Blogger Widgets ssssshhh...: March 2012

Friday, March 30, 2012

keluar mulut gajah, masok mulut badak

assalamualaikum
akhirnya aku ada idea nak menulis. memang semenjak bermenjak menjak neh
aku memang mencari idea yang bernas untuk dipersembahkan kepada kalian
tidak akan sematanya aku mahu beromongan kosong tanpa ada bicara yang jitu
alasan mengapa aku bermadah tidak dapat lah untuk aku jawab kan kerna
ini semua hanyalah sementaraa, kerna aku bakal membuat kejutan sebentar lagi
kejutan apa?? tidak perlu engkau persoalkan kerna....

wekkkk, rasa nak lempang diri sendiri, kau pun rasa benda yang samakan kan
kau mesti rasa nak lempang aku bila aku cakap macam tu kan, kan kan kan
ngaku jelah weyy, dan kau ingat aku akan beri peluang??? oh tidak sama sekali
aku akan mempertahankan diri aku dan cukuplah kemengarutan yang telah ku buat ni
aku hari ni nak cakap pasal maxis, taw tak maxis tu apa???
kalau tataw dipersilakan pergi ke lombong berhampiran dan buatlah terjunan papan anjal

Maxis makin hari makin mengarot. kenapa?? sebab aku dah rasa cas2 dia yang tak masok akal
semalam aku nak anta mms dekat abang aku, aku nak anta bil astro punye print statement
ha astro pun satu hal gak tu, tapi tu lain punya cerita, kita cerita pasal maxis dulu
aku anta mms and tak delivered, oh lupa aku sebab 3g aku dah tak aktif

then tak delivered satu hal, memang salah aku pun tapi tak payahlah tolak kredit aku
macam aku hantar 100 mms ke no aktif 10! ha paham tak, patut 2 hari lepas kdt aku abes
sebab aku try buat the same thing gak anta mms, taw2 besok pagi tu tinggal 5 sen
5 sen aku nak msg apa la seyhh,

hai

buat apa

bla bla bla

bla bla bla

bla bla bla

~~~~~sending~~~~~

*message sending fail*

kalau buat kol plak,

*kredit anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan,
sila tambah nilai untuk membuat panggilan yang seterusnya*

*&^%$#@!@#$^&*(#@*&^%$#@!@#$%^

tak baik mencarut, aku tak mencarut pun, tu nak menunjukkan
betapa aku agak bengang sebab aku baru topup 5 hengget
wuwuuw banyak tu, mana larat aku nak topup hari kalau dok telan kredit aku

ha ni jadi kat ofis tadi pagi, mengenangkan aku kat ofis then aku pun sabalah
kalau tak,, mau TNB jadi Terlalu Ngeri Bangat sebab aku mengamuk
aku kalau ngan orang memang tak reti marah, so korang relak je
tapi kalau kat barang, aishhh semoga tak kemek la barang tu aku kerjakan

aku ni kalau menteri ke apa ke, takat bayar2 ni apa lah hal kan
tapi aku student full time, ni tak lama lagi abislaaa
so kalau asyik kena buat invisible payment je bangkrup lah aku
tak baik la tekan orang, seriously maxis

i already lost trust towards your service
somehow celcom also do the same thing to their customer
they cheat their client in invisible way but which option do we have???
seriously guys, you tell me. if we dont want to use maxis and celcom,
which line do you much prefer???

DG??? Umobile???

hmmm DG is quite okay especially about their offer on DG buddies
quite interesting to someone that always want desperately to save money like me
Umobile, sorry but i'm not interested yet in this line service

maxis, kalau nak tekan pelanggan pun berpadalah
tengoklah sapa yang ditekan, kami bukan anak menteri ke raja ke
kalau hari cop2 duit tu senang bagi tutup sebelah telinga je
ni duit topup pun beli pakai duit pinjaman

ibaratkan
keluar mulut gajah, masok mulut badak
penatlahhhh

Wednesday, March 28, 2012

hari proposal yang membunuh

assalamualaikum
saya suka thesis , saya suka buat thesis, thesis bestt!!! yehuuuu...
walaupun menyakitkan kepala.. saya suka buat thesis, saya suka buat thesis
thesiss woohoooooiiiii.. tiada thesis tiadalah saya.ok bai

p/s : ayat yang menceriakan pagi2 hari ku di tnb

pekerja tnb : dik,, encik ipin ada tak???

aku : owh dia takda la pegy interview kenaikan pangkat, yang ada kak noor je..

pekerja tnb : owh yeke, kalau macam tu kak ipin ada??? ehhh erkk..*sepatotnya kak ann, bukan kak ipin*

aku : *aku gelak dalam hati je,, keh keh kehh*

happy birthday to..........

assalamualaikum
baru-baru ni birthday abang aku, abang atas aku
then disebabkan dia belum kawen lagi, *suh kawen dia buat tataw je*
makanya aku dan emak aku pun pergilah ke seremban untuk berjumpa dengannya

ikuti perbualan kami *poyo abess*

emak : adikk,, mak datang nak buat birthday kau ni

abang aku : haaa??? wah terharu ni

aku : hahha gila tak surprise, mak direct je bagitaw..hihihi tak sweet langsung

abang aku : sibuklah kau, kau jelesss ann, mak sayang aku, mak tak sayang kau

aku : hahaha takda maknanyaaaaa..wekkkk

aku : selamat hari jadii lahh yee,, semoga cepat ada awekk dan cepat kawenn

abang aku : kau sengaja perli aku kan???? rahsia kau semua dalam tangan aku, aku bagitaw mak nanti..hohoho (gelak jahat)

aku : yeelaahhhhhhhh


p/s : abang aku memang dipanggil adik,, aku tak okenggg

Tuesday, March 27, 2012

like i made of paper

assalamualikum
aku ni penat sangat nak cakap pasal benda yang sama
kang kalau tak cakap orang lupa, so macam mana ek nak cakap
susah betol nak cakap masalahnya sebab benda ni tak tercakapkan
diluah sakit jantung dipendam sakit kepala

bak kata 'aman', sekarang da tiba masanya untuk aku pandang ke depan
tersangatlah betul sebab aku rasa aku dah penat dengan hal remeh temeh,
sekarang dah tiba masanya untuk pikir perkara2 yang lebih seriusss
yeppp benda yang lagi penting untuk difikirkan

to 'aman', saya takde la nak puji sangat
i've learn many things from you, tq for being part of my life..:)

p/s : seriusss ini entry yang bermood serius, sila baca dengan membayang muka aku yang serius ni.. lain entry lain mood yang dipersembahkan

the avengers


assalamualaikum
movee ni aku dah lama tunggu sejak the first avenger lagi,
then official release date dia dah kua 27 april depan.
so mangsa aku adalah cik eda, hahaa, mangsa kedua ialah anak buah aku
mangsa ketiga kalau ta dapat gak ialah cik torrent. ha sapa tak kenal cik torrent
aku toreh2 muka dia..

Sunday, March 25, 2012

automatic


Automatic (automatic Echo X3)
Automatic (echo X3)
You’re Automatic And Your Hearts Like An Engine
I Die With Every Beat
You’re Automatic And Your Voice Is Electric
But Do I Still Believe?
It’s Automatic Every Word In Your Letter
The Lie Connects The Beat
It’s Automatic When You Say Things Get Better
But They Never…

There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
Why Do I Keep Loving You
It’s So Automatic Calling Comes From The Crossroad
They Come And Go Like You
It’s Automatic Watching Faces I Don’t Know
Erase The Face Of You

It’s Automatic
Systematic
So Traumatic
You’re Automatic

There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
Why Do I Keep Loving You
Automatic (automatic Echo X3)
Automatic (echo X3)
Automatic (echo X3)
Automatic (echo X3)

Each Step You Make
Each Breath You Take
Your Heart,
Your Soul,
Remote Controlled
This Life Is So Sick
You’re Automatic To Me

There’s No Real Love In You (in Background X2)
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
There’s No Real Love In You
Why Do I Keep Loving You
Automatic (automatic Echo X3) There’s No Real (in Background)
Automatic (echo X3) Love In You (in Background)
Automatic (echo X3) Why Do I (in Background)
Automatic (echo X3) Keep Loving You (in Background)
Automatic…

p/s : penat lah layan lagu baru,, sesekali layan lagu lama tak berapa nak baru ni best gak..wohoooohhhoooiii

hari ni

assalamualaikum
ape je lah yang boleh aku katakan pada hari ni, macam2 benda jadi weyyy
then aku hanya mampu simpulkan dengan HAHAHAHAHHAAH!!!
hari paling senget aku rasa..

ape benda ni weyyy

assalamualaikum
nervous ialah sesuatu perkara yang bila sampai ke kemuncaknya
kau akan rasa jantung kau macam nak meletup sebab berdegup kencang
and itulah yang aku tengah alami skang.. sighh what the hell is this?
rasa macam nak lari keluar rumah pegy jogging terusss
penat dah..tido la mata hoii!!! tak reti tutup ke????

Thursday, March 22, 2012

persoalan yang tak terjawab

assalamualaikum
aku ada banyak persoalan yang tak terjawab dalam kepala aku, bukan tak boleh jawab
tapi tak taw nak jawab apa

1. pernah tak korang dengar keputusan peperiksaan besar menurun??? setiap tahun menaik. kenapa??? bebudak sekarang makin pandai ke??? obviously aku agak pelik berdasarkan keadaan semasa sekarang

2. kenapa perempuan sekarang atau spesifiknya budak perempuan lagi minat orang asing berbanding laki sendiri??? mana doang letak keluarga doang masa melarikan diri pegy ikot bepren doang yang ensem lah sangat macam shah rukh khan tu???

3. kenapa movee melayu sekarang banyak cerita hantu yang aku rasa dalam dunia realiti takdalah sampai begitu sekali over dia???

4. statistik menunjukkan 6 orang anak luar nikah lahir setiap jam. kenapa perempuan zaman sekarang cepat sangat percaya bulat2 pakwe doang yang kadang2 baru seminggu kenal??

5. kenapa makin nak dekat pilihanraya makin banyak kes merepek yang keluar sampai kadang2 tataw kesahihan sesuatu berita tu??? dulu2 takde plak macam ni

6. kenapa drama indon banyak sangat monolog dalaman and makin lama makin merepek??? tapi stesen tv still amek lagi cerita2 dari luar and makin banyak dekat tb sampai aku rasa nak baling je kosi dekat tb

7. kenapa program realiti tv yang makin bersepah dekat stesen tb ni, boleh dikatakan 99% ah;i dia adalah orang melayu??? aku terpikir mana pegy kaum lain dalam program ni and ke dekat syarat2 penyertaan memang kata meleis je boleh????

8. kenapa drama melayu selalu tunjuk orang melayu yang sangat kaya raya sampai berpinar mata aku tengok??? the facts it is majoriti rakyat malaysia adalah golongan sederhana saja. so kalau buat cerita orang melayu yang sederhana turun ke taraf nanty??? sigh

sebenarnya ada lagi tapi aku tak ingat, bila teringat kadang2 time tu aku tengah bersantap la, berenang kuak lentang la and ada je keje yang aku buat selain online. kalau aku ingat aku tambah update dekat bawah.

p/s: saja nak cakap benda takde kaitan dengan topik, seriously pemakanan aku agak teruk skang, selalu lapar tapi badan tak naik2 sampailah jadi satu kes neh

aku naik motor dengan bapak aku, masa dah sampai umah and nak turun motor, aku terhentak macam mana tah sampai termenonong motor bapak aku kedepan. bapak aku punye tekejot dia tekan brek tangan motor kuat2 sampailah...

abah : putuih ha brek motor abah kau buek, osah boghek kau ni kan.. dah kono ganti brek baghu.. ayooo kau nii..poning abah nengok ehh

aku : la asal kita plak kena... (aku rasa badan aku memang tak naik tapi berat confirm melonjak-lonjak, aiisshhh)..abah nak poie mano lak tuh???

abah : baik an brek motor aa.. sapo tah ghosak an tadi..

aku : erkkk???? *terasa*

Wednesday, March 21, 2012

forever

assalamualaikum
buat assignment sumpah mengantok, tahap mengantok dia tak payah cakap la
kalau gajah shuffle depan kau pun kau tak sedar, takat telelap dalam opis dah bape
kali dah, seb bek tak tegolek sebab ngantok punya pasal
mintak pacik buatkan assignment tanak plak dia tolong, takpe2. hahaha
disebabkan terlampau ngantok, aku tak sedar aku dah ulang lagu ni banyak kali
aku taw ni lagu zaman tok kaduk tapi aku peduli hapa
lagu chris brown -forever-

p/s : malas aku nak search lirik. sapa tak pernah denga pegy je aa youtube. sebenarnya aku takde motif pun buat post ni, saja nak bazir masa korang. sorry to say so padanlah muka. haha

Saturday, March 17, 2012

cecantik lah sangat

assalamualaikum
aku skang tengah nak setel introduction, then by the time nak tunggu page tu loading
aku pun bukak lah page yang merepek-repek, ha jangan pikir macam2 aa
maksud aku page yang relaks2 nak kelakar2 la and macam2 genre la senang cakap
ingat aku macam korang ke, sorry sikit okayyy, aku baik kot
then aku tersampai lah dekat satu blog ni

blog ni tak menahan ea, aku rasa tuan dia sangat berani
sebab blog ni pasal tutorial mekap and pasal baju2 yang cantik2
obviously la owner dia pun hot, so kau nak expect apa
if tak hot jangan harap nak laku, trust me, thats a fact
then mekap pelangi la, mekap pegy tu la, pegy kerja pun mekap weyy
aku pegy kerja pun pakai bedak tabur je pinjam mak aku punye je
lepas tu aku berangan lah

"huii cantik seyhh, kalau try pun best gak neh"

"ni pun cantik, tu pun cantik, suh akak wat kan kat aku lah nanty"

"wuii lawanyaa baju neh,, wuii yang tu pun lawa"

lepas dah abes online pun, aku dok berangan lagi, semua orang taw kan
otak kita ni lagi2 orang perempuan susah sikit nak kawal
aku sampai berangan pakai2 macam2 la, then tu nak try ni nak try
seriuss rasa macam nak pakai cecantik je lately
lepas tu tetiba macam ada angin lalu dekat muka aku, then aku tersedar

"amenda lah aku ngarot ni weyhh nak pakai merepek meraban"

"hadoii kepala aku ni biol agaknye"

baju kurung mak aku pagi banyak lawa2,
daripada dok membazir baik aku rembat baju mak aku
mak aku punya baju pun tak terpakai lagi semua
besok ada kenduri, orang lain nak kawen
orang lain yang berangan terlebih apa nak pakai besok
sengal la kepala aku ni, pastu aku bagitaw mak aku

"mak, orang pinjam baju kurung"

"baju kau mana, abeh baju mak semua ko amek"

"eh orang tak amek mak, pinjam je,,hehhee mak comel, pinjam ea"

"ishhh budak nii"

moral of the storyy, tipulah aku kalau tak teringin nak pakai macam
dalam majalah2 tu, aku paling teringin nak pakai 1 jenis baju neh
tapi belum sampai lagi hajat sebab mahal, aku tengok kedai pun mahal harga
mana mampu beb, so kalau nak berbelanja pun ikotlah kemampuan
so disebabkan aku tak kerja lagi, apa yang aku mampu hanyalah
rembat baju emak aku, hehehhe sorry mak..:)

yang pasal mekap lak, hahaha gila apa aku nak pakai
mekap corak pelangi dekat muka, corak bumi ke marikh ke
yang blog tu dah memang owner dia lawa, so
kalau dia pakai karung beras pun nampak macam pakai dress mahal
toksah berangan lah aku ni, hahaha ewwww
apesal kepala otak aku jauh sangat pikir ni, isshh
hell no aku nak calit mekap..bye

Thursday, March 15, 2012

terbalik balik

assalamualaikum
dulu masa aku kecik2, aku selalu pikir and berangan sorang
aniway aku memang suka berangan dari kecik sampai sekarang
sampai melalut-lalut lepas tu gelak sensorang, penah jugak lah orang sound

"pehal kau ni gelak sorang2???" hohoho tu bukan masalah dia

sukati aku la nak berangan kan, okay2 sorry terlalut lagi
aku selalu kira masa dulu bila la aku nak besar and tinggi
tak menahan kan impian, masa tu semua pun ketot2 lagi

so sekarang aku dah besar, dah 23 tahun umur layak kawen
cuma tinggi je tak menjadi kenyataan, tapi tak kesah ponggg
and aku berangan balik, cepatnya masa berlalu, aku nak kecik balik lahh
masok sekolah rendah jadi pengawas, pengawas selalu kena duduk belakang
jaga barisan, aku selalu duduk tepi je, kalau duduk belakang
alamat tak nampak lah aku sapa berucap, kenapa aku rasa nak kecik balik

sebab aku rasa tanggungjawab makin besar, aku rasa makin nak abes pratikal
makin tak sanggup aku nak hadapi akan datang
tak payah putar jejauh la, cukup pergi zaman sekolah aku dekat serting ngan smdas dulu
tu pun dah cukup terbaik, kadang2 rasa nak lari je sebab aku rasa jadi dewasa tak best
tapi sampai bila???? oh man tekanan aku. seriuss kepada budak2 sekarang

nikmati lah zaman budak2 anda even tak best
sebab bila kau dah dewasa baru kau taw betapa bestnya jadi budak
tapi tu bukan bermakna aku tak berani nak hadapi hari2 mendatang
cuma kadang2 aku rasa aku ni boleh ke???
Insya Allah boleh, nak jadi terbaik memang tak dapat
tapi akan cuba yang terbaik untuk diri sendiri dan keliling

ha kau paham tak??? aku kalau tak paham ni memang malas lah aku nak menerangkan
sorry lah merepekk.. harini sakit kepala pikir macam2 benda. hehhee
dah merepek kat sini hilang dah sakit kepala aku..weeeee

Tuesday, March 13, 2012

assalamualaikum
hari ni mood entry serius, ececece belah lah aku ni kan. tah bila datang serius aku pun tataw
aku just nak cakap, sesapa yang lahir pada tahun 1988, 1989 and ke atas sikit
untung laa. kita rasa nikmat tanpa teknologi yang merepek
bebudak zaman sekarang even darjah 6 pun ada hp
teknologi ni berkembang pesat tapi dari gaya yang salah
sorry to say bebudak zaman sekarang rugi tak rasa apa yang aku rasa dulu

1. sapa pernah main batu seremban, baling selipar, baling tin, rondass, jutariaa, dam ular, kejar2, korang terbaik. budak2 sekarang main angry bird..perghh pedih mata

2. sapa selalu berebut nak kan ding dang, tora ngan jojo, korang memang old school. bebudak sekarang main macD je nak makan mahal2.

3. pernah main brick game???? korang memang cun sebab bebudak sekarang main blackberry je.

4. pernah main basikal dengan jiran and kengkawan korang?? basikal semua macam2 jenis ada. bebudak sekarang tak main kalau brand beskal bukan pixie..

5. pernah mandi sungai dekat umah nenek?? korang memang cool. bebudak sekarang nak main dekat pool yang kena bayar tu je.

6. pernah main masak2??? aku main siap jual nasi lemak, nasi goreng and tah pasir mana aku kaut dengan kawan2 dulu. bebudak sekarang main cooking academy je kat laptop.

7. pernah main patung2 kertas yang gunting2 then leh match dengan macam2 jenis baju dari kertas tu??? untung sangat, bebudak sekarang nak main patung barbie je. eewwwww

8. pernah layan senario masa doang tengah femess dulu?? pimai2 tang tu?? pernah tengok. ok korang memang cun sebab bebudak sekarang layan high school musical and sewaktu dengannya.

sebenarnya kalau nak senaraikan banyak, banyak sangat.main dekat bendang, masok hutan belakang umah nenek aku, tv takde astro lagi and macam2 lagilah yang membuatkan aku rasa zaman dulu seronok sangat. even takde phone, tapi semua dapat context each other. kesian bebudak zaman sekarang ni, doang tak rasa apa yang kita semua rasa dulu. pada doang dengan bbm, iphone, fb, twitter tu dah cukup menarik and seronok. sedangkan keseronokan yang sebenar doang tak rasa pun. dats why doang ni lembik2, obviously silap2 kalau masok hutan pegy camping ke ape ke aku tak rasa doang dapat tahan.. sorry kidss..

Wednesday, March 7, 2012

career and businessman

assalamualaikum
haritu aku ada berborak kejap dengan kawan lama aku
ala kawan tak bape nak kawan la, aku kenal pun sebab
bapak aku kenal, so aku pun kenal2 gitu je aa

sapa??? ala kau bukan kenal pun, satu hal pulak nak mengenalkan
dah panjang pulak masalah dia nanty, eh aku dah sampai ke bombay merepek
then sekali tanpa disangka-sangka, buah cempedak pun jadi nangka
eh salah masok line

then tanpa disangka aku jumpa balik kawan aku ni
dulu dia penah datang umah aku jual barang
memang pandai aa bercakap dia neh, kirakan kalau korang tak pandai elak
memang terbeli punya barang2 dia, sampai korang boleh terjadi agent nanty
ada harapan jadi menteri kawan aku sorang ni

then haritu masa dah jumpa dia bagitahu aku yang ada benda nak story
ada jelah budak ni kan,
then bila dah jumpa rupa2 nya dia nak promote barang baru
aku pun layan je lah sebab seronok gak tengok they way
orang2 bisnes ni nak market produk doang

"bisnes ni ko taw, ni bukan downline bisnes, ni just ko make sure carik user untuk barang kau"

"bla bla bla bla bla....."

"kau rasa ada ke orang buat bisnes gini??? ni bagoss aku cakap"

"bla bla bla bla bla....."

"kau dapat 5 user kau boleh dapat RM10000 sebulan, mana weyh nak dapat macam ni???"

"bla bla bla bla bla....."

"aku kalau dah dapat dalam 2 ke 3 user aku berhenti kerja nak fokus benda ni"

then aku layan jelah, nak terpengaruh pun ada gak ni, yelah cuba bayangkan
no need keluar modal yang banyak tapi kalau pandai leh dapat nak dekat RM10000
dalam masa sebulan. tu yang aku dok tanya tanya and tanya
rasa macam wartawan melodi dah aku time tu

"owhh yeke, menarik gak, berapa lama dah kau libatkan diri dalam benda ni??"

"heheh aku baru seminggu je buat bisnes ni"

"laaa....."

semangat kawan aku bercerita, tapi yang bagosnya dia ni, semangat dia memang tinggi
aku tak minat sangat bisnes2 yang macam MLM or dowline bisnes ni
dia kata dia punya bukan downline bisnes, tapi praktikal je macam downline
hoho pape je lah, and plus dia memang pandai bercakap
dia punya timeline eh salah punchline ayat dia
memang pandai lah, so aku kalau dengar pun tak amek port sangat
sebab aku tak minat, selagi belom ada kerja tetap yang tertetapnya
bisnes2 aku kena tolak tepi dulu

kawan aku ni memang bagos, aku sendiri tak pandai nak cakap macam dia
tapi aku tak setuju bila dia kata sapai bila nak kerja makan gaji
aku paham bisnes memang penting, 9/10 kekayaan pun memang
datang daripada perniagaan kan
tapi pada aku kena ada jugak backup yang kuat
maksudnya kena ada jugak kerja tetap yang boleh tolong kita
incase bisnes tu jadi papehal, tu pendapat aku jelah
pendapat kau??? tataw plak aku

(p/s) : perbualan dengan sorang acik kat tempat keja aku tadi

"dik, acik tengok kau makan semangat tapi badan tak naik2,, untunglaaa"
"errr"

Kantoi doang skodeng time aku makan..

!@#$%^^&&*()_+

assalamualaikum
hahah nampak tajuk atas tu, kalau tak nampak aku takleh nak buat apa lah
memang mata dah tahap kena pakai kanta pembesar tu selit kat kornea mata korang tu
amacam??? tajuk kat atas dah melambangkan betapa tunggang terbalik nya aku skang
hadoiiiiii.....

(mengalami masalah identiti yang serius..aiissehhhhhh)

(p/s): perbualan pendek dengan bapak aku baru2 ni

abah: adik, ape benda yang hitam2 yang kau beli semalam???
aku: hitam2??? la tu coklatlahhhh..ayyoooo abah ni

asal nak beli cekelat, aku dah dok teringat benda ni sebagai benda yang hitam2, isshhh

Monday, March 5, 2012

i know you feel the same

assalamualaikum,,
slowly make a step to the bus
take the seat beside the window
put all your stuff on your feet
the bus start the journey
turn on your mp3
enjoy all the view along the road
your brain start the process of digesting
everything that you had done will keep on pop up
and you will said
"pebende la aku buat ni"
and you will know how does it fill :)

someone like you

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Sunday, March 4, 2012

pantun kerat tak berapa nak kerat

Assalamualaikum
siang tadi merayau tak hengat dunia,
sampai ke somewhere yang aku tak penah sampai masa dulu kala
apa benda yang buat tadi pun aku tataw la

malam pun menjelma and aku merana
sebab kena buat kerja yang due date dia dah dekat gila
merayau lah lagi and memang akulah carik bala
so memerah otak macam perah kain perca

dah pukul 4.38 pagi mata mintak dikasihi
tapi aku tak bagi selagi kerja aku tak setel lagi
dah taw tak siap kerja yang aku dah kenapa aku berblog lagi
selagi tak siap jangan harap nak pegy bermimpi

kepala aku dah pening sebab lama sangat stay up
besok pagi tengoklah mata aku sembap
kalau tak kerana kerja memang jangan harap
oh bulan Julai aku mengadu cepat2 lah menghadap

Friday, March 2, 2012

gembira sekarang, menangis kemudian hari

assalamualaikum
betol la bak kata orang dolu-dolu, jangan bergembira sekarang
nanty menangis kemudian hari, aku mana lah percaya sangat
dengan pepatah pepitih pepituh ni, yelah sebab banyak daripadanya di ada2 kan
bukan dari yang fakta sebenar yang di dapati daripada penyelidikan2 umum

ha amek kau ayat aku,nak lagi??? sorry naik lorry
tadi aku pegy lambai emak ngan abah aku naik bas
doang pegy terengganu, then semalam main peluk2 dengan kawan baik sebab
dia plak nak pegy langkawi, maksudnya sekarang ni ada dua lawatan dekat kawasan
perumahan aku

satu daripada nya pun aku tak dapat nak pegy, apa kau rasa???
ko ingat tak sedih ke?? kalau aku ni jiwa tak rockers, mau banjir aku pilah aku buat
yelaa, nak ikot mak aku ngan kawan aku,
sanggup aku menyorok dalam bonet bas tu nak ikot punya pasal
then aku abang plak dari tadi dok perli baik manjang, huii kalau kau belah dada aku

kau boleh nampak berdarah-darah jantung aku ni, apa??? jantung memang berdarah??
memanglah berdarah, aku salah cakap ke?? ke korang yang pening ni
korang kena paham, ayat orang kena tinggal memang gini, dia akan merapu duduk
ngadap laptop sedangkan yang lain sedang bersuka ria, antara ayat2 yang membunuh aku tadi

"nangislah orang tu malam karang sebab kena tinggal sorang2"

"sian orang tu kena tinggal, uuuuu padan muka kena tinggal"

aku ni dah la tengah bengkek, mesti aa jeles weyh, betaun aku tak pegy langkawi
dengan terengganu, last2 pun masa darjah2 aku tu ha, mende je yang aku ingat kalau pegy
lawatan masa zaman baby2 neh, aicehh baby lah sangat, then aku counter balik jiran aku
aku mestilah mempertahankan diri, aku kan takbersalah, aku teraniaya, aishhh ayat kan

"malam karang saya kalau nangis saya meraung kat depan umah akak,
ha jangan tak bukak pintu pulak ye"

"hahahahhahaha"

gembira doang tengok aku tak pergy, aku tak pergy pun bersebab kalau ikotkan
takpelah mungkin betol ada hikmah, so kenalah belajar banyakkan sabar, abang aku
nampak aku macam jeles and agak down, then dia bagilah kata2 semangat
(padahal dia ni bukan leh caya sangat neh)

"takpe nanty aku plan kita pegy jalan2 satu family pegy langkawi, tapi naik air asia la"

"ha bila tu????"

"kau tunggu lah aku kaya raya dulu"

"bila nak kaya raya???"

"ha tu tak sure, hahahahhaha"

hampeh aku dah agak dah, masa otw balik abang akulah orang paling gembira
membahan aku sampai tak taw dah aku nak jawab apa.
hohoho takpe2, ada ubi ada batas
ada lori aku pegy melancong.eh okaylah bye!

p/s: sebenarnya aku dah register nama untuk salah satu rombongan, tapi aku ni sapa je lah weyh, aku ni hanyalah hamba Allah yang lemah yang hanya mampu merancang, and Dia yang tentukan bila saat2 akhir ada benda jadi mesti ada hikmah (pikir positif) weeuhh...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...