Blogger Widgets ssssshhh...: September 2012

Sunday, September 30, 2012

keep the blue flag flying high 2


the best moment when chelsea won the game last night. it is okay and hope they will mantain their good performance for the next game, but it is more happiest moment when.....



manchester united lost the game! hahaha.plus, 
tottenham win at manchester united place! it was a really good job avb. 
however..

nobody's care when suarez hatrick last night.hihihi

Wednesday, September 26, 2012

halal + haram = ????

assalamualaikum
hari ni aku nak mengupas sesuatu perkara yang aku rasa penting
ada hari-hari tertentu, kita boleh bergurau
ada hari-hari tertentu kita serius
setiap perkara yang dilakukan kena bertempat

belum pernah lagi ada orang melompat kegembiraan
bila mengetahui yang orang yang disayangi ditimpa kecelakaan
belum pernah lagi orang menangis kesedihan
bila mendapat keputusan yang cemerlang
sebab tu aku kata, semua perkara akan berlaku pada tempatnya

macam malam ni, aku mahu bernada serius
mungkin sudah banyak gelak untuk hari-hari sebelumnya
maka tidak salah untuk serius sekali sekala kan? =)

sudah beberapa lama aku hanya perhatikan
satu trend yang memang sudah lama melanda dalam masyarakat kita
entah kenapa aku rasakan, kita suka mencampur adukkan
perkara yang haram dan halal. sayang seribu kali sayang
jadi kita nak panggil apa trend ni?? halam kah?? haral kah?? baghal kah??
mari aku bagi satu contoh supaya lebih jelas dan nyata
dan yang buta boleh menjadi celik

trend fesyen pada masa kini, aku ambil contoh baju kurung
baju kurung adalah satu baju yang sangat cantik dan sopan
malahan diiktiraf sebagai baju kebangsaan lagi
jadi mudah nak pakai untuk dibawa ke majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi
bertambah cantik apabila disedondonkan dengan tudung

namun apa yang tidak sedap dan tidak moleknya
apabila baju yang dipakai jarang pula didalam, sayang sungguh
bertutup penuh dari atas ke bawah tapi bila lalu di bawah cahaya
tembus sehingga ke ruang-ruang dan lembah-lembah yang tak sepatutnya
mata yang kecik sepet terus jadi bulat membuntang
makanan yang lalu ditekak silap-silap boleh keluar balik melalui hidung
mungkin tidak perasan, namun seharusnya perkara ni kena lebih telus

kalau tidak akan menjadi bahan tawa masyarakat keliling
apabila memilih baju kurung yang sudah siap dijahit
pastikanlah jenis kain yang dipilih itu tidak jarang
dan kalau nak sangatlah ambil yang jarang tu,
pakai dengan 'inner' yang besar dan longgar. baru cantik, sopan

takdelah bila jalan-jalan dikhalayak ramai
nampak seperti berkain tetapi tidak berbaju.
seperti lelaki pula gayanya tidak berbaju
ingat nak pergi pantai ke 'tanning' kulit???

aku sebagai kaum hawa, aku bukan mahu menjatuhkan kaum sendiri
tapi kalau bukan aku yang menegur siapa lagi?? tak salahkan menegur
yang salah ialah memaki hamun. hmmmm aku pernah juga nampak
baju kurung yang dipakai sangatlah cantik, dengan tudung bawal yang sedondon
namun jarang pula didalam, hanya berlapikkan tiub sahaja
boleh kelihatan tali yang yang tidak sepatutnya diperlihatkan
kalau berjalan dengan kawan-kawan
siap boleh main teka-tekilah seperti ini
"jom teka, baju dalam perempuan tu warna apa?"

susah nak cakap, susah nak terangkan
satu lagi trend ialah memakai baju blouse dengan tudung
molek dah, kalau tengok pun nak buat menantulah senang cakap
tapi kenapa legging yang menjadi padanan??
sama seperti tidak berseluar sahaja.
itu yang aku cuba sampaikan. trend mencampur adukkan
halal dan haram.

sebelum ni kelihatan tidak berbaju
sekarang kelihatan tidak berseluar pula
kalau baju yang jarang tu dipadankan dengan legging,
agak-agak apa akan jadi???
terbang serban pak haji sebelah rumah

kita sepatutnya kena lebih peka
berfesyen tidak salah tapi biar bertempat
jangan hanya cantik dimata kita
tetapi menjadi bahan tawa dimata dunia,
itu adalah pelaburan yang sangat tidak menguntungkan.

aurat yang ada hendaklah ditutup dengan sempurna
bukan dibungkus seketatnya

tetapi nasihat ni bukan kepada kaum hawa sahaja
kaum adam tu pun sama, tak salahkan awak-awak ni main bola ke apa ke
pakai lah 'tights' sampai bawah lutut
tak hilang hensem der kalau pakai 'tights' neh, smart lagi ada
dah aurat kaum adam ni sampai ke bawah lutut
seluar pendek selalunya atas lutut kan
jadi jagalah.

kalau gula-gula ada dua
satu dah terbuka satu lagi berbungkus cantik
yang mana kita akan pilih? hehee
setiap orang ada jawapannya kan.
selamat malam

Monday, September 24, 2012

hahaha lol


beting taught me well


*amaran, ni antara entry terpanjang, terkebawah dan tersegalanya*

assalamualaikum
hari ni aku nak bercerita pasal uitm
ha kau jangan tataw, aku sayang uitm
uitm bagaikan rumah kedua untuk melarikan diri
eceehhh kisah plak korang aku sayang uitm ke tak
yang penting aku nak story something yang important *aiishh*

hari jumaat lepas hari last aku sebagai skp
kang kalau aku tak cakap skp apa bising lak skulluv tu
skp tu SKIM KHIDMAT PELAJAR! hahaha then aku bagitaw ana
yang aku last dah jumaat tuh, then aku tak expect doang buat satu makan2
sebab nak raikan skp2 macam aku neh.
ha mulalah nak nangis. sobsob haha takdelah

selain aku ada lagi 2 orang budak sama macam aku
nazmi dengan nazli tapi doang budak2 bawahlah
doang ni adik beradik kembar tak seiras, 
lain mak lain bapak

nazmi dengan nazli neh tak last lagi and still ada kat sana
sebab doang sayang uitm lebih sikit dari aku
hahaha kalau doang baca ngamuk lak kang
naya aku

so ini pun meraikan doang jugak sebab doang sama macam aku
then macam biasalah bila dah last day
aku memang kena kaw2 aku cakap dengan kau

"su basuh pinggan neh"

"su makan tuh, ni ha habiskan. ha tu bawak balik"

"hahaha mana larat dah"

"takde2, makan ni semua"


ni baru sikit, belum cerita kena bahan dengan bro lagi
aku cakap dengan kau, dia kalau bahan kau sekali
hahhaa jangan harap kau dapat lepaskan diri
pergi bertapa dulu belajar cara2 melepaskan diri 
dan selepas dianalisa dan diperhatikan
nak lepaskan diri senang je, buat2 macam ada orang kol
then selamatlah.taktik ni pun bro selalu buat. hohoho

then kena bantai dengan kak dayang lagi bagaikan machine gun
kak dayang kalau kau gelak dengan dia dari pagi,
taw2 dah pukul 5 sebab kak dayang ni gelak takde brek
hahaha masak aku kalu dia baca.
kak dayang, santan kelapa sawit satu. keh3

lepas tu ni lagi 2 orang
kena gelak tanpa henti dari sarah sewel dengan ana mereng
doang kalau gelak kau kena pakai pelindung telinga
takut tercedera gegendang telinga kau
sorang gelak tak hengat dunia, cicak pun sakit jantng dengar
sorang lagi gelak ada sikit bunyi tersepit kat hujung
macam ada benda tak lepas. hahaha 

then ada lagi sorang
hairi si pendekar penyu. ha kalau tersalah cakap depan dia even secoit
package dia kena bahan setahun tanpa henti. tensen aku. hahha
agaknya kalau terlanggar dinding baru hilang ingatan dia tuh
mintak2 lah besok dia langgar dinding makmal. har3

kak sham lak rajin buat kerja, tapi kalau bab memanjat manjat almari
ke kerusi ke, memang aku kena sebab kak sham pregnant
macam spiderman dah. hahaha dengan baju kurung segala
kalau makcik2 nampak aku memanjat sana sini
memang rejek kejap nak buat jadi menantu
tapi kejap je, lepas tengok muka aku yang kiut neh
mesti semangat nak buat menantu. bwahahahaaa weekkk

bang nazim lak dia ni aku tak kenal sangat memula
yang aku taw dia klepet aku umur dia
mati-mati ingat 27, sekali dah 30 lebih. cisss cisss dan cissss
masa aku skp memula tahun lepas, tak pernah lak nampak dia
skp kali ke 2 baru perasan, hahaa kecik sangat agaknya
tinggi sikiiiiiit je dari aku. keh3
hahaha seriuss mati aku kalau doang baca

bang man lak dia macam bersemangat sikit orang eh
kalau time aku punch card then terserempak dengan dia
"HAI SU!" ha engkau. memang kuat suara dia
satu bangunan leh dengar, aku pun taknak kalah then
aku pun sambung "HAI BANG MAN!" heeee

ha taun ni pelik sikit, macam tahun lepas
aku selalu gak lepak borak2 dengan yuss and angah
tahun ni tada, angah lagi ah. jangan cakap batang hidung
kaki kepala tangan ke usus kecik ke memang tak nampak langsung
yus selalu cakap aku sombong. hahaha mana ada seyh
tahun lepas sebab tempat lepak memang dekat fizik
tahun ni memang fully biologi tempat bermain-main.hehee

kak saba lak dia caring sikit sebab selalu tanya
and update pasal career life aku. eceee ayat
kang mesti doang ingat aku membodek sat g neh
yelah sebab aku dah habiss belajar, 
then dia agak risau bila aku kerja dengan sesuatu
yang takde kaitan dengan course aku.


oh my, banyak gila seyh kenangan.
haaha malas dah aku nak tacing macing, nanty sampai bila tak habiss
entry neh memang panjang segala hapa
aku just nak cakap, aku seronok gila dekat tempat kerja lama 
even aku just sementara je. seriuss tak tipu
kalau tak how come aku nak apply untuk kali ke 2 kan
lagipun, memang takde connected langsung dengan course aku

to my cik bosss, encik bosss dan bosss besar,
thanks for everything..lol :)

masa aku nak balik
budak kembar tak seiras neh tanya aku

"akak, akak tak sedih ke nak pindah??? macam rilek je"

"sedihhh??? hahaha rahsia. takkan nak tunjuk plak, hilang hensem nanty"

"eh elehhh poyoooo"

"hahahaa."

Saturday, September 22, 2012

Inilah jawapan aku

"kau pehal diam je, pms eh??"

"diamlah, aku takde mood"

"nasib baik aku lelaki, tengok rilek je"

"kau dah kenapa lah sengal??"

"takdelah jadi perempuan ni payah, banyak benda takleh buat"

"maksud kau??"

"yelah, kau kena beranak, kalau time bendera jepun asyk nak ngamuk je,
kau tak boleh pakai seluar tiga suku macam aku, banyak benda kau takleh buat"

"so point dia skang???" aku macam blur and tataw nak balas apa

"point dia skang, nasib baik aku lelaki, bukan perempuan. aku takleh bayang sakitnya bersalin"

assalamualaikum
ini adalah satu story yang terjadi buat beberapa ketika dahulu
and masa tu aku tengah berborak2 kosong dengan kawan2 lama
aku tak dapat nak balas sebab aku takde point
kepala aku blur mungkin sebab bad mood time tuh
apa yang kawan aku cakap even dah lama
still aku ingat sampai skang

tapi aku nak sampaikan kat sini
aku nak cakap aku bersyukur jadi perempuan
sebab ada kelebihan dekat kaum Hawa kau tak nampak
jadi aku statekan dekat sini

ye aku memang takleh pakai seluar 3 suku
ye aku jika aku berkahwin nanty aku kena menghadapi sakit bersalin
ye kebanyakan perempuan memang tak stabil time bendera jepun

tapi dalam Islam, kaum Hawa ada banyak kelebihan
yang Allah bagi, ni aku statekan ye

  1. isteri perlu taat kepada suaminya, tetapi suaminya perlu taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. siapakah ibu anda? ibu anda adalah seorang perempuan. 
  2. dalam pemberian harta, memang kaum hawa dapat sikit, tetapi apa yang dia dapat, itu adalah kepunyaan mutlak dia sahaja. kaum lelaki kalau dapat harta, tetap juga kena pikirkan isteri dan anak2.
  3. kaum hawa memang kena menghadapi sakitnya bersalin, tetapi waktu ketika bersalin, setiap saat dia didoakan oleh malaikat, seluruh makhluk di bumi Allah ini dan kalau meninggal dikira mati syahid.
  4. diakhirat kelak, seorang wanita menjadi tanggungjawab 4 orang lelaki iaitu suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelaki. lelaki pula hendaklah bertanggungjawab terhadap 4 orang perempuan iaitu ibu, isteri, anak perempuan dan saudara perempuan.
  5. untuk memasuki pintu syurga dari mana2 pintu pun seorang wanita hanya perlu melengkapkan 4 syarat ni sahaja solat 5 waktu, puasa, taat pada suami dan menjaga kehormatannya saja.
  6. seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, tapi untuk perempuan,  jika dia taat kepada suami dan menunaikan tanggungjawab terhadap Allah, maka perempuan tu akan mendapat pahala setara dengan  pahala jihad tanpa perlu mengangkat senjata.

ini adalah jawapan aku untuk segala persoalan kau
ini adalah kelebihan yang Allah bagi dekat kaum hawa
apa yang aku nak cakapkan ialah tak kira lelaki atau perempuan
kita semua ni makhluk Allah. semua sama sahaja di mataNya.
tak kisahlah lelaki atau perempuan
apa yang penting perkara yang wajib harus diutamakan.
by the way, kalau ada salah sila betulkan ye.
peace kawan.. ;)

alamaaakkkkk

tolooongggg.. aku tak reti pakai dashboard blog yang baru neh..aisehhhh
macam facebook lama jadi timeline lak rasa eh..kekok weeyyyy

Friday, September 21, 2012

bad things happen everyday but life must go on

they talk, lough, smile, cry, fight, and do everything.
time flies, memories left behind, future is waiting and she keep on walking.
the good memories make she smile, the bad one keep on hunting.
she dont know, feel like want to scream.

life must go on. nobody cares. they're selfish.
when they see her fall, their mouth said " are you okay??"
but their heart said "serve you right!"
see, life is cruel, oh no no my mistake. life is beautiful.
the people around her are cruel. hahaha

most of them are glass but there are a few diamonds.
just be patient and keep on finding the shining one.
her hand gonna be bleeding but once she hold it,
the pain fly and she will never let it go.

bad things happen everyday but life must go on =)

Wednesday, September 19, 2012

menari-nari di kepala


apa benda lah atas kepala aku neh??? eh salah, dalam kepala aku neh



assalamualaikum
takda idea plak nak merepek hari ni
tapi jari2 aku bising nak jogging, so nak tak nak
taip je apa yang melintas kat jejantas kepala aku neh
okaylah, aku just nak point out beberapa perkara
yang selalu menari-nari kuda laut dalam kepala aku

1. kenapa sekarang neh banyak sangat perkara2 hal dunia mesti ada yang nak menghina Islam?? buat movie la, karikatur lah, tatoo kalimah2 lah. tak paham aku. why not kita hidup aman damai and hormat menghormati sesama sendiri??

2. kenapa setiap kali aku baca paper and berita pasal protes, mesti nak bogel?? baru2 ni protes perempuan mintak hak sama rata dengan lelaki untuk tak berbaju di tmpat awam. gila weyh. lelaki kalau tak berbaju orang buat tak reti je tapi kalau perempuan, pak aji pun tercabot serban. pleaseelah pikir on the bad side. takda kelebihan apa pun nak hak sama rata neh.

3. kenapa filem malaysia, tak pasal hantu, rempit, impak maksima?? ha ni jelah genre utama. ni aku pernah buat entry pasal ni dulu. apa entah tajuk dia lupa lak.

4. kenapa dekat facebook ramai sangat yang suka share benda yang tak sahih lagi resources dia. share benda yang baik and kita yakin dengan sumbernya. tak payah lah share benda yang memalukan diri sendiri balik.

5. macam mana nak bagi orang yakin yang aku neh dah umur 23 tanpa melihat ketinggian. orang kata be matured and serius. oh mehh bosan if kena serius all the time.

6. apesal susah sangat nak adakan PRU?? penat tau you olss i daftar mengundi. tak sabar nak memangkah untuk kali pertama. takpe wait and see.

7. kenapa gaji pemain bola sangat tinggi berbanding dengan gaji2 pekerjaan lain yang mungkin lebih penting lagi keutamaannya??

8. agak2 kan, budak2 kecik zaman sekarang neh, dia taw agaknya cerita2 zaman budak2 dolu. macam anjing dengan bayang2, arnab dan kura2, sang kancil menipu encik buaya. ke kalau kalau tanya doang akan search dulu dekat ipad yang doang tengah pegang tu??

9. kenapa aku rasa budak2 sekolah zaman sekarang macam KL gangster?? aku nak melawat sekolah lama pun macam goyang sikit sebab budak2 sekarang dah lain. lain bebeno lah senang cakap.

ha ni jelah yang bermain-main dalam kepala aku. takde jawapan pun. dia just main2 dalam saraf utama otak aku and taknak keluar. keluarlah agaknya pergi tempat lain. serabut aku.

selingan sikit, tadi aku dengar radio dalam kereta. then aku terdengar satu perbualan ni lah. macam nilah lebih kurang.

DJ : yaaa itulah lagu yang baru diputarkan sebentar tadi. kita akan cari pemanggil untuk meneka tajuk lagu tersebut. okay siapa di sana??

pemanggil : saya ********.

DJ : baiklah cik *******. apakah tajuk lagu tersebut?

pemanggil : kuda kepang!!!

DJ : ha????? ( suara dj tu macam confuse)

pemanggil : eh2, kuda hitam kuda hitam!!!

DJ : terdiam sekejap and lepas tu kata "ya itu jawapan yang kita cari" aku dapat rasakan dia tahan gelak

dalam kereta takde aku tahan gelak der, aku gelak dari
naik kereta sampai umah. hihihi..

Monday, September 17, 2012

resident evil retribution

assalamualaikum
hari sabtu hari tu time aku pergi kawan aku tunang
ada benda tak setel benanya. aku ada plan tambahan
aku nak layan resident evil
tapi memandangkan aku balik petang so tak sempat

jadi hari ni aku menyempatkan apa yang tak sempat
berbekal semangat yang bersisa *poyo lak rasa*
kat rumah pun tada orang aku apa lagi

siap2 apa yang patot, capai apa yang nampak
sarung apa yang ada then zuuppp
taw2 je aku kat dalam movee
sambil kunyah mnm dengan air mineral
bajet lari malas aku nak beli jagung pop2 tuh

aku bagi 3.5/5 lah cerita tbabit
macam biasa aku suka heroin dia si milah neh
compare dengan lara croft aku rasa alice neh lagi cool
tapi jalan cerita dia kali ni pusing2 sikit
sebab entah, hahha pusing lak kejap pala aku tadi

by the way, zombi dia tak banyak mana
dia dok melawan dengan kawan2 dia
dengan ada sekor zombi besar macam gajah
ha tu scene paling lama,
macam resident evil dulu2 kan
memang lawan mayat hidup je all the time.

cerita dia memang best
tambahan lagi selang 2 3 kerusi dari tempat aku
ada perempuan dah tolong jerit2
setiap kali ada scene terkejut
so kalau aku termiss ke aku tak perlu risaulah
perempuan sebelah aku memang jadi jam penggera

aku tak layan pun cite neh memula
tapi sejak anak buah aku dah kenalkan
dengan R.E. Extinction dengan Afterlife
so tu yang Retribution ni aku follow
skang nak carik sapa2 yang ada R.E. Apocalypse.
sapa ada??? kau ada???

p/s: aku rasa alice neh cool seyh. muka dia jenis garang yang cantik. lagi sorang yang aku rasa comel rachel weisz.hahhaha tetiba je plak an.

Sunday, September 16, 2012

duit atau kepuasan?




assalamualaikum
semalam terjadi satu perbualan yang tak dijangka
antara aku dengan kawan lama aku
lama tak lama lah kan, tekejut gak budak neh kol aku
kawan kat segamat. kawan geli2. hahaha

then ok macam biasalah kan
if lama tak buat long talk mestilah banyak benda yang tanya
then potpet punya potpet punya potpet
terkeluarlah cerita pasal kerja memasing
lebih kurang nilah ayat yang terjadi

aku just ringkaskan nama dia J je lah
kang kalau dia baca blog aku nahas
so kalau tak tulis nama betul dia selamat sikit
boleh serong sana sini kalau dia bising nanty

"eh J, apa cerita kerja kau? bestlah kau dah dapat gaji besar"

"kau salah suraya, kerja aku stress. stress melampau"

"apesal plak?? kau kan suka kira2 neh. duit pun layan"

"aku bukan kerja untuk duit"

eh budak ni tetiba dah serius je ton suara dia
tak pasal terbergaduh lak dalam phone karang
elok mula2 angkat cakap baik2
tak pasal karang dua2 letak phone pakai hempas karang

tapi aku waras lagilah nak hempas phone kan
phone dah banyak kali masok bengkel
so tak sanggop aku nak ganas2 lagi
then sambung balik

"abisss kau kerja untuk apa? sesaja suka2??" aku mula menyoal

"aku kerja untuk kepuasan diri"

"ehh J, orang kerja nak dapat duit. nak sara hidup. kepuasan diri dapat apa?"

"kau salah, bila kau kerja untuk duit, kau tak happy. stress manjang
hujung bulan je kira hari tak sabar nak tunggu duit. duit bila dah dapat abis cepat.
so kat situ lagi macam robot. all the time tension"

"kalau kepuasan apa plak dapat???" aku tembak lagi soalan

"kalau kepuasan, kau akan happy,
semangat buat kerja,
semangat belajar benda baru even takda kaitan dengan course kita
kepuasan ni bergantung sama ada kita suka atau tak dekat kerja kita skang.
jadi untuk situasi aku, aku tak suka kerja aku. terlampau stress.

kerja memang susah nak dapat, aku paham yang tu.
aku dah pikir masak2.so aku mungkin berhenti and carik
something new yang aku suka.
lagipun aku taknak menghabiskan masa yang panjang.
membuat sesuatu benda yang aku tak suka dan tak akan dapat suka.
ada faham sekarang cik suraya??" kata J sinis

"uik???? ok paham dah kot. haha" aku gelak cover malu

"and satu lagi, kalau kau happy dengan kerja kau
kau akan buat dengan sehabis baik kan, perform elok2 kan,
jadi duit tu sendiri akan datang dekat kau tanpa ditunggu.
cayalah cakap aku." kawan aku tambah

"baaaiiikkkkk. hahaha" ciss terkesima aku kejap

mungkin lain orang lain cara kan
ada yang kerja sebab nak duit gaji tinggi
ada yang kerja sebab minat yang mendalam
ada yang kerja sebab nak sara hidup
ada yang kerja sebab nak mencuba benda baru
dan seribu satu sebab yang tak terungkai

kalau aku???
aku belum masok lagi alam pekerjaan yang sebenar
jadi aku tataw aku bekerja nanti untuk apa
sebab kadang2 aku dapat rasakan
aku bukan minat sangat finance neh.bese2 je
tapi entahlah. haiisshh wait and see je lah..:)

Saturday, September 15, 2012

tunang dah cik ajum :)

assalamualaikum
macam dapat dadah lak rasa lepas dapat bayar broadband aku
yang tertunggak tanpa kebenaran neh
ikotkan nak hati nak update sebabong
tapi bak kata orang2, bawak2 bersabar
buat sesatu. so hari ni aku cerita lah aktiviti aku
pack gak dari pagi

tadi pagi lepas bangun subuh segala
aku dah siap2. siap2 nak kemana??
hehehe lama aku tunggu saat2 kawan2 keliling aku tunang
then akhirnya hari ni dah bertunang lah sorang
ni kawan lama aku masa dekat tanjong then sampai serting

dulu selekeh je, tudung pun tak lipat
sampai cikgu pun tegur kawan aku tak reti ke lipat tudung??
tak paham aku benda kecik pun jadi isu, aku pakat gelak je aa
tapi tadi time dia tunang,, perghh

lawa gila seyh! aku lak rasa malu2 tenuk sebab pakai simple je
then aku dengan kawan aku diah teman dia dari pada mekap
sampai abes majlis, memang gebom lah sebab dia combine
dengan open house sekali. so sekali jalan sehala tanpa belok2

masa ajum mekap, aku dengan diah duduk sebelah

"weyhh aku nebess lah. berpeluh2 dah"

"asal lak???"

"entah dari pagi tadi lagi"

"kejap2, aku confuse ni sapa yang tunang ni?? aku ke kau??"

"hahaha aku amek berkat nebes kau sikit"

" entah su, ajum tunang kau lak nebes. kau ni tanda2 neh"

"tanda2 apa lah seyhh??" aku buat muka mintak kepastian

"tanda2 kau lapar kan? tadi pagi makan beger dah, pastu pulut lagi.
sistem badan kau tak betol macam kau"

"cantik sikit sistem badan aku tak betol. koma gak budak ni kang"

tapi aku time makan seronok!
aku tataw tapi aku rasa semua lauk2 dia sedap laka
masa aku nak duduk semua pandang
nak kata aku cantik tataw lah,
memang cun pun macam biasa.keh3
owhh rupanya nasi aku menggunung everest
nasib baik orang dah ramai balik
aku tala je, dengan sambal belacan lagi

then petang masa nak balik kawan aku yang tunang tanya

"su kau nak nasik tak?? bungkus bawak balik. banyak neh"

"eh takpe lah aku naik bas. tumpah naya aku satu bas bau belacan"

"takde nyee, aku bagi bekas kuat. kau amek ek??? amek taw"

"alaa malu laa tapi nak lah. hihihihi"

"alaaa jum, su memang nak tapau pun. dia bekias kias je tanak tu,
tadi dia makan macam resaksa aku tengok"
diah menambah. samprit punya budak

"eh budak, kau diam jangan menyampuk."

"mengada! tunggu jap taw"

"eh weyh, pluss nak goody bag lagi dua! hahaa"

"hahahaa boleh2 je dow. banyak ni , kalau kau naik kereta,
memang aku suh kau tapau semua"

"amboiii!"

Alhamdulillah, makanan sedap perot kenyang suka hati
majlis simple, even pelamin mini, mak andam, penganyam bunga tisu
and segala baju tunang adalah sendiri punya
tiada tempah2 dan mak andam sendiri merangkap kakak dia
jimat kos nok. hahaa

by the way tu Nur Haizum, tahniah sebab dah menjadi tunangan orang
gambar kalau ada kan menyusul kemudian. Insya Allah.. :)

masa balik aku cakap dengan kau weyh
bas punyalah penuh, dari pada naik berdiri kat pintu depan
sampai area rumah, pun kat pintu depan jugak
pintu tu tutup automatik, time aku kat pintu boleh plak stuck
tolak pakai kaki kau, ha manual punya mana nak carik

"su aku rasa kau patot mintak singgit kat india bawak bas tu"

"eh pehal lak?"

"kau pun macam sesuai je amek upah tutup pintu bas secara sambilan"
kata diah tanpa rasa ragu2 seperti ragunathan

"kau dah lama hidup eaa??"

"kehkehkeh"

sampai je rumah, warghh terus tumbang tanpa amaran
penattt la weeeyyyyy. yess dah abess satu entry!

Sunday, September 9, 2012

son of man

assalamualaikum.. aku rasa masa zaman muda aku dolu2, ramai yang layan dan tahu animasi tarzan kan. yang zainal abidin nyanyi untuk semua cover movie tuh. cerita tu memang best seriuss. sapa sama zaman dengan aku tak tengok, rugilah. pergy download sekarang. hari tu cerita ni keluar balik dekat astro disney channel. gila kau tak layan, mestilah layan

then cecepat aku masok youtube and carik ost movie tuh. semangat aku carik. lagu dia memang best and ada value and maksud tertentu. salah satunyaaa son of man. jom layan.. tanak layan sudah aku dulik lak. haha

dengan semangat yang kuat
dan wawasan yang tepat
semuanya tiba pada masanya

perjalanan hidupmu ini
ada jawapan yang kau cari
dan kaulah yang mendaki
kau mendaki yang tertinggi

chorus:
son of man
mendongak kelangit
buka hati naluri
nanti kau berjalan megah
son of man
suatu hari nanti

walau tiada yang membimbing
tiada yang menghulur
yakin dan memahami
perjalanan hidupmu ini

belajar kau mengajar
mengajar kau belajar
berdiri disisi yang tersayang

apa yang telah kau mimpikan
gambaran yang jelas
tibalah pada masanya
untukmu ambillah

son of man (2x)
suatu hari nanti

lagu ni beat dia rancak, rasa nak shuffle lak dibuatnya. hahaha banyaklah kau nak shuffle

Saturday, September 8, 2012

the true intention


assalamualaikum
aku taw semua taw, memang takde sapa lah yang tak taw
semua manusia yang normal akan mengalami perubahan
mungkin perubahan dari segi perangai, attitude
eh attitude dengan perangai tu samalah kan. ah lantak lah kau

mungkin perubahan dari segi pemikiran, fizikal, mental
and segala macam lagilah yang boleh masok logik
kadang2 dalam pada kita nak berubah, eh kita lak
hehehhe dalam pada orang yang nak berubah
tipu kalau takde dugaan

ok jom kita amek satu contoh
kadang2 ada manusia yang nak berubah dari segi pemakaian
kalau berubah dari bukak2 sana sini ke tutup sini sinun
sangat bagoslah kan. mungkin dah datang kesedaran dalam diri dia
kalau dia berubah dari close2 ke open2
baling je selipar jamban kat budak tuh. hee

tapi satu benda yang dia kena taw
setiap orang yang berubah mesti kena test punyalah
nak tengok tahap kekuatan mental dia tahan ke tak
macam contoh, tetiba lepas dia change to someone
then kawan2 dia lari ke, kucing kesayangan dia kena culik ke
makwe dia ada pompan lain ke (ceh les lak)

ha on that time barulah kita taw niat sebenar orang tu
kalau dia berubah sebab orang keliling atau perkara2 tertentu
takkan dia menahan untuk pergi balik dekat perangai lama dia
dah elok2 pakai seluar panjang keluar dengan kawan2
tup2 lepas kucing dia mati sebab chicken pop
besok dia kua pergi mall pakai boxer spongebob
memang makan kaki kalau perangai on off neh

tapi, tapi, dan tapiii ye puan2 dan tuan2
kalau dia berubah sebab Allah SWT
perkara2 macam tu takkan menggugat diri dia
malah dia akan lagi okayh sebab Allah sayang dia
sebab tu Allah uji hambaNya
satu lagi Allah takkan uji seseorang
terhadap perkara yang diluar kemampuannya

datang dah Ustazah segera, hahaa
ni pendapat aku je, kalau korang ada rasa nak tambah2 nasi macam biasa
hehehe silakan, lauk pun banyak tu
pilih je yang mana satu

satu lagi, to meleiss,
stop sharing something that you even know
where is the sources come from.
dont use the word ' This is for Islam' in order
to strengthen that trash.
make sure you do a simple research about the sources
or anything that related to the info that you want to spread.
make sure that the news is 100% valid!

.........

sarcasm is the best way to insult retarded people without they realizing it.haha kejam betol

Tuesday, September 4, 2012

facebook ialah

assalamualaikum
facebook ialah tempat untuuukkk....

: meluahkan perasaan
: tempat nak sound orang, you perli i, i wall post you
: tempat aweks2 dengan balakksss nak sweet. (pikir tve, IM rosak tuh)
: tempat berdoa. (bagoss, daripada buat benda tak pekdah tapi in real life jangan tak buat lak)
: tempat sharing is caring. (forward kan dalam masa 24 jam, jika tidak akan ditimpa masalah. banyaklah kau)
: tempat upload pic2 terbaru. (ohhh silalah like pleasee)
: tempat nak kenal awek2 baru melalui kawan member ( weyhh sape sebelah kau, nak kenal, alang2 nak kenal, pergy jelah jumpa bapak dia)
: menggantikan diari. (kau pergy mandi pun aku taw, yelahh update status, i rasa nak g mandi jap)
: tempat berkongsi kegembiraan bersama rakan2
: tempat orang request game farmville (kalau berkebun tol2 dah boleh tuai sayur tu aku rasa)
: tempat melepaskan kemarahan. (lega i dah ngamuk kat fb tadi, ramai lak tu like)

bak kata ben ashaari, pendapat aku hanyalah sekadar pendapat. so ni pendapat je suka2.lol

Monday, September 3, 2012

picture speak louder than words 2

so true la youuu..haha


salah sorang askar tak terlatih, tumbesaran nya akan ku pantau
hey shirt, you are doing it right. even aku tataw company mana yang buat design neh
kira boleh lagilahh.aku nampak kau pakai MU bila dah besar nanty,
hahaha taw la untung nasib kau budak

van persie hatrick, aku yang migrain. hadooiii

Sunday, September 2, 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...