian perlindungan pendalaman je baru dicipta.

so dia tak puas hati, nak jugak keluar jalan2 tapi tanak kaki kena kotor and panas.so dia perintahkan semua lembu disembelih n kulit lembu2 tu diletakkan kat tengah2 tempat yang dia nak jalan.huii gile ape kau.memang papa kedana aa rakyat kan. then dia tak kira dia tetapkan jugak perintah dia tu nak lembu disembelih.nak kulit dia.gile betul.tapi tetiba datang sorang rakyat dia yang selamba badak jumpa raja tu depan2.nak sound direct la senang cakap.rakyat tu bagi cadangan, daripada semua lembu kene bunuh, apakata amek sekor je lembu n sembelih, then amek kulit die buat pelapik kaki dia supaya dia boleh jenjalan.memula raja tu nak marah tapi lelama dia senyum sebab idea rakyat dia memang geliga tebaik dari ladang la senang cakap.so nak taw apa moral dia, meh sini aku kasi klu.pagi tadi ada kelas.lect aku cakap. jangan pilih2 kelas and plih2 lect semata mata nak yang debest.apa2 hal diri sendiri yang kena ubah, bukannya kita ubah sekeliling kita.memilih sangat pun tak leh gak.hahahha so paham tak?? senang cakap lu pikir aa sendiri.chow!

Wednesday, January 5, 2011

monster

sekarang neh ada satu misteri dah terjadi kat rumah ni, banyak barang barang yang bukan kepunyaan budak rumah n orang lain punya telah dijumpai.huii cuakla dow.so inilah masanya aku sebagai sinichi memulakan tugas menyiasat kejadian kejadian yang berlaku di dalam neh.hahahhaa boleh blah

Tuesday, January 4, 2011

what have i done!

lupe nak story satu mory kat korang, mase memula balik sini sabtu lepas.geng2 aku sume cakap aku dah kurus, muke nampak cengkung then mcm tak cukup makan.aikk?? risau dah.kurus sangat ke dow.tangan nampak cekedis lah, eh salah cikeding lah apelah.ah aku plak yang cuak dibuatnya.ye aa kurus2 sangat pun tak elok dow.lagi aneroxia,,huiii simpang tu dow.soalan yang paling best doang tanye, cuti sem neh ko wat ape?? banyak frust ke?? hahahahah frust menonggeng lak cuti sem neh.hihi memang tak lah. g pun nak frust pasal ape? no big reason at all. eii tanak aku.kecik kurus. erghh!! macam sucks je bunyi.camno nak gemok skit neh.aiishhhh problema lak dah ha

nobody's listening

it is a simple entry, i just wanna say that everything have changed and become very different right now and nobody's listening to me. there's nothing left with me

breaking the habit

ececcee,,tacing plak tetibe pas sign in blog neh sebab nampak something.hahaha siot je.semalam rumah gempar sat.ada ura ura kelas aku maybe dapat lecturer yang tak sporting, suka failkan student n payah nak kasi markah.siap panggil triple n lagi name die, aku tuka skit jadi triple H.baru betol ganazz..aku punyalah cuak macam hampeh kan,then tadi sarah g kelas n aku g lambat skit la tapi, so sarah inform yang dapat lect cina.fuuuhhh..lege ati acik weyy.lect tadi sporting plak and best die bleh tahan la.lege hati.so skang neh semangat kejap datang kejap lari.takpe2.kuatkan semangat nak belaja.chaiyok2! hahahhaa macam ape plak dah

Monday, January 3, 2011

in between

hal hal, benda benda, perkara perkara n sume segala yang mendatang menghala ke arah ku tak pernah tak pernah ku tolak setakat neh, try menerima segalanya dengan sebaik mungkin kerana aku tahu itu yang sebaiknya untuk aku

tapi aku juga tidak menghalang bila hal hal, benda benda, perkara perkara n sume segala yang mendatang neh PERGI daripada ku walaupun hati berat nak melepaskannya .ku cuba untuk membiarkannya pergi and terima segala hakikat neh sebaik mungkin kerana aku yakin mesti ada HIKMAH yang tersembunyi disebaliknya

aku hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang untuk kebaikan diri dan keadaan sekeliling. sekeras mane pun ku dari luaran, lahiriah ku tetap seorang perempuan.yang penting sekali, takan ku tunjukkan sekali kali kelemahan ku di depan orang kelilingku kerana aku bukan lembik!

manusia kan selalu buat dua perkara je,benda yang salah and benda yang betul.tapi benda yang salah lah orang selalu nampak n benda yang betul doang trus buta tak nampak langsung.sedih betol. entry ni pelik kan, korang nak kutuk2 ke ape ke aku tak kesah.petang petang macam neh memang best bile kite berfikiran jauh skit daripada biasa

waiting for the end

when you lost this bet, actually you are the lucky winner and vice versa. the thing that happen just now is i win it,,i'm waiting for the end of this weird feeling,,sigh

final countdown

pas aku update sat tadi baru aku pasan dekat atas tu tulis 2011, halamak dah tahun baru rupenye.so skang neh kite semua dah 22 tahun, aku memaksudkan sesape yang sebaya dengan umur aku.dah besar dah kan, so dah sedar diri lum.bawak2la beringat ye.semua orang ingta yang umur kite neh bertambah setahun, umur kite sebenarnye bukan bertambah setahun tapi berkurang setahun.paham kan, setiap tahun umur kite akan berkurang setahun n keep on jadi tanpa lambat sesaat pun.jadi bawak2la merancang kehidupan ni supaya jadi lagi baek n tak sia sia.ramai orang bile dah tue baru nak menyesal, bukannye tak boleh tapi tak banyak pun benda yang berubah if baru teringat time2 usia dah emas neh.nasehat senangkan takat buang air liur je n cakap lah sebanyak mane yang kite nak.so same2 la kite beringat, aku ingatkan korang n korang ingatkan la aku.heee selamat malam geng

p/s : macam mane nak buat supaya orang taw aku neh dah 22 tahun, susah jugak if orang asyik ingat aku neh still sekolah lagi..erghhh

heaven

hari ni mood aku lain skit, happy sangat n sangat n sangatnye la.tak paham lagi ke? tembak kang.dari tengah hari membawak la ke senja nak malam sikit aku dok merambu dengan insyirah pegy jalan.wuii aku cakap minah tu dok shopping sakan.then g bundle n carik jeans.rm5 beb selai n memang cantik2 la aku cakap dengan kau tapi tu lah, kalau ko bawak sejuta lemon pun tapi tak der saiz tak gune gak.dapat dah ngam2 ngan kaki pinggang lak besar, dapat yang ngam2 kat pinggang senteng plak sua tuh.eiishh takpe sok nak g bundle yang lagi satu sebab ader lagi kedai tak sempat pegy tadi.rm5 beb,, nak kirim tak?? kirim salam la aku pas kat kaunter bundle tuh.hahahhaha

errkk????

hamboi ader mangkuk tu cakap aku tak update plak,,sepak ko kang. follow aa ngeng, cakap banyak pun tak boleh gak..wahahahahhaahaaaahahaha bengong,jangan marah nanty cepat tue..hahahha padan muke ko..kehkehkeh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...