Blogger Widgets ssssshhh...: May 2013

Monday, May 27, 2013

sentiasa positif walaupun dalam penyingkiran

assalamualaikum
lately aku melayan mastercef tanpa henti
eh tipulah tu, maksud aku buat masa sekarang aku suka tengok tu
sebab mungkin dia memasak kot and banyak masakan2 baru yang ada
and of course sebab ada artis. tapi artis kali ni tak berapa sangat la
pada aku biasa2 je, ambooi komen.
aku lagi suka mastercef pertama sebab drama tak banyak sangat
doang masak and hidang, masak and hidang. simple

yang kali ni drama merata sangat, ni gaduh sana
kacau dapur sini, nak masak pakai bulu2 tebal sana sini
dengan rambot palsu segala, batu lesung terbang la,
kuali bertebaran di lantai la apa la,
ada sekali pakai baju sekolah
so aku plak rimas tengok. takpe abaikan

sebenarnya aku nak cakap pasal radhi OAG,
yepp dia dah tersingkir semalam. dia bukan peserta feveret aku
tapi radhi ni ada satu semangat yang aku admire.
tapi aku tataw samada ni lakonan atau memang tu dia kan
so aku harap tu memang dia. setiap kali masuk penyingkiran
dia nampak rileks and tak nampak stress

dia macam sentiasa cuba untuk memasak sedaya boleh
masa minggu pertama leh nampak dia punya masakan cef tu tak rasa pun
kalau aku jadi dia aku mungkin patah semangat dah.
tapi dia kental, apa yang aku nampak dia rilek je and belajar
apa yang cef cakap dia ikot and tak melawan

muka dia dah berapa kali masuk penyingkiran
tak terjangkau dah aku rasa tapi dia rilek and masak je
sebenarnya aku kagum dengan semangat dia
even kita dah taw kita nak tersingkir tapi kita still struggle
semangat macam ni yang aku nak tapi fail
aku ni jenis cepat frust skit kalau salah

sebab tu bila tengok radhi terkeluar semalam so cam tak best
sebab dia selalu ada je kata-kata positif yang dia bagitawu
peserta lain tak minat sangat sebab banyak pasal bagitaw biasa2 je
and kalau feberet aku minat celina.

and aku rasa minah ni cool and banyak menang
memula aku tak minat dia, tapi pas lelama macam jatuh chenta lak
then skang aku aim dia ada potensi menang
masa tengok dia masak breakfast tu perghh, jatoh hati aku
aku jatoh hati kat makanan dia ha. pikir lain ann korang neh

so macam tu lah patotnya kan, sepatutnya jangan mudah putus asa
even kita tak reti kita belajar, so kat situ pengalaman ditimba
kalau mengalah memang sampai bila kita takkan belajar
aku rasa kalau radhi mengalah and take for granted apa juri kata
aku tak rasa dia akan sampai minggu ke enam.
salute kat kau bro..:)

Thursday, May 16, 2013

subjektif kematangan

assalamualaikum, penat plak rasa cakap pasal politik
sebab kita ni bercakaplah macam mana pun
mana yang dah menang tu dah memang rezeki dia
kalau ada parti2 yang menang secara bersih
Insya Allah bersihlah dia, kalau ada yang menang secara kotor
ada balasan dia, mungkin bukan hari ni, mungkin akan datang kan
mana tahu.

aku suka berbicara tentang sesuatu perkara mengikut logik aku
bukan bermaksud aku tak suka mengikut fakta, sebab kadang2 fakta ni memeningkan
jadi biarlah aku bercakap mengikut kefahaman aku sendiri
so kalau salah dan nak betulkan dipersilakan ye

pada aku kematangan adalah sesuatu perkara yang subjektif
tak bermakna umur seseorang menjamin kematangan seperti yang sepatutnya
ramai perempuan suka lelaki lebih atas umur daripada mereka sebab
atas alasan nak lelaki matang. betul lah tu tapi tak semua macam tu

sebab orang2 lelaki berumur neh nak perempuan muda sebab nak perempuan mudaa ha
aku tak tahu term apa aku cakap ni. kematangan kebanyakannya bersandarkan pada umur
tapi bukan semua, kalau kita tengok apa yang orang tu cakap pun kita boleh tahu
sama ada dia ni matang atau sebaliknya.

banyak sebab yang boleh menunjukkan kematangan seseorang
berikut antara poin2 yang tak semestinya betul tapi boleh diambil kira

1. pendidikan
yepp pada aku pendidikan memainkan peranan yang agak penting.
pendidikan adalah salah satu cara kita semua akan terdedah dengan banyak benda.
dalam masa proses belajar, kita akan tahu banyak benda. bukan maksud aku
budak kampung lambat matang, tapi bila dalam dunia belajar dekat kolej atau universiti,
pelajar akan lebih terdedah dengan banyak benda. masok bermacam-macam jenis aktiviti
dan jumpa pelbagai jenis orang. proses pembelajaran itu akan menjadi panjang
dengan pelbagai kerenah orang yang dijumpai. dari situ kematangan tu akan dicapai
dan membuatkan pelajar tu tahu nak mengharungi dunia luar dengan lebih baik berdasarkan
pengalaman yang doang dapat masa belajar.

2. umur
umur adalah antara faktor terbesar yang aku rasa. sebab kita boleh amik contoh orang umur
24 tahun dengan 42 tahun. kita akan nampak perbezaan dari segi percakapan, penerimaan idea,
dan pembentangan idea. selalu umur muda2 neh dia lebih bersifat terburu-buru dan
bercakap mengikut apa yang dia rasa okay pada dia. kalau orang berumur neh,
dia akan bercakap berdasarkan pengalaman2 dia yang lepas yang dia jadikan rujukan.
jadi kematangan dia terserlah bila mengutarakan idea. namun tak semua orang berumur matang.
sebab ada je orang berumur tak boleh terima bila kita menegur dia dan menjadi kecil hati.
orang yang matang akan menganalisis kalau ada perkara salah yang dia buat sampai kena tegur.
bukan merajuk tak tentu hala.

3. bahan bacaan
pada aku pembacaan yang bagos akan membuatkan orang itu akan lebih matang
sebab banyak ilmu dia dapat timba. jadi bila ada sesuatu perkara berlaku
dia jadi tahu macam mana nak counter dan kalau ada orang argue dia sesuatu perkara,
dia akan argue dengan penuh berhemah dan bercakap mengikut fakta.
berbeza dengan orang yang bercakap mengikut sedap mulut je. dia akan counter
sehabis mungkin dengan point mengarut dan bukan sebab nak tegakkan apa yang dikatakan,
tapi sebab nak menang dan berharap orang yang diargue tu akan mengalah.
btw aku macam ni lebih kurang. hahaha.

4. pergaulan
kalau hidup nak dekat beratus tahun tapi pergaulan dia setakat orang2 keliling
tanpa melihat orang lain, pada aku kematangan tu takkan dicapai.
pergaulan yang luas bukan pergaulan bebas. ha cepuk kau kang. hehehe
pergaulan yang luas membuatkan kita akan jumpa pelbagai macam orang.
lagi2 kalau kita bergaul denga pelbagai bangsa dan agama. kita akan nampak
perbezaannya dengan kita. kita mungkin ada point A, mereka ada point B C dan seterusnya.
jadi bila kita bergaul, pengetahuan jadi luas dan kita akan jadi lebih matang dalam
menghadapi sesuatu perkara. orang yang berilmu campak lah dekat mana,
tetap boleh hidup.

tu jelah empat point utama yang mengikut pendapat aku. mungkin ada point lain yang
aku tak highlightkan. sebab tu aku kata, kematangan ni subjektif, tak semua matang
dengan cara yang sama. ada orang matang dengan hanya melihat pengalaman orang lain.
ada orang matang dengan cara yang lain. siapa yang tahu kan. selamat bekerja.

p/s : chelsea juara piala eropah. hahaha

Thursday, May 9, 2013

satu jari menuding kedepan, empat tunjuk ke kita balik

assalamualaikum
banyak benda aku terlepas nak update
aku terlepas nak update pasal tempat aku time pru
tempat aku time pru, and selepas pru
semua terlepas sebab aku tak larat nak bukak laptop
penat sangat, sekarang memang memaksa diri aku upload neh

2 hari lepas aku baca paper utusan
dah sah2 bukan aku beli sebab daripada beli utusan
baik beli cikidis perisa twisties, then dekat belakang sekali
ada slot interview azhar sulaiman

aku rasa semua orang taw ashar sulaiman pro umno
sorry bukan pro umno tapi memang orang kuat terkanan umno
aku cakap base on apa yang dia buat samada dalam video atau kenyataan
semua orang taw baru2 ni dia buat video yang mengutuk pembangkang
sekali lagi aku cakap, bila aku hentam satu2 pihak
tak bermakna aku di pihak satu lagi


kita menilai sesuatu perkara tu base on keadaan dan apa yang dikatakan
menurut azhar, dia sanggup dipanah petir nak membuktikan kebenaran umno tu
dan dia memberi kritikan pasal video mustafa ali
benda pertama, aku tak kata mustafa ali tak salah
tapi sekadar video taraf 3gp tu belum cukup bukti lagi

bukti yang sebenar adalah pihak yang terlibat dalam video tu
kalau sekadar mengatakan yang dia confirm video tu tulen
hanya sebab kau orang artis, tu belum cukup bukti der
so tak payah nak memalukan orang sampai macam tu
kalau benda tu fitnah berdosa besar kau
sebab kau bukan menegur kesalahan orang tu tapi memalukan dia

kalau kau betol baik kau tegur suh Rosmah pakai tudung
ada bran? tu ko taknak cakap lak, kan benda salah jugak
ha benda simple je. carik kesalahan parti kau dulu
sebelum kau nak meegur parti orang lain

and sekarang kau dan family kau kena ugut
akaun sosial kau kena hack, dan terhegeh hegeh kau buat report
bro aku nak nasihat satu je, Malaysia ni ada ramai kaum
setiap kaum menyokong bermacam parti
macam kau, kau sokong umno. ok fine teruskan
tapi itu bukan alasan untuk kau mengutuk parti lain

setiap parti ada peminat fanatik dia
dan sekarang peminat fanatik parti tertentu mungkin dah terasa dengan kau
kau kena taw peminat fanatik adalah orang yang sanggup buat apa je
sebab dia dah sokong sangat2 dekat parti yang dia minat
so kalau kau dah kutuk kaw2, terimalah akibat dia



skang kau bising family kau kena ugut semua
kau sepatotnya fikir sebelum kau buat video tu
banyak pihak kena jaga hati dan perasaan
bukan bermakna kau takde hak bersuara
tapi perlu berpada-pada dalam mengeluarkan kenyataan

aku tak kesiankan kau sebab kau berani mengeluarkan kenyataan macam tu kan
aku just kesiankan family kau sebab terbabit sama
sepatotnya pikir dari awal encik azhar sulaiman
peminat fanatik neh kita tak jangka sejauh mana mereka berani buat

satu lagi, kita negara demokrasi
kita takde hak nak cakap peminat parti pembangkang tu 
tah pape sebab sokong pembangkang, kau sendiri macam stengah mati
fanatik umno kan. maaflah. sebab satu kita tuding jari kat orang
empat lagi tunjuk kat kita balik. 

dan bila kau akhiri video kau dengan gaya gwiyomi
tu menunjukkan ketidakmatangan kau sendiri

aku pesan satu je 
kau boleh tegur peminat parti pembangkang
tapi tegur dengan cara yang berhemah, dekati mereka dengan cara halus
cakap dengan nada yang elok and bukan mengutuk mencaci
baru orang respek dan pandang tinggi kau
terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...