Blogger Widgets ssssshhh...: July 2011

Wednesday, July 27, 2011

it all ends here



Hai bloggers!!! Ecece cara aku cakap macam dah ada 20000 followers, hahaha jangan mimpilah, padahal baru ada 20 followers je. Ingat aku apa, The Other Khairul ke, even 20 je tapi aku tetap sayang korang semua.trimas sebab follow blog aku yang takda kontroversi tingkatkan prestasi ni.ewahhh…!!!! ok dengan ini masuk topic balik, semalam aku pergi tengok harry potter, even dah telambat macam nak mampos kan tapi sebab aku dah tengok part 1 nya, so part 2 memang aku nak tengok gak.

Aku pergi tengok muvee ni dengan anak buah aku, hahaha dia ah peneman setia. Punya semangat nak tengok sampai aku cuti mengejut semalam. Masa dalam muvee ni, aku tengok lah dengan penuh khusyuk sehingga mengabaikan orang keliling, then kat depan aku ni ada orang indon kot 3 orang, ek eleehhhh leh lak dia menganyam tikar ngan awek dia depan mata aku.silau beb, aku nak tgk harry potter, bukan nak tengok orang menganyam cinte, sial tol.

kalau senyap takpa ni memekak beb, nak mengawan pergi le tempat lain, terhalang muka Daniel Radcliffe (betul ke aku eja tu?) tu aku nak layan (padahal aku tak minat pun). So meh aku review skit filem ni, kira boleh tahan la. Sapa yang dah tengok part 1 so takan menyesal punya sebab cite happy ending. Kalau sad ending mau tebaka wayang tu kang. penat2 baya mahal (padahal pakai kad student) tapi ending hampeh. Perghh!!! Rusuhan boleh tejadi beb.

Masa nak balik, aku memang shopping sakan, semua benda nak beli la beb, kalau aku kaya memang aku beli mall tebabit tapi aku tak kaya, so aku beli yang biasa2 je.heheh. masa on the way balik umahku syurgaku, bas rosak!!! Diulangi bas rosak! Haih kesian aku yang cun ni, kena berpanas tapi aku tak kisah beb. Aku tetap cool seperti selalunya. so aku pun ambik la langkah drastic. Call bapak aku minta jemput. So pastu malas la nak cita panjang kan,mestilah aku sampai rumah aku, takan sampai rumah nenek kau lak kan.

hahaha k later aku ada banyak lagi nak update. Semangat menaip dah datang punya pasal.hehehhe k so long for now

Wednesday, July 20, 2011

you are killer

Ha baru aku teringat ada satu kisah yang aku nak share dengan korang.kisah ape..??? semestilah kisah benar di tb3.ha bukanlah, minggu lepas aku dapat satu email.aku ni kalau ikotkan orang yang paling malas nak baca email, macam kene paksa makan ubatlah.nak bukak baca satu2 uii beban usus aku nak watt uu.aritu aku dapat hidayah kot, tu yang rasa nak bukak email tu.ada satu true story ni, aisehh terojak lak.sorry geng ada sorang budak ni, pompan tak salah aku n dia sakit.so budak ni dimasokkan ke spital (takan masok balai bomba lak). Aku tak ingat dia sakit apa tapi agak serius n bila doktor dah bertungkus lumus nak baikkan die, budak ni stabil balik.

Dalam keadaan belum sedar lagi, untuk sementara waktu budak tu tepaksa guna satu alat untuk menstabilkan badan dia macam tu la. Kalau diikotkan logic budak ni dah ok dah, just kene make sure die dijaga rapi tu je la.pastu tiba2 budak ni tak sedarkan diri n meninggal dunia secara tiba2.doktor2 tekejut, jururawat terkelu n doang tataw silap kat mana.budak kecik ni past wat post mortem, didapati alat yang digunakan untuk bantu budak ni dah kene ‘kacau’.

Korang ingat kene makhluk halus ke? Haih bukanlah.sebenarnya frekuensi alat yang digunakan untuk bantu budak2 tadi telah betukar n diganggu, diganggu oleh ape? Oleh seorang manusia yang tidak diketahui sapa tapi yang pasti die berada di kawasan yang agak berhampiran dengan budak n yang paling penting die sedang menggunakan HANDPHONE! Ya penggunaan handphone kan dilarang tapi ada jugak yang pakai.tanpa die sedar die telah menjadi pembunuh dengan hanya menghantar sms atau buat kol.

So kawan2 aku, mungkin dah ajal budak tu kan tapi selagi kita boleh elak, kita elaklah.tempat yang orang kata jangan pakai phone korang ikotlah.nasihat ni untuk aku sekali. Bunyi macam kecik tapi kita boleh elakkan suatu perkara buruk tejadi kalau kita ikut je peraturan ni.tak mampos pun kalau tak anta sms.apa yang paling penting elakkanlah korang daripada jadi pembunuh tanpa korang sedari.kay peace

mentah

Seperti yang semua sedia maklum, ecece macam ustazah lak ni, hahaha mampos lah.name pun blog aku kan, so sukati aku la nak emo.huahuahua aku taknak sebut name tapi aku cakap rambang je ni taw, taw taw taw, wey taw ke tataw??? Kalau tataw kesah lak aku.hahah.dah diam2 banyak merepek neh.bermula nya cite nye begini. ada satu program kat tb neh, best tu boleyla aku tak layan pun tapi tang part iklan tu perasan la jugak kan. Dalam program tu sepanjang yang aku survey ( kantoi penah tengok) die akan uji budak2 tu dengan menyanyi.

Uii ko nyah lagu yang budak2 ni nyanyi tanak kalah plak kan. Lagu semua not tinggi2 then memang leh tekelua la tekak kalau aku nyanyi.hehehe (kantoi suke nyanyi). Bukan tu yang aku nak cakap skang ni, masalahnya semua tu budak2 lagi n kecik laginya pun, so kalau dah kecik diterap supaya menyanyi, nanty dah besa macam mana…???? aku taknak cakap la semua kan tapi semua orang dah taw yang memang dari kecik la kita kene ajar.nanti dah besar tak la susah sangat.

Cuba bayangkan kalau dalam program tu die wat soal jawab exam ke, upsr ke, korang tak rasa ke ade pekdah eh skit.boleh gak la bebudak kecik yang apa pun tak reti tu asah skit kepala otak doang untuk jawab soalan.aku tak discriminate tapi ni pendapat je.aku tak kata pun program ni tak bagos, jauh sekali aku nak ajak orang buat riot bantah program kanak2 ni tapi kalau benda leh diperbaharui ape salahnya kan.dari dulu aku usha ( bukan tengok taw) camtu je tak berubah pun.

hahaha boleh dikatakan semua bebudak dalam program tu sama warna kulit ngan aku. Aiii takan orang kulit cam aku taw nyanyi je kot.mesti taw wat banyak lagi benda berpekdah yang lain. Hahaa kadang2 aku semak ngan program ni.memang tuka channel la bila bebudak tu dah start nak nyanyi.dah besa nak masok af ke dik..??? af taun depan tado dah.adik pikir la sendiri. peace

Tuesday, July 19, 2011

menang disanjung kalah dipancung

hai salam, hehehe long time no see la kawan2.haha kalau aku takda cite nak update pasal diri aku, aku akan update pasal benda2 yang berkaitan dengan isu semasa, isu kurang semasa n mungkin juga isu yang tak reti bahasa.kita tunggu dan lihat je.heheh macam yang semua tahu piala yang paling bermakna masa Malaysia menag dulu ialah Piala Suzuki.huii Malaysia team dilambung lambung lah time tu.semua dipuji n semuanya wangi.takda apa yang salah.kemenangan Malaysia disanjung tapi sape taw yang baru2 ni Malaysia kalah kan dengan Arsenal.kekalahan yang agak besar jugaklah, 4-0 beb.malaysia tak pat bolos satu apa pun.aku tak kecewa pun pasal yang tu tapi yang buat aku kecewa ialah akbar2 harian punya post.

aku tak meankan mana2 newapaper kay hatta paper exam sekalipun, the way doang post seolah olah Malaysia wat salah besar bila kalah dengan arsenal.beb relaxlah, persahabatan je kot.takkan nak pancung dah, kalau kita yang jugak dok kutuk2 Malaysia team, then sapa lagi yang nak sokong.okay the next game doang lawan the Reds.macam biasa kalah jugak tapi apa yang paling dibanggakan ialah malaysia dapat bolos 3 bijik beb.ko ingat senang2 bodoh je ke nak bolos.aku taw Malaysia team ni mental dia kuat.kalau doang lemah kompem kalah ngan kene kondem pasal kalah ngan arsenal lagi.hmmmm bengang lak aku tetiba kan.hahaha pasni malaysia lawan the blues beb, Chelsea.just to let you know that i'm one of the big fan for Chelsea.tapi suka macam mana pun aku still sedar aku bediri kat mana. aku tak ragu2 nak katakan yang aku akan sokong jugak malaysia even semua orang leh nampak kekalahan lebih jelas kita nampak berbanding kemenangan.peace..:)

Friday, July 15, 2011

dunia

salam and hoi hoi hai, hahaha setakat ni dah nak seminggu aku keje n sume macam bese.boringlah cer pasal keje, cer sal lain lak.hah mcm bese bi adalah pendapat aku n takde kaitan antara yang mati yang koma n yang cedera ringan, takda kaitan langsung kay.hehehe kadang2 sedih n heran bila tengok perkara yang tak sepatutnya di dahulukan and perkara yang penting dikemudian kan.peruntukan banyak tapi apalah salahnya kan kalau asingkan sikit untuk perkara2 lain.hehe aku tak tuju kat sesapa pun kay.saje2 je neh.bye!

Friday, July 8, 2011

lab assistant

hahahaha apelah,,hari first dah kene cover orang tidur...:p

Monday, July 4, 2011

Simple facts


Okay fakta2 ni aku dapat dari buku2 tertentu then aku gabungkan semuanya.so at least kita bleh aa share sikit2 kan.aku bagitaw ko n ko bgtaw aku n kite semua bgtaw sumerang! Jom spend kejap 5 minit

  1. Korang taw tak sebenarnya gigi ketam terletak dalam perut eh.perut ketam tu kat mana eh?? Korang pegi beli ketam pastu pegi aa carik sendiri dalam perut ketam tebabit.lagi mau tanya

  2. 80% orang yang disambar petir adalah lelaki.uii seramnya.aku rasa sebab kaum lelaki ni degil.time hujan nak gak kua, main bola la ape lah.budak pompan baru denga guruh dah lintang pukang balik rumah.

  3. Orang hutan sebenarnya boleh ketawa terbahak bahak! Ha tulah faktanya.so kalau korang g zoo then korang nampak sedara korang tu gelak kat korang, maka ceklah satu badan.mana taw zip selua tebukak ke, selipa lain sebelah ke.buat malu je kene gelak ngan orang hutan aka sedara korang.

  4. Paus biru adalah haiwan terbesar sekali di dunia.berat jantungnya saja dah nak dekat 600kg n lidah die je dah 3 tan.huii helicopter pun leh tebelah lapan kalau ikan ni melompat kat doang.tapi aku rasa yang haiwan yang paling besar bukanlah paus biru tu tapi ialah bapak kepada ikan paus biru tebabit.

  5. Olympus Mon adalah gunung berapi yang terbesar sekali dalam system solar kita di galaksi bima sakti neh.gunung ni takde kat bumi n ianya terletak dekat planet marikh.ketinggian sebenar aku telupa lah.nanti suh aa prime g ukurkan.doang kan penah g bulan.takat g marikh cam kacang je tu.heheh

  6. Jurang yang paling dalam di dunia ialah jurang mariana.walaubagaimanapun jurang ni bukanlah kepunyaan maria mariana.ia terletak dekat Filipina.aku rasa benda ni dalam geografi form 3 ada.hehe kedalamannya dikatakan sedalam 11000m ataupun 11km.kiranya kalau ada kapal tegolek aa dalam ni, alamatnya tinggal wat tahlil je la.kapal penyelamat pun silap2 tak berani nak masuk.

  7. Pada suatu masa dahulu zaman bila tak dapat dipastikan tapi masyarakat dunia menganggap tomato adalah buah yang beracun n sapa2 pun tak berani nak makan.tapi sapa yang mula2 makan tomato tu tatawlah aku kan.so terima kasehlah kepada beliau kalau tak, maka tak kenallah kita pada sos tomato.

  8. Tomato n timun bukanlah jenis dari sayur sayuran tapi ia sebenarnya adalah kategori buah buahan.alaa kalau doang kata tomato n timun n kategori makanan ringan pun, budak2 tak makan gak.haha aku pun tak suka sangat timun,tomato tu boleylaaaa

  9. Tiram adalah satu-satunya binatang yang boleh menukarkan jantina mereka daripada jantan ke betina n sebaliknya.sesuka hati tiram nilah.kalau nak jadi jantan maka jadilah doang n sebaliknya.masa mengawan doang akan menukar jantina mereka kepada jantina yang lebih dominan ketika nak mengawan.hahah orang pun ramai tuka jantina.pegy je dekat lorong haji taib.mesti ada ( eh cam ada pengalaman ja,,hahah bodo mana ada).

Nanty kalau ada lagi benda2 yang best2 aku share eh..skang nak g melepaksss..chauuu

Kelayakan piala dunia


Okay seperti bese semua orang dah taw yang semalam Malaysia kalah 3-2 dengan Chinese Taipei tapi still mara ke peringkat ke-2 sebab agregat 4 sama dengan chinese Taipei n akan bertemu dengan Singapura pada 23 Julai oh.alamak!!! 23 Julai??? Oh mann! Takpelah tengoklah kat mana2 nanty.mesti ada punye.takpe kita abaikan yang tu.macam biasa ni pendapat aku, kalau korang nak bantah leh buat surat menyurat n hantarkan kemana saja yang korang suka.okay aku dah melalut neh. Pada hemat aku perlawanan semalam memang tebentang luas agak berat sebelah.Chinese Taipei dapat 3 kali penalty.wtf?? weii kalau macam neh punye mutu perlawanan Spain pun boleh kalah teruk kalau lawan Chinese Taipei.penalti pertama okaylah memang salah, penalty kedua sangat cool sebab sharbinee dapat selamatkan tapi penalty ketiga memang melampau.takde sentuhan pun antara keeper Malaysia dengan attacker lawan tapi dapat penalty.ape ke bangangnya tu?? Malaysia tak boleh buat apa melainkan bertahan sampai ke titisan darah terakhir eh salah, sampai ke mata penamat. Sepatutnya perkara macam ni tak boleh terjadi, pengadil makan rasuah agaknya.kambing biri2 betullah.tapi benda dah jadikan, hope lepas ni mutu pengadilan lagi baguslah sebab kalau still maintain macam neh, alamat nya tak kemana la pegynya.yang paling penting sekali, mutu permainan pasukan Malaysia semakin baik hope harapan untuk bermain ke peringkat olimpik n dunia akan menjadi kenyataan.okay setel

Typical malay stories

Salam, dah bezaman aku tak update.sorry ah aku dok hutan.standard aa tu.takpe yang tu tolak tepi dulu.korang kalau layan youtube mesti penah denga mathlutfi90. (ca mesti menyampah dengan aku, hahha). Die ni jenis suka buat video.kelaka n ada msg lah.dalam banyak2 video yang di buat, aku suka scene pasal typical malay stories sume.ha ni aku nak habaq mai skit kat koranng sume neh, eh sal tetuka loghat lak neh, gedik siot.rasa nak tampa je diri sendiri.huahuahaa.apa yang aku cakap ni just pendapat aku yang tulus mulus dari lubuk hati aku yang suci murni ni, takda kaitan antara yang hidup dengan yang mati dengan yang koma segala sume.kalau tengok cite melayu kat tb memang banyak, kadang2 sampai tak sempat tengok pun ada tapi kalau perasanlah kan, ada banyak scene2 kat drama melayu segala tu, sume bnda yang agak lame.lame okay bukan LAME! I’m just now using the english word and not the malay one.heheh sambung balik. Pastu aku kadang2 confuse gak aa, meh aa baca beberapa pendapat aku ni, kalau tak setuju wat la bantahan secara aman ye.hahaha yang penting ada aku kesah, jom tengok sikit…

  1. Kalau ada scene orang kaya sal datuk2, tan sri2, puan seri, tuan tuan dan puan puan ke, cuba korang tengok umah dia.huii kaya mengalahkan bill gates Obama segala.projek juta2 lemon. Kejap outstation kejap kua.anak standard belaja lua negeri.ape belaja local tak bagos ke???? Takan ada punya cakap lulusan local campus.busuk2 kat England tu ha. Kalau ko tengok mak dia, hamboih.persatuan sana sini kan main lagi.

  2. Kalau scene orang miskin lak, miskin die mengalahkan bersamamu.masak pakai dapur kayu, pastu mesti ada sakit2 kat pelakon eh tu.pastu tak bini sakit mesti laki eh.mesti lah punya.pastu masa time nak cedok beras, tengok tinggal sepot je.sedeyyy kan main sampai leh nangis lah satu umah ngan jiran2 masa tengok tb.

  3. Aku rasa orang Malaysia ni ramai golongan sederhana.kaya tak kayap tak.sedang2 elok aje tapi jarang sangat2 aku tgk scene orang tu sederhana.die mesti kaya gila n miskin gila.aku pun tak paham.aku sebagai golongan sederhana bengang ahh sebab scene orang2 bese2 ni takda pun.pape tah..hahahha overlakkk wekk

  4. Penah tengok scene kat kampus2 U?? hahaha sumpah aku cakap macam ****.pompan die akan ada golongan yang gila2 hot la sampai satu kampus kenal kerana kecantikan yang tiada tolong bandingnya.pastu kalau hero die mesti hensem gila bagaikan rembulan yang menyerupai ozil ( nak ozil aje :D). Pompan2 yang hot ni akan bawak watak antagonis then jeles dengan sorang pompan yang bese2 je dress up dia sebab hero tu suka kat pompan bese tu.dah pat taun aku belaja uitm, lom penah aku jumpa student2 yang perangai stupid cam lam drama tuh.kalau orang indon aku caya la weii

  5. Standard cite hantu Malaysia, kalau korang tengok mesti perasan part neh.hantu die kua kejap2 n the way hantu tebabit kua, mesti mengejutkan pundi kencing korang.kan kan kan!!! Buatnya yang tengok tu ada atok nenek yang sakit jantung ke, tak kiok oghang tue tu depan tb tekejut nye pasal.sape nak menjawab?? Kawan aku tengok cer hantu pun leh melatah tekejut nye pasal sebab hantu kua mengejut masa lam movee.buatnya die keras sape nak menjawab weyyy??? Ko??

  6. Scene dalam pejabat lak, kalau ada scene pekerja tengoh kerja ke n ada secretary ke whatever sume la, secretary die tanak seksi meksi lak kan.huii selagi tak kelua bijik mata pengarah tu selagi tu lah die seksi kan main.secretary tak leh pakai baju kurung ke??? Macam lah takda orang tgk kalau pakai baju sopan sikit.aiiissshhhh

  7. Scene paling wajib! MAKAN! Buka drama melayu la kalau takde scene makan weyh.semua ada.paling cikai pun minum the tarik.makan tanak world2 lak kan.hotel doploh bintang.huii oghang2 kat umah taknak meleleh lak air liur kat time tgk tb.yang ni memang menggoda iman.pastu yang paling banyak kalau minum air je, air confirm tak luak punya ah.ada tu dah order n pas borak2 trus blah.dah order sampai tak minum.weyy tak elok membazir! Tanak minum bagi aku ni ha.kejap setel tarak hal

  8. Hahah penah dengar bunyi hempun dalam cite drama2 melayu neh??? Hempun pakai bb iphone n segala macam hempun barulah tapi rington eh tut tut, tut tut.ape aa tak logik.orang kalau hempun mahal2 sikit tak banyak mesti nak bunyi world2 punye.weyy hempun cikai aku lagi sedap bunyi eh.lima kelas leh denga kalau ada orang kol.hahaa

Ni lah sebahagian coretan merepek aku arini.yang ni pendapat aku je.aku tanak taw pun pendapat korang.hahahha memain je aa.kalau korang nak bangkang nak tambah n komen nak kondem boleh aje wat tapi wat kat blok korang ah.jadah ea kat blok aku neh..heheheheh cau!

Dark side of the moon






Bahagian kelam di bulan, uii macam tajuk cerpen lak ha.ada potensi nak menang neh.heheh minggu lepas aku pegy tgk transformers.cayaa la weii tapi aku lagi suka megan la bawak mikaela banes daripada rosie yang bawak watak carly.megan lagi cool dow.tapi yang penting shia tetap watak utama, sam witwicky.haha cara cakap dah macam jiran2 aku lak doang neh.takdelah ramai sangat kat terminal one semban tapi ramailah jugak, haha. Seperti bese bab2 prime, bumblebee, decepticons, autobots segala memang cool.aku pegy tengok cer ni ditemani dengan due orang jiran merangkap kawan sejak dari darjah satu, deqno n eda kudut, ngeh3.bebudak ni potpetpotpet dalam wayang tapi tak kesah pun sebab doang ni la yang sanggup teman aku g mana2.hahaha awal2 lagi booking wei.pastu g la merayap ke seantero terminal one tuh.:) tapi tu la kan masa agak mencemburui kitorang, banyak lagi nak beli tapi sempat capai selai je baju.jadiklah tu,haritu tak nak banyak plak duit aku terbang kan.kalau aku ada sayap dah lama aku kejar balik duit2 aku tu.pukul 6 macam biasa dah balik ke rumah.hehehe mana boleh lama2, ko ingat apa naik kete??? Boleh tetinggal bas kalau aku balik kul 7, silap2 bermalam la ku kat terminal one tu..eiii tak sanggup nyah.so ni je la gamba yang sempat snap masa kat sana.dalam lif pun jadilah.mana gamba aku??? Macam bese aku lupa nak snap gamba sendiri

Open Indonesian


Cong wei menang lagi.yehaaa hero Malaysia tu wei, takan hero indon lak kan.memang aku tak sokong la.final kali ni die lawan peter gade.die nak lawan tapi aku yang nebes telebih.bepeluh peluh aku kat umah.aku punye besorak kat umah ni sampai jiran leh denga la tapi doang tak mara sebab doang pun join besorak sekali.hahah seperti yang sudah dijangkakan ececece ayat nak gebang, dalam masa setengah jam je die dapat kalahkan peter gade. Perghh!! Die punye tere sampai tekontang kanting gak la peter gade nak setelkan game.yang pasti lindan dah kalah masa pusingan pertama.piala dunia lak akan berlangsung dalam bulan lapan ni tak salah aku.dari tempat duduk penonton, lindan memerhatikan je cong wei main masa final dengan pandangan yang amat tajam (amboi aku tambah2).tapi yang paling aku rasa bengang, wartawan China n semua pelawat dari China memasang kamera empat penjuru sebab nak merakam segala gerak n helah cong wei.siot tol! Tak payah aa over sangat.nak menang melampau gila.alaa ko rakam macam mana pun tapi kalau dah rezeki cong wei nak menang, menang gak.lindan mungkin saingan cong wei yang paling power wat masa ni tapi tengoklah sebab cong wei pun takan bediam diri punye.go Malaysia! Nak carik jersi badminton la pasni.heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...