Blogger Widgets ssssshhh...: August 2011

Friday, August 26, 2011

down memory lane

Wahh tajuk aku nostalgik sangat. Aku pun rasa geli plak bila baca tajuk sendiri ni. Hahaha takpelah. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan aku kerja dekat uitm pilah ni. Memula rasa macam jauhnye lahai tempat kerja aku ni. Boleh patah kaki kalau ulang alik naik bas ni tapi lepas lama2 semua tu jadi betah. Tak rasa apa-apa pun. Akhirnya hari ni aku akan resign sebagai staf uitm pilah. Duhh aku paling feeling nak meninggalkan sesuatu tempat tuh. Aku tak suka dowh sedih-sedih. Mula-mula aku akan ingat semua nanti macam biasa je tapi si yuz ni dok ulang-ulang cakap,,

“ sedih la korang nak pindah”

Hahaha rasa macam selebriti pula sebab dah ada orang rasa sedih if kitorang blah nanti.hee k fine aku dah start perasan. Takpe nanti raya korang datang lah rumah sebab aku confirm takde. Haha tanak la layan korang. Hari-hari jumpa bosan aku. Hari ni aku nak cerita perihal orang-orang yang baru aku kenal dekat uitm ni. Amaran entry mungkin agak panjang sebab mood aku pun tengah nak membebel sepanjang yang boleh.

KAK SABA

Ha ni boss aku merangkap boss terbesar sekali makmal-makmal ni. Semua budak skp even pembantu makmal sekalipun akan refer dekat dia. Papehal semua report dekat kak saba la senang cakap. Tengok muka dia aku taw kak saba ni penyabar.hee dia ni memang baik gila serius. Tak pernah pulak aku tengok dia mengamuk ke hapa ke secara membuta babi. Die memang cool.

“ su akak nak minta tolong sikitlah buek kan kojo nia, buleh tak?”

Ni ayat favourite yang aku selalu dengar yang keluar dari mulut dia. Setakat ni aku belum pernah lagi dengar kak saba cakap macam ni,,

“ su, akak nak belanja makan kfc quarter chicken ni, ajakla kawan-kawan sekali ye.”

Hahaha kalau ayat ni yang keluar memang tekejut monyet lah aku kan.cehh berangan la kau nak dengar kak saba cakap macam ni.perasan wekk!!!

AZAHANA

Yang ni boss aku. The point is dia ni sebaya ku je rupanya. Pmpuan ni baik and gila kelakar. Ok dia kuat gila gelak. Kalau gelak dalam bilik pembantu makmal sampai ke kelas dengar. Punyalah semangat dia gelak sampai tak ingat dunia akhirat kan.kalau makmal tu boleh bercakap mesti dia dah mengamuk dengan ana sebab dok gelak je.hahah.dia ni selalu gila bagi aku rehat time aku tengah kerja and suruh aku kerja time aku rehat.aduhh tebalik pmpuan ni. Hahaha aku dengan dia cakap aku kau je. Dah sah sah sama umur kan. Ayat favourite yang selalu keluar dari mulut dia ni,,

“ su nanti kau tolong basuh bikar dekat makmal ni ye, nanti kau tolong susun bikar dalam makmal ni ye.”

“ su jom ikot aku turun bawah jap pergi admin.” Ade jelah tempat dia nak pergi

Kiranya hidup aku ni main main dengan bikar, tabung uji dan bahan2 eksperimen je la. Tak kesah lah janji duit masuk kan. Dia dua orang nilah merangkap boss aku. Aku ni mampu terima arahan je la.

ANGAH

Laki ni boss eda. Dia memang best juga tapi selalu hilang and takde dalam bilik dia. Lect nak mintak tolong tapi dia dah kelaut pergi tempat lain. Kerja last minute memang favourite dia. Eda gila rehat dekat makmal fizik tu tapi kalau due date dah dekat macam lipas tak de kaki la dia buat kerja. Angah suka cari gaduh ngan aku pasal bola. Aku Chelsea la well macam biasa kan tapi dia MU. Kalau MU menang mulalah cari point kalau aku bertembung dengan angah ni. Honestly dia memang pengelat tapi itu tak bermaksud angah tak buat kerja. Dia suka buat last2 je. Satu lagi dia suka ulang apa yang orang lain tengah cakap dengan dia. Bab yang tu aku tak paham sangat la. Layankan je and ni ayat favourite dia,

“ poso tak ni?”

“ amboi main blog yo kojo eh takdo kojo ko?”

Ikotkan hati aku nak counter attack tapi aku kan pekerja yang baik hati lagi jelita menawan. So abaikan je la omong-omongan kosong mereka

YUZRI

Ni boss eda juga. Yuz ni kepoh sikit. Dia suka nak ambil tahu apa yang kitorang tengah buat. Gila2 gak brother ni. Kalau dia bosan dok bilik dia, dekat bilik kitorang la dia duduk jual muka. Sama jugak macam angah dia ni suka buat kerja last minute. Kiranya eda macam penyelamat jugak la sebab kalau tak siap kerja, yuz dengan angah bersatu padu bagi eda kerja. Hari second ke first entah, yuz dah minta aku cover kalau ada orang carik dia sebab dia nak tido dalam stor. Memang mentibang betul perangai sorang2 ni. Ha yang ni ayat favourite dia,,

“ ha ni apo golak2 ni, apo yang korang sorokkan dari abang ni??” suspicious je manjang dengan kitorang.

RAFIE

Yang ni bukan orang makmal pun. Orang bahagian mana pun aku tak sure la. Yang aku taw dia selalu datang bilik and cari angah. Sampai aku naik kenal la ngan dia ni. Asal nampak aku je angah, asal nampak aku je angah. Sampai angah suruh cover la kalau ada orang carik dia. Dia ni macam mesin perakam suara. Rupanya nak pinjam psp. Patot lah riuh sekampung mencari.

“ wei angah mano angah?”

“ wei angah mano angah?”

“ wei angah mano angah?”

Aku memang kerja deket receptionist jaga orang

HAIRI

Aku tak kenal sangat pun hairi ni tapi selalu juga la naik makmal cari angah dengan yus. Dia ni misteri sikit. So aku tataw nak cakap pasal apa. Heheheehehehheheheeh :)

Hari ni hari last aku dekat uitm. Macam-macam benda aku belajar. Belajar benda baru dekat makmal bio, inventory makmal fizik and belajar dari kehidupan yang aku sangat teruja melihat friendship yang terjalin antara semua. Honestly aku seronok kerja dekat sini. Semua ni pengalaman yang tak kan dapat dibeli dekat mana2 tempat. All of them are too awesome. U can’t get this experience in other places instead of here. Rabu lepas semua bos2 dari makmal2 yang lain kumpul duit untuk belanja budak skp makan. Serius tacing. Next entry aku update gambar plak




Thursday, August 25, 2011

kudut yang sengal



pompuan ni suka carik publisiti masa bday aku. taun lepas dia wish pukul 11.59 dia wish..hahha taun ni dia wat macam ni lak..tapi aku tetap sayang dia.hahaha mempersembahkan cik Eda Sofia bt Othman :)

Friday, August 19, 2011

selamat hari tua

salam, hari ni aku nak bagi penghargaan sikit. penghargaan dekat kawan2 dan anak2 buah yang ingat tarikh keramat aku. tarikh aku muncul, tarikh aku mula wujud di dunia ni dan yang sewaktu dengannya iaitu pada 18.08.1989. thank you so much babe, korang memang terbaik. still ingat even aku dah tutup fb aku. ni yang nak nangis ni. hahhaa k drama semua tu thank you guys :). mak dengan abah siap nyanyi lagi depan2.aduhh tersentap hati ni. ni kawan2 aku yang memang daboomm yang sanggup menghabiskan kredit untuk msg.wahhh

Nur Insyirah (syra)
Ezuan Husaini (ezuan)
Nur 'Atiqah Nabilah (ella)
Sabrina (sab)
Fauziah (Oggy)
Johainni (jo)
Nor Fadhli (jepun)
Wan Nurul Shahidah (shasha)
Masitah (cheetah)
Wan Nur Syaza (syaza)
Mohd Hafizi Adly (fizi)
Zulpakarudin (adin)
Muhammad Asyraf (press)
Nur Zaida (ida)
Suzaini (kak net)
Suzlyana (kak long)
Nur Izzati (kak yong)
Nur Izzatul Sheila (kak ngah)


dalam pada aku gembira sebab dapat wish daripada mereka2 ni, pada pagi yang sama di hari jadi aku, aku dapat khabar berita yang pakwan aku dah meninggal dan kembali ke Rahmatullah. semoga roh pakwan aku di cucuri rahmat. aku sempat pergi tengok arwah pakwan dikebumikan semalam. sedih sangat. hope ikram (cousin aku) kuat menghadapi semua ni sebab dia muda lagi.sebaya aku. harap makyong tabah and abang akmal kena kuat sebab abang akmal yang paling tua. al Fatihah :(

p/s: cik Eda ni lain macam je, kena hati2 ni muka dia lain macam je gelakkan aku hari ni. k bye :)

Monday, August 15, 2011

the fatc is,,



i hate monday. permulaan hari yang paling sucks sekali untuk minggu ni.
1. jatuh lumpur

2. wrong timing

3. tangan luka lah weyyy,,aduiii

hari isnin masa interasesi beberapa minggu lepas
1. baju tertinggal rumah member. dah la baru beli. kambing tol la
2. beg tergolek dalam kelas dengan package siap terbuka. deodorant sume barang free2 je show
3. kena marah dengan PM sebab tak dapat detect dia aja apa hari tu
4. tegolek sebelah kaki masok lubang pembetung sebab mata letak dekat lutut

ok find aku benci isnin. dah bye

Wednesday, August 10, 2011

Sharon Aida

Sharon,, aku nak ikot kau lah pergi melaka

lambuk yang hampir terlambung



Salam, lama sangat aku tak update blog. Rindu dah dekat korang, hahah sembang sial.diamla kau! Ok kalau ikotkan aku malas nak update ni.yelah semalam baru je suap dengan satu entry siap package dengan free entry pendek lagi.so takan nak suap hari2. Masaklah aku macam ni kan.aku pun banyak kerja lain lagi nak kena buat, nak kena investigate siapa si kepala putih lagi (cik eda sila diam ye), ok find yang tu post lain aku goreng.

Ok fine aku dah start perah santan. Marilah kita beramai ramai straight to ampang point kay. Ceritanya begini, semalam kebanyakan staf lelaki dipaksa dan diseksa dengan rakus untuk menyediakan bubur lambuk. Pukul 12 lebih doang dah turun ramai2 nak pergi menggaul bubur kesayangan ramai tu. aku biar je la sebab takda kaitan pun dengan perjalanan hidup aku yang sementara ni.

Sementelah tu umang ai yoyo aku ha, kak sham dengan muka riang ria hari rayanya memberi aku tugasan baru yang membuatkan aku tak senang duduk. So bubur lambuk pun luput lah dari ingatan. Balik je bilik port aku lepak tu cik eda dengan muka seriusnya seraya berkata

bang yus kasi tadi, kau punye satu tu ha,” ringkas dan pendek penerangan cik Eda tapi padat. Rezeki la dey. Aku pun dengan semangatnya buka lah penutup and,,,

alamak Eda mesti dosa kan sebab aku bau bubur ni tapi tak tahan lah, nak bau je takpa kan??” luahan mulutku kepada cik Eda.

apo doso lak Ti, makruh yo.” Tegur cik eda dalam loghat negeri somilan eh. Ui malu siot, terjahil kejap disitu. Tapi takpa at least belajar benda baru kan.

Dia ni sorang jelah kawan aku yang gemar nak mampos panggil aku Ti! Aku punye Si aku hilang kena makan semut laga agaknya. Sukati kau lah cik Eda.hahahha

Dikontotkan cerita, kitorang pun packing lah barang2 nak balik, yelah karang kalau balik lambat sojuk pulak bubur lambuk ni kang lain dah ghaso eh. Beg aku dengan cik Eda agak kecik so aku pegang je la bubur tebabit. Lagipun dah petang kan, apedehal. Orang tak kisah. Makcik tu ha siap bawa kawah bubur lambuk lak ha ke hulu ke hilir. Selamba kodok je.

“ Ting!! Lif terbuka and aku bersama Cik Eda confident la melangkah masok. Tiba2 ada suara yang kurang enak kedengaran,,

“ slurrppp gila sedap dow, mana doang dapat bubur tu?” si jantan bersuara

dekat surau tadi ada orang masak, tu yang boleh dapat tu.” si perempuan mencelah. (kang aku pakai word betina tak elok lak bunyi kan)

Budak2 ni tak beragak, mengumpat aku stok memang depan2 gila babas wey. Depan li flak tu. tapi aku relaks lagi sebab tu perbualan antara doang je.

Krukkk krukkk” cik Eda mengetatkan tutup buburnya sebab rasa macam longgar.

tak payah nak tutup sangatlah kan,” si jantan bersuara secara tiba2 hingga membuatkan darah aku tersirap. Hawau tah mamat mana yang sound tu. aku tak nampak sebab dia duduk belakang. Wey kalau ko jeles pun tak payah nak tunjuk sangatlah. Dah la budak2, aku dah pandai berjalan ko baru lahir taw.

So please respect skit. Bukan respect aku tapi respect other people sebab orang lain tak cari pasal dengan kau. Nampak macam kecik kan tapi kalau ko dengar dia punya intonasi suara tu memang geram. Cik Eda lagi best, dia boleh tak dengar and aku plak baik punye posing dalam lif pasang telinga kan.

Kalau ikotkan hati nurani aku ni, mamat tu memang bermandikan bubur lambuk aku buat. Apedehal lontar je plastic bubur tu macam acara lontar peluru sekolah rendah tu ke belakang pastu lari bila dah sampai level bawah. Yang penting aku waras beb. So aku biar je tapi hati memang terbakar habis dah ni.

Doang jeles sebab tak dapat bubur lah tu pastu lepaskan dekat orang yang dapat. Hahahahha padan lah muka kau kan! Nak pergi carik sendiri la. And jangan perli2 orang yang korang tak kenal. Attitude tu sangat tak baik sebab korang tu student, bukan budak form 4 yang tergedik gedik nak usha budak menengah rendah lagi. Please be more matured peeps. Peace..

Tuesday, August 9, 2011

the first avenger



What can I say, the movie just to awesome. Wahh!!! Speaking pulak aku ni. Saja je tu mengada ngada. Dua hari lepas aku pergy tengok captain America. Sebagai seorang perempuan yang normal apa yang aku boleh kata ialah hero dia memang kacak neh!! Aku tengok dengan sapa?? Yang tu biarlah rahsia k.hehe movee ni tak da langsung dalam plan aku nak tengok wayang.

Kiranya nak masok list aku pun tak layak la. Ni sebab orang dah ajak so aku pergy je la, dah dia belanja . Okay fine kalau korang nak taw cerita ni sumpah kelakar. Teknologi doang memang gempak la sebab boleh buat badan hero tu kecik macam betul2 kecik dekat real life sedangkan dekat luar cerita badan dia bapak bagak (taste cha sangat okayy J).

Aku review la sikit cerita ni, cerita ni pasal peperangan amerika dengan German. Ada kaitan ngan hitler bagai. Time perang tu orang Malaysia kat mana lak eh?? Doang dekat dalam wayang tengah tengok muvee tu le. Soalan senang pun tak leh jawab ke? Aishhh. Cuma yang spoil skit kejap2 muvee tu gelap. Panas sangat agaknya wayang tu. entah la kan.

Lepas tu aku merayau le kejap dekat area2 situ mana taw dapat sambar baju barang selai dua kan. Ok fine tak dapat sebab tak da duit. Lepas tu nak dekat pukul 5 lebih aku pun balik la. Naik bas united beb. Bas lagenda tu, kiranya tahap dah layak masuk muzium kebudayaan Negeri Sembilan la senang cakap. Bunyi enjin je dah macam jet nak belepas pergy bulan tu ha. Gila kau tak gempak.

Yang paling tak tahan tu boleh pulak bas tu buat seround then masok parking balik sebab yang aku dengar clutch bas tu problem la apa la. Tak kesah la kan. Yang aku paling tak paham masa driver bas tu kata okay setel dah, satu bas leh besorak kegembiraan. Aku macam nak mati la blur kan. Okay aku cun so cover la sikit muka blur tu.wahahaha.

Kok iye pun bas tu dah boleh gerak tak perlu kot nak bersorak. Doang ingat ni menang bola ke?? Makin tak paham aku. Yang aku taw bas united tu tak sedar diri pergi lalu area melang and tak lalu rumah aku. siamang. Alamak termencarut! Nasib baik dah bukak pose. ! Macam nak mampos aku cari alternative macam mana nak balik rumah. Kalau aku taw bas tu lalu jalan baru baik aku naik mara liner tadi.cisss!!!!

then tadi aku perasan tahun 2012 bulan May nanty, ada filem the Avengers. Tataw la best ke tak kan tapi yang aku taw aku nak tengok and dah masok list pun. Kenapa?? Sebab ada Rober Downey Jr dalam tu. that’s mine. Heee..yahuu dah abiss taippp

p/s: sebenarnya aku pegy tengok muvee ni dengan abang biologikal aku maksudnya abang kandunglah, tu pun tataw ke.hahaha jangan pikir lain ye tak baik

Friday, August 5, 2011

suara misteri di bulan ramadhan



sejak bermenjak menjak ni, aku dah jumpa port paling baik kalau aku nak lepak selain dari bilik aku online ni. aku pergi lepak dekat tangga kecemasan, so kalau berlaku kebakaran or papejelah kan, aku la selamat dulu. wth?? ingat aku selfish ke? tu port nak nap la beb. dapat barang sepam dua untuk aku lentok jap memang takdahal. tapi sejak aku lepak kat tangga kecemasan tu, aku selalu dengar orang perempuan mengaji beb. sedap dia mengaji tapi tegak jugak la bulu roma aku kekadang.

so aku nak g cek memang aku belum berani lagi, so aku dengar je la dia mengaji. sayuu je suare. wey kejap2, cerita yang aku cakap ni cerita betul dow. takkan aku nak troll korang lak kan, setakat ni dah dua kali aku dengar suara tu. untuk menyedapkan hati, aku yakin tu makcik cleaner yang mengaji lepas dia abes buat kerja. lagipun sekarangkan bulan ramadhan. so okay tak cuak dah. suka lagi ada. mintak2 lepas ni aku dengar lagi suara orang mengaji tu

Wednesday, August 3, 2011

Yang dipertuan besar negeri hutan belantara



Hai you olsz,, hawau are you tuday??? Fine ke tak fine?? Korang jangan nak mengada ngada. Skang ni bulan pose memang ramailah yang buat2 tak fine kan. Gastrik la selsema babi la hidung berlubang la dan yang sewaktu dengannya. Tu taktik lapok la wey, kalo nak pakai gak taktik tebabit g Somalia la.

Okay seperti biasa aku dah jauh melalut daripada tajuk asal. Korang rasa aku nak cakap pasal apa? Dah la tak payah teka. Jawapan semua orang macam sekolah kat hutan je aku rasa. Aku skang nak cakap pasal raja buah yakni duriansxx. Aku taw mostly semua orang melayu tulen kat Malaysia ni hantu iblis makan durian. Melayu asli shak korang, padahal korang memang orang asli pun kan.heheh jangan mara nanty batal pose.

Okah sambung balik, kalau buah tu pakej siap boleh makan dengan kulit la kan, memang la ni tak jumpa la dengan kulit durian. Aku ada satu story nak mory. Macam biasa la kan aku pun suka jugak dengan buah durian ni, tahap penagih tegar yang memang kene masuk pusat serenti la senang cakap. Kalau datang musim buah ni, aku leh jadi jaga la tunggu nak sambut buah durian terbang ( over sangat).

Adik beradik aku sume kaki durian, dari kak long sampai lah bucu ( hehe) kecuali abang aku no 5. Dia ni ada pelik skit. Takleh bau durian pun.papetah. Minggu lepas aku pergi muar, pakcu aku tipun inform buah durian melambak and takda sapa nak makan. Time tu jugak terus shoot beb g Muar. Gila kau tak nak kenduri durian. Aku pun memang gembira gila bagaikan rasa nak kawen ( ewahhh).

Aku pergi ada la dalam 2 buah kereta. Aku tumpang ngan abang aku dan saki baki yang lain kat kereta akak aku. Perghh! Dalam teruja setengah mati la tak saba nak menghadap raja buah ni. Aku mengahadap raja bawak mulut ngan perut je la. Then malam tu sampai makan n belum lagi kenduri buah. Yang ada pakcu aku bagi buah dragon ball je.layan beb, semua buah aku sapu.

Akhirnya sampai la ke acara kemuncak majlis dimana mentekadarah buah derian. Semangat abang aku g merabakkan kulit buah tebabit, tapi sesuatu yang tak disangka terjadi. Wey aku dah tak macam takde perasaan dekat buah durian. Meaning aku dah tak minat beb. Satu rumah dok mengerjakan buah tu tapi aku tengok je acara tebabit sampai abes.

Damn!! Aku tak lalu dah shak tengok buah durian. Besok tu nak balik penuh bonet kereta kakak aku dengan raja tuh tapi sampai2 je kat umah yang makan tu doang2 balik.aku dok lua buat haal lain. Selera aku dah takda la dow. Kalau aku makan skit mesti malam tu terus demam panas.aku rasa kena sumpah lah macam snow white tu, die kantakleh makan epal , aku lak takleh makan durian dah.. wahh berangan kejap nak jadi puteri.

Tapi kalau tempoyak aku hantu beb. Takda hal, just skang ni aku rasa aku memang tak makan dah durian. Fobia beb demam manjang. So aku ngan abang aku no 5 tu dah bolah geng la kan. Dia lagi teruk, toksahkan makan, tapi kalau bau je terus belari g lua umah nak muntah. Over sangat. Seb baik aku tak macam tu. tu je lah nak cer..hhhehehe sekian jumpa di hari dan waktu yang sama dalam rancangannnnnnn ssshhhhh….

Monday, August 1, 2011

announcement

hari ni aku nak buat pengumuman raya eh, heheh bukanlah. sorry sebab tak balas mesej. handphone problem. sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...