Blogger Widgets ssssshhh...: November 2012

Thursday, November 29, 2012

harimau malaya vs chelsea 2

assalamualaikum
aku suka bola tapi tak pakar dalam nak bagi pendapat
so segala hapa yang aku cakap adalah mengikut sedap 
pankreas aku je


friendly game:
malu la nak lawan over2 sangat. kang dia kata kita menunjuk lak.
kita tunjuk sebelah muka je lah. bagi takut sikit je
kang kalau buat gol kang kata over lak

"wey friendly match je kot, lek2 la. ek ele" 
kata pihak lawan
maka malaysia pun main mengikut eksperimen yang ditetapkan
maka abam2 bangla dan hong kong muka macam jackie chan berjimba
atas padang menari gangnam style bersama bola sepak itu

aff suzuki 1st game:
warghh!! ngantuknya. awal lagi neh nak tunjuk taring.
tido dulu amek rehat secukupnya dan zzzzz.
lagipun ni nak lawan raja rimba, kang kene buang hutan lak
raja rimba, ha ko jangan melawan. siap kau nanty

the next game and hoping reach the final stage:
aku dah cukup rehat, dah cukup makan, dah cukup segalanya
ha bak datang mai sini. mana garuda, mana garu2 dada
mana singa? mana? meh aku aummm sikit 
tengok kencing tak kencing korang. 
lepas ni hope dapat tangkap garuda
nak panggang buat dinner.
nak rampas kuasa diraja rimba. mana????

hee ayat adalah mengikut sesuka jantung aku
aku tak harapkan pape tapi tipulah tak nak menang
pada aku Malaysia satu team yang susah nak dijangka
turunnya laju bagaikan orang bunuh diri terjun bangunan
naiknya pantas bagaikan kambing disambar helang

aff 2010 dulu masa pusingan awal
malaysia kena malu teruk 5-1 der, bapak sakit
tapi dapat balas masa final weeyyy, serius terbaik
sebab tu aku kata malaysia pasukan tak dijangka
just tunggu and lihat and berdoa supaya 
kita dapat mengekalkan piala ni. heeee



 yang chelsea ni, awat manjang seri game sejak 2 menjak neh
kadang2 aku rasa chelsea dulu memang sangat bergantung
dekat drogba, penyudah yang debom!
perghh and skang torres
torres pun lately macam up tak up.
then kecoh nak amek falcao bagai. lek luu

better mantapkan segala apa yang ada then
pandai2 ko la nak hidup. semua seri! 
matteo dah kene caras, ganti dengan rafa
penat2 dia usaha dapatkan dua piala, last2 kena pancung

kalau ikotkan aku pun tak minat rafa
sebab dia penah kuakan statement kutuk chelsea dulu
end up tak pasal skang dia pengurus chelsea plak. haha
dunia betol la kan. tapi tu semua bukan masalah

yang penting bagi chance rafa rombak balik team ni
mana taw dia dapat bawak perubahan ke kan, kan kan kan
and marin ni zaman tok kaduk bila dia nak main???
aku nak tengok! hadooiii. nan hado la

Wednesday, November 28, 2012

pandangan logik akal seorang perempuan terhadap isu gay

assalamualaikum
dulu masa aku zaman sekolah rendah main kejar2
mak aku suka beli satu buku ni, and seriusly aku pun baca sekali
aku suka bahagian cerita dari mekah dengan cerita dari timur

kalau cerita dari Mekah, banyak nya pengajaran
pada orang2 yang buat dosa and memberi iktibar
kalau orang yang buat baik pun dapat balasan
sometime rasa takut tapi itulah kebesaran Allah kan

kalau cerita dari timur, dia banyak pasal
cerita2 dongeng dari negara luar, serius best
yelah kalau kat tempat kita macam banyak story pasal
pak pandir la, mak jenin la apa. so why not kita tengok story
negara luar plak kan


zaman skang ni, mak aku dah kurang beli lak
aku pun pelik tapi takdelah aku tanya
sebab aku pun bukan baca sangat, then haritu
mak aku tergerak nak beli. aku nampak buku tu dekat
atas meja. aku pun rembat lah baca

okayh firstly isi dia memang banyak lah lain kan
banyak pasal isu semasa yang memang tengah teruk skang
and semua orang taw skang ni kecoh pasal lbgt kan?
lbgt maksud dia lesbian biseksual gay transgender
b dengan t aku taknak sentuh

aku nak just nak sentuh pasal lesbian and gay
obviously korang pun taw apa benda tu kan
suka sesama jeniss, ewwww menakutkan
entah apa yang doang pandang pun aku tataw
seriously suka sama jenis? sakit ke?


nak sumbat semua cerita dalam ni memang tak muat
jadi aku ringkaskan jadi pendek lah supaya korang paham
dalam tu ada cerita pasal perkahwinan sejenis lelaki
dalam gay ni, dua2 takkan act sebagai lelaki tulen
one of them akan jadi macam lelaki lembut, bajet pempuan la
yang sorang lagi akan jadi lelaki biasa

and dalam interview tu doang tegaskan
yang itu adalah naluri semuajadi, jadi doang tak dapat nak halang
naluri doang untuk suka sesama jenis.

"i memang dilahirkan begini" begitulah contoh ayatnya

"selagi i Islam, i tak kacau orang, pedulikanlah apa orang nak kata"

"kubur masing2. itu urusan i dengan Tuhan"

baiklah itu adalah serba sedikit perbualan mereka

pendapat aku mengatakan
bila doang kata itu adalah naluri semulajadi
itu adalah tipu kerana Allah dah jadikan setiap hambanya
mempunyai naluri lelaki suka perempuan dan sebaliknya
jadi bila doang kata itu adalah naluri mereka
salah itu adalah nafsu.

cuba kita tengok dari segi jenis orang yang dia suka
kalau gay ni, yang tough2 akan suka lelaki jambu
and yang jambu2 akan suka abang badan bagak2 neh
see? nampak tak? yang bagak tak suka yang bagak
and yang jambu aww2 ni tak suka jambu jugak

kalau jambu ni takpe, makan la sampai muntah belelah

yang tough suka yang jambu and sebaliknya
kenapa yang bagak tak suka je yang bagak kan?
alang2 dah suka lelaki ha sukalah yang betol2
bawak bertumbuk bergusti wrestling dekat rumah
tulah namanya nafsu. dah elok2 perempuan di jadikan
lemah lembut, perempuan tak ori yang dicari.

doang kata selagi doang Islam and tak kacau orang
so tak jadi hal. oppss, salah tu. memang korang Islam
tapi aku takde plak jumpa dalam Islam membenarkan 
kawen sejenis kan. jadi jangan gunakan alasan selagi
kamu Islam, tak sesuai.

tak ingatkah balasan kepada kaum nabi Luth?
diterbalikkan bumi kerana perlakuan homoseksual doang
jadi kita kena beringat, buat apa keseronokan yang sementara
sedangkan dekat dunia Allah boleh balas segala dosa

jawapan lagi satu yang standard ialah itu kubur masing2
and urusan mereka dengan Allah, jawapan takbur senang cakap
wahh kubur masing2 neh, boleh ke kalau dah meninggal nanty
mandi sendiri, balut sendiri,
golek2 masok kubur sendiri,
tak boleh maa. kadang2 kita memang bergantung jugak dekat
orang lain

kadang2 kita nak jumpa boss pun nebes, tapi
berani mengeluarkan kenyataan urusan kita dengan Tuhan
berani ke hendak menghadap Yang Maha Esa?
cukupkan amalan? sempat bertaubatkah?
jangan main lepas cakap. kelak nanty badan binasa

kadang2 apa yang kita nak cakapkan ni
kita kena pikir dulu, obviously semua orang ada dosanya
dalam kalangan kita takde yang maksum
tetapi kalau dah salah tu kita nampak
kita tegur kita bagitahu and saling mengingati

dalam dunia ni memang banyak dugaannya
bergantung kepada kekuatan diri saje
nak menangkis segala dugaan.
kalau kita tak dapat kawan nafsu
so nafsu la yang kawal kita

isu ni dulu tak besar mana
kalau kecik2 ibu bapa main peranan
yelah boleh bentuk lagi, ajar dia mana patot
mana tak patot. kalau perasan anak macam lain je
arah dia, so cepat2 betolkan.
Insya Allah kalau betolkan dari kecik
dah besar nanty menjadi 

cuma bila dah besar susah sikit nak membendung
yelah dah ada geng, persatuan sana sini
buat rusuhan demonstrasi mempertahankan hak

benda ni virus, masa menjangkit tak nampak
masa dah sakit baru nampak

sebenarnya nak cakap pasal lesbian jugak
tapi post aku terlalu panjang dah. nanty penat baca
sekian.

Tuesday, November 27, 2012

Sunday, November 25, 2012

keinginan yang tak tercapai

assalamualaikum
semalam kawan lama aku kol, nama dia hanini
dia skang belajar dekat oversea. lama jugak cakap
nak dekat sejam. then dia update segala hapa pasal dia
banyak good things, bad things and segalalah kan
and kiranya segala apa yang dia update kat fb
hanyalah kegembiraan yang sebahagian sahaje

banyak dugaan nak hidup kat tempat orang
luar daripada negeri pun kita dah tekontang kanting'
inikan pulak negara orang. then aku pun update lah pasal aku
nak update pun aku bagi sikit2 je sebab dia pun orang malaysia
so dia penah rasa apa yang aku rasa
aku je teringin nak rasa apa yang dia rasa


sebenarnya aku teringin nak belajar oversea
just aku tak yakin dengan diri sendiri and beberapa faktor lain
membuatkan aku bantutkan hajat aku nak pergi sana
tak jauh, aku just nak pergy negara eropah je
teringin nak rasa empat musim

negara macam Arab pun aku teringin nak pergi
piramid giza, gurun, oasis.  aku nak sangat tengok depan mata
aku kan lebih kepada kewangan. jadi main course aku tak kuat kat sana
kebanyakan orang yang pergi Mesir lebih kepada tasawuf 
dan yang berkaitan dengan pengajian Al-Quran

aku ni perangai memang tak semenggah
jadi memang tak layak nak ambil kos sebegitu
betulkan perangai yang tah hapa2 neh dulu
then baru boleh pikir and plan untuk ambil yang kos sebegitu
doakanlah, susahnya nak jadi baik..adoii


obviously aku still nak belajar. 
tapi rezeki mungkin belum sampai
sebab apa yang Allah dah plan untuk kita
lagi cantik dari apa yang kita plan sebenarnya
aku just harap dalam masa 2 ke 3 tahun lagi
aku dapat pergi negeri orang..

tadi aku usha lain bapak aku, aku tanya dato abah.usha line

abah, kalau orang nak sambung belajar boleh?

boleh je kenapa?

tapi kalau nak sambung oversea? kat luar negara abah kasi?

abah okeyh je. takdehal. tanya mak kau la camne

lampu hijau dari dato abah, lampu hijau dari datin emak tataw lagi. aduihh

Wednesday, November 21, 2012

harimau malaya dan chelsea

assalamualaikum
semalam harimau malaya seri plak dengan bangladesh
oh man risau lak tetiba sebab bangladesh rankind dia lagi rendah
and semalam doang main pun 10 orang je weyh
jadi ada sikit masalah kat situ, aku tengok game pun
tengok2 gitu je. suzuki cup nak dekat
ko rasa boleh ke pertahankan???

abaikan tarikh tu. aku rasa pic ni style.heee

aku rasa boleh, Insya Allah. manalah taw harimau malaya simpan kuku ke
hope so. aisehh seriously game semalam membuatkan
abam2 bangla bercuti sakan hari ni kerana
mereka mahu berjalan jalan di bukit bintang meraikan serinya
team mereka dengan Malaysia. jangan isi minyak dulu hari ni

isi besok, nanty doang kang abam2 bangla dok sengih2 sebab suka

"merah biru adik manis, minyak mana mau?
sekarang jugak abang kasi isi itu minyak?
abang banyak happy skang."

itu okayh lagi tapi kalau dia kata

"merah biru adik manis, semalam malaysia seri jugak ada. 
team kuat lagi sepuluh orang jugak ada, malaysia ke laut suday"

ha kalau dia kata gitu, ko amek tempat isi minyak tu
ko tuang dalam mulut dia sampai berbuih. heee
he tengok time tu ada lagi tak merah biru doang

and semalam team the blues kalah lagi dengan juventus
untuk liga juara2. aisehh ni pun nervous skit la. tapi tak se nervous
team malaysia. then aku dapat rasakan roman macam nak fired je matteo
yelah mamat tu taw nak menang je, asal menang happy
asal kalah pecat manager amek baru. cantik muka dia tapi nak buat macam mana
dah dia peneraju kan. hmmm


by the way chelsea belum kalah lagi. still ada peluang
lepas ni dia kena lawan nordsjaelland untuk mara ke pusingan seterusnya
and untuk game yang akan datang ni, bukan kena menang
tapi pasti and wajib menang and kalau kalah jugak
tutup buku nampaknya. papepun 
ktbffh! weee

Tuesday, November 20, 2012

Sunday, November 18, 2012

pray for Gaza

assalamualaikum
seperti yang kita tahu saudara seagama kita di palestin 
di bantai teruk, tanpa ada belas ihsan
tanpa mengira perempuan, kanak2 atau bayi
israel yang tak diiktiraf ni terus mengebom sesuka hati

awal pagi tadi ada satu lagi serangan yang dinamakan
"operation pillar of defense" dua buah tempat telah dibom
iaitu sebuah kawasan berdekatan dengan Masjid Al-Bukhari di Deir Al-Balah
dan kawasan rumah As-Syahid Abdul Rahman
serangan tetap berterusan

mana pihak2 berkuasa? PBB apesal diam? mana NGO lain?
mana2? sudahlah. pada aku mereka hanya ada pada nama
yang penting mana Amerika Syarikat? kau kan kuasa besar
nampak sangat kau bersekongkol. aku doa tumbang la negara 
yang support Israel ni. yess kita kecik tak mampu buat apa

tapi jangan lupa kita ada senjata, senjata yang halus dan tajam
kita ada "doa" kita memang tak berkemampuan untuk kesana
untuk membela saudara kita yang teruk dibedil
limpahkan lah doa untuk mereka
doa supaya mereka mampu untuk mengalahkan Israel
mampu mempertahankan diri dan memperjuangkan agama kita

Israel sebenarnya sebuah negara yang tak diiktiraf
doang takde tempat tapi mendapat sokongan dari kuasa besar lagi2
dari Amerika yang terang2 menyokong mereka. mereka ada banyak produk
yang keep on menyumbang terhadap kewangan mereka
yang digunakan untuk menguatkan lagi bala tentera mereka

mungkin usaha yang kita lakukan adalah kecik
tapi kalau semua Umat Islam bersatu
benda kecik akan menjadi besar dan sedikit tak banyak dapat membantu 
untuk menumbangkan israel yang makin biadap neh






kenapa aku letak banyak gambar?
sebab produk mereka terlalu banyak dan tak terkira
amek contoh pergy tengok shampoo kita
kebanyakan memang dari PNG (procter and gamble)
tak salah, kita boikot sikit2 kalau tak mampu nak boikot semua
buat perlahan lahan. kita mampu
pray For Gaza.. :'(

p/s : mcD sudah mula takut dengan boikot yang dilakukan, oleh itu mereka mula mengagihkan 200000 burger percuma untuk sarapan pagi pada hari esok. mereka terang terangan mengaku yang mereka menyumbang kewangan Islarel. jadi pikir pikirkanlah..



Wednesday, November 14, 2012

Tuesday, November 13, 2012

pantang larang, relevan ke?

"kau nak pergi jaybee buat apa su?"

"aku nak jadi pengiring kawan aku. kenapa?"

"abislah lambat lah kau kawin nanty"

"la pulak. pesal lak?"

"weyh kalau jadi pengapit ke pengiring ke memang lambat kawen la. tataw ke?"

"hahha merepek je semua tu weyh, kau kawin nanty kipas sendiri ye"

assalamualaikum
ha itu adalah serba sedikit dialog aku dengan kawan aku
aku memang pernah dengar pun
kalau jadi pengapit kita akan lambat kawin

aku bukan nya kisah sangat pasal kawin segala neh
tapi aku pelik celah mana datang statement
kau jadi pengapit kau lambat kawin
adakah akan ada connection di antara si pengantin dan sipengapit
yang membuatkan pengapit nampak tua kerepot gayut
lalu lambat kawin? dan membujang untuk jangka masa panjang


masa aku jadi pengiring wanne wekends hari tu
takde lak rasa tak cun ke, rasa tua ke, rasa lemah semangat ke
rasa berkobar-kobar macam aku lak nak nikah lagi ada *over*
apa yang aku nak sampaikan kita ni banyak sangat pantang larang

ada yang aku sokong and ada yang aku tak suka
macam statement atas neh aku tak sokong 120%
kenapa? sebab kalau takde pengapit, sapa nak kipas pengantin
takkan pengantin kipas sendiri kan? nama pun raja sehari
layanlah bak raja even tak sampai pun sehari
bape jam je pun


lagipun aku tak nampak kaitan tak kawin dengan jadi pengapit
manalah taw time jadi pengapit tu an ada lak orang sangkut dengan kau
ha terus kawen sebulan kemudian. ni contoh ye
ha nampak tak? benda ni semua rahsia Allah
takde maknanya kau jadi pengapit kau lambat kawin
kalau macam tu suh mak pengantin kipas anak dia

kalau musim hujan baling baju pengantin atas atap
so confirm hari nikah tak hujan. heyy banyaklah kau
kalau nak hujan sampai tercabot atap rumah kau, dia jadi gak
baling lah baju seluar skirt pendek tiub pun *ops*
stop it lah kepercayaan mengarot neh

belum masuk kepercayaan tepung tawar lagi
tawar dah rasanya hati ni nak bercakap
eh tetiba*


tapi jangan risau kawan2, aku ada sokong sikit
macam contoh kalau nyanyi time masak nanty dapat laki tua
sebenarnya kalau ikotkan lagilah takde connection
atau mungkin kau nyanyi time masak, then pakcik jiran sebelah suka lak
maka dia pun masok minang kau
maka kau pun bermadu dengan makcik jiran sebelah
ni kot kaitan dia

sebenarnya nak kata, kau kalau masak tu fokus
toksah nyanyi2 test suara ke mentor ke akademi alam flora ke
buat rentung lauk je time tengah tarik suara ala2 kak ning an
terus tak jadi anak bujang belakang umah masok minang
yelah bau lauk hangus semerbak satu taman
nak nyanyi pergi karok, alang2 kan
baru puas hati

sebenarnya banyak lagi tapi at least korang paham2 lah ye
apa yang aku cuba nak sampaikan
pantang larang yang baik boleh je diteruskan
selagi ianya tak melangkaui batas2 agama
:)

Sunday, November 11, 2012

wedding kawan lama

assalamualaikum
aku malas nak taip
nak letak gambo je boleyh???
boleh la eyh. layan je la eh

ajum and wanne si pengantin. amek berkat sebab taun depan ajum lak kawen


senyum ku senyummu jua. cik ani, wanne, ecah


nervous seyh! owhkey rileks2. kontrol cun. kamera banyak ni


apesal baju aku same kaler dengan wanne punya bunga neh? kata yuni dalam hati


posing maut sikit atas katil. kacau pemandangan la kosi merah tu


tok kadi ni lambat lak, aku dah menggeletar lutut segala hapa neh


mana budak pengapit neh? mekap aku cair plak ha. omg!


aku rasa nak tangkap gambar sendiri lah tapi malu la plak, kat toilet kang la


saya janji akan jadi isteri yang baik, yang penting abang belikan galaxy s3 nanty


kau yakin nak kawin ni?? sejuk je tangan kau ha. saba2 kita minum milo dulu


abang berjanji, abang akan belikan ayang rumah banglo lapan tingkat kat skudai


sebagai permulaan, abang bagi cincin lah dulu. yelah takkan nak sarung kunci banglo lak kan


janji ye abang banglo, kalau tak malam ni abang tido lua!


yun mendoakan keberkatan bagi untuk dia and wanne. hehee


maafkan ayang bang, eh itu dialog untuk raya taun depan


perjanjian pertama, tahun ni abang balik umah ayang, perjanjian kedua..bla bla bla


kami menang motor. hehee


senyum sikit. masuk kosmo muka depan neh


eh bergurau plak. roboh plak pelamin tu kang


abang plan nak anak lapan, ayang ok tak?
ayang ikot je, sebelas lah, boleh buat team bola. hahahaa

dialog adalah perbuatan kejam aku semata mata
Alhamdulillah selamat semua. dah
semalam majlis nikah je. sanding nya tahun depan

tahun depan tataw lah aku nak datang ke tak, 
takut ada aktiviti mengejut opis nanty.
tahniah wanne, dulu kan main garang kat maktab
hahahaa..:)

Wednesday, November 7, 2012

:)

just for fun! rasanya takda kot fan liverpool kat sini.bantai sudah..ngeh3

quote of the day

requote:
dalam hidup ini, masa tak boleh diundurkan
apa yang terjadi itulah pengalaman dan kenangan
tidak boleh rewind balik ke belakang
apa yang kita mampu
corakkan masa depan dengan lebih baik..:)

kartun zaman 90an

assalamualaikum
aku takda idea, penat perah otak, darah je keluar
jadi aku masokkan balik otak aku yang kering tu dalam kepala
lepas dah masokkan dalam kepala 
tetiba datang idea, tak sangka idea bernas aku memerah otak menjadi

aku bach 88/89, memang aku sengaja letak dua
so korang leh teka lah umur aku berapa, 
so aku nak cerita, masa zaman aku tadika
lari2 dalam seluar pakai pampers kain lampin dulu
aku banyak kartun zaman dulu yang gila layan

zaman sekarang pun best gak, tapi aku mestilah puji zaman aku 
zaman sekarang paling koman upin ipin dengan boboboi tapi aku layan
sapa cakap tak layan, kalau tak takdelah aku kenal
si budak ihsan fizi meimei mail dua singgit
and segala kawan karib tok mak dia kan

aku suka gila kartun dulu2, paling tak boleh blah
power rangers mighty morphine, aku siap hafal lagu dia
kalau ada handphone dah buat ringtone, tapi time tu
aku cuma bergantung pada telefon rumah
jadi aku belum gila lagi nak buat ringtone dekat telepon rumah

aku duduk dengan sekali askar2 aku seramai 2 orang
2 orang pun aku rasa perangai macam doploh orang
perangai macam hapa memasing,
takat tarik rambut berdarah hidung, 
dah jadi makanan aku. aiseh terlari topik

go go man u, eh salah go go power rangers! mighty morphin power rangerrssss!!!

kalau lagu power rangers ni keluar, dia main time petang
aku dan 2 orang askar aku akan berlari terkedek kedek

"aku cop power rangers pink!" aku memulakan provokasi

"ala kita nak pink bucu" anak buah aku merengek. ngada!

"ah takde2 aku dapat dulu, kau amek itam" 

motif aku merebut yang pink tu, sebab aku rasa
power rangers pink sangat comel dengan skirt dia
and aku rasa aku nak comel cam tu. 
ceh kecik2 dah pandai perasan
ni semua iluminati sesat neh

 
kau tengok comel gila yang pink, mana aku tak terberangan masa kecik

kalau time rasaksa tu kalah, aku rasa tu semua agenda sesat
sebab lepas tu tetiba confirm dia besar gedabak gedobos gila
ha ni freemason sume neh. then lepas tu keluar la robot dia
pheewww pomm macam2 bentuk keluar
ada rimau la, burung la, nasib takda bentuk tenuk

ha lepas tu lawan2 la antara robot dengan rasaksa
and well opkos confirm la robot menang
kang kalau kalah robot tu tak pesal ada mogok besar besaran
dari persatuan kanak2 bawah 6 tahun sedunia nanty 
kang semua budak dengan lampin2 nya berlari kat jalan baring
mintak dihidupkan balik robot tu, masak kau

kalau nak ikotkan banyak lagi
aku letak gambar aa review sikit zaman kemashyuran dulu

yookies. semua keluarga bentuk macam telur
comel gila, pelik takde plak ular jumpa family neh
kalau jumpa memnag tinggal kulit telur je leee


anak-anak sidek. gila bapak garang bapak dia. aku tengok pun nebes
aku ada satu almari buku ni, kumpul meh. sekali mak aku dah jual kat recycle
aku hanya mampu redha, sapa suh tak jaga..


dengan kuasa bulan, akan menghukum mu! 
hambek. tah celah mana bulan dapat kuasa aku tataw la
dapat kat roket kot. ni sailormoon
minat gila aku dengan yang rambot pendek tu ha


yang ni, usop budak kampung and the geng. aktiviti
mandi sungai, mancing, main rakit, masok hutan
zaman skang?? nan hado..haha



nama dia samad, dia penyelamat. aku lupa nama kawan dia tiung tu
dia dok spital gila. sian dia. tapi dia baik. hahaha tetiba
peberet ni weeyyy kluang man


skang ni ada ultraman 3 la, mebius la, zeus la, kena bius la
pada aku ultraman taro gak best. dia lain
skang ni banyak sangat cousin2 dia, mak menakan dia
nak inteprem.aiisshhh


dragonball terbaik, dengan majimbu segala
planet namex lah, cyborg lagi. perghh, lawan 8 tahun tak setel
tapi ceria dah kua balik dragonball, so takdelah rindu sangat
bese2 je. senang jumpa


aku nak tanya. sapa pernah tengok gaban???
kenapa aku tataw kartun neh???? pelik2

kalau ikotkan banyak lagi, tapi ni yang aku ingat
memori aku ni bukanlah kuat sangat. tapi aku still
rindu zaman dulu2. tora, jojo segala.
masa berlalu terlalu pantas meh, terlalu sangat...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...