Blogger Widgets ssssshhh...: December 2012

Sunday, December 30, 2012

aku punya pasal la ni.

Assalamualaikum, hari ni aku nak cerita something pasal diri aku. 
Jumaat lepas aku balik kerja sampai awal plak dekat rumah.
tengok2 baru pukul 6 lebih, selalu tu pukul 7 wey.
so kepala aku pun meliar lah apa nak buat kan.
lepas tu aku cakap dekat bapak aku

"bah jom pergy pasar malam. nak tengok tudung lah"

"aa boleh. tak yah tuka baju la. pakai yo baju kojo tu" abahku mereply

"yeay cantiklahh"

balik je umah, sampai2 terus simpan beg. pegang beg duit je
handphone pun aku tak bawak. punyalah semangat weyh
lapan puluh ratus tahun aku tak jejak kaki kat pasar malam melang tu

dengan baju kurung yang dah serupa macam langsir jiran belakang umah
aku pun membonceng belakang dato abah. macam minah rempit dah
dalam hati aku berbisik, wekkk berbisik lah sangat

"yeay dapat jugak shopping even gaji tak masok lagi"

sampai dekat masjid parit ranjau hantu, tetiba

"kpeh kpeh kpeehhh..sssshhh tup!" 

"ala apolak ni bah???" aku bersuara.

"motor ghosak aa. ayoo"

"pulakk daahh!" aku dah menggelabah

dengan sisa2 tenaga yang ada, bapak aku ajak tolak motor sampai melang.
melang weyy. naik tercabot tulang rawan aku. dekat tepi jalan orang dok pin pon hin hon.
cehh takat hon aku pun ada la. sebok nak hon. baling hon tu kang aku jugak masok 
balai nanty ha.

"umang ai, nak tecabot pinggang den naik bukit nia ha.
apo ko boghek (berat) bona moto ni??"
abah aku mengadu keponekan

"sikit lai bah, jangan dilopeh (dilepas). 
moto kok menggelungsur ke bawah lek kang,
kang satu kojo lain moto masok longkang" 
aku memberi semangat. eceee..

tapi orang Malaysia ni baik2. last2 sebelum sampai bengkel ada brother ni datang
then dia tunda motor bapak aku. bapak aku lagi best. dia suh aku tunggu tepi jalan
nanty ada orang amek. ah sudah! dah lah masa tu dekat tepi hutan.
matahari pun nak terbenam. handphone pun tada nak buat senjata.
sapa lak amek neh.

depan tu ada kubur. kepala aku dah kelain. ni kes naya ni
eh apehal aku ni dengan kubur pun seram. sabo2

"sapo amek bah??? ala maleh laa tak kona"

"kawan abah lah, takdo dio nak culik kau do" abah bersuara

"uikss??? ok2.." tunggu punya tunggu rupanya kawan aku jugak
yang datang ambek

aku dah confuse, adakah abah aku berkawan dengan kawan aku???
ah lantaklah. lepas tu pergy bengkel tak sampai 5 minit ane tu berkata

"wokey uncle siap, sepuluh ringgit saja"

lepas motor dah setel and bapak aku nak bagi duit dekat
brother ngan pompan yang tumpangkan aku tadi tu.
tapi lepas tu pompan tu dengan brother tu dah takda.
pusing belakang kosong, motor bro tu lesap, akak tu pun tada

"abah, misteri lak ai. hantu ke?? lagipun nak dekat senja neh."

"hantu apa kau ni, tu kawan abah lah. takkan abah kawan ngan hantu
nanti abah pergi lah umah dia balik."

"fuuuuhh..ingat hantu tadi. misteri tol ghaib tetiba"

lepas tu pergi pasar tu kejap and dapatlah tudung selai. weeee..:)

p/s : moral of the story. periksalah motor anda sebelum motor anda mengalami peperiksaan.

p/s: aku tak berani dah nak bawak motor tu pegy jejauh
kang rosak aku masak nanti. buatnya rosak tepi hutan sorang2,
waa tak sanggup!

Tuesday, December 25, 2012

nilai duit dulu dan sekarang

assalamualaikum
kau ada RM 50 dalam tangan
bangun masok dalam kereta atau naik bas
then kau pergi shopping mall terdekat 
macam giant atau tesco
lepas tu ko ambil troli and sorong masok pasar
agak2 penuh tak troli kau?
ke separuh? ke bahagian besi bawah tu je ada barang?

ok yang kedua, kita pergi zaman 10 tahun kebelakang
kau ada RM50, kau naik bas atau kereta 
lepas tu macam biasa kau pergi giant
ada ke giant eh? ala pergy je mall zaman2 sekolah kita dulu
agak2 penuh tak troli? kerat jari weyyy
mesti penuh punya, paling tak pun lebih separuh

nampak tak? zaman sekarang punya RM50 dengan dulu
sangat berbeza. dulu kalau dapat pegang 50
macam pegang 5 juta, over plak rendahkan sikit
macam pegang 5 ratus. dia punya nilai besar
orang dulu kalau bagi duit raya 50, dia memang kaya weyy

tapi itu takda masalah kalau nilai makin rendah
masalahnya ialah barang makin mahal tapi kenaikan gaji tak tinggi
contohlah kan, barang naik setiap perayaan and apa je event
tapi gaji still di takuk lama and paling tak pun bonus lah cover skit2
sebenarnya bukan tak bersyukur, ko taw malaysia memang aman damai
tapi kalau harga barang dok melambung-lambung sakit jugak

aku ni jenis takda lah rajin sangat research
aku suka bagi pendapat ikot apa yang aku taw
and pendapat aku tak semestinya betul k

tahun 2020 nanty bawak troli kosong je

dulu masa aku sekolah menengah, 
air botol 100plus tu 1.50 je weyh. air tin 1.10
masa tu memang rasa gila bestlah kalau dapat beli
and sekarang aku tataw mungkin kedai tu cekik darah ke apa
aku beli air tin 2.00! gila mahal! so agak2 yang botol tu bape rm juta dah weyh

memang dunia berubah mengikut arus peredaran zaman
dan aku harga barang makin naik tapi 
tak berapa nak selari dengan kenaikan pendapatan normal manusia sejagat
kalau tengok cerita dulu2, harga air seposen je
dah dapat kopi secawan. dan sekarang singgit lebih baru dapat

agak2 kalau zaman anak2 kita nanty, eceehh anak2 kita you ols
tak mustahil pergi kedai harga kopi dah jadi 10 henget
and sekarang pun dah memang ada harga gila macam tu kan
nampak sangat duit dah semakin tak bernilai
sekarang ni seposen selalu je kita jumpa tercicir kan kat jalan
silap2 akan datang nanty RM 50 tepi jalan pun leh jumpa

just imagine, betapa pantasnya dunia sekarang bergerak
yang kaya bertambah kaya
yang miskin semakin kebelakang

Friday, December 21, 2012

Thursday, December 20, 2012

cerpan (cerita panjang) the last part


“Entah kemana sajalah budak tu. 
Macam abang tak tahu. Petang karang balik la dia”
jawab mak Besah sambil bersalaman dengan suaminya.

Mak Besah tahu suaminya keletihan.
Sedaya upaya dia memenuhi dan melayan suaminya agar
kehidupan mereka sentiasa aman dan sentosa.
Ayah terus naik ke atas dan mengambil tualanya untuk mandi.
Waktu senja nanti dapatlah ayah berjemaah di surau di hujung jalan.

Ayah akan berjemaah jika berkesempatan.
 Bunyi air berdebur kedengaran di luar rumah.
Mak masih lagi melakukan kerja-kerja rumah.
Tidak pernah nampak emak berehat walaupun seketika.
Ada sahaja kerja yang dilakukannya.
Itulah kekuatan seorang wanita yang bergelar ibu.



Burung-burung kembali ke sarang.
Mentari mula tenggelam di ufuk barat.
Hari semakin beransur petang.
Senja pula bakal menjengah sekejap lagi
dan separuh daripada bumi ini akan mengalami 
waktu malam untuk dua belas jam yang berikutnya.

Jali masih lagi duduk di batu-batu sungai itu bermain air.
 Kakinya yang dicelup ke dalam air sungai kelihatan pucat.
Lama benar die merendamkan kakinya itu.
Merajuk  benar nampaknya Jali.
Dia sendiri pun tak tahu mengapa dia perlu terasa sampai begitu sekali.

Perutnya yang berkeroncong tidak dihiraukannya.
Dia sudah tekad dalam hati.
Dia tak nak balik ke rumah kecuali emak dan kakak-kakaknya datang mencari dia.
matahari yang semakin tenggelam tidak dihiraukannya.



Rasa takut menerjah dirinya tatkala malam menjelang tiba.
 Lupa sebentar dia rasa rajuknya itu. Perlahan-lahan Jali mengorak langkah untuk pulang.
 Batu-batu sungai yang licin itu dipijaknya dengan penuh berhati-hati.
Tersilap langkah boleh terjatuh dibuatnya.
Ketika dia leka melangkah untuk pulang ke rumah,
kaki Jali terpijak celahan di antara batu-batu sungai itu.
Kakinya tersepit dan di gagal mengawal keseimbangan badannya.
 Suasana menjadi kelam dan terus menjadi gelap tiba-tiba.

~~~~

“ Ida, ko siap cepat. Tutup semua lampu rumah itu.
 Mak dah risau sangat dah ni. Siti, kamu tutup semua tingkap.
 Kita pergi cari adik ko Jali sekarang juga.” Cakap mak Besah memberi arahan.

“Mak, macam mana nak bagitahu abah.
Abah tak tahu pun adik hilang. Kalau jadi apa-apa kat Jali,,”

“Mulut kau tu jangan celupar sangat Ida. Kita doakan adik kau tak apa-apa.
Siti kau pergi surau kat hujung jalan tu, pergi panggilkan abah kau cepat.
Minta abah kau panggil orang-orang kampung sekali.”
Mak Besah semakin tidak keruan.

Ikutkan hati mahu saja dia menjerit histeria di halaman rumahnya itu
namun dia masih dapat mengawal perasaannya. Beberapa minit kemudian,
Siti kembali dengan bapanya dan beberapa orang kampung.
Mak Besah tidak dapat menceritakan perkara itu.
Yang penting mereka dapat bertemu dengan Jali dan dia ditemui selamat.

 Orang-orang kampung berkerumun di depan rumah mereka sambil memegang jamung.
 Mungkin mereka sudah tahu yang mereka akan memasuki
kawasan semak yang gelap di belakang rumah mak Besah.


 Operasi mencari di mulakan.
 Orang-orang kampung mula memasuki kawasan semak di belakang rumah
dan menjerit memanggil nama Jali. Tiada balasan daripada Jali,
yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan
unggas-unggas hutan bersahutan memanggil sesama mereka.

Mak Besah, Kak Ida dan Siti dilarang mengikuti sama untuk mencari Jali.
Keselamatan mereka lebih terjamin di rumah.
Mak Besah terhinggut menahan tangisannya.
Kak Ida pula sejak tadi mententeramkan emaknya cuba untuk tidak menangis.

Siti yang kelihatan kelam-kabut cuba untuk menenangkan dirinya.
Pagi tadi baru sahaja dia bergadoh dengan adiknya dan 
berharap adiknya tiada dalam hidupnya. 
Sekarang impiannya seolah-olah telah menjadi kenyataan.
Namun hatinya berbolak-balik.
Mengapa dia perlu mendoakan perkara-perkara seperti itu.
Nampak sangat dia tidak matang lagi.
Apa yang diinginkan sekarang ialah adiknya Jali selamat.

“Ya Allah, selamatkanlah adik ku,” doa Siti dalam hati.
Mereka sudah merayau ke pelusuk hutan itu namun tiada apa yang dijumpai.
Sungai-sungai telah diharungi namun tidak berjumpa juga dengan Jali.
Namun mereka masih tidak berputus asa. Selagi Jali tidak ditemui,
peluangnya untuk hidup masih lagi ada.

Mungkin Jali sesat,
mungkin Jali pergi ke rumah kawannya dan tidak berancang untuk balik.
Mungkin dia disorok bunian. Ah! Terlampau banyak kemungkinan yang boleh terjadi.

 Yang penting sekarang mereka mahu mencari Jali dan membawanya pulang. tiba-tiba

“Amat, ini selipar Jali ke. Aku jumpa dekat celah-celah batu ni ha.
Kau tolong tengok betul tak ini selipar anak kau.” Tanya Pak daud.

“Betul la ni selipar anak aku. Mesti dia ada dekat-dekat sini juga Daud.
Tolong la aku carikan dia.Rayu Pak Amat.

“Sudah, kamu berdua pergi sebelah sana, dan kamu pergi sebelah sini,
Amat ko ikut aku. Kita pergi kat hujung sungai itu. 
Insya Allah anak kau selamat.” Pujuk Pak Daud.

Hutan kembali bergema dengan sahutan penduduk kampung yang memanggil Jali.
Semuanya berusaha keras mencari dia. Doa dan tawakal mengiringi dalam hati.

“Aku dah jumpa anak kau ni Amat, tapi Masya Allah.”
Amat berlari ke arah suara yang memanggilnya tadi.
 Ingin sekali dia bertemu dengan anaknya. 
Mahu dikucup pipi anak kesayangannya.

“Masya Allah Jali!” Jerit pak Amat. Kepala Jali berdarah terhantuk benda keras.
Dia hanyut beberapa meter dari tempat seliparnya ditemui.
Badan Jali basah kuyup bermandikan air sungai. kulitnya putih pucat
Air mata ayah merembes. Tidak dapat ditahan lagi rasa sebak di hati.
 Ayah merangkul Jali sekuat hati. Tidak mahu dia melepaskan anaknya.

Suara ayah meraung bergema di hutan itu.
 Bunyi cengkerik tidak lagi kedengaran. 
Suasana hiba menyelubungi penduduk kampung.
Drama air mata itu membuatkan mereka turut sekali menangis.
Tidak pernah tragedi sebegini terjadi dikampung mereka.

Tidak tahu bagaimana ayah ingin menerangkan kepada mak Besah, kak Ida dan Siti.
Segalanya terlalu pantas. Ayah mengharapkan agar masa dapat diputar kembali
supaya sempat dia menatap puas-puas wajah anak untuk kali terakhir.
Semuanya tenggelam dalam suara tangisan.

~~~~~~
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Bacaan talkin mengusik jiwa semua orang yang berada di tanah perkuburan.
Kering sudah air mata untuk menangis menatap kehilangan adik.
Kak Ida cuba untuk menerima kenyataan.
Tiada lagi senda gurau dengan adiknya.
Tiada lagi gelak tawa adiknya yang memecahkan suasana.
Semua itu sudah hilang.


Siti yang duduk dihujung kubur seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan.
Dia berasakan ini semua salahnya.
Baru pagi semalam dia terfikir agar adiknya tiada namun dia tidak menyangka
secepat ini Allah memperkenankan permintaanya.
Bukan ini yang diminta.

Ayah pula bersila di sebelah pak Imam dan mengusap batu nisan adik.
 Tiada apa yang boleh dilakukan. 
Ayah mendoakan kesejahteraan adik di alam Barzakh.
Tanah kubur yang merah itu pula merentap jiwa emak.
 Tidak sempat Jali makan gulai ikan keli buatannya.
Tidak sempat Jali tengok anak-anak terung itu membesar.
Bertimpa-timpa rasa sesal emak datang menerjah jiwa.
Tidak sempat emak memujuk Jali.
 Emak menangis kembali mengenangkan kisah semalam.
Jika emak tahu semalam hari terakhir Jali bersama mereka,
 emak akan layan Jali sebaik mungkin.
Apa jua permintaan Jali emak akan penuhi.

Penduduk kampung beredar seorang demi seorang.
Tinggal pak Amat, Mak Besah, kak Ida dan Siti sahaja di tanah perkuburan.
Pak Amat, mak Besah dan Siti berkemas-kemas untuk pulang.
 Tikar mengkuang digulung dan mereka berjalan beriringan pulang ke rumah.

Kak Ida masih lagi duduk ditepi kubur adiknya.
Ingin dia meluangkan masa di situ dan bermuhasabah diri sebentar.
Pak Amat dan Mak Besah tidak melarang.
 Mereka bertiga mengorak langkah untuk pulang.
Kak Ida mengusap batu nisan adiknya selepas menyedekahkan bacaan surah Yasin.
Rindu betul dia dengan adiknya itu.
 Kak Ida mengelamun jauh.

Segala memori indah bersama adiknya menjelma di kepalanya.
 Namun cepat-cepat dia buang jauh-jauh semuanya.
Hidup mesti diteruskan. Yang pergi tetap pergi.
Kak Ida bangun dan melangkah pulang.
Suasana petang di tanah perkuburan itu sunyi sepi.
Sesekali suara unggas-unggas hutan bergema dan ianya
seolah-olah faham akan kesedihan Kak Ida.
kak Ida mengorak langkah perlahan untuk pulang.

soorrry kalau amek masa korang baca story panjang berjela neh
sebenarnya aku kehabisan idea nak tulis entry apa, untuk sementara 
aku letak cerpen ni dulu.hehe
so sekarang dah ada idea untuk akan datang then lega sudah.
by the way aku memang fail menulis.hohoho

Monday, December 17, 2012

:)


if you know what i mean..hehehee

Sunday, December 16, 2012

cerpan (cerita panjang) part 3

“Moga-moga cepat la kau besar terung, 
kasihan pula aku tengok anak aku teringin nak makan kau." 
Bebel emak dalam hati. 

Batas yang terung yang sudah siap disiram emak pandang dengan puas hati. 
Anak-anak rumput yang tumbuh meliar di tepi batas mak cabut sekuat hati.
Siput-siput kecil yang mula cuba untuk mendekati anak-anak terung emak kutip. 
Di campak nya siput-siput itu ke tepi semak.

Selesai sahaja kerja-kerja emak di batas terungnya,
mak terus pergi ke telaga untuk membasuh kaki.
Parang dan cangkul yang emak ambil di bawah tangga emak simpan 
kembali di tempat asalnya.
Tangga rumah yang diperbuat daripada kayu itu 
bergemeretak apabila dipijak emak.


Ikan keli yang mak perap dengan asam limau emak keluarkan dari dalam almari.
Petua orang tua-tua, asam limau dapat mengurangkan bau hanyir ikan keli.

Wallahuallam, itu hanya petua turun temurun.
Barang-barang untuk memasak ikan keli emak keluarkan.
Emak memang sudah dari awal menyiapkan 
barang-barang yang diperlukan untuk memasak.
Senang supaya tidak kelam kabut nanti.
Periuk yang sudah berkarat buntut nya itu emak capai dari dinding kayu rumahnya.

“ Kejap lagi balik la Jali tu, merajuk dia pun, 
mana sangat yang dia boleh pergi, 
lapar karang tahula dia nak balik rumah”
getus emak dalam hati.

Dari luar rumah kedengaran riuh bunyi orang memasak di dapur.
Alunan muzik lesung batu dengan alunya memecah suasana keheningan tengah hari
di kampung itu. Matahari makin meninggi dan terus tegak di atas kepala.
Daun-daun tua yang kering luruh ditiup angin.
Tanah bersepahan dengan dedaun yang kekuningan.
Pemandangan sebegini memang amat menyejukkan mata sesiapa yang memandang.
Tiada pencemaran, udara yang segar dan bebas daripada pembangunan.


Kak Ida menolak basikalnya perlahan-lahan dan disandarkan ke tiang rumah.
Raut wajahnya yang keletihan menunjukkan betapa beratnya
beban yang dipikulnya untuk menghadapi peperiksaan SPM hujung tahun ini.
Kak Ida mengorak langkah yang perlahan tatkala dia
memijak tangga rumahnya itu. Uzur benar dah tangga rumah emaknya itu.
Tangga itu masih kuat tetapi kalau tersilap langkah,
boleh terbolos dia ke bawah rumah.

Kak Ida terus masuk ke biliknya dan menyalin pakaian.
Pakaian sekolahnya itu di kumpulkan untuk dibasuh.
Sudah menjadi kebiasaanya membasuh baju sekolah setiap hari.
Rimas katanya kalau memakai baju yang sama sahaja berulang-ulang.
Selesai bersolat zuhur, dia ke dapur untuk makan.

Berkeroncong perutnya apabila terhidu bau gulai ikan keli yang dimasak emaknya.
Gulai lemak mak Besah memang sedap.
Jarang sekali emaknya memasak lauk sebegitu 
untuk mereka sekeluarga untuk makan tengah hari.
Selalunya ikan kembung goreng dan
ikan masin yang menjadi hidangan mereka sekeluarga. Itu pun sudah cukup untuk membuatkan mereka kenyang
dan bersyukur dengan apa yang diterima.

“Emak dah makan ke? Mana pergi Siti dengan Jali.
Pelik pula tak dengar mereka berdua bercekak hari ini"
 Tanya kak Ida yang memecahkan seketika keheningan rumah itu. 

Emak yang sedang menyapu di sebelahnya lantas menjawab.

“Emak dah makan tadi dengan abah kau. 
Abah kau balik kejap lepas tu pergi balik rumah pakcik Saad, 
kau dengan Siti je belum makan lagi. Siti balik lambat rasanya. 
Dia ada kelas tambahan untuk peperiksaan UPSR. Kau makanlah dulu."

“Jali? Dari pagi tadi Ida tak nampak dia emak.”

 “Adik kau tu merajuk agaknya dengan emak. Biarlah nanti dia balik la tu.
Macam la kau tak tahu perangai adik kau yang seorang tu.”
Perut kak Ida yang sejak tadi menyanyi membuatkan dia terbantut 
untuk bertanya lebih lanjut tentang adik kesayangannya itu.

Bau gulai ikan keli itu menyemarakkan lagi rasa laparnya
dan setelah membasuh tangan,
terus kak Ida makan makanan yang dimasaknya emaknya itu.
Namun kak Ida masih lagi menjaga adab sopan dan 
tatatertib sebagai seorang perempuan.


Selapar mana pun dia, makan dengan gelojoh tak akan sesekali dilakukannya.
Selesai makan kak Ida kemas kembali
pinggan mangkuknya yang kotor untuk di basuh.
Hati detiknya tertanya tentang keadaan adiknya.
Kak Ida memang sudah paham perangai adiknya namun kali ini
hatinya berasa lain sedikit. Jarang benar adik merajuk sebegitu lama.

“Lapar nanti balik la Jali tu,” getus hati kak Ida.
Bunyi orang berjalan kaki secara tiba-tiba menerpa ke telinga kak Ida.
Tingkap dikuak dan kelihatan adiknya Siti baru pulang dari sekolah.
Letih sangat nampaknya dia.
Selepas memberi salam terus dia masuk dan 
menuju ke biliknya untuk berehat sebentar. 

Kasihan pula ditengok adiknya yang keletihan itu.
Sebagai seorang kakak,
kak Ida memang rasa bertanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya.
Lantas terus dia bergerak menuju ke bilik adiknya itu.
Pintu kayu yang terkuak itu ditolak sedikit.
Kelihatan Siti sedang berbaring di lantai rumah.
Matanya terpejam rapat. Kak Ida terus mengejutkan adiknya itu.

“Siti bangun, pergi tukar baju sekolah kau tu dulu.
Lepas tu solat dan pergi makan. Akak tahu kau letih tapi jangan terbaring macam ni je,
pergi tukar dulu”
Tutur kak Ida lembut terhadap adiknya.

“Baiklah kak,”
tanpa berfikir panjang, Siti terus bangun dan menyalin pakaiannya. 
Perutnya pun yang sememangnya lapar terus 
membuatkan dia gagahkan diri untuk melakukan semua itu. 
Kak Ida tanpa membuang masa terus pergi ke biliknya untuk mengambil
tuala dan baju sekolah untuk dicuci. 
Kak Ida mengorak langkah menuju ke telaga dirumahnya.
Die berkemban gantung tatkala mandi ditelaga itu.
rumahnya terletak jauh dihujung kampung
jadi tiada apa yang perlu dirisaukan


Sesudah selesai mandi, 
cepat-cepat kak Ida naik ke atas rumah menyalin pakaian.
Ayah berbasikal pulang ke rumah.
 Letih benar nampaknya dari raut muka ayah.

Ayah yang bekerja bertukang membuat dan membaiki rumah orang itu
memang tiada waktu yang tetap untuk balik.
Kadang-kadang sampai malam baru ayah pulang.

Mujurlah sejak akhir-akhir ini ayah tidak lagi pulang pada waktu malam.
Mungkin kerana peristiwa Jali yang mengalami demam panas beberapa bulan lepas.
Ayah berasa bersalah yang amat sangat kerana pada masa itu dia tiada dirumah.
Dengan bantuan orang kampung, Jali dihantar ke klinik.
Ayah tidak mahu peristiwa itu berulang lagi.
Ayah sekerap boleh mahu berada disisi anak-anaknya.
Basikal ayah letakkan di sebelah basikal kak Ida.

“Besah, mana pula perginya Jali. Abang tak nampak pun dia. 
Selalu tu melompat-lompat kalau dia nampak abang balik.”

-bersambung-

Thursday, December 13, 2012

you never know


you don't know how strong you are until being strong is the only choice you have

Wednesday, December 12, 2012

just saying


where is the special of marriage when you already live like husband and wife
before your wedding day..just saying:)

:)

cerpan (cerita panjang) part 2

Aku dah habiskan goreng pisang tu. Padan muka kau. 
Kalau nak ambil dekat mulut aku ni.” Jali yang berang dengan ejekan kakaknya terus berlari 
ke arah Siti dan merampas goreng pisang tu. 
Goreng pisang yang masih bersisa itu terus di masukkan ke mulutnya.

“Siti bodoh, Siti bodoh. Kau dah makan banyak tadi. Ni aku punya!” Siti termewek. 
Terkejut dia dengan perbuatan Jali. 
Ingin dia merebut kembali pisang goreng itu tapi Jali telah lari dulu.

“Mak tengok Jali tu, pisang goreng tu Siti punya.”
“Kamu tu yang cari pasal dulu dengan dia kenapa. 
Tak boleh nak dekat asyik nek berkelahi je kerjanya. 
Cepat pergi sekolah tu. 
Karang lambat kamu juga yang kena denda.” Marah mak.

“Baiklah mak, Siti pergi dulu,” Siti bersalaman dengan emaknya.
Ikutkan hati mahu saja dia kejar adiknya itu 
dan ditunjal-tunjal kepalanya. 
Siti dari dulu memang tidak berapa suka dengan perangai Jali.
Jali suka merebut haknya. 

Dia selalu terfikir alangkah indahnya hidup jika tanpa Jali.
Tentu emak akan lebih menumpukan perhatian terhadapnya.
Sambil berangan, Siti berjalan kaki ke sekolahnya.
Mujurlah sekolahnya agak dekat dengan rumah.
jadi tak perlulah dia risau jika terlambat bangun.


Mentari yang terik telah mula meninggi di atas kepala.
Peluh-peluh jantan membasahi baju emak.
Sudah lama emak berada di kebun terungnya itu.
Sudah banyak juga batas-batas terung yang telah digemburkan.
Lagi beberapa minggu besar anak-anak terung itu.
Jali yang hilang entah ke mana muncul di belakang emaknya.
Mulutnya masih berminyak dengan sisa pisang goreng 
yang dirampas dari kakaknya tadi.
Jali terus mendekati emaknya yang sibuk mencangkul batas-batas terung.
Tanah  mula mengering disinari panahan mentari terik.
Kaki Jali kemerahan menahan panas.
Kakinya yang togel tidak berselipar itu dicucuk duri-duri semalu 
namun tidak dihiraukannya. Kesakitan duri-duri itu bagaikan tiada apa-apa kesan lagi padanya.

“Mak. Jali lapar. Mak bila nak masak nasi.
Semalam abah bawa balik ikan keli. 
Mak goreng la ikan tu sekarang mak.” Rengek Jali.                                                                                                                        

“Kamu tak nampak ke Jali mak tengah buat apa ni,
tengah hari sikit mak goreng ikan tu.
Nanti boleh makan sama-sama dengan kakak kamu. 
Kalau kamu lapar sangat pergi makan pisang goreng  pagi tadi tu. 
Elok lagi.” Jawab emak.

“Mak, goreng la sekarang emak, 
lambat la nak tunggu tengah hari. Jali lapar sangat ni mak” 
Sedaya upaya Jali merayu dengan emaknya dengan membuat muka kasihan. 
Dia berharap sangat agar emak menumpahkan sedikit rasa simpati untuknya

“Kamu ni tak paham bahasa ke Jali, 
mak cakap mak tengah hari mak buatkan la.
Bukan lama sangat pun.
Kamu tak kasihan ke tengok mak ni. 
Mak banyak kerja nak kena buat.
Sudah! Kamu kalau tak nak tolong mak,
kamu pergi main tempat lain.
Kalau nak menolong mak takpa juga,”Marah mak Besah.

Tersirap darahnya dengan perangai Jali yang suka mendesak.
Jali terkulat-kulat apabila dimarahi emaknya.
Terkejut dengan jerkahan emaknya tadi,
terus dia berlari meninggalkan emaknya.
Tanpa hala tujuan, Jali terus menerpa ke arah semak yang berdekatan.
Memang itulah tempat pertama yang dituju Jali
jika dia terasa hati kerana dimarahi oleh emaknya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana 
Jali sudah terlalu betah dengan keadaan kampung
disitu. 


Namanya pun budak kampung.
Seluruh pelusuk kampung ini telah dijelajahinya.
Sambil berjalan-jalan di tepi semak itu, kepalanya menerawang.
Sampai hati mak Besah memarahinya.
Dia cuma mahu mendapatkan sedikit perhatian daripada emak namun
jerkahan yang dia dapat. Siti pula selalu bergaduh dengannya.
Entah apa puncanya pun kadang-kadang sukar untuk diketahui.
Hanya Kak Ida yang selalu menyenangkannya.
Kak Ida selalu memandikan Jali dan 
membelikan makanan ringan untuknya ketika pulang dari sekolah.

“Ni kakak ada belikan sotong kering untuk kamu.
Jangan tunjuk dekat Siti, kamu berdua berebut pula nanti.”
Kata kak Ida pada suatu petang minggu lepas.
Teringat pula dia akan kak Ida secara tiba-tiba.
Dia tak sabar untuk memulakan hari persekolahannya.

Namun dia baru berumur lima tahun.
Dia terpaksa menunggu lagi setahun untuk
memulakan alam persekolahanya.
Kak Ida suka mengajarnya ABC tatkala dia pulang dari sekolah.
Jali sudah pandai mengira satu sampai sepuluh dan
membaca ABC sampai habis.


Tak sabar rasanya untuk dia menunjukkan kepandaiannya
kepada cikgu-cikgu di sekolah itu.
Ingin dia menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya.
Ah, sungguh banyak impian Jali.
Bermacam-macam impian yang ingin dicapainya pabila besar kelak.
Mahu menjadi polis, doktor, cikgu dan segala macam pekerjaan
yang menarik perhatiannya akan dijadikan impiannya.

Lumrah budak-budak,
imaginasi mereka memang tidak terjangkau dek akal fikiran orang dewasa.
Sambil kepalanya menerawang jauh,
Jali terus menapak ke dalam semak samun itu dan
menuju ke sungai yang berdekatan.

Air sungai di kampung itu masih bersih dan jernih lagi.
Bebas daripada ancaman pencemaran.
Suasana hijau di sekelilingnya menggamit perhatian terhadap sesiapa yang memandang.
Perlahan-lahan Jali memijak batu-batu yang licin itu untuk
mencari tempat yang sesuai untuk dia dudukinya.
Sambil bermain-main air, kepalanya menerawang lagi entah kemana. Tiada sesiapa yang tahu apa yang difikirkannya selepas itu.


Mak terus mencangkul batas-batas yang tertinggal.
Tinggal lagi dua batas untuk emak gemburkan.
Lepas ni bolehlah emak mengemas rumah dan 
menyiapkan makanan tengah hari.

Usai sahaja emak menggemburkan batas-batas itu,
emak terus pergi ke telaga dan 
menurunkan tali timba untuk menceduk air telaga.
Timba yang separuh penuh dengan air telaga itu emak karai naik.
Terkedek-kedek emak membawa timba itu untuk 
disiram di atas batas-batas anak terung itu.
hati emak menerawang jauh, sejauh saujana pemandangan
kampung itu

-bersambung-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...