Blogger Widgets ssssshhh...: December 2011

Saturday, December 31, 2011

lets counting honey


assalamulaikum,,
dalam mase beberapa jam lagi, tahun 2011 nak habes. pejam celik pejam celik umur nak meningkat masok 23 dah. kejap je kan. aku rasa macam baru je semalam aku dok main roundas, baling tin, nyorok2, ngan kawan2 aku dekat depan rumah masa darjah 5..

main dengan ijoy, kemal, ima, deqju, capik, hafiz, bakyah, tirah and ramailah kawan2 time hingusan dulu. time ni petang2 tak main sangat dengan eda ngan deqno. hahaha doang budak belakang kitorang budak depan, so mana ngam. wahahahahaaha!!!!!! kelaka je aku rasa bila ingat balik. memang seronok. okay umur makin meningkat dan perangai pun kena berubah. cewahhhh..happy new year kawan2

Tuesday, December 27, 2011

i need...

I need spirit, i need strength, i need everything, semualahh
to my superpower, please recharge me with a full energy
so that i can continue my revision
haduiii payahnya nak study kat rumah...aissshhhh

p/s: sambung balik ah study. hubungan etnik di Malaysia terhasil daripada 3 majoriti etnik terbesar iaitu melayu, cina dan ..........................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

eh dah pagi????????

Saturday, December 24, 2011

dark brown

semalam aku nyaris lagi terlepas bas.
apa masalah aku dalam pengangkutan awam ni pun aku tataw.
aku rasa aku kena mandi bunga supaya takde masalah lagi
masalah ni memang membelenggu aku sejak aku naik bas if nak kena jalan jauh.
ela kol aku, aku kat rumah punyelah semangat bersiap bercantik cantikan
dan bermekap mekapan, ok tipu.

dah siap aku kemas aku pun dok la online.
seperti yang semua taw aku memang leh koma kalau tak online.
then ela kol bgtaw tiket ktm dah abes, oh man!!!!
memang simpang aku nak stay kat rumah lagi sehari.

damn tak sanggup sebab aku memang dah homesick. tiket bas???
fine sold out. kalau kena berenang balik pilah pun aku sanggup la wey.
cesss ayat lebat. aku dah tension. muncung mulut aku dah panjang sejengkal.
kau nak sangkot baju 8 helai pun boleh. siap kering lagi then lipat simpan
then nasib baik kawan baik aku ca bagi idea bernas
di saat2 aku kat hujung tanduk kerbau balau.

" wey kol dono cepat!!! kau tumpang die!pastu update aku"
punyelah garang pompan neh.

aku kol then berita gembira menanti. nasib baik die tak gerak lagi.
masa dono sampai, aku punye excited nak peluk budak2 rumah aku
ucapan selamat tinggal lah katakan, mestilah semangat
oggy dengan ela dah nak bye2 aku,

elok aku keluar pintu, klepett!!! aku tegolek terlentang dekat luar
lantai licin aku tak perasan, damn!! dari luar rumah
ke dalam kereta dono, aku nampak die dok gelak aku
malu?????? sudahlah benda dah jadi, buat muka tak reti je la
cissss apesal aku ni huru hara seyhh, haha takpelah kan

so aku tumpang sampai dekat seremban. dekat sana plan dah tuka,
aku tunggu ca sampai dari ktm. leh borak2 ngan dia.
lama aku tak lepak ngan budak neh. masa tunggu dia sampai adalah dalam setengah jam.
kiranya kalau masak maggi kenyanglah 8 mangkuk
jangan marah nyah..hehehe

so aku duduk dulu sambil usha2 keliling. manalah taw ada mamat2 ensem ke.
hahahahaa damn. memang tak la kan,,
then aku perasan satu situasi yang amat janggal dan pelik dan apekehalnya ni weyh.
kalau aware dekat kaunter bas ada ramai orang yang dok jerit2

"johor2!!! kajang2!!! perak2!!!sabah2!!!"

kiranya kalau kau pakai headphone pun tak gunalah. suara pompan tu lagi kuat dari suara rihanna dalam mp3 kau tu.so baik kau suh perempuan tu je nyanyi

aku keep on observe, tu satu perangai aku. aku sangat suka usha keliling.
aku suka tengok ape yang jadi then digest apa2 yang aku nampak tu dalam otak aku.
then aku wat cerita sendiri. hahaha so?? ada masalah?? mestilah ada.
aku nampak sesuatu yang pelik and janggal and sampai aku berkata

"what the food is that??"

ada seorang ibu, die tengah bagi anak dia makan.
aku taw perempuan tu jaga kaunter sebab die dok lepak ngan brother2 dekat situ.
ader problem ke kalau die lepak dengan mamat2 kat situ???
hell no. tu bukan masalah aku.

perempuan tu cantik, yesss die memang lawa tapi
tu pun bukan masalah aku, kalau aku pakai tepung gandum 18 kali tepek pun,
aku leh dapat that kind of face
masalahnya ialah perempuan tu sangat daring
die pakai tiub je, kau taw tak tiub tu ape???

ni bukan tiub basikal ke moto ke, bukan der.kalau tiub basikal kesah plak aku
bagi yang amat naif dan baik hati budiman dan suci nurani
kalau tataw tiub tu ape, dinasihatkan pegy search sendiri dekat google.

sangat selamba die memakai tiub dekat kawasan yang amat public
then ada sorang brother ni yang aku perasan dok stare perempuan tu
free babe! sape taknak. kalau tengok dari jauh bukan perasan. untungla la
dapat cuci mata, aku tataw ape lelaki tu pikir. stereotaip name pun laki

lepas tu ada sorang perempuan india
pun seorang ibu jugak sebab die bawak anak lalu sebelah
perempuan seksi ni, so aku kenal ke aci india tu???
obviously india tu bukan jiran aku yang aku patut kenal
untuk bertukar tukar nasi impit dan rendang ayam

the point is......
aci india tu pakai baju yang takde lengan zahir pembuatannya
tapi......
india tu pakai inner gelap stok sampai hujung tangan
aku ada snap gambar, aku rasa perempuan tiub tu perasan
tapi tu bukan masalah aku kalau dia nak serang aku

ingat nak upload tapi no point untuk aku tunjuk kat sini
lepas tengok scene tu, aku pun blah pergi tempat lain
sambil tersenyum and keep on digest the scene on my brain..:)

Friday, December 23, 2011

susun punye susun punye susun

skang aku tengah nak susun2 assignment port. time tengah susun2 mood malas ni menjengah plak ke kepala aku. siap bawak geng mengantuk lagi nih. bawak bukan stok sikit2. sekali bawak sekampung die angkot. so untuk mengelakkan aku melayan tetamu yang tak diundang neh, aku pun jumpa la sat kawan baik aku, incik belog. hahahaha geli la plak an

ada satu blog neh, die general je pembawakan die then honestly aku serius suke sebab macam2 aku leh taw. tapi aku malas aa nak promote sebab dah die memang femes. so aku malas nak menambahkan ketinggian search engine die nanty. banyak2 post aku gile tetarik ngan satu artikel pasal diri die. memang terbaik dari ladang gandum yang ranum bagaikan di bukit sebelah sane lah senang cakap

dalam blog tu cakap, kalau kau nak dapat hidayah, bukan dengan menunggu hidayah datang. kau sepatutnya push diri kau sendiri nak jadi lagi baik. oklah macam neh, aku bagi contoh. kau semangat sangat nak buat kerja rumah tapi malas lagi besarlah senang cakap. then ko pun berharaplah agar mendapat semangat untuk membuat kerja. so ko relak2 dulu sambil berharap agar ada something yang mempengaruhi kau nak buat kerja.

hamboii mistik sangat. if kau still duduk2 memang sampai tak sudah lah kerja rumah kau nak siap. end up semua kelaut. selagi kau tak push diri kau, semua benda tak jadi. ha macam tu lah lebih kurang. aku ni pun lebih kurang je semua benda. so nak cakap banyak tak boleh sebab aku ni pengalaman sebesar zarah nak dibandingkan selautan air laut. huii ayat cerekarama sangat.

sebenarnya post aku ni tak habis, aku tataw macam mane nak susun ayat bagi sedap2. kang pikir punye pikir kerja kelaut internet yang lebih. damnn bia la tergantung. hahahah sory aa yee. perghh lately post aku ke arah something sangat.

p/s : hari2 aku nampak orang pakai tudung labuh depan mata aku. tak penah miss sehari confirm nampak,, derr ade meaning ke neh???

Sunday, December 18, 2011

fly away


you always make me think, think and keep thinking~~~ hadooiiii

masa depan masa depan masa depan,, mengira hari.. cepatlahhhh

what the,,,,

pelajar malaysia tajaan Petronas kawen sejenis dekat Dublin..

satu lagi tanda kiamat kecik..plus kesian mak pak die kena tanggung hutang dengan petronas

meroyan

minggu lepas minggu meroyan. perghh!!! kalau kau takde kuasa super saiya ke 18 jangan dok tempat aku. hahah cite lebat. test aku kamis malam, jumat malam and sabtu pagi. aku kalau ade gap sehari leh la pulun tapi kalau dah malam then ke pagi besok tu, jangan cakap aku je, gajah pun boleh kena malaria nak menjawab test macam neh. then disebabkan kestressan yang amat tinggi bagaikan boleh dibina lah bangunan klcc, huii mengarot lagi aku. so aku telah menghabiskan duit dekat pasar malam memborong baju bersama rakan2 sefakulti. menyesal???? off course la tak.. kau ada??? final dah dekat ni weyhh..kelaut

ehh kau tau, aku da benda nak story mory. aku rasa percakapan aku dah okay sikit kot (poyo). meaning aku dah kurangkan cakap benda2 tak elok. yelatuh aku ni. kadang2 perasan tak hengat dunia. tapi kalau bab perlakuan yang kasar tu memang take time sangat weyh nak heal. hadusss. jangan cakap aku tak try tapi pelan2 aa kan. minggu lepas aku g kedai makan ngan member2 aku, of course la kawan aku, kawan ko aku kenal plak. then masa tengah beborak dengan kembar aku (ha ni pun baik gak, nanty aku post entry lain) then aku tak pasan ada orang belakang aku

dengan kuasa bezita aku ni, aku telah terlanggar beliau hingga tumpah ayam die masok longkang. aku mane perasan die kat belakang (backup diri sendiri). wuuu muka kawan aku sedih gile seyh. then dengan perasaan malu yang menebal kerana satu kedai pandang drama aku dan ayam, makanya terpaksalah aku mengeluarkan sepuluh henget nak ganti balik ayam die sambil berkata

"beli ayam je, lebih kasi balik!"

ye la ayam je jatuh nasi tak sangat. duit aku pun banyak tu je, bagi semua aku lak nak makan ape ye tak. huii aku malu gile jangan cakap. kalau boleh terbang, dah lama aku pegy planet namex betapa kat situ

situasi kedua, ok macam neh. aku kat melaka dulu aku kenal la semua orang yang same fakulti ngan aku. mungkin sebab dok dalam kan then banyak event yang sesama. so takdehal la. tapi kat sini aku banyak wat hal sendiri je (perangai macam katak di bawah tudung saji).yang aku kenal budak rumah aku dengan budak kelas je. ye aa, if orang tanye aku mesti kata gini

"kau ni kawan syra ngan ezuan kan?"

cisss nampak sangat aku tak pemes. frust tol aku tapi hahahah takde hal la tu. then aku nak g somewhere, pastu ada sorang budak fakulti aku ni. apetah name die. then masa selisih, aku denga die berbisik lebih kurang gini

"huii budak ni kecik2 tapi garang and ganas".

die ingat aku tak denga ke?? dah la aku tak kenal die. yang aku taw sefakulti je. haduiii celah bedah mana aku ganas lak ni. sedey??? adelah sikit sebab orang ingat aku kasar sikit and garang. dats why kat sini aku wat hal sendiri, nanty time praktikal aku ada plan lain baik punye. orang tak kenal aku kan. kat situ aku nak buat starting point aku tok berubah ke arah lebih baik. ( hamboi ayat ustazah pilihan sangat, haha tak layak pun ko diam aku taw)

then ade sorang mamat ni budak fakulti aku gak, die penah kuakan statement gini dekat kawan aku even aku ngan die TAK KENAL!

"su,, hui aku takut aa ngan die tu. kang patah pinggang aku nanty kalau aku kawan ngan die"

see, people judge aku base on luaran sebelum kawan ngan aku. haduii tu la salah aku gak benanya. menyesal tak hengat dah skang ni tapi nak buat camne?? tapi mamat yang kuakan statement gitu dah jadi member aku time ni sebab dis sem sekelas. hahaha naseb die sebab dapat kawan macam aku yang tah pape neh.aku kan sebenarnya malas nak pikir attitude2 segala neh sebab pada aku tu melambangkan diri seseorang kan. kau kenal die macam tu, kau kenal die begini, kau kenal die macam sinun

aku terfikir balik benda sebab semalam aku ada long talk dengan kawan aku, name die ami najva. sedapkan nama die, ok tolak tepi sal tu. then bulan 2 taun depan die dah nak kawen then aku macam semangat gak la nak g kenduri kawen member2 ni kan. macam2 la aku tanye die, korek sane kaut sini semualah.muka die nampak lah seri pengantin tu. hamboi ayaaattt

pas dah beborak tu aku macam terfikir sekejap sambil memandang ke luar tingkap dan merenung bulan dan bintang yeng berkerlipan, ok aku tipu. time tu hujan mana nak nampak bulan.senget tol. yee aa cube pikir aku dah 22, tak sampai sebulan aku masok 23. then 24 25 dan seterusnya. tupun kalau umur panjang kan.umur makin meningkat tapi perangai??? hmm entah aa.umur aku dah layak jadi mak budak tapi,,,, susah nak cakap.

give me a chance to change. i do want to be someone adorable with a good attitude but just give me more time.

pengaruh dragonball dari sekolah rendah pun tak hilang2 lagi.macam mane???

Friday, December 16, 2011

waiting outside the line



waiting for the release date of sherlock holmes. eda deqno ikoi..tolong aa teman aku nengok citer neh.. plus plus plus, hero die cool even dah tue sikit. hahah dah bye

Thursday, December 15, 2011

dan

dan akhirnya syaitan pun bertepuk tangan gembira,,,,:)

Tuesday, December 13, 2011

congratsss la weyyy

i wish i can win the title of best actress for this year.. damn unluckily, i just a runner up for this film. the title had been given to the right one. congrats la weyyyy..

.....

BOSANLAHHHH ACIK TAKDE!!!! DAYUMMMNNN

why don't we,,,

aku ada tengok satu cerekarama dekat tv3, bestlah sebab aku memang follow cerita tu hari2. pastu baru perasan satu stereotaip sal drama2 kat malaysia neh, hanya kerana kesalahan yang belum tentu dia yang buat, people terus ignore and avoid die without giving them a chance to explain ape yang sebenarnya terjadi.

hanya kerana satu kesalahan, semua kebaikan yang orang pernah buat terbang begitu macam tak pernah jadi. semua kenangan terhapus bagaikan terbakar. semua memori hilang ditelan kepekatan malam.semuanya hancur lebur. kerana nila setitik rosak susu seloji besar gaban

kenapa tak macam ni eh? kerana kebaikan yang sedikit orang tu buat, semua kesalahan yang berlaku tu akan dilupakan bagaikan angin lalu. ape kate kita vice versa kan benda tu. baru aa cun. dunia aman damai sentosa bahagia. k dah ngantuk, sok petang nak layan drama lagi. nak tengok die tuka tak plot cerita pas aku komen neh. hahaha perasan! malas nak layan kau lelame.sok nak bangun pagi awal2 nak kacau my ninja turtle..

Sunday, December 11, 2011

effect

the effect of being a Mrs.Su..hadoiiii mcm manelah leh timbul masalah2 yang tak dijangka neh.. damnn

pic ni cool la weyyy..hahahha takde kaitan

Friday, December 9, 2011

different

aku pegy library sebab ada kuiz nak kena setel, then masa lepak kat library aku tengok kejap tv
adelah satu program tv tu yang selalu ada time pepagi kecuali sabtu ahad. masa tu aku tengok ada perempuan tengah nyanyi untuk rancangan tu sebelum kena temubual. then dat girl just pakai gaun pendek yang amat seksi pada aku, kalau korang yang mata keranjang neh mungkin bese2 je kot. woopsss. well bak kata orang standardlah tu kan, tapi pada aku die jadi tak standard sebab masa tu pagi jumaat, then pengacara die ada yang pakai tudunga and aku rasa sangatlah tak sesuai untuk hari2 yang mulia doang mennyanyi dengan pakaian yang sebegitu "cantik". sebenarnya hari2 lain pun tak elok kalau pakai gitu tapi hari tu hari jumaatkan, at least please do have some respect..

sebenarnya ada beza antara tak pandai dengan takde akal, seriously

tolonglahh~~~~

aku nak stay up neh weyyy,, time2 ni lah macam2 bau lak aku terbau pukul 12 tengah malam ni kan.. tension2!!!!!!!!!!!! wuwuwuwuu jangan kacau ye pleaseee... ;'(

Thursday, December 8, 2011

kaki tangan kepala lutut begoncang

assalamulaikum

weyy serius aku rasa minggu ni memang aku tak jadi oranglah. kelam kabut hidup aku. semua benda nak kena kejar sampai memang tak cukup tangan lah nak wat semua. hari ni aku hampir ada 3 presentation straight ngan kuiz lagi tapi seb baik kuiz aku postpond besok. so besok pun memang aku mati jugaklah kan.eh tak koma je. takpelah last sem kan. memang kena sabar lah nyah oi. tak tahan pegy aa drop. hui simpang2. aduii tido pun tunggang langgang.

aku tengok housemate aku pun sian dow, begilir tido sebab nak wat keje. mata semua stok mata panda. lebam2. hehehe but you all jangan salah paham kay. i bukan mengeluh ke ape, ni just luahan perasaan tentang apa yang jadi untuk last sem neh.

sakit??? hui tak payah cakaplah der, bayangkan hari2 tido stok pukul 3 pukul 4, aku pun silap sebab memang style aku suka wat keje tengah2 malam sebab feeling meeling skit. tadi aku g lepak PI, then nampak classmate aku. so aku pun pegylah lepak dengan doang. pergh!! lagi hardcore dow doang, siap ada yang sampai muntah2 and nangis2 g sebab tak tahan kena jage malam2.

aku pun leh buat ape kan, dengar je lah luahan hari bersamamu mereka sebab aku pun mangsa keadaan yang tidak bersalah langsung. . ewaahhh. minggu ni pun tak setel2, minggu depan dah bederet test2. oh man!!! aku plak ah nak nangis2. hadoiiiiii bayangkannn kan rumah, berbantalkan bantal yang tebal sambil baring2 depan tb layan maharaja lawak mega. dah la merepek tu. bukan siap keje pun. bye...

the one that got away

Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

All this money can't buy me a time machine (Nooooo)
It can't replace you with a million rings (Nooooo)
I shoulda told you what you meant to me (Woooooow)
'Cause now I paid the price

lagu ni best best dan best plus katy perry ni memang cantik giler..hehehe

Wednesday, December 7, 2011

the real function

tadi aku ada presentation, macam besekah benda bila tak prepare memang tunggang terbalik. kalau prerape benda lain cerita tapi disebabkan aku terlari skit tadi, lain nak cakap lain yang jadi der. nak cakap english melayu yang kua, nak cakap melayu english yang kua. so jadi lah nasi goreng.. untung la......

pastu nak bincang personal fin plak, benda tak putus2. takpe asalkan aku jadi orang lagi cukuplah kan. then semangatwaja dirinya pergilah library. bajet nak bincang2 segala. aku muke memang mintak penampar dah, hahaha ngantuk dow. asyik tido lambat je mana tahan maa. gajah pun leh masok icu kalau kena cam aku

sampai je library, pung pang pung pang pung pang pung pang bincang. aku dahh warghh!!! ngantunyee. menguap bagaikan singa lapar. taw2 aku telelap atas kerusi, muka dah rasa bersalah dah neh, pusing kiri pusing kanan tup2 due2 kawan aku pun goal ke alam barzakh, eh salah ke alam maya.

bosan kan cerita aku, aku tak suruh pun kau baca. aku just nak cakap je library segamat neh memang terbaik ah! die tak trace pun kalau orang nak tido ke ape ke. so kalau nak tido mailah datang sini beramai-ramai memeriahkan suasana. ok aku nak sambung tido balik. kelas kul 4

Monday, December 5, 2011

something

today i know something, something that is hard to accept but that's the reality
today i learn something, its beautiful outside but smelly like a piece of s**t
today i meet someone, it was unpredictable but the truth had been reveal
today i do something, it's full of sorrow but behind of it, happiness is waving on me
today i observe everything, its colourfull but lame, very damn boring
today i had decided on something.....:)

ninja turtle

hye ninja, you bright my warm day.haha

die

sekarang baru perasan dah masok fasa bulan 12, tu pun sebab tgk blog kawan aku, kalau tak aku ingat bulan 11 je lah untuk selamanya. ni nama dia bulan kematian atau bulan bunuh diri ramai 2 untuk student yang kena anta viva atau segala macam final projek yang menunggu untuk dimuntahkan..weyy ayat aku poyo giler. hahaha.. pening2

tired

this time, i'm already tired

Sunday, December 4, 2011

satu dua lapan

assignment assignment assignment assignment assignment assignment assignment. gila gila gila gila..hadoiiii banyak nye kejeeeeee..tolonglah kasi aku tido jap. nak superpowerrr la weyyy. mereng aku dah datang dahhhh..sabar2 setel satu2 ye ingat sekali lagi satu2.ape aku mengarot neh, entah aku pun tataw..

baru aku tahu sakit itu apa

macam mana nak cakap ek, dalam banyak2 ada sorang kawan rapat aku neh. aku rasa lain lately, nak tegur rasa tak berani tapi aku rasa aku dah agak kurang cakap ngan die. gurau2 pun jarang.benda jadi tiba2. mungkin aku ada wat salah, sepuluh jari aku susun aku mintak maaf. aku rasa lain sangat. aku nak cakap depan2 memang goyang, sebab aku bukan kuat mana. mungkin perasan aku je.aduii,,

bia jelah aku tulis kat sini. aku nak kasi taw, apa2 pun jadi aku sayang dia and benda tak pernah kurang. mungkin aku ada buat salah tapi aku yang buta tak nampak, aku taw aku teruk, kalau betol hope dia kasi aku peluang betolkan keadaan. weyyy aku sayang die dulu, kini and selamanya. aku boleh lost kalau die takde sebab aku yang the one approach nak kawan ngan die mula2. tapi kalau betol dia tinggalkan aku, die memang tak rugi sesen sebab aku memang takde pape yang boleh dibanggakan.

Saturday, December 3, 2011

odd things

lately nape tah aku satu rumah dok bincang pasal politik je. maybe sebab perhimpunan agong yang sedang memekak kat tb kot time aku nak test2. alih aku pegy tutup then sambung balik gosip. macam mana aku nak cakap ea, mungkin sebab faktor umur then tu yang membuatkan aku keep on blogwalking blog2 politik (beautifulnara still bukak g maa). then banyaklah yang aku jumpa, nak percaya tak, tak percaya pun tak tapi yang aku kepala aku makin biol dengan politik malaysia yang macam tah pape.

orang kata kalau nak kasi pendapat kena base on pengalaman sendiri bukan base on pengalaman orang. pengalaman orang doang boleh manipulate, kalau salah orang tu mean salah lah kau, pengalaman sendiri benda yang kau rasa, orang lain nak putar alam pun tak lepas, so aku hanya bagi pendapat base on pengalaman aku yang mentah macam ayam tak masak neh and base on diskusi aku ngan kawan2 aku setelah berbincang kejap masa nak release tensen study SM yang memang aku wekkk2 dibuatnya.

banyak benda yang pelik dekat Malaysia ni, contohnya kalau kau nak pegy beli proton Saga, kawan aku kata kena ikat dalam 9 tahun macam tu. dia ada kete so die taw. depends on bape banyak ko sanggup bayar, lepas tu kau darab dengan bulan2 yang kau kena , mau dekat 40k. wey dekat arab doang jual proton saga yang SAMA harga 18k sahaja duit malaysia. aku ada jumpa artikel tu tapi mana tah dah hilang. ko nampak tak jauh beza tuh. arab dah la kaya, jual lagi murah, memang tak luak aa duit doang. macam beli karipap tepi jalan kat segamat neh

aku sambung degree, so pembayaran ptptn masa dip kena tangguh dulu sebab aku kene pursue dulu degree aku. then dalam 2 tahun aku tangguh bayar, caj ptptn aku masa diploma still berjalan. what the hell?? aku dah postpond supposely benda kena stop. bila aku dah kerja baru start bayar? kau tekan student2 sebab banyak previous borrower kau tak bayar and hilangkan? jiran sebelah yang kau marah tapi jiran depan rumah yang kau baling periuk. duhh

petronas untung 40 billion. kawan aku taw sebab dia update denga petronas punye news. then where the hell duit tu pegy?? aku rasa kalau suku duit tu doang peruntukan untuk student punye biasiswa or pape projek naik taraf kemiskinan ke, benda tak luak nok. kalau kau kata luak, takan petronas untung sekali je. setiap tahun untung maa. mana tu duit pegy??? joli kat pavi ke?

banyak lah benda merepek. kes lembu lah, kondo lah. aku tak berani nak cakap lebih2 sebab aku student je. kena saman mana nak carik duit. then aku rasa rakyat makin susah, aku sendiri rasa sakit. harga barang2 makin naik tapi duit kat takuk tu je, harga barang tak compatible dengan income yang kau dapat bulan2. kau mungkin kata aku tak pandai saving tapi cube kau saving bape sen dapat nyah, rini kau simpan, besok kau dah pakai nak beli nasik.

rumah aku dah siap bertar jalan bawah tu siap dengan line2 baru yang putih melepak lagi. lama dah aku tunggu tapi skang baru dapat. oklah dapat jugak sekarang tapi napa sekarang, PRU nak dekat ek?? oppsss. acik kata kalau tak daftar pengundi meaning budak2 maa. acik, bukan taknak daftar mengundi then bukan saya sorang je taw, mostlly budak rumah saya and semua kawan2 saya tak buat. sebab, confuse nak pangkah sape??

hehe tapi saya tu tanggungjawab kan, dun worry nanty saya daftar bila dapat lari kejap pegi post ofis. certain orang mesti rasa napa aku dok berpolitik neh?? mana ada nyah. time serius kita serius lah, tapi gelak kita merapu lah. kalau orang serius kau gelak, memang dapat penampar kaki lah jawabnya. kadang2 benda macam ni kena amek taw gak, memang kita takde power takde duit tapi at least tak bodoh dalam benda2 gini. jangan sampai orang kelentong sebab tataw pape

banyak sangat benda pelik yang aku tak pasti. orang kaya makin berharta orang sederhana makin jauh, jauh ke bawah and tak mustahil sampai ke tahap miskin.so banyak lagi benda yang aku tataw. benda ni based on pendapat aku je, mungkin betol mungkin salah sebab aku macam baru nak berjinak jinak dengan benda2 gini, bukan nak melibatkan diri tapi menjadi pemerhati sahaja. peacee yoo

skyscraper again

Skies are crying, I am watching
Catching tear drops in my hands
Only silence, as it's ending
Like we never had a chance

Do you have to make me feel like
So there's nothing left of me?

You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper
Like a skyscraper

As the smoke clears, I awaken
And untangle you from me
Would it make you, feel better
To watch me while I bleed?

All my windows still are broken
But I'm standing on my feet

Go run, run, run
I'm gonna stay right here, watch you disappear
Yeah oh
Go run, run, run
Yeah, it's a long way down
But I am closer to the clouds up here

aku suka lagu ni, suka lah senang cakap. kawan aku ada gelakkan aku sebab pasal lagu ni, hahaha sukati lah

i'm mutant

i do wish that i have a superpower like mutant x. ala tak payah power yang terbang2 ke, boleh bernafas dalam air ke, berlari macam lipas ke, takde2. tak mau semua tu. asal kan dapat power yang takkan pernah rasa letih lepas buat kerja and energy sentiasa full macam baru lepas tido 18 jam macam bayi tu pun dah terbaik.. oh man i do wish to have that kind of power..mengada seyh

Thursday, December 1, 2011

fire

don't try to play with fire when you know that at the end of it, you are the one that extremely burning

again

wey its happen again. again again and again

zzzzzzzzzz

perlembagaan Malaysia ialah bla bla bla,,,,, masyarakat pluraliti terjadi kerana proses bla bla bla,,,,,, hubungan etnik di Malaysia terjadi kerana gabungan beberapa kaum seperti bla bla bla bla,,,,,,,,,,,,,,,,, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

hey hey hey

hey,,they come and go but what can i do. that's life, just try to suit with this cruel rule and everything will become normal..peace:)

9 8 7 6 5 4 3 2 1

count every minute to the final countdown. can't wait, seriously.........

skyscraper

i will be rising from the ground, like a skyscraper -demi lovato-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...